CLICK SAYA !

Friday, September 30, 2011

Bahagian 11

Seperti yang di tunggu-tunggu oleh semua ahli PALAPES yang terlibat dalam 30 orang ini. Perkhemahan PALAPES peringkat U sudah bermula hari ini. Sebanyak tiga trak tentera yang membawa PALAPES dari Universiti Shah Alam ke tapak perkhemahan. Untuk tahun ini, pihak tentera telah menyediakan Kem Pengakap untuk semua PALAPES sekitar Shah Alam berkumpul buat kali ini. Tempat yang menarik dan selesa. Angin yang sejuk dan indah sekali pandangannya.

Amar mengarahkan semua anak buah lelakinya untuk memunggah barang masing-masing dari trak ketiga yang membawa segala macam pakaian dan peralatan yang akan di gunakan selama seminggu di Kem Pengakap ini nanti. Hani pula berbual-bual sebentar dengan Tuan Helmi seketika, Tuan Helmi merupakan Pegawai yang akan memerhatikan gerak-geri kami dari Universiti Shah Alam.

Universiti yang terlibat tidak ketinggalan juga, UKM, UM dan macam-macam lagi. Universiti yang turut serta merupakan Universiti yang terkemuka dan prestasi akademik yang sungguh mantap. Selepas memunggah segala barang, budak-budak lelaki mula mendirikan khemah manakala perempuan sudah di bawa ke dom untuk membersihkan dom masing-masing.

15 pelajar perempuan sudah dibahagi dua. 7 orang untuk satu dom dan selebihnya untuk dom yang seterusnya. bagi menjamin keselesaan, pelajar perempuan di benarkan untuk menggunakan 2 dom bagi setiap Universiti.

Hani menggunakan dom bersama-sama dengan pelajar junior. Ini memang sikap Hani, suka bersama-sama dengan pelajar-pelajar junior. Lagi pun Hani mahu mengajar serba sedikit kepada budak-budak junior ni memandangkan ini adalah tahun akhirnya di Univiersiti Shah Alam. Hani lebih suka mengambil tempat tidur berdekatan dengan lampu dan plug. Mudah untuk dia mengawal keadaan.

"Hani! Dah siap nanti, pergi dekat khemah lelaki tau. Tuan suruh makan sebab lepas ni ada aktiviti lain pulak" Amar mengingatkan Hani yang ligat membakar sampah di luar dom.

"Okey! kejap lagi aku ajak budak-budak ni pergi" Balas Hani. Amar sudah meninggalkan dom perempuan tersebut. Lepas ni, berani masuk lagi sebab tempat ni akan dikepung supaya budak-budak lelaki tak masuk lagi ke sini sehinggalah perkhemahan selesai. Takut ada yang skodeng pulak kan.

Setelah selesai membakar sampah. Hani pergi ke dom hadapan, untuk melihat anak buahnya yang lain. Sudah siap berkemas atau belum. Hani masuk dengan selamba dan memerhati keadaan bilik tersebut. Bersih! Bilik belakang juga tidak kurang bersihnya. Semua pandai mengemas dengan pantas.

"Dah siap kemas ke??" Hani menyoal

"Dah! Kenapa?" Soal salah seorang dari mereka

"Okey! Siap-siapkan diri ye sebab lepas ni dah nak kena berkumpul. Budak belakang dah siap. Siapa dah siap boleh keluar dari dom dan tunggu Hani dekat luar" Hani menjelaskan. Yang lain hanya mengangguk dan menurut.

Setelah semua budak perempuan berkumpul. Hani mengarahkan mereka untuk bergerak ke khemah lelaki. Sambil berjalan menuju ke sana. Pelbagai lawak jenaka yang Hani buat sehingga mendatangkan bunyi ketawa yang muncul dari mulut mongel 15 pelajar perempuan termasuk Hani. Benar orang kata. Makin ramai kawan, makin banyak ragamnya.

"Apa yang diketawakan tu" Soal Tuan Helmi melihat anak-anak perempuan yang sudah seperti anaknya sendiri ketawa mengekek-ngekek.

"Tak ada apa Tuan. Gurau senda di pagi hari.." Hani menjawab selamba

"Cukup-cukuplah ketawa tu. Hani, ajak anak-anak buah kamu makan" Arah Tuan Helmi. Hani hanya mengangguk. "Jom makan! Makan sampai gemuk tahu! Dekat sini makan free je. Jangan malu-malu" Hani mengajak budak-budak perempuan untuk makan sambil jalan mengundur ke arah tempat makanan di hidangkan. Tiba-tiba badannya terlanggar sesuatu yang sasa!

"Oi mak kau terkejut!" Hani termelatah dengan kuat membuatkan semua yang ada di situ tergelak besar. Hani memusingkan badannya memandang tubuh sasa yang di langgarnya sebentar tadi. Muhammad! Tapi Muhammad hanya bersikap selamba. "Maaf!" Hani meminta maaf dan terus mengambil tray untuk mengambil makanan.

Dari ekoran mata, Hani melihat Muhammad duduk bersama-sama dengan kumpulan lelaki. Pandai bawa dirilah dia ni. Muhammad mula berbual-bual antara mereka. Hani pula hanya memerhati dan duduk berdekatan dengan Amar sambil membelek-belek jadual sepanjang perkhemahan ini nanti.

Tanpa Hani sedar, dia telah terminum air teh panas dengan gelojoh kerana terlalu tekun membaca jadual perkhemahan itu. "fuhh! fuuh! panas...! panas....!" Hani mula menjerit.

"Hoyy! apa pasal kau ni??" Amar menepuk-nepuk belakang Hani..

"Air ni..! Panas gila!!" Hani mula tak tahan. Sambil menunjukkan cawan yang dia minum tadi

"Nah! Minum yang ni.." seorang lelaki menghulurkan air tebu yang masih di dalam plastik kepada Hani. Lelaki tu bukan Muhammad.Tapi seorang lelaki yang tak pernah dia kenal sebelum ni.

"err.....untuk saya?" Hani bertanya tanda bingung

"Ya. Untuk awak. Saya baru beli dan tak berusik lagi. Bila awak menjerit cakap panas tadi. Kesian pulak saya tengok. Jadi, saya bagilah air saya ni pada awak" Lelaki itu bersuara kembali "Ambillah. Tak sudi ke?"

"eh! Bukan! keliru aje" Hani seperti orang bingung dan terus mengambil air yang di hulurkan oleh lelaki tidak bernama itu. "Terima kasih"

"Sama-sama. Lain kali kalau minum, rasa dulu air tu ye.." Balas lelaki itu dan berlalu mengikut jejak langkah kawan-kawannya yang lain. Kelihatan lambang UKM di belakang bajunya. Rupa dia juga boleh tahan. Hani mula bersikap nakal. Tapi hatinya tak berkata apa-apa. Seperti ibunya yang hanya memberikan air sewaktu dia tercekik ikan bila makan dirumah. Begitu juga yang di rasakan terhadap lelaki tadi.

"Amboi! Ada orang belanja airlah" Amar mengusik

"baru sekejap dekat sini, Hani dah ada peminatlah" Tuan Helmi menambah. Hani sudah malu.

"Mana adalah! Dia bagi air aje. Bukan melamar saya pun" Hani menambah membela diri

"Mula-mula bagi air. Takkanlah nak terus cakap dia suka awak Hani. Trick tu" Tuan Helmi terus mengenakan Hani.

"Dah-dah! mengarut aje semua ni, dia bagi saya air je" Hani mula merengek pinta tidak dikenakan lagi. Yang lain sudah mula ketawa.

Tanpa disedari, wajah Muhammad mula berubah. Seperti ada sesuatu yang menyelinap di dalam hatinya. "Cemburu? Tak mungkin. Aku hanya anggap Hani sebagai adik aku je! Tak lebih! Tapi bila nampak budak tadi bagi dia air. Aku jadi sakit hati. Aku sayang Hani ke? Rasa semacam, sakit sangat dan tak mampu untuk diungkapkan. Kenapa hati aku macam ni!? " Muhammad mula berperang dengan perasaannya.

Bahagian 10

Sudah dua minggu keadaan mereka dingin begitu. Hani memutuskan untuk cuba melupakan kisah cinta pertamanya yang tidak terbalas itu. Hari ni dia memulakan azam baru. Seperti yang dijanjikan, latihan kawad kaki bagi Uniform PALAPES akan bermula hari ini iaitu hari Sabtu. Hani pergi ke latihan itu seorang diri memandangkan Alea dan Aina tidak minat dengan aktiviti ganas seperti ini.

"Hani! nanti ambil kedatangan mereka" Amar mengingatkan Hani sambil menghulurkan buku rekod kehadiran kepada Hani. Hani hanya mengangguk.

Setelah semua PALAPES berkumpul. Hani mula manyebut satu persatu nama ahli PALAPES yang terpilih untuk kawad kaki. "Muhammad bin Zulkifli!" Nama Muhammad bergema sebentar dilaung oleh Hani. Apabila nama itu sudah diulang sebanya dua kali, Hani mula mengangkat mukanya memandang kepada ahli PALAPES di hadapannya sambil mencari gerangan yang bernama Muhammad tadi..

"Muhammad mana??" Tanya Hani dengan nada tegas. Semua hanya menggeleng. Dari jauh kelihatan Muhammad berjalan menuju ke arah mereka semua di padang. Hani hanya memerhati dengan wajah geram. Melihat Muhammad sudah duduk di tempatnya. Hani mula memberi ceramah.

"Dengar semua! saya tak suka ada anak buah saya datang lambat! kalau saya kata pukul 9.00 pagi maknanya pukul 9.00pagi! kalau awal lagi baik! korang semua tahu prinsip saya kan!?" Hani mula bertanya dengan nada tegas. terdengar suara mereka menjawab dengan positif. Hani agak tegas dengan kerjanya. tak kira siapa orang tu. Hani meneruskan mengambil kehadiran ahli PALAPES.

"Saya akan ambil dan memerhati kawad yang sudah mahir. Jadi! Siapa yang wakil U tahun lepas sila ke arah kanan saya dan sesiapa yang sudah biasa kawad sila ke kanan saya juga. Simpanan pula sila ke kiri saya. Gerak!" Suara Hani bergema dengan nada yang tegas. Semua ahli PALAPES bergerak dengan pantas. Nampak sungguh berdispilin semuanya, Hani tersenyum puas dan tugas koman di ambil alih oleh Amar selaku Ketua PALAPES.

Latihan hari ini berjalan dengan baik dan sempurna seperti minggu-minggu lepas. Hani dan Amar sangat berpuas hati. Dua minggu lagi Perkhemahan PALAPES peringkat U akan diadakan jadi latihan perlu diperbanyakkan supaya semua mahir dalam kawad.

"Minggu depan kita akan pergi buat latihan menembak tiga hari berturut-turut" Amar mula bersuara

"Ada apa-apa bantahan? kalau tak ada saya nak terangkan serab sedikit pemilihan menembak kita tahun ni" sambung Hani pula. Setelah semua diam tanpa kata. Hani menyambung "hari pertama, semua ahli PALAPES akan ikut pergi menebak termasuk saya dan Amar. Kita akan memberi peluang setiap seorang untuk menembak sebanyak dua kali. Dan kami akan memilih sepuluh orang termasuk saya dan Amar untuk wakil U kita pada hari jadi nanti.

Jadi! Buatlah betul-betul supaya ada antara kalangan awak yang terpilih menjadi sepuluh calon tu. Hari kedua dan yang ketiga, hanya 10 orang calon tu aje yang akan dibawa ke lapang sasar untuk meneruskan latihan menembak diiringi oleh saya dan Amar. Ada apa-apa bantahan?"

Usai memberi sedikit taklimat, semua pelajar bersurai dan meninggalkan padang untuk pulang ke hostel masing-masing. Hani masih memerhati Muhammad yang sedang duduk termenung di Pavillion padang UiTM Shah Alam itu. Hanya pandangan kasih yang Hani lemparkan pada Muhammad yang tidak sedar dengan kehadirannya.

"Dia memang serba serbi tahu. Bijak dalam akademik, kawad pun baik." Hani mula memuji dalam hati.

"Hani! Kau tak nak balik ke?" sergah Amar

"balik? kejap la. Penat lagi ni, kau pulak tak balik lagi?" Hani mula menyoal Amar. Amar hanya menggeleng.

"sama macam kau. Nak rest kejap sebelum balik. Nak melayan anak buah kita ni memang penatkan? Dia orang suka aje tapi nasib baik jugalah semua dengar kata. Taklah penat sangat nak menghadap seorang-seorang untuk di beri ceramah percumakan?" Amar mula membebel panjang lebar. Hani hanya ketawa.

"Kau macam perli aku aje. Aku tahulah aku suka bagi ceramah percuma dekat dia orang tu sampai tak ada yang berani nak bantah" Hani menyiku Amar sambil ketawa dengan lebih galak lagi. Ketawa mereka terhambur keluar bersama-sama

"Aku tak kata okey. Kau yang terasa" Amar mula bangun dan mengejek Hani. Hani juga turut bangun

"ha! memanglah aku terasa. Sebab aku je yang asyik teegur budak-budak tu semua. Sebab ketua dia ni pemalukan. Betul tak?" Hani mengusik Amar lagi dan mula berlalu meninggalkan padang dan juga Muhammad.

"Kau jangan pecah lubang! Rahsia kita aje tahu!" Amar mula mengugut. Hani pula semakin galak ketawa. "Abang! Kami balik dulu ye" Amar menepuk bahu Muhammad dan mengucapkan selamat tinggal untuk kali ini. Hani hanya diam tak terkata. "Okey! bawa anak dara orang ni baik-baik tau" Muhammad menasihati Amar dan tersenyum. Hanya sekilas Muhammad memandang Hani.

"Okey! Anak dara ni selamat dalam tangan saya!" Amar mula merepek.

"Dah la Amar! Jom balik. Kau tak habis-habis merepek" Hani mula menyampuk

"Yelah! Jom balik. Kami balik dulu ye abang" sambung Amar lagi. Muhammad hanya mengangguk. Kami sudah mengorak langkah mahu meninggalkan padang tersebut. Baru beberapa langkah, Muhammad memanggil Hani..

"Hani!" Hani berpaling memandang Muhammad, orang yang memanggil namanya. "Hati-hati jalan" sambung Muhammad dan tersenyum. Hani juga turut tersenyum dan berlalu dari situ dengan Amar. Hatinya serba sedikit berbunga-bunga riang. Tak sangka Muhammad masih memikirkan keselamatan dirinya. Tak! Dia hanya bersikap seperti abang aku je! Tak lebih dari itu.

"Hani....Kenapa abang rasa sunyi bila Hani tak teman abang? Bila nampak Hani ketawa, hati abang senang. Bila nampak muka Hani yang moody tu, abang rasa serba salah. Rasa mahu menggembirakan Hani. Tapi hati abang tak mampu untuk menggembirakan Hani sebab abang takut Hani akan terseksa bila Hani benar-benar sayangkan abang.

Biarlah antara kita hanya seperti adik dan abang aje. Tapi hati abang tak mahu kita seperti itu. Hati abang mahu kita jadi lebih dari itu. Tapi abang juga takut untuk memulakan cinta baru selepas kehilangan Adila. Dia cinta yang abang jaga selama ni. Ya Tuhan, sulit untuk aku temui jalan keluar dari masalah soal perasaan ini. Bantulah aku" Muhammad merintih lagi. Hatinya seperti keliru.

Thursday, September 29, 2011

Bahagian 9

"Assalamualaikum.." Alea memberi salam. Muhammad yang baru menyiapkan kerjanya tadi mengemas-ngemas barang miliknya dan menyimpan kembali di dalam beg sandang dan bersedia untuk pulang.

"Dah nak balik ke..?" Aina bertanya

"yelah. dah pukul 6.00 lebih ni. Tak solat lagi pulak tu.."

"kenapa tak solat kat sini aje??" tanya Alea pula sambil melihat Hani yang lena dalam tidurnya.

"Tak apalah. Solat kat rumah aku lagi selesa." balas Muhammad dan bersedia untuk pulang. "aku balik dululah"

"Ehh! Kejap! Kau angkatlah Hani ni masuk bilik dia. Budak ni liat nak bangun kalau dah tidur" pinta Aina

"Lah....kau suruh aje la dia bangun dan tidur dalam bilik" Muhammad berdalih

"Muhammad. Please! dia ni berat tahu" Pujuk Aina lagi. Muhammad tak mahu lagi berdebat. beg sandangnya di letakkan semula dan mengangkat tubuh Hani itu dan di bawa ke dalam bilik. Bila Hani sudah di baringkan di dalam biliknya. Muhammad memandang ke arah gambar mereka tadi. Sudah tiada gembar mereka, yang ada hanyalah gambar Hani seorang.. "dia terasa agaknya" Muhammad berbicara dengan hatinya.

Muhammad melulu keluar dan mengambil begnya kembali "Aku balik dulu ye. Kalau ada apa-apa nanti telefon aku aje" Pesan Muhammad dan berlalu keluar.


Malam itu Muhammad tidak dapat melepakan matanya. Seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Perlahan-lahan dia mengambil telefon bimbitnya dan melihat wajah seorang gadis di telefonnya.

"Adila....abang rindu Dila....Kenapa tinggalkan abang secepat ni sayang. Abang sayang Dila tahu" Muhammad bersuara sambil mengusap-usap wajah di skrin telefonnya. Tiba-tiba dia teringatkan wajah Hani yang sayu petang tadi. Hani nampak seperti kecewa bila aku tak nak berkacap dengan dia. Dia dah baik ke?

Kenapalah aku buat dia macam tu. Dia tak salah cuma hati aku yang tak boleh terima mana-mana perempuan lagi selain Adila walaupun Adila dah tinggalkan aku selama-lamanya. Kenapa? Hati..kenapa kau begini dengan panahan cinta Adila..wahai hati....tenanglah.


Hani tidak ke kelas lagi hari ini. Sudah dua hari dia terperap di bilik. Memandangkan demamnya yang masih tidak berkurangan. "Kenapa aku rasa sakit begini..? Rasa seperti aku kecewa. Dua hari aku tak pergi kelas. Dua hari juga dia tak datang tengok aku. Apatah lagi nak telefon. Dia marah ke aku letak gambar dia dengan aku atas meja belajar aku?"

"abang..kenapa abang macam ni. Kalau Hani ada buat salah. Kalau abang benar-benar tak suka dengan cara Hani. terus teranglah. Abang tak sedar ke sayang Hani mula tumbuh di hati Hani ni untuk abang. Hati Hani sakit sangat." Luah Hani perlahan sambil mengesat airmatanya. Pertama kalinya dia menangis kerana lelaki.


Keesokannya Hani pergi ke kelas seperti biasa. Dia berjalan beriringan dengan Alea dan Aina dan perjalanan mereka pagi itu sunyi tanpa gelak ketawa seperti selalu. Aina dan Alea tak sengaja terdengar luahan hati Hani malam tadi. Serba sedikit mereka tahu perasaan Hani sekarang. Tapi, Muhammad sudah tidak menunjukkan wajahnya di kelas. Sudah dua hari dia tidak hadir ke kelas.

Tak sangka hari ni Muhammad datang ke kuliah. Dari jauh sudah nampak kelibat Muhammad yang duduk di dalam kafe di sampingnya ada seorang gadis yang sungguh manis dan manja sekali. Siapa perempuan tu? Hati Hani mula bertanya. Aina dan Alea berpandangan, dan duduk di meja bersebelahan dengan Muhammad. "

"Alea, kau teman Hani okey. Aku pergi beli makan. korang nak makan apa?" Soal Aina

"Beli nasi lemak ajelah" balas Alea.. "Hani? kau nak makan apa?" soal Aina pada Hani.. Hani hanya mengangguk. Tanda ingin makan makanan yang sama. Seraya itu, Hani batuk-batuk tak henti. hani cuba untuk mengawal dengan minum air mineral yang di bawa dari hostel. Perlahan-lahan batuknya berkurangan.

Kelihatan Muhammad langsung tidak menghiraukan dirinya. Benar....dia marah dengan aku.. Alea yang sedari tadi memerhatikan gelagat Hani dan Muhammad hanya memerhati. Kesian kau Hani, kenapa Muhammad buat kau macam ni ye. Alea mula simpati. Aina datang semula dengan membawa tiga bungkus nasi lemak.

"cepat makan. lepas ni boleh jalan-jalan kejap" ucap Aina. Alea dan hani hanya mengangguk.

Usai makan. Hani, Alea dan Aina bangun dan berjalan bersama menuju ke bilik Prof Hayati. Aina kata nak minta nota sedikit tentang kelas Biologi semalam. Hani hanya menurut tanpa bantahan.

"Hani....dah sihat??" soal Prof Hayati dengan nada keibuan..

"Alhamdulillah. Sihat aje Prof" Balas Hani dengan lembut.

Selepas ke bilik Prof Hayati. Kami terus ke dewan kuliah. sekejap lagi kelas Science Computer nak mula dah. Kami berjalan pantas menuju ke dewan kuliah. Melangkah saja ke dalam dewan kulai, kelihatan pelajar-lajar sudah mula memenuhi setiap kerusi. Hani duduk bersama dengan Alea dan Aina seperti kebiasaannya. Beberapa minit selepas itu, kelihatan Muhammad masuk ke dewan kuliah dengan tenang dan mengambil tempat yang jauh darinya.

Aina hanya berpandangan dengan Alea. Seperti ada hubungan yang tegang antara Hani dan Muhammad. Tapi tidak tahu mengapa. Hani hanya mambatu. Dia mencari-cari modul Science Computernya. Dari semalam dia mencari modul tu tapi tak jumpa. Tiba-tiba.

"Nah.. Ni modul Hani, hari tu terbawa balik. terima kasih.." Muhammad menghulurkan modul milik Hani dan segera berlalu dari situ. Hani tak sempat untuk berkata apa-apa. Muhammad benar-benar berubah! Dia langsung tak guna 'abang' tadi. Kenapa dia berubah?? kenapa!!? Wajah Hani mula berubah.

"Hani....Maafkan abang sebab bersikap dingin macam ni. Bukan maksud abang untuk menjauhkan diri dari Hani. Tapi abang belum bersedia menerima perempuan lain lagi. Walaupun Hani tak luahkan, tapi pandangan Hani yang redup tu abang tahu apa makna dalam hati Hani. Maafkan abang.." Dari jauh, Muhammad merintih di dalam hatinya.

Bahagian 8

Selepas pulang dari klinik. Muhammad terus membawa Hani ke hostelnya setelah mendapat kebenaran dari guard yang menjaga di hostel perempuan. Masuk saja dalam hostel, Hani duduk di sofa dengan wajah yang berkerut-kerut menahan sakit kepalanya. Muhammad pula mengambil secawan air di dapur, pintu bilik hostel itu di biarkan terbuka luar supaya tidak ada syak wasangka yang berlaku.

"Hani....makan bubur ni dulu.." pujuk Muhammad

"tak nak.."

"kenapa? macam mana nak makan ubat kalau tak makan. Makanlah Hani...sikit aje. abang suap nak? " pujuk Muhammad lagi

"tak nak makan. Tak ada mood" Hani mula merengek

"makan pun nak kira mood ke, Hani. hey..makan sikit. cepat" Muhammad mula memaksa. Nak tak nak, terpaksalah Hani membuka mulutnya untuk menerima makanan dari Muhammad. Selesai makan, Hani makan ubat dan terkulai layu di sofa.

Muhammad hanya memerhati saja. Usai itu, Muhammad mengemas mangkuk makanan dan membasuh di singki. Jam baru menunjukkan pukul 3.00 petang. Hani hanya di biarkan tidur di atas sofa. Manakala Muhammad menyiapkan sedikit assignmentnya di atas meja bertentangan dengan sofa di mana Hani tidur.

Tekun Muhammad menyiapkan assignment Science Computer yang baru di beri tadi. Dari satu soalan ke satu soalan di baca dan cuba untuk mencari jalan penyelesaian.

"alah! mana pulak benda ni.." Muhammad mula merungut. Pinjam Hani punya dia bagi tak ye..Muhammad berbicara dengan hatinya..

"Hani....Hani..." Muhammad menyentuh bahu Hani sambil menepuk perlahan-lahan. Tak mahu gadis ini terperanjat dengan kejutannya.. Hani membuka perlahan-lahan matanya.. "hmm....kenapa abang? dah nak balik ke??"

"bukan! abang nak pinjam modul Science Computer Hani boleh tak?" Muhammad meluahkan

"ohh....ambillah kat dalam bilik Hani tu. Cari dekat rak buku. Hani lupa bawa tadi.." balas Hani sambil melelapkan mata kembali.

"err....okey. Bilik Hani yang mana ni?"

"Pintu coklat tu...." balas Hani, lemah

Muhammad masuk ke dalam bilik Hani dan meninjau-ninjau. Bilik yang kemas. Pintu dan lantai berwarna coklat gelap. langsir dan cadar pula berwarna pink. Cantik! Muhammad terus ke rak buku yang dimaksudkan Hani tadi bersebelahan dengan meja studinya yang menghadap ke arah tingkap. Dari tingkap itu terbentang luas taman yang dia pernah jogging di situ. Muhammad terus mencari dan mencari modul Science Computer milik Hani.. Tiba-tiba. Dush!

Muhammad terkejut. Cepat-cepat di bangun dan menggosok-gosok kepalanya yang terkena kerusi belajar Hani.. "Adoi...sakitnya" Muhammad mengaduh perlahan. Buku yang dia cari sudah di jumpai. Bila dia tegak berdiri, terkejut dibuatnya bila melihat ada gambar dia bersama Hani di atas meja belajar Hani yang cantik di framekan dengan frame yang berwarna silver dihiasi dua ekor rama-rama berwarna biru dan pink.

Muhammad sempat mengambil dan membelek-belek gambar itu. Seperti pasangan kekasih yang sungguh romantis. Masih dia ingat, gambar itu di ambil di dalam tempat ambil gambar di pusat permainan dua hari lepas. tak sangka Hani menframekan gambar itu dan letak di meja belajar.

"abang....ada tak bukunya..?" soal Hani di muka pintu.. Muhammad terkejut lantas memalingkan mukanya ke arah Hani sambil tangannya masih memegang frame gambar tadi..

"err....dah! dah jumpa dah.."

"abang....gambar tu..?" Kata-kata Hani terbantut. Terkejut barangkali. Muhammad melihat frame tadi dan di letakkan di tempat asal dan berjalan ke muka pintu..

"abang...." Hani menarik lengan Muhammad lembut. Muhammad memandang muka Hani dengan wajah yang serba-salah."Kalau abang tak suka Hani framekan gambar tu. Hani boleh simpan aje dan tak letak lagi di situ. Abang jangan salah faham.." sambung Hani pada akhirnya. Muhammad hanya tersenyum dan keluar dari bilik itu dan meneruskan kerjanya di meja tadi.

Hani hanya memerhati. Melihat Muhammad yang seakan-akan dingin terhadapnya, dia terasa hati. Lantas masuk ke dalam biliknya dan menyimpan gambar tadi. Gambar mereka telah Hani tukar dengan meletakkan wajah Hani seorang di frame itu. Gambar dia dan Muhammad pula sudah di simpan kemas di celah diari miliknya.

Setelah selesai menukar gambar itu. Hani keluar semula dan muluru ke dapur. Meneguk secawan air dan kembali ke sofa tadi dan meneruskan pambaringannya. Posisi yang berbeza menjadi pilihan di mana, Hani membelakangkan Muhammad dan pura-pura tidur. Akhirnya dia tertidur kembali.. Hatinya sayu sekali. Mungkin Muhammad tidak suka cara dia meletakkan gambar mereka di atas meja belajar Hani. Tak mengapalah.

Muhammad yang sedari tadi pura-pura sibuk dengan kerjanya mula memerhatikan Hani yang sudah di buai mimpi. "apa yang aku buat..? Aku marah pada dia ke atau aku masih tak dapat terima wanita lain yang menyayangi aku selain Adila.." muhammad berkata-kata dalam hatinya..

"Maafkan abang Hani....Kalau Hani terasa dengan sikap abang tadi. Hani masih tak kenal abang lagi. Harap Hani tak fikir bukan-bukan....Aku kena jauhkan diri buat sementara dengan dia. Dia sangat baik.." sambung Muhammad dalam hatinya....tanpa dia sedari, dia telah mengalirkan airmata dengan esakan kecil.

Bahagian 7

Sudah dua hari, hari yang bersejarah itu berlalu....Pertama kali Hani berasa sungguh gembira. Mendekati seorang lelaki yang bernama Muhammad....Hatinya tidak pernah segembira ini. seperti dibuai-buai perasaannya..

"hoy! jauhnya anak dara ni termenung..ingat apa ha?" sergah Aina sambil menepuk bahu Hani. Tersentak Hani dari lamunan lantas memandang muka Aina dan Alea silih berganti. Sahabat baik yang tak pernah rasa ingin berpisah....Hani tersenyum sendiri..

"alamak budak ni! senyum-senyum pulak....angau ke apa kau ni Hani? hoyyy! Hani..bangun-bangun!" Alea pula sudah menggoncang-goncangkan badan Hani sekuat mungkin sehingga bergoyang-goyang Hani di buatnya.

"Leeeaaaa! sakitlah! apa goyang-goyang ni..isy!" Hani sudah bersuara

"ingatkan kau mimpi di siang hari tadi" Sambung Aina

"tak ada makna aku nak mimpi dekat kafe ni. Tak syok tahu! ramai orang, bising lagi.." Hani mula geram

"habis tu, tadi kau berangan. Bila kita orang tegur kau pulak boleh senyum-senyum macam kerang busuk tu kenapa?" Tanya Alea tak puas hati..

"wow! wow! wow! apa gaduh-gaduh kat public ni.." sampuk satu suara. Semua sudah memalingkan muka mereka pada suara itu. Muhammad sedikit terkejut melihat tiga orang anak dara di hadapannya memandang semacam padanya.. "apa pandang-pandang? Tahu la aku handsome hari ni.." balas Muhammad selamba sambil ketawa.

"eleyh! handsome ke??" balas Hani dengan wajah meluatnya....tapi hatinya berkata. memang abang handsome sangat.. "mestilah handsome! kalau tak, takkan Hani nak keluar dengan abang kan??" Usik Muhammad lagi.. Hani hanya mencebik.

"ha! ni kenapa macam ni? seorang duduk dengan muka bengang. Alea pulak kaki dah naik sebelah atas kerusi. Ni Aina ni, asal tercacak je dengan muka macam nak makan orang. korang nak makan siapa ni?" Muhammad mula menyoal.

"nak tahu ke? tanyalah kat kekasih hati kau ni! " balas Aina sambil menjuihkan mulut ke arah Hani. "Alea! jom beli makan" sambung Aina lagi sambil menarik tangan Alea.

"apa-apa aje makcik!!" balas Hani kembali..

Muhammad duduk bertentangan dengan Hani sambil mengeluarkan buku nota kesayangannya....dan menulis sesuatu dalam bukunya.. Hani hanya memerhati, dan memanggukan kepalanya di meja makan itu. Hani langsung tidak membeli makanan hari ni. Perutnya terasa sebu untuk menjamah makanan, badannya juga terasa lenguh-lenguh dan penat.

"Hani tak makan..?" Muhammad mula menyoal apabila keadaan sunyi antara mereka. Hani hanya menggeleng. Tak berdaya untuk dia menjawab soalan Muhammad itu. "Kenapa ni? sakit?" soal Muhammad lagi. Lagi sekali. Hani hanya menggeleng tanda jawapan. Muhammad bangun dari kedudukannya dan duduk bersebelahan dengan Hani.. Di tarik badan Hani mendekati tubuhnya. Hani hanya menurut, tiada daya untuk menghalang kerana badannya benar-benar lemah sekarang. Hani disandarkan ke bahunya, perlahan-lahan Muhammad merasa suhu badan Hani dengan belakang tangannya.

"Panasnya.." Ucap Muhammad sambil cuba melihat wajah Hani. Tapi Hani hanya memejamkan matanya. "Hani..? Nak balik tak..?" sambung Muhammad

"Nak.." Suara Hani serak seakan-akan menahan sakit.

"Jom! Abang hantar Hani balik.."

"Hani tinggal hostel seorang ke nanti..?"

"La..Alea dengan Aina nanti balik la.. Dia orang ada kelas sampai pukul 6.00 petang kan.."

"Tak nak balik la macam ni.." Hani merengek

"Kenapa? Hani demam ni. Kalau pergi kelas, Hani makin sakit pulak..." Muhammad cuba memujuk

"Ehh! Hani! Kau kenapa? Sakit ke?" Soal Alea yang baru selesai membeli makanan dengan nada cemas.

"Hani demamlah. Badan dia lemah sangat ni. Suruh balik, tak nak.." Terang Muhammad sambil membetulkan kedudukan Hani di bahunya. Manja pulak Hani ni.

"Lah....Balik aje la, nanti aku ambilkan semua nota-nota okey!" Sambung Aina

"Aina! Kau nak suruh Hani ni balik hostel seorang? Takkan nak biarkan aje. Ada yang kena histeria nantia kat hostel tu seorang diri!" Balas Alea

"alarh ! aku lupa la Lea....habis tu. Macam mana ni..?" Aina mula bingung

"Kenapa? Kenapa Hani tak boleh balik hostel seorang?" Muhammad tidak mengerti

"err....Hani ni penakutlah. Kau pernah ke tengok dia balik seorang diri? Kat hostel tu pulak sunyi semacam je time class macam ni.." sambung Alea

"ohh! Ni kes takut la ye...." Muhammad mengusik Hani sambil memcubit hidung Hani

"sakit lah! " balas Hani sambil menepis tangan Muhammad, tepisan tangannya di genggam kemas oleh Muhammad. Muhammad hanya tertawa kecil.

"Kalau abang temankan Hani, boleh tak? Abang tak ada kelas lagi lepas ni.." Muhammad mula menawarkan diri.

"Idea yang baik! pergi la temankan Hani. Tapi jangan buat yang bukan-bukan ye!! " Aina menginggatkan Muhammad.

"Budak ni demam. Apa sangat lah aku nak buat dari tengok dia tidur aje" Balas Muhammad

"ha! ye la. Bawa budak manja ni balik cepat.." Balas Aina kembali.

Serta-merta Muhammad membanggunkan Hani perlahan-lahan dan menuntun Hani untuk keluar dari kafe itu. Aina dan Alea memandang antara satu sama lain.. "woi! sweet kan ??" soal Alea. Aina hanya tersenyum sambil duduk dan menyambung makan.

Saturday, September 24, 2011

Bahagian 6

"kita pergi makan dululah....boleh tak Hani?" Muhammad mula membina agenda

"tak kesah, Hani ikut abang je....nak makan dekat mana?"

"tunggu dan lihat aje la.." balas Muhammad sambil tersenyum. Sepanjang perjalanan Hani hanya mendiamkan diri....dia malu sebenarnya tapi cuba disembunyikan. Sehinggalah kereta Gen2 milik Muhammad berhenti di hadapan sebuah warung....'Warung Hussin'....dari jauh sudah kelihatan papan tanda itu...Hani mengikut jejak Muhammad yang keluar dari perut kereta.

Selepas melabuhkan punggung di sebuah meja di bawah kipas....Muhammad memanggil tuan kedai untuk mengambil pesanan "Hani nak makan apa?"

"bagi nasi lemak aje lah....dengan Milo ais.." Pelayan di warung tersebut hanya mencatat. Muhammad memesan makanan yang sama dan air Teh O..

"pagi lagi dah minum ais ye..Hani" usik Muhammad

"err....air panas tu panas la..abang"

"sesuai la nama air panas, takkan air panas tapi sejuk..Hani" Muhammad mengusik lagi sambil ketawa kecil

"ye abang, kalau air panas tu sejuk, ada something wrong somewhere tu.." balas Hani sambil turut tergelak

"Lepas ni kita pergi tengok wayang nak?" Muhammad menyambung agenda seterusnya

"cerita apa yang baru sekarang..?" soal Hani lagi mula tertarik dengan agenda Muhammad

"paling baru, cerita hantu..nak tengok?"

"err....abang..cerita lain ada tak??" Hani cuba berdalih dari menonton wayang cerita hantu....perkara sensitif dalam hidupnya ialah bercerita pasal hantu!

"kenapa..?" Muhammad cuba mendapatkan kepastian

"tak....tak ada apa.." Hani cuba berdalih lagi...nak cakap atau tak....kalau tak cakap, mati keras aku dalam panggung tu..nak cakap malu la pulak! Alamak!

"Hani..?" panggil Muhammad sambil menggoyangkan tangannya di hadapan muka Hani.

Segala lamunan Hani hilang macam kena renjatan elektrik...."ye.."

"okey ke tak ni..?" sambung Muhammad lagi....Apa kenalah budak ni, berangan pulak dia...Rungut Muhammad sendiri dalam hati..

"err....okey je....lepas ni kita pergi ye....kena cepat takut tikaet habis...." balas Hani cuba menenangkan diri....Muhammad hanya mengangguk.. Selesai makan dan membayar sarapan pagi itu, Hani dan Muhammad beriringan ke kereta dan kereta Gen2 menderu laju di jalan raya..

Hani dan Muhammad masuk ke dalam panggung wayang....dua tiket telah dibeli....untuk makan di dalam wayang nanti....Hani cuma beli air coca cola manakala Muhammad membeli giant pop-corn....nampak macam sedap je. kuning pekat warna dia....lagi 10 minit wayang akan bermula....mereka mula mengorak langkah memasuki pintu untuk ke bilik wayang....

Hani melangkah dengan langkah yang malas sebab cerita hantu yang bakal di tonton oleh mereka...Muhammad terasa sedikit aneh lalu menarik Hani supaya berjalan dengan lebih pantas supaya cepat sampai ke dalam wayang....

setelah mengambil tempat duduk masing-masing....Hani duduk bersebelahan dengan Muhammad....Hani hanya mendiamkan diri sedari tadi....Apa nak jadi..jadilah....tak pediuli! Susah kalau ada penyakit yang tak tahu nak menolak ni....hati Hani bersuara tidak puas hati....

Apabila lampu sudah di gelapkan....Jantung Hani bergerak makin laju....Muhammad hanya tenang saja di sisi....Bila wayang sudah dimulakan....Hani cuba menonton dengan tenang....tiba-tiba ada bunyi pontianak mengilai.. dengan pantas Hani menggenggam tagan Muhammad sekuat hati...."celaka punya hantu! tak mengilai tak boleh ke..? isyy!" marah Hani dalam hati....Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memejamkan mata saja hinggalah wayang tu habis nanti....

Muhammad yang terperanjat dengan tingkah laku Hani sedikit aneh....tangannya yang digenggam oleh Hani makin terlerai....dalam samar-samar itu Muhammad cuba melihat wajah Hani...."tidur pulak..?" Muhammad bersuara perlahan....tanpa peduli..Muhammad meneruskan tontonan wayang tadi....sehinggalah wayang tamat..

Bila lampu di hidupkan semula kelihatan seperti tidak ada apa-apa yang berlaku pada Hani. Wajah dia segar..tak macam orang bangun tidur....Mereka jalan beriringan keluar dari wayang..

"Hani tidur ke tadi....?" Muhammad mula menyoal

"A'ah....Hani tidur tadi..mengantuk pulak dalam wayang tu.." Hani cuba membina alasan....Muhammad mendekatkan mukanya pada Hani sehingga terlalu hampir dengan wajah Hani....Hani sedikit terkejut lantas bertanya.... "kenapa abang pandang Hani macam tu..?"

"saja aje....kalau Hani baru bangun tidur..mesti ada bau macam orang baru bangun tidur....ni tak ada pun.." balas Muhammad dan mula menangkap sesuatu..

"ada-ada aje abang ni....Hani tadi.."

"Hani tadi takutkan..?" potong Muhammad....Muka Hani sudah mula kemerah-merah menahan malu..

"err....mana ada..Hani tidur la.." Hani masih tidak mahu kalah

"kalau macam tu...apa ni..?" balas Muhammad sambil menunjukkan kesan kemerahan di tangannya yang digenggam kuat oleh hani tadi....Hani melihat kesan merah itu dan memandang wajah Muhammad silih berganti..

"siapa buat abang macam ni..?" tanya Hani sambil mengusap-usap tangan Muhammad

"tanya pulak..Hani yang buat tangan abang macam ni....Hani yang genggam tangan abang kuat-kuat tadi....tak nak mengaku eh.." balas Muhammad lagi sambil mencubit hidung Hani..

"sakitlah!" Hani memukul manja lengan Muhammad

"tahu pun....so? nak mengaku tak..? Hani tidur atau takut..hmm?" Muhammad cuba menjerat Hani

"err....abang....jom tengok baju tu.." Hani berdalih sambil memasuki Butik Sarah yang berada di shopping compleks tempat mereka menonton wayang tadi..Muhammad hanya menggelengkan kepala dan menurut sahaja lengkah Hani.. Hatinya juga bersuara....memang tak nak mengaku kelemahan dia....penakut tapi kata tak takut....kuat semangat atau apa ye..? tak kisahlah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila