CLICK SAYA !

Sunday, August 25, 2013

Bloods Donation

Assalamualaikum semuaaa :)

lamaaaa sangat tak update dan disebabkan HOTLINK sekarang dah lancarkan langganan Hot Ticket menggunakan *100# jadi hani tak payah nak semakkan otak fikir mana nak dapat line untuk update blog, online FB, ber-INSTA, twitting dan lain-lain. haha. nampak tak kerakusan hani dengan social website :P

dan sejak pakai smart phone ni, hani dan ada WhatsApp dengan We Chat :) lebih jimatkan? *untuk mereka yang pakai smart phone*

malas nak cerita banyak sangattttt. untuk entry ni hani nak cerita pada derma darah hari tu. hari Sabtu ada program derma darah dekat Kolej Matrikulasi Johor, tempat hani belajar ni. dan hani sangat semangat untuk derma darah masa tu ^_^ mungkin sebab masa dekat PLKN tak dapat dermakan sebab kepekatan darah tak banyak. tapiiiii, masa nak derma darah dekat KMJ ni. sangattttt berharap yang hani boleh derma darah.

ALHAMDULILLAH!!!! kepekatan darah hani sangat elok dan dapat derma. yang syok dekat sini, hati nak derma tapi takut pulak. haha :P katanya doctor to be tapi nak kena cucuk tu takut pulak :P heee. tapi nasib baik nurse-nurse kat situ semua baik. dia pujuk hani segala bagai dan akhirnya dapat derma darah ;) 



nampak tak muka bahagia? :P sebenarnya masa ni tangan tu rasa kebas dan kejang sikit. 350mL darah didermakan. rasanya kalau dia ambil lebih sikit, hani dah pengsan kottt masa tu. sebab masa ni pun kepala rasa sakit-sakit sikit. bila dah siap derma, reat kejap dan berjalan balik bilik. rasa badan macam melayang sikit dan macam di awang-awangan. haha! :P 

tapi ALHAMDULILLAH semuanya okayyyyy :) 
lepas 3 bulan baru hani boleh menderma lagi :) tapiiii, mak hani cakap kalau derma darah boleh gemuk? betul ker? arghhhhh! semua itu hanya dusta! cewahhh :P tapi harap-harap apa yang mak cakap tu tak betul la :( risau gila takut gemuk :( dah lah berat naik 3-4 kilo, err. kena aktif balik ni. tak boleh jadi. haha! :P

tu jer nak update, tunggu update seterusnya tauuu ;)
bye, Assalamualaikum ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila