KMJrian Life Style

August 02, 2013

Assalamualaikum :)

haaaa, hari ni hani dah balik rumah. "welcome home, hani" hihihi, cakap kat diri sendiri kejap! :D keadaan rumah semua nampak okay, kemas dan tak ada apa-apa perubahan punnnn. semua sama jer, hihi. sekarang ni hani nak update blog dengan penuh khusyuk dan tenang. heeee. yelaaaa, sebelum-sebelum ni kan hani update blog guna telefon jer, sebab tu macam kelam kabut sikit tulisan tu. haiyooo -,-" tu dikira baik sebab sebelum-sebelum ni memang susah nak update kannnn :) okay, lets story! sebab sekarang ni hani memang nak cerita macam-macam pasal KMJ. hihihi. macam-macam jenis cerita ada tau :) 

KMJrian Life Style :P

setelah dua bulan jadi pelajar Kolej Matrikulasi Johor ni, memang banyak dugaan dan cabaran dalam masa dua bulan ni. dengan kerja yang banyak, nak cari masa untuk study lagi, dengan mak yang sakit selama lebih kurang dua minggu masa pertengah bulan lepas. dan bila mak dah sihat, dugaan lain pula yang menimpa. dugaan demi dugaan sampai menitis juga airmata ni sebab rasa sedikit tekanan. hehe. tapi nasib baik ada roommates yang baik dan happening gila. sentiasa ada dalam waktu susah dan senang :') 

merekalah yang memberi semangat dan menghulurkan tangan masa hani jatuh :'D sentiasa pujuk dan pujuk. hekhek *mengada* :P selalu kongsi makanan sama-sama, kadang-kadang tu hani pinjam duit diorang sebab kebiasaannya bila hani pergi mini mart mesti mini mart tu tak ada duit kecil untuk pulangkan baki duit hani. hahaha, lol. tapi diorang tak kesah punnnn ;) mereka dah macam keluarga hani kat KMJ dan In Shaa ALLAH selamanya bersama :')


ni lah muka-muka roommate hani. hihihi. the special one dalam bilik kami ni ialah kami ada non-muslim. bukan sebarang non-muslim tau. ni siam tauuuuu, hikhik :P dan memang hot tau, haha. maysa, hani, rabiatul dengan ajlaa :) diorang ni memang set pandai-pandai kottttt. tanya jer soalan apa kat diorang, diorang boleh ajar dan apa di ajar mesti hani faham gila-gila! :D


dengan rabiatul ;) kawan gaduh ni, haha. tak ada laaa, kami semua rapat tauuuu. dan dia ni paling banyak jadi tok guru hani dalam bilik tu. ngee, mungkin sebab dia nak jadi cikgu. thats why, dia dah mula menerapkan sifat-sifat keguruan dalam diri. hihi


okayyyy, ni gelagat kami semua. hehe :D memang kami suka bergambar kottt. kat semua tempat nak bergambar. memang syok lah :3


bercerita pasal kehidupan seharian ialah hani suka sangat masa lab! hehehe. sebab masa lab memang santai tapi tetap kena fokus. kalau tak memang result dia akan fail dan rasa bengang gila. hehe.. dan lab yang hani paling suka semestinya lab bio! dan hani paling suka experiment pasal blood cells, masa ni lah nak menunjukkan kepakaran menjadi doktor tu. heeee :D tengok muka tu, fokus gila nak cucuk jari orang :P


muka bajet sebab berjaya! hahaha :D tu darah member tu, dia sedekahkan darah. baiknyaaaa. tapi darah dia tak cukup laaa -,-' lastly, hani pun kena dermakan darah sekali. heee :D


yang ni pulak masa latihan teater. teater??? yesss! hani pengarah untuk teater dan teater ni adalah markah Ko-K kami. macam dekat sekolah jugak ada 10% untuk masuk universiti. tu yang kena kejar. hehe. disebabkan hani tak pandai berlakon, hani jadi penarinya sahaja sebab semua perlu turut serta dalam teater even though hani ni pengarah :) 


masa 10 Ramadan hari tu kami ada iftar untuk pelajar modul tiga untuk praktikum MT1 sampai MT10. hani pulak MT5 kannn. hehe :) dan masa ni memang bergambar habis tapi hani malas nak bergambar sangat. gambar dengan praktikum pulak ada dekat assistant monitor hani. maybe dia akan masukkan dalam waktu terdekat. kalau dah ada nanti hani post okay peoples ;)

Daily Life :

okay, jadual hani memang packed kat sana. hidup hani cuma belajar, belajar dan belajar. penat? tipulah kalau cakap tak penat. tapi bila fikir-fikir balik, ni adalah peluang hani untuk mendapatkan masa depan yang cerah dan baik. haaa, kalau tak macam mana nak survive masa depan nanti :') lagi satu kalau tak nak rasa sia-sia bila belajar. sentiasa niatkan diri belajar kerana ALLAH. belajar kerana berjihad! automatik akan rasa bersemangat sangat! hehe :) sebab hani selalu niatkan diri dalam hati. 



kadang-kadang tu rasa malasssss sangat nak pergi kelas. but I try to says something with myself. talking to myself to always survive when I'm at there. focus with my study for my coming future. memang takdir tu dah tertulis tapi selagi ianya belum sampai kita masih ada peluang dan masa untuk berubah. Am I right? :) hehe.. cintan cintun sekarang ni hani paused dulu. matrik ni sangat memerlukan fokus yang lebih. hani takut ada pengaruh luar, so better I quit it for a while until the best time. I'll catch it back :) In Shaa ALLAH. tunggu jer lah, kalau jodoh tak kemana :)

hani nak fokus belajar dan nak gembirakan ibu tercinta! setiap minggu hani mesti akan call mak paling-paling pun sekali seminggu, dan ada masa minggu tu memang sibuk tahap gaban. minggu tu banyak quiz, tutorial bertingkat-tingkat ditambah dengan assignment. mana nak siapkan homework, nak study untuk quiz. haaa, memang tak sempat nak call. tiba-tiba masa tengah buat assignment, mak call. mak tanya kenapa lama tak call. hehe. sayuuu jer masa tu :') then I explains A to Z to her :) nasib mak faham. ngee :P rasa semakin manja bila masuk matrikulasi ni. hihihi. dan lepas sebulan tak balik, akhirnya hani balik juga sebab cuti hari raya. wuhuuuu :)

tapi tak boleh raya sakan lah, sebab naik cuti ni ada mid sem examination.. kena study la sebab UPS ni memang penting! bila masuk matrik, setiap quiz, test dan exam hani anggap itu benda yang serius! tak macam kat sekolah. rasa lain sikitlah diri ni. rasa makin kuat semangatnya. ALHAMDULILLAH.. mungkin sebab tu ALLAH gerakkan hati supaya hani ke matrikulasi. ada sebab-musababnya :)

apa-apa pun, belajar tetap belajar. suruhan-Nya jangan diabaikan. jangan lakukan apa yang Dia larang. semua itu akan beri kesan pada pembelajaran kita. hati ibu bapa perlu dijaga sentiasa. adik-beradik, sahabat-sahabat dan paling penting sekali guru-guru. hati mereka juga perlu dijaga, beri sedikit penghargaan kepada mereka. doa mereka yang kita perlukan ;)

tu jer kot hani nak cerita.. untuk kawan-kawan matrikulasi seluruh Malaysia. selamat ber-UPS! good luck! hehe.. 

keep supporting, keep loving. love you peoples~
bye, assamualaikum :)


-----IKLAN-----

hani tengah mencari sesiapa yang nak mencari agen untuk jual tudung, shawl, inner, handbag etc (for online business only!) minta tolong yer, kalau ada yang memang memerlukan agen tersebut. sila PM di facebook ataupun email-kan dekat hani. URL facebook dengan email address hani semua ada dalam page Introduction. terima kasih ^__^

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...