CLICK SAYA !

Monday, October 3, 2011

Bahagian 18

Perjalanan dari Kem Pengakap ke UiTM Shah Alam mengambil masa satu jam setengah. Hani turun dari trak dan mengambil segala peralatan miliknya. Dia mengucapkan selamat tinggal kepada Tuan Helmi serta anak-anak buah Tuan Helmi, memandangkan tahun ini adalah tahun terakhir Hani dapat bersama-sama dalam dunia PALAPES. Tahun hadapan dia mungkin sedah bekerja.

"Terima kasih tuan...." Hani menuturkan perlahan

"Sama-sama kasih, Hani.... Jaga diri elok-elok ya! Belajar rajin-rajin" Pesan Tuan Helmi sambil menepuk-nepuk bahu Hani. Muhammad yang sudah berada di sebelah Hani sedari tadi hanya tersenyum. Diikuti pula Amar yang baru selesai mengelurkan barang miliknya..

"Muhammad! Jaga Hani elok-elok ya... Dia budak baik.." Tuan Helmi berpesan kepada Muhammad pula

"Hai tuan! Muhammad dengan Hani aje ke? Saya tak ada.. Saya tahu saya siapa.." Amar mula mencelah dan buat-buat merajuk

"Kamu siapa, Amar...." Tuan Helmi cuba menguji Amar

"Saya budak paling handsome dekat U ni lah! Tuan ni buat-buat tak tahu pulak.." Amar sudah mula melalut. Kami hanya ketawa mendengar kata-kata Amar

"Handsome ke kamu..?" Tuan Helmi masih mahu mengenakan Amar

"Mestilah.... Ehh! Tuan, nanti kita jumpa lagi ya! Saya ada setahun lagi dekat sini. Saya pergi dulu.." Amar sudah membuka langkah bila Tuan Helmi hanya mengangguk. Hani memandang ke arah yang ingin Amar tuju..

"Tu! Adik abang tu...." Hani menjuihkan mulutnya ke arah tujuan Amar sambil menyiku Muhammad. Muhammad berpaling dan tersenyum..

"Aina? Sejak bila..?" Muhammad menyoal Hani

"Entah.... Mana Hani tahu...." Hani menjawab. Dia juga tak tahu apa kaitan Amar dengan Aina. Nampak gaya macam ada hubungan je.. Abaikan..

"Kalau macam tu. Saya minta diri dulu ya! " Tuan Helmi sudah mula meminta diri

"Baik tuan. Jaga diri baik-baik ya.." Muhammad mengingatkan Tuan Helmi. Tuan Helmi hanya mengangguk dan tersenyum. Hani juga begitu.. Kami melihat Tuan Helmi sudah menaiki semula trak tadi dan berlalu dari UiTM Shah Alam. Pelajar-pelajar yang lain sudah mula beransur pulang. Keadaan sudah tengah hari.

"Hani....abang nak balik Melaka. Hani nak ikut sekali.." Muhammad meluahkan hasrat hatinya..

"Hani pun ada cadangan untuk balik Melaka juga...."

"Hani balik naik apa..?" Muhammad menyoal kembali

"Abang Hani cakap dia nak ambil. Kenapa?"

"Ohh! Ingatkan nak ajak Hani balik dengan abang sekali.."

"Mungkin lain kali. Lagi pun hari ni abang Hani nak ambil Hani dekat sini.Tadi Hani dah call dia. Kebetulan dia nak balik Melaka juga..." Hani menerangkan

"Oh ya! Dia duduk sini ke..?" Muhammad bertanya

"Dia kerja dekat sini. Tiap-tiap minggu dia akan balik.. Abang nak follow kita orang ke?" Hani tanya Muhammad pula..

"Mungkin tak. Abang dengan Amar balik Melaka esok ajelah.." Ucap Muhammad. Hani hanya mengangguk.. Tiba-tiba handphone Hani berbunyi. Pantas Hani menjawab panggilan tersebut..

"Abang dah sampai? Adik dekat lobi.. Abang ambil dekat lobi ya!" Hani berbual dengan orang di hujung talian. Muhammad hanya mendengar.

"Abang Hani yang call tadi.." Hani melaporkan pada Muhammad. Muhammad hanya mengangguk. "Nanti bolehlah kenal dengan abang Hani ya!" Hani memberi cadangan. Muhammad mengangguk sekali lagi..

"Ha! Tu dia abang Hani dah sampai.." Hani mengejutkan Muhammad. Kelihatan Suzuki Swift berwarna biru memakirkan kenderaannya di tempat letak kereta. Tubuh seorang lelaki keluar dari kereta dan berjalan ke arah Hani. Bila tubuh tersebut telah dekat dengan Hani. Hani berjalan ke arahnya dan menyalam serat mencuim tanga lelaki tadi..

"Dah nak gerak sekarang ke..?" Hani menyoal abangnya

"Kejap lagilah. Adik dah makan..?" Soal abang Hani pula. Hani hanya menggeleng.. "Siapa ni..?" Abang Hani menyoal kepada Muhammad yang sedari tadi berdiri di samping Hani..

"Saya Muhammad...." Muhammad memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam. Abang Hani menerima salaman dari Muhammad sambil tersenyum.

"Buah hati kau ke dik!?" Abang Hani mula menyoal dengan nada sedikit tegas. Hani hanya terdiam.. Muhammad juga kaku mendengar kata-kata abang Hani yang tegas tu.. "Dah maju!" Abang Hani mula bertukar riak wajah dan suaranya. Suaranya ada senda gurau dan tersenyum memandang Muhammad dan Hani..

"Mana abang tahu dia ni......" Kata-kata Hani terhenti bila abangnay mencelah

"Aku salam tangan dia. Sejuk semacam aje, abang dah 32 tahun hiduplah! Abang tahu okey!"

"Yelah....abang dah tua.." Hani bersuara perlahan dan mencebik..

"Apa kau cakap....!" Abang Hani terdengar kata-kata Hani yang perlahan itu "Kau ingat abang tak dengar kau cakap apa ke..?" Abangnya mula geram lantas mecubit lengan Hani..

"Sakitlah! Abang ni kan..!" Hani memarahi abangnya..

"Rasakan.. Jomlah pergi makan dekat kafe. Abang tak makan lagi ni...." Abang Hani mengajak Hani pergi makan di kafe UiTM Shah Alam.

"Muhammad sekali..?" Hani menyoal abangnya.

"Yelah! Habis tu, kau je nak besarkan perut kau. Dia nak juga.. Apalah kau ni dik!" Abang Hani mengetuk kepala Hani. Hani hanya ketawa dengan telatah abangnya.. "Jomlah.." Hani mengajak Muhammad mengikuti langkah abangnya yang sudah ke depan.

Selesai membeli makanan dan minuman masing-masing. Kami duduk di kerusi kafe yang disediakan. Makan dengan sopan dan lambat-lambat memandangkan waktu masih tengah hari.

"Nama abang apa?" Muhammad menyoal abang Hani

"Hafizi....panggil aje abang Fizi.. pendek sikit...." Hafizi mula memperkenalkan dirinya. Muhammad hanya mengangguk.

Selesai makan. Hafizi dan Hani meminta diri untuk pulang. Mereka tidak mahu sampaidi Melaka bila matahari sudah tenggelam. "Hati-hati ya!" Muhammad berpesan..

"Ya! Abang tahulah jaga buah hati kamu ni...." Hafizi mengenakan Muhammad. Muhammad hanya tersenyum..

"Kami pergi dulu ya! Nanti Hani mesej abang.." Hani menaburkan janji untuk Muhammad. Muhammad hanya mengangguk. Hani dan Hafizi menaiki kereta dan memecut laju meninggalkan lobi UiTM Shah Alam. Muhammad pula sudah pulang ke hostel lelaki yang tidak jauh dari lobi UiTM Shah Alam.

Bahagian 17

Hari ni hari terakhir kami di Kem Pengakap dan bermaksud Perkhemahan PALAPES pada tahun ini akan menutup tirai bila kami semua melangkah keluar dari Kem Pengakap itu nanti.. Kebetulan, minggu hadapan pihak UiTM memberi cuti kepada seluruh pelajar UiTM kerana ada majlis konvokesyen untuk pelajar-pelajar yang sudah grade selama seminggu. Hani mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamnnya di Melaka..

"Hani....berangan aje ya.." Muhammad menegur Hani yang sedari tadi memerhatikan keadaan sekeliling.

"Mana ada....saja aje nak tengok keadaan sekeliling. Banyak kenangan Hani dekat sini...." Hani bersuara sambil matanya ligat memandang sekeliling. Tempat penyatuan dua hati. Tempat di mana dia kenal hati budi Muhammad sedalam mungkin...

"Sayangkan nak tinggalkan tempat ni...." Muhammad pula bersuara.. "Banyak kenangan di sini walaupun kita hanya lima hari aje dekat sini.." Muhammad menambah lagi

"Betul tu....tempat Hani menerima hati seseorang..." Hani menjeling manja ke arah Muhammad.

"Hani...." Satu suara garau menyapa mereka.. Sama-sama berpaling memandang ke arah suara itu..

"Hey....Ariff...." Hani menegur ramah Ariff yang memakai t-shirt merah dan seluar trek. Ada lambang UKM di t-shirt Ariff..

"Semoga jumpa lagi nanti ya...." Ariff mengucapkan....nadanya sayu.. "Tahniah juga ya...." Ariff menambah dan tersenyum.. Hani tidak mengerti tapi dia mula mengerti bila Ariff menjeling ke arah Muhammad dan tersenyum kembali ke arah Hani.

"Thanks Ariff...." Hani memberi penghargaan....

"Saya nak beri ni untuk awak. Hadiah perkenalan kita...." Ariff menghulurkan satu kotak segi empat tepat berwarna hitam dan reben berwarna keemasan menghiasi di setiap sudut kotak itu kepada Hani.. Hani teragak-agak untuk mengambil dan memandang ke arah Muhammad. Muhammad hanya tersenyum dan mengangguk. Faham dengan situasi Hani....

"Apa ni....?" Hani menyoal kembali bila kotak tadi bertukar tangan..

"Hadiah dari saya. Anggap saja hadiah persahabatan kita dan penghargaan dari saya untuk awak sebab awak dah rasmi jadi milik Muhammad...." Ariff membalas dan tersenyum ke arah Muhammad.. Muhammad membalas senyuman itu....

"Thanks lagi sekali..Ariff. Tapi saya tak tahu nak bagi apa dekat awak....." Hani seperti serba salah.

"Ehh. Tak apa. Saya ikhlas bukannya mahu apa-apa balasan.." Ariff ikhlas menuturkan kata..

"Lagi sekali Ariff.... Thanks...." Hani mengucapkan lagi sekali. Tidak tahu kenapa, hatinya seperti tak mahu melepaskan Ariff pergi. Mungkin perpisahan ini untuk selamanya. Terasa ada sesuatu yang menggoncangkan hatinya untuk berkata sesuatu.. "Awak adalah kawan saya dunia akhirat....Ariff.."

Ariff terpana dan tersenyum mendengar kata-kata Hani.... Dia tahu Hani ada perasaan yang sama terhadapnya tapi perasaan Hani terhadapnya tidak sama kuat perasaan Hani dengan Muhammad. "Thanks, Hani.... Kalau macam tu saya pergi dulu ya.. Trak saya nak jalan dah.." Ariff meminta diri dan menyalam Muhammad. Ariff menarik Muhammad dan berbisik perlahan di telinga Muhammad.

"Take care her like you take care yourself, bro!" Ariff memberi ingatan..

"Don't worry.... She is my life.. I will take care her nicely" Muhammad membalas.. dengan bisikan juga... Hani hanya melihat dengan tanda tanya. Apa yang mereka katakan pun Hani tak tahu..

"Hani....Take care okey!.. Saya pergi dulu...." Ariff mengucapkan kata-kata terakhir sebelum meninggalkan Hani. "You too.. Take care.." Hani membalas dan tersenyum. Hani dan Muhammad memandang ke arah Ariff yang sudah jauh dari pandangan dan kelihatan Ariff sudah menaiki trak UKM dan berlalu dari Kem Pengakap.. Hani terasa sayu....Tak tahu kenapa, seperti ada sesuatu yang Ariff rahsiakan tapi dia tak dapat mengagak..

"Sedih..?" Muhammad menegur lembut

"Sikit...." pendek Hani membalas.. dan tersenyum nakal kepada Muhammad. Hani mahu membuka kotak yang diberi oleh Ariff tadi tapi Muhammad pula yang melarang..

"Wait dear! better you open it at home...." Muhammad memberi cadangan..

"But why..?" Hani menyoal tidak mengerti

"perhaps he would like you look at the contents with no one else to see apart from you. Understand?" Muhammad menjelaskan..

"Okey...." Hani tak jadi untuk membuka kotak tadi..

"Dah....jom kita masukkan barang-barang dalam trak.. Jaga barang tu baik-baik.." Muhammad masih berpesan, dia dapat rasakan amanah terakhir dari Ariff untuk Hani perlu dijaga rapi..

"Okey....jangan risau okey.." Hani mula geram..

Selesai memasukkan barang-barang di dalam trak. Hani sudah menaiki trak yang dikhaskan untuk pelajar perempuan dan Muhammad pula menaiki trak yang satu lagi.. Trak mula bergerak meninggalkan Kem Pengakap. Perasaan sayu semakin menyelubungi, terasa tidak mahu meninggalkan tempat itu. Banyak kenangan yang dicipta disitu..

Muhammad juga begitu, sayu memandang Kem Pengakap yang makin lama makin jauh dari pandangan matanya.. "Along! lepas ni tak payah panggil abang lagi ya! Sakit lidah ni nakpanggil abang.. 24 tahun hidup panggil Along tiba-tiba pulak nak kena ubah" Amar memulakan perbualan.

"Ikut kaulah Amar.... Along tak kesah lagi pun Along rasa, panggilan abang tu sesuai untuk Hani aje.." Muhammad bersikap nakal.

"Amboi....Along ni memang gatal ya!" Amar mengenakan Muhammad. Mereka tergelak. "Along tahu, Amar tak pernah ada rasa suka dekat Hani tu tahu. Tak tahu kenapa, sedangkan kita orang rapat sangat-sangat.." Amar menyambung kembali

"Mungkin sebab dia bakal jadi kaka ipar kau. Sebab tulah kau tak ada perasaan dekat dia..." Muhammad masih bersikap nakal.. Muhammad rasa dia sudah ada kehidupan baru dan dia perlu menjaga Hani sebaik mungkin dan tak akan melepaskan Hani pada tangan mana-mana lelaki!

"Cuti seminggu ni, Along nak balik Melaka ke?" Amar menyoal kembali

"Kau nak balik Melaka?" Muhammad menyoal Amar pula

"Ikut hati memang nak balik Melaka, rindu dengan mak dan bapak.."

"Kau memang tak boleh berenggang dengan mak dan bapak tu! Anak manja! Sarah pun tak manja macam kau tahu!" Muhammad mengenakan Amar

"Eh! Biarlah. Mak dengan bapak Amar tu.."

"Habis tu. Along ni bukan anak dia orang ke?" Muhammad mencebik. Manja sangat!

"Yelah! Mak dengan bapak pun nak berebut... Nanti balik Melaka, ajaklah Hani sekali. Dia duduk Melaka juga.." Amar memberi cadangan

"Oh ya? baguslah...." Muhammad tersenyum

"Along ni tak boleh harap langsung...."

"Kenapa pulak..?" Muhammad mengerutkan dahi

"buah hati duduk mana pun tak tahu.... Aneh!" Amar menjeling tapi masih tersenyum

"Manalah Along nak tahu. Along ni bukan suka sangat nak ambil tahu hal orang. Tapi sekarang Along dah tahu..." Muhammad tersenyum sumbing

"Yelah! Tu pun sebab Amar yang cakap.." Amar masih tak puas hati..

"Dahlah tu! Along nak tidur....Kalau kau nak membebel. Pergi membebel dengan driver tu!" Muhammad bersuara dan menutup matanya.. Amar pula mencubit peha Muhammad dengan sekuat hati..

"Sakitlah Amar!" Muhammad mengaduh kesekitan. Budak-budak lelaki yang lain melihat gelagat dua beradik yang banyak bergurau senda. Muhammad menepis tangan Amar tapi matanya tetap dipejamkan. Amar menahan geram melihat Muhammad yang tidak ada reaksi. Akhirnya dia pun mengambil keputusan untuk tidur dengan lena sekali..

Sunday, October 2, 2011

Bahagian 16

Hani sudah sihat seperti sedia kala. Pagi itu Hani sudah boleh mengikuti program seperti biasa tapi masih perlu makan ubat untuk mengembalikan semula tenaganya. Hani yang sedari tadi hanya duduk menghadap padang kawad tersentak bila ada seseorang menegurnya dari belakang..

"Hani...." Ariff menegur ramah pada Hani.. Hani tersenyum dan spontan Ariff duduk disampingnya. "Dah sihat?" Ariff memulakan perbualan..

"Alhamdulillah. Sihat aje.." Hani membalas sambil tersenyum manis.. Hari ni Hani hanya tersenyum sahaja mengenangkan kejadian pagi tadi. Melihat Muhammad yang terlalu mengambil berat terhadapnya, Muhammad memanggil dia 'sayang'. Muhammad mula menghargai dirinya. Terasa diri dibuai-buai..

"Hani....harap hubungan kita sebagai kawan takkan pernah putus ye.." Tiba-tiba Ariff bersuara dengan nada sayu. Hani jadi hairan lantas bersuara "Kenapa ni?"

"Tak ada apa....Saya tak naklah hubungan kita sebagai kawan ni habis di sini aje....harap boleh sampai kahir hayat...." Ariff bersuara lagi..

"hey....mestilah! Awak macam kawan saya yang lain juga.. Kawan tetap kawan, kenapa pulak saya tak nak kawan awak. Tak masuk akal langsung, awak pulak baik sangat. Takkan saya nak buang kawan sebaik awak.." Hani menenangkan hati Ariff

"Manalah tahu...." Ariff bersuara perlahan

"Saya bukan macam tu okey! Saya suka berkawan dan kawan saya ramai sangat!" Hani bersuara kembali "Kenapa dengan awak ni sebenarnya?" hairan dibuatnya melihat Ariff yang seakan-akan orang patah hati..

"saya sebenarnya....saya...." ayat-ayat Ariff tergantung bila mendengar nama Hani dipanggil

"Haniiii!" Kedengaran satu suara memanggil Hani diseberang padang kawad. Hani melihat gerangan itu. Muhammad! Hani bangun dan Ariff juga turut bangun.. Muhammad dalam perjalanan ke arah mereka lantas Hani memandang Ariff. Wajah Ariff kelihatan muram.. "Ariff..kenapa dengan awak ni..?" Hani bertanya, hairan.

"Tak ada apa....awak kejar apa yang awak nak ya! Kejar seboleh mungkin dan kalau ada apa-apa jangan malu-malu beritahu saya...." Ariff bersuara lagi

"Tapi kenapa.........." kata-kata Hani pula terhenti bila Ariff memintas

"Saya pergi dulu ya! Take care...." terus Ariff berlalu dari situ. Hani terpinga-pinga dan memanggil Ariff. Ariff berpaling dan senyum kepada Hani, langkahnya terus dibuka meninggalkan Hani..

"Kenapa tu..?" Muhammad yang sudah sampai ke destinasinya menyoal Hani yang memanggil-manggil Ariff tapi Ariff kangsung tidak mengendahkan dirinya..

"Tak tahu! Ariff macam nak cakap sesuatu tapi bila nampak abang aje, dia minta diri dan cakap benda-benda pelik.." Hani menjelaskan tapi masih ada rasa aneh di fikirannya

"Dia cakap apa..?" Muhammad inginkan kepastian

"Dia suruh Hani kejar apa yang Hani nak. Kejar seboleh mungkin dan jaga diri dan yang paling penting jangan lupakan dia sebagai kawan Hani....macam tulah.." Hani berterus terang. Muhammad sudah mengagak sesuatu.. Benar kata Amar..cinta pandang pertama Ariff buat Hani bukan sesuatu yang main-main tapi serius dan ikhlas!

"sudahlah tu. Jangan difikirkan sangat....Hani pun belum sihat sangat lagi...." Muhammad menasihati Hani

"Amar mana..?" Hani menyoal

"Amar ikut 'compas matching'....baru je lepas tadi sebab tu abang ada dekat jalan sana tengok adik abang tu.."

"Adik?" Hani hairan, bila pula Amar ni jadi adik Muhammad

"ya! adik....adik abang tu....adik nombor dua abang.."

"Hani tak tahu pun Amar tu adik abang...." Hani seakan-akan merajuk..

"alarh....merajuk pulak dia....bukan tak mahu bagitahu. Cuma abang nak kenal sendiri Hani yang selalu Amar ceritakan dekat abang.."

"Dia cerita apa dekat abang.." Hani mula tertarik dan duduk kembali di atas batu-batu. Muhammad juga begitu.

"Dia pernah cakap....Hani ni macam gila-gila tapi baik....dia selalu cerita pasal Hani. Abang pun tak tahu kenapa dan bila abang decide nak sambung belajar balik dekat UiTM Shah Alam tu. Abang minta Amar rahsiakan yang kami ni adik beradik..."

"lagi..?" Hani memancing supaya Muhammad bercerita

"Dia pun ada kata, Hani ni gila nak pergi Oxford kebetulan abang pun teringin sangat nak smabung belajar dekat sana.. Kalau dapat buat PHD dekat sana pun syok juga!" Muhammad tersenyum ke arah Hani. Hani juga mengangguk..

"Amar banyak tahu cerita Hani sebab Hani rasa selesa cerita macam-macam dekat dia.." Hani memuji Amar

"Biasalah! Orang ambil sikologi macam Amar tu. Memang pandai kawal emosi orang.." Muhammad menambah.. Kami ketawa riang..

"Kita pulak? Kawal emosi komputer aje...." Hani pula berjenaka dan tercetus gelak ketawa. Hanya mereka saja yang dapat rasakan keseronokan itu..

"Hani...." Keadaan sudah menjadi serius bila Muhammad memandang tajam ke dalam mata Hani terus menusuk ke jantung dan serta merta jantung Hani berdegup kencang.."abang nak cakap sesuatu.." Muhammad mula mengenggam tangan Hani....kemas!

"Apa dia....cakaplah...."

"Hani nak tahu....abang dulu ada girlfriend tau.... Dia baik sangat....tapi dia dah tak ada.." Suara Muhammad kedengaran sayu..

"Dia pergi mana...?" Hani bertanya

"Meninggal...." Muhammad menjawab pendek.. dan menyambung kembali.. "Dia sakit....abang dapat rasa kasih sayang dia hanya 7 bulan aje....dia sangat-sangat baik! Mungkin terlalu sayang, abang tak boleh lupakan dia. Dia kerja satu tempat dengan abang....bila dia meninggal tu, abang tak dapat terima. Setiap hari abang akan hantar mesej dekat handphone dia macam biasa.

Ucapkan selamat pagi, selamat malam. Abang betul-betul tak boleh lupakan dia.. Sejak tulah, Amar selalu cerita pasal Hani dan tak tahu kenapa, abang rasa macam nak kenal sangat dengan Hani.. Abang sambung belajar pun sebab nak lupakan kenangan abang dengan dia, sebab setiap kali abang pergi kerja abang akan teringat dekat dia.. Abang cuba buang kenangan abang dengan dia..

Sekarang....abang dah boleh lupakan dia perlahan-lahan.. Walaupun bukan sepenuhnya. Abang nak buka hati abang untuk seorang gadis yang sangat memerlukan abang...." Muhammad berhenti berkata-kata. Lama! Keadaan antara Hani dan Muhammad sunyi.... Hani khusyuk mendengar cerita Muhammad.

Hati wanitanya tersentuh melihat kesetiaan Muhammad terhadap bekas kekasihnya yang sudah menjadi arwah.. Muhammad sudah mula mengesat air matanya.. Tiba-tiba Muhammad menarik tangan Hani dan menggenggam kemas terus di bawa ke bibirnya.. Dicium tangan itu berkali-kali.. Hani jadi kaget melihat aksi spontan Muhammad.

"Hani....abang nak buka pintu hati abang hanya untuk Hani.... Hani nak terima kasih abang tak..?" Muhammad melamar Hani dengan air mata yang masih mengalir.. Hani terpana mendengar luahan hati Muhammad. tangannya dibiarkan digenggam oleh Muhammad dan dia memandang ke arah Muhammad dengan tanda tanya..

Lama Hani begitu....akhirnya Muhammad bersuara.."Kalau hati Hani sudah tak ada nama abang lepas kejadian tu....abang terima jika Hani menolak.." Muhammad mula melepaskan genggaman tangannya.. Tapi Hani pula menggenggam tangan Muhammad dengan kemas dan kuat! Seolah-olah tidak mahu dilepaskan.. Muhammad memandang kearah Hani.. Ada senyuman di wajah Hani..

"Abang....abang tahu.... Inilah yang Hani tunggu selama ni.... Kalau abang tak mahu terima Hani sekalipun, Hani pasti yang cinta Hani untuk abang akan kekal dalam hati Hani sampailah Hani mati....sebab abang terlalu istimewa.." Hani meluahkan isi hatinya pula.. Muhammad tersenyum kembali dan berbisik di telinga Hani..

"Abang tak akan mensia-siakan Hani buat kali kedua...." Muhammad berjanji..

"Hani akan jaga sayang dan cinta yang abang ada untuk Hani.."Hani pula berbisik..

Mereka saling tersenyum.. Pagi yang indah menjadi saksi penyatuan dua hati antara Nur Hani dan Muhammad. Sama-sama tersenyum, tak sangka dengan adanya Perkhemahan PALAPES ini dapat menyatukan dua hati menjadi satu..

Bahagian 15

Selesai pertandingan menembak. Semua peserta diminta untuk berkemas-kemas kerana akan pulang ke kem semula memandangkan hari sudah maghrib. Beginilah setiap tahun, keluar lepas subuh dan pulang bila matahari terbenam jika mengikuti pertandingan menembak ni. Tapi! Sangat puas!

Tak sangka pula UiTM Shah Alam akan bertemu dengan UKM di dalam satu trak. Hani sudah duduk di tempat pilihannya berdekatan dengan kepala trak. Dia suka begitu, baginya kalau duduk di situ rasa sungguh selesa dan nyaman. Muhammad pula, selesai membawa segala peralatan ke dalam trak. Dia duduk di kiri Hani. Hani hanya mendiamkan diri, tidak tahu kenapa dia berasa begitu janggal dengan Muhammad sedangkan sebelum ni di rasa selesa sangat bila berdampingan dengan Muhammad.

Cuaca sudah semakin gelap. Bila trak mula berjalan, terasa ada tubuh seseorang duduk di kanannya pula. Hani hanya mendiamkan diri memandangkan keadaan yang gelap tidak mengizinkan dia melihat siapa gerangan itu lalu Hani membuka uniform lorengnya untuk menghilangkan rasa rimas.

"Panas ke?" Sapa satu suara. Hani cuba mengecam suara itu. Ariff! Barulah dia perasan

"err....taklah. Tak panas cuma rimas aje.." Hani membalas lambat-lambat. Ariff hanya tersenyum walaupun dalam samar-samar. Masih nampak perubahan wajah Ariff yang tersenyum ke arahnya. Bila Hani menoleh ke arah Muhammad, kelihatan Muhammad tajam merenung ke wajahnya, terasa ada kejutan elektrik yang menggoncangkan hatinya..

Dia teringat permintaan Muhammad supaya tidak terlalu rapat dengan Ariff. Hani memandang Ariff semula yang sedari tadi tak lepas merenung wajahnya.. "Saya nak tidurlah. Penat sangat ni.." Hani memberi alasan..

"Okey....tidur lena tau.." Ariff berpesan dan turut menyandarkan badannya ke kerusi trak.. Hani menyelimut badannya dengan uniform loreng miliknya dan bersandar juga. Beberapa minit selepas itu, Hani sudah di buai mimpi..

Muhammad terasa ada sesuatu yang hangat berada di pehanya. Memandangkan cuaca di luar sedang hujan, terasa benda hangat tadi memberikan keselesaan kepadanya. Muhammad memandang ke sebelahnya, dilihat Hani sedang nyenyak tidur dan tidak sengaja tangan Hani tersentuh pehanya. Perlahan-lahan Muhammad menggenggam tangan Hani, dingin! Muhammad menggenggam kemas tangan Hani.

Seraya itu terasa satu tubuh menghempap bahunya. Muhammad hanya tersenyum melihat Hani tidur dengan kepalanya dilentokkan ke bahunya. Perlahan-lahan Muhammad membawa Hani ke dalam dakapannya. Uniform lorang milik Hani ditarik supa menutupu badann Hani yang mungkin kesejukan.. Pelukan semakin dieratkan..

"I Love You...." Muhammad berbisik ditelinga Hani dan mencium dahi Hani....Selepas itu, dia juga turut dibuai mimpi tetapi pelukannya tidak dileraikan.... Amar yang memerhati sedari tadi hanya tersenyum.. Ariff pula tidur tidak sedarkan diri..

Perjalanan pulang ke kem mengambil masa selama satu jam. Sampai di kem, Muhammad cuba mengejutkan Hani tetapi Hani hanya kaku da bahunya.. Muhammad terasa tubuh Hani hangat semacam, dia meletakkan belakang tangannya ke dahi Hani dan terasa sangat panas! Hani demam!

"Amar!.." Muhammad memanggil Amar. Amar menyuruh anak buahnya yang lain menurunkan peralatan dan bergerak ke arah Muhammad yang masih duduk memeluk Hani..

"Kenapa ni, abang?" Amar bertanya

"Badan Hani panas....abang kejut pun dia tak bangun-bangun.." jelas Muhammad. Amar cuba merasa suhu badan Hani. Panas! Hani juga bernafas tidak menentu.

"Kenapa ni..?" Ariff pula menyoal. Aneh dibuatnya bila melihat Hani, Muhammad dan Amar tidak berganjak dari tadi..

"Hani demam.." Amar menjawab pendek

"Bawa pergi medic aje la...." Ariff memberi cadangan.. "Nak saya bantu angkat dia..?" Ariff menawarkan diri..

"Rasanya tak perlu....kau pergilah uruskan budak-budak kau....Aku dengan Amar boleh uruskan Hani.." Muhammad bersuara selamba tapi ada nada tidak senang.... Amar mula menyampuk

"Tak apa Riff! Kau tolong budak-budak kau okey. Aku dengan Muhammad uruskan budak kita orang..Chill bro!" Amar menenangkan Ariff dan menepuk bahu Ariff. Ariff akur dan berlalu dari situ..

"Amar! Kau angkat Hani. Abang turun, nanti kau bagi Hani kat abang pulak.." Muhammad mengarah.. Amar mengendong Hani dan Muhammad turun sepantas yang boleh.. Bila Muhammad sudah sampai di bawah, Amar menghulurkan tubuh Hani kepada Muhammad dan Muhammad menggendong Hani. Bila Amar sudah turun, Muhammad dan Amar membawa Hani ke medic.

Sampai di medic, Hani sudah di bawa ke ruang rawatan. Muhammad dan Amar tunggu diluar sementara pihak medic memeriksa keadaan Hani. Hani perlu didaftarkan dan Muhammad telah mendaftarkan Hani dan lebih memudahkan, wallet Hani di pegang oleh Muhammad jadi pengurus pendaftaran menjadi lebih mudah. Bila Muhammad mahu menyimpan semula kad pengenalan Hani. Terkeluar satu keping gambar kecil yang sudah dipotong hingga mudah dimasukkan di dalam wallet milik Hani.

Muhammad mengambil gambar tersebut dan secara spontan terlihat gambar itu. "Gambar aku dengan Hani.." Hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulut Muhammad. Amar turut melihat gambar itu dan memandang wajah Muhammad.. "abang..?" Amar menegur.. Muhammad memandang wajah Amar dengan wajah bingung..

"Amar nak cakap ni.....Kalau abang masih tak dapat lupakan Adila. Abang jangan tolak Hani begitu aje. Dia ada hati dan perasaan juga. Amar tahu.. Abang dengan dia dingin pasal gambar korang dekat bilik Hani kan? Sejak tu korang tak bertegur sapa.. Jagalah hati dia....Amar dapat rasa apa dia rasa.." Amar mengingatkan Muhammad.

"Kau ada perasaan dekat Hani ke..?" Muhammad menyoal.. Amar tersenyum dan menggeleng..

"Tak! Dia kawan saya, kami sebaya dan saya kenal dia dah lama. Dia rapat dengan saya dan dia selalu luahkan dekat saya....jadi, saya tahu sikit tentang hati dan perasaan dia. Dia tak pernah bercinta, abang.. Sebab dia kata, dia takut dengan panahan cinta lelaki...."

"Kenapa pulak..?" Muhammad hairan

"Ayah dia banyak perempuan. Ayah dia dah banyak kali memainkan perasaan perempuan termasuk mak dia juga. Dia takut pada lelaki sebab dia kata, dia selalu nampak mak dia menangis sebab ayah dia atau dengan erti kata lain. Sebab lelaki! jadi....abang fahamkan kenapa dia tak pernah bercinta. Dan sekarang abang dah tahukan kenapa dia bersikap dingin juga macam abang buat dekat dia. Sebab dia tak mahu rasa sakit kerana lelaki...." Amar mula menitiskan air mata. Lembut juga hati dia.. Muhammad berasa serba salah..

"Jadi....kau nak abang terima Hani..?" Muhammad menyoal lagi

"Terpulang pada hati abang.... Cinta tak boleh dipaksa.... Tapi kalau abang nak mulakan hidup baru, terimalah Hani. Tapi kalau abang masih nak setia dengan arwah Adila, teruskan. Ariff juga sedang menunggu cinta Hani tapi dia tak berani luahkan..."

"Ariff suka Hani..?" Muhammad mula terkejut. Amar mengangguk dengan tenang

"Ya! Ariff suka Hani, dia kata Hani tak macam perempuan lain. Dia merendah diri dan dari mata dia yang redup jelas keikhlasan dia berkawan dengan Ariff. Ariff tahu Hani sayangkan abang. Sebab tu dia hanya mendiamkan diri dan beri peluang untuk Hani kejar apa yang dia mahukan. Tapi kalau abang sampai menyakitkan dan menolak Hani mentah-mentah. Dia akan datang selamatkan Hani.. Itu janji dia pada Amar...." Amar menjelaskan lagi.. Muhammad mula terdiam.. Tidak tahu apa yang perlu dia katakan..

"Fikirlah baik-baik, abang.. Jika kita terus-terusan mengingati orang yang sudah tiada. Banyak hati yang akan terluka. Hati kita juga akan terluka.. Sebagai adik abang, Amar hanya menasihatkan aje.." Muhammad mengangguk.... Akhirnya, gugur juga air mata lelaki Muhammad! Luluh juga hati Muhammad.

"Abang takkan biarkan Hani lepas pada tangan mana-mana lelaki...." Muhammad berjanji.. Amar hanya tersenyum..

"Pergilah tengok Hani..." Arah Amar.... Muhammad senyum dan terus ke ruang rawatan untuk melihat keadaan Hani. Kelihatan Hani terbaring lesu.. Muhammad duduk di kerusi yang disediakan dan mendekatkan mukanya ke telinga Hani. Hani tenang saja dalam tidurnya.. Tangan Hani digenggam kemas olehnya..

"Hani....abang sayang Hani....cepat baik ya sayang...." Muhammad berbisik dan mencium pipi Hani dengan penuh rasa kasih.. Hani tenang dalam tidurnya.. Muhammad mengambil keputusan untuk menjaga Hani malam ini.. Supaya bila Hani sedar.. Wajah dia yang Hani nampak dahulu. Bukan Amar apatah lagi Ariff!


Pagi itu....Hani tersedar juga akhirnya. Dia terasa sedikit kuat dan badannya seperti banyak tenaga. Bila terasa ada hembusan nafa di tengkuknya.... Hani berpaling melihat wajah lelaki yang sedang tidur membongkok di katilnya. Tangan Muhammad kemas mengenggam tangan Hani, terasa sayu dalam hati Hani..
"Dia jaga aku semalam...." Hati Hani berbisik.. Terasa ada satu perasaan yang menyelinap dalam hatinya.. Gembira, sayu..semua bercampur menjadi satu..

"Abang....bangunlah...." Hani menggerakkan badan Muhammad. Muhammad bangun terpisat-pisat dan bersandar di kerusi menghadap katil Hani.. Melihat Hani yang sudah bangun. Muhammad rasa sungguh senang..

"Selamat pagi...." Muhammad mengucapkan dengan lembut kepada Hani dan mencium dahi Hani.. Hani terperanjat tapi dia cuba untuk tersenyum.. "Selamat pagi..." balas Hani..

"Dah sihat..?" Muhammad menyoal

"Dah.." Hani menjawab pendek. Seperti tidak percaya Muhammad sebaik ini kepadanya..

"Abang panggil medic kejap ya.." Muhammad mula bangun, tapi Hani menarik tangannya dan Muhammad terdorong ke arah Hani.. Wajah Muhammad sungguh hampir dengan wajah Hani. Muka Hani pula sudah merah padam manahan malu.. "Padan muka kau Hani! Gatal sangat pergi tarik dia buat apa.." Hani memarahi diri sendiri dalam hati..

Muhammad hanya tersenyum seraya berkata.. "Kenapa sayang..?" Muhammad mencium dahi Hani lagi.. Rasa kasihnya buat Hani semakin melimpah ruah.. Hani terkejut lagi sekali.. "err....tak ada apa-apa.."

"Nakal ya! abang panggil medic kejap.." Muhammad berdiri semula dan keluar dari bilik tersebut mencari medic..

"sayang..? Abang panggil Hani sayang ke?" Hani bersuara perlahan dan tersenyum bila dia yakin dia tidak bermimpi..

Saturday, October 1, 2011

Bahagian 14

Tiga hari sudah berlalu. Pertandingan kawad sudah selesai semalam dan hari ni adalah pertandingan menembak pula. Pertandingan itu diadakan di lapang sasar yang berdekatan. Setiap U akan diwakili oleh 10 orang peserta, selebihnya akan menyertai pertandingan rempuh halangan. Hani turut serta juga dalam pertandingan menembak sebab dia memang tak suka rempuh halangan. Biasalah, malas nak lari.. Perkara biasa tu.

Muhammad, Amar dan pelajar lelaki yang lain membawa peralatan menembak ke tempat berteduh yang disediakan. Hani hanya menguruskan budak-budak lain supaya tak ada yang sesat ke tempat lain. Dari jauh sudah kelihatan tanda 'UiTM Shah Alam' di bawah perteduhan.

"Amar....jaga anak-anak buah awak. Hani! Bantu Amar ya. Saya kena jaga budak-budak rempuh halangan dulu. Tapi jangan risau, ada orang akan ganti saya di sini. Buat yang terbaik!" Tuan Helmi menitipkan pesanan.

"Baik tuan! Lepas habis kat sana. Tuan datang sini semula ke?" Amar bertanya mendapatkan kepastian.

"Tak pastilah. Tengok keadaan macam mana.."

"Okey.." Amar mula mengerti

"Saya pergi dululah ye.." Tuan Helmi meminta diri. Kami hanya mengangguk dan memerhati Tuan Helmi hilang dari pandangan.

Sementara menanti giliran kami untuk menembak. Kami hanya duduk-duduk bersantai, bagi yang baru masuk bertanding mungkin terasa ketakutan. Tapi tidak bagi aku, dah biasa dan menembak sangat menyeronokkan.

"Hey.." Ariff menegur. Terkejut Hani dibuatnya melihat Ariff yang sudah berada di sebelahnya. Sangat rapat! Muhammad pun tak pernah begini terhadapnya..

"Ya....awak menembak juga?"

"a'ah. Saya dengar U awak tahun lepas menang tempat ketiga ya.."

"yup! Betul. Mungkin rezeki U saya tahun lepas dan harap rezeki tu ada lagi tahun ni.." Hani bersuara bangga tapi masih merendah diri.

"Tempat awak mana?" Hani menyoal lagi

"Sebelah tempat awak tu aje. Sebab tu saya menyibuk kat sini.." Ariff membalas

"Hoyy! Boleh aku join korang tak??" Amar mencelah dan terus duduk berhadapan dengan Hani. Muhammad yang mengikut rentak Amar duduk bersebelahan dngan Hani.

"Ariff! tahun ni korang target macam mana?" Amar memulakan perbualan.

"Entahlah. Kita orang buat yang terbaik aje. Kalau ada rezeki, dapatlah johan lagi macam tahun lepas" Amar merendah diri

"Takkan dapat! Johan tahun ni, UiTM Shah Alam yang punya! Bukan UKM!" Amar bersuara lantang sambil ketawa, seronok benar dapat mengenakan Ariff. Kami turut ketawa. Tanpa Hani sedar Ariff sedari tadi mencuri pandang ke arah Hani. Muhammad yang perasan keadaan itu perlahan-lahan menggerakkan tangannya melingkari pinggang Hani..

Hani tergamam, terkejut dengan tingkah Muhammad yang spontan itu. Hani memandang Ariff dan Amar yang masih ketawa dan memandang Muhammad mula yang tersenyum manis ke arahnya. Dengan wajah bingung, Hani menggenggam kemas tangan Muhammad. Pandangan mereka bertaut.

"ehem! Janganlah berasmara kat sini.." Amar mengusik dan tergelak.. Serentak, Hani melepaskan genggaman tangannya dan Muhammad menarik pula tangannya yang melingkari pinggan Hani. Wajah Ariff mula berubah melihat tingkah laku Hani dan Muhammad.

"UiTM Shah Alam! Sila ke lobi sekarang.." Kedengaran suara dari mikrofon di lobi memanggil U kami. Serentak kami bangun dan mengambil senjata masing-masing menuju ke arah lobi. Ariff turut bangun dan menuju ke peserta-peserta UKM berada.

Selesai mengambil peluru, Hani bergerak ke arah kerusi yang disediakan. Serentak langkah pertamanya, Muhammad menarik tangan Hani.. Hani tersentak dan mendongak memandang ke arah Muhammad. "Maaf pasal tadi.." Ucap Muhammad dan berlalu dari situ..

"buat aku macam barang. Bila suka, di belai. Bila tak suka. Buat tak faham aje...." Hani mengomel sendiri.

Selesai menembak. Terasa puas! Wajah-wajah yang lain juga nampak puas begitu juga Muhammad yang baru pertama kali mengikuti PALAPES tapi dia juga sudah biasa menembak tapi sekarang dia baru dapat menembak kembali.

Sudah masuk waktu zohor, Hani terus pergi mengambil telekung yang di bawa bersama di dalam beg sandang miliknya dan terus menuju ke surau. Surau tersebut tak ada penghalang untuk jemaah lelaki dan perempuan solat. Jadi, Hani mengambil wuduk dan terus menyarungkan telekung di kepala dan memakai kain di dalam surau dan terus mengerjakan suruhan Allah tersebut.

Usai itu. Hani ke tandas semula untuk menyarungkan tudung di kepala. Hani ke surau semula untuk mengambil uniform loreng miliknya yang ditanggalkan dari tubuh untuk solat tadi dan berlalu ke tempat perteduhan tadi. Hani menyimpan kembali telekungnya di dalam be dan menyarung semula uniform lorengnya di badan. Kelihatan Muhammad baru keluar dari surau dan ke arahnya sambil menyarung uniform lorengnya juga..

Nampak segak bila Muhammad mengenakan baju loreng lengkap. Dia memang serba serbi lengkap. Hati Hani berbisik dan tersenyum. Hani terus duduk kembali sendirian dan membaca novel yang dibawanya. Beberapa minit selepas itu, Muhammad mendekatinya tanpa dia sedari dan menghulurkan bungkusan nasi dan air kepadanya yang khusyuk membaca novel.

"Nah....ambil ni.." Muhammad bersuara sambil menghulurkan bekas makanan kepada Hani

"Terima kasih..." Hani mengambil dan menyambung bacaannya kembali.. Muhammad sudah duduk du hadapannya.

"Taknak makan dulu..?" Hani mempelawa Hani, bungkusan makanan miliknya sudah terbuka dan bersedia untuk dijamah..

"Makanlah dulu.." pendek saja dibalasnya..

"Jomlah makan sama.." Ajak Muhammad lagi.. Hani bangun dan pergi mencuci tangannya dan duduk semula di tempat tadi lantas membuka  bungkusan makanan dan makan dengan sopan..

"Sedap..?" Muhammad mula memancing supaya Hani berbual dengannya. Hani hanya mengangguk..

"abang nak tanya sesuatu boleh..?"

"tanya ajelah.." Hani bersuara malas..

"Apa Hani rasa bila orang yang Hani sayang, layan orang lain.." Muhammad meluahkan

"Sakit hatilah. Jangankan kata orang lain, layan kita acuh tak acuh pun boleh rasa sakit hati tau..." Hani bersuara selamba.. Muhammad hanya tersenyum. Dia sudah dapat jawapan kenapa Hani melayan Ariff terlalu istimewa tapi bukan dirinya sebab dia mula menjauhkan diri dari Hani.. Sejak kejadian itu....

Selesai makan. Muhammad berbisik di telinga Hani.. "Malam esok tunggu abang dekat warung kem tau.." Muhammad bangun dan meninggalkan Hani sendirian dan berlalu entah ke mana. Hani masih bingung..

"Hani....akan sampai masanya, abang takkan lepaskan Hani di tangan lelaki lain selain abang. Baru abang sedar, abang sayang Hani dan cintakan Hani tapi abang takut dengan bayang-bayang sendiri.." Muhammad rasa puas! Dia tersenyum sendiri.. Berimaginasi tentang malam esok, di mana dia akan meluahkan segala isi hatinya..

Bahagian 13

Hani turut serta juga dalam pertandingan menyanyi tersebut. setengah jam sebelum pertandingan bermula, Hani diminta untuk memilih lagu yang ingin dinyanyikan olehnya. Hani menyelak satu persatu lagu yang sesuai untuk dinyanyikan. 'Resepi Berkasih' dari Achik dan Nana.

"Siapa yang nak menyanyi dengan aku ni..?" Hani bersuara perlahan. "Aku takut nak nyanyi seorang diri.." Hani masih mengomel sendirian.

"Hani? Ada masalah ke?" Amar menegur Hani

"Ada!"

"Apa masalahnya??" Amar menyoal lagi..

"Aku takut nyanyi seorang. Kau duet dengan aku nak??" Hani meluahkan isi hatinya

"Gila!? Taknak aku! Suara aku macam katak tahu. Katak punay suara lagi sedap dari aku. Aku taknak nyanyi!!" Amar membantah

"Habis tu! Aku takut nyanyi seorang.." Hani mula merengek. Amar mula berfikir-fikir.. Amar berjalan meninggalkan Hani keseorangan.. "Amar! hoii! Amar! " Hani menjerit-jerit memanggil Amar yang pergi meninggalkan dirinya seorang diri..

Hani meneruskan juga untuk menyanyi dalam pertandingan itu walaupun sedikit takut. Bila nama dia dipanggil, Hani berjalan perlahan lahan ke arah pentas dan dengan tangan yang mula mendingin serta jantung yang sudah berdegu kencang. Hani gagahkan juga untuk mengambil mikrofon yang disediakan.

"Hani!" terdengar suara Amar memanggil Hani dari bawah pentas.. Sambil menunjukkan ke arah tangga pentas... Serta merta Hani memandang je arah tangga pentas. "Abang Muhammad!" itu saja yang terkeluar dari mulut Hani..

Muhammad mendaki tangga perlahan-lahan menuju ke arah Hani....dan mengambil mikrofon yang satu lagi. "Lagu apa..?" Muhammad bertanya. "err...resepi berkasih.." Hani menjawab tapi masih dalam nada terkejut

"Adik berduet ke??" Pengacara majlis bertanya..

"Ya!" Muhammad yang terlebih dahulu menjawab melihat Hani yang masih terkejut..

"Okey! Boleh mula sekarang.." Pengacara majlis tadi bersuara kembali.. Muhammad hanya mengangguk.

"abang....Hani takut.." Hani bersuara tapi matanya masih memandang umum..

"Tak apa....abang ada...." Muhammad cuba menenangkan Hani.. Tanpa diduga, jari jemari Hani berada kemas di dalam genggaman Muhammad. Muhammad terasa jari jemari Hani dingin. Bagi Hani pula, terasa keselesaan dari kehangatan tangan Muhammad itu..

Muzik mula kedengaran. Muhammad memulakan dan diikuti Hani. Kedua-dua suara sungguh merdu dan lunak. Hani tidak percaya Muhammad punya suara yang sungguh lunak begitu. Dia begitu kagum, banyak kelebihan yang ada pada Muhammad tanpa dia sedari. Masing-masing seperti sudah dirasuk. Menyanyi dengan genggaman tangan yang kemas dan pandangan yang tak lepas sedari tadi..

Seperti ada sesuatu yang menyelinap di dalam hati Muhammad. Terasa perasaan halus mula menggetarkan jiwa lelakinya terhadap gadis di hadapannya ini. Nur Hani. Bermaksud, cahaya kasih. Mungkin dia cahaya baru aku..!


"tahniah Hani! Suara yang lunak!" Tuan Helmi memuji

"Suara saya tak sedap ke..?" Muhammad seakan-akan merajuk

"sudah tentu! Suara korang sangat-sangat lunak bila digabungkan. Saya tak tipu! I tell the truth" Tuan Helmi memuji lagi. Hani hanya tersenyum..

"terima kasih tuan!"

"Hani.. pergilah makan.." Tuan Helmi mengajak Hani makan..

"Tuan ni! Nampak saya aje suruh makan.." Hani bersuara dan ketawa kecil

"Dah kamu tu kecil sangat! Makan banyak sikit. Biar besar sikit.." Tuan Helmi turut ketawa juga

"Taknak! nanti gemuk.." Hani membidas.. Tuan Helmi tergelak lagi dan memandang Muhammad seraya berkata.. "perempuan! nak buat macam mana" Muhammad turut tergelak mendengar kata-kata Tuan Helmi.

"Sukanya kenakan saya...." Hani mula merajuk.. Tuan Helmi makin galak ketawa..

"Dah-dah! Sakit perut saya ni. Awak layanlah permaisuri awak ni pergi makan, Muhammad" arah Tuan Helmi. Muhammad tersenyum dan mengangguk. Tuan helmi berlalu dari situ. Tinggal Hani dan Muhammad sahaja.

"Makan?" Muhammad mempelawa.. Hani hanya mengangguk. Suasana antara mereka sungguh sunyi. Mereka makan tanpa sebarang suara. Masing-masing mendiamkan diri..

"abang..." Hani memanggil Muhammad dengan intonasi yang perlahan

"hmm?"

"thanks..pasal tadi.." Hani memulakan bicara dulu

"Okey....tak ada apa pun.." Muhammad tersenyum

"suara abang sedap.." Hani memuji..

"thanks....suara Hani sedap juga...."

"Kenapa abang macam dingin dengan Hani....Pasal gambar tu ke?" Hani mula mengorek rahsia.. Muhammad hanya mendiamkan diri.... "Maaf kalau abang tak selesa dengan cara Hani...." Hani mula rasa bersalah..

"Tak apa....pasal tu.. Abang masih tak ada jawapan.." Muhammad meluahkan.. Hani hanya mengangguk.

"abang nak minta Hani buat something boleh tak..?"

"Apa dia??" wajah hani mula berkerut..

"Jangan rapat sangat dengan Ariff. Boleh??"

"Tapi kenapa?? Dia kawan Hani jugakan?" Hani semakin hairan. Muhammad hanya tersenyum.

"Terpulanglah Hani nak ikut atau tidak. Abang cuma minta saja....Kalau Hani tak boleh berpisah dari dia. teruskan....abang tak larang.." Muhammad terus bangun dan mencuci tangannya dan berlalu dari situ meninggalkan Hani yang kebingungan..

"apa kena pulak dia ni....Kenapa sikap dia aneh??" Hani pelik.... Hani hanya memerhati Muhammad yang sudah hilang di sebalik khemah lelaki...

Muhammad yang memerhati tingkah laku Hani dari dalam khemah hanya tersenyum tawar. "Dia macam tak mahu melepaskan Ariff. Dia ada perasaan pada Ariff ke? Hani! Janganlah dia ada perasaan terhadap lelaki lain. Hanya aku yang layak untuk dia! Aku tahu aku salah tapi aku harap aku belum terlambat.." Muhammad bersuara perlahan dan sayu....

Bahagian 12

Petang itu ada pertandingan merentas desa. Hani kurang berminat dengan merentas desa ni sebab dia memang tak minat sukan tapi dia suka aktiviti yang lasak sebab tu dia ikut serta dengan PALAPES ni.

"Hoy! berangan aje kau...." Amar mengejutkan Hani yang termenung panjang. Hani yang berdiri sambil berpeluk tubuh memandang ke arah Amar.

"Aku malaslah nak lari...." Akhirnya Hani meluahkan isi hatinya.

"Dah agak dah! Patutlah muka macam cuka. Dahlah tu, jangan fikir-fikir lagi. Semua wajib lari tahu!" Amar memujuk.

"Kenapa ni Mar??" Muhammad bertanya sambil menepuk bahu Amar

"Hani ni....taknak lari pulak....memang macam ni setiap tahun. Kena pujuk baru nak ikut.."Amar mengadu kepada Muhammad

"Lari ajelah. tak mati pun.." Muhammad seakan-akan menyindir.. Hani hanya mendiamkan diri memandang sekeliling. Matanya tertancap kepada seorang lelaki yang sedang tersenyum kepadanya dan kelilingi kawan-kawan lelakinya yang lain. Hani hanya membalas senyuman itu. Hati Hani berbisik "budak tadilah, kenapa senyum-senyum dekat aku je??"

"Kadet! Sila beebaris sekarang!" terdengar suara Ketua Pegawai memberi arahan. Serta-merta semua ahli PALAPES berbaris mengikut U masing-masing. Hani terus mengikut langkah Amar dan Muhammad memasuki baris. Hani berasa ada seseorang yang sedang memerhatikan dirinya di dalam baris. Dia memandang ke kanan dan! Tu diaaa! Budak tu lagi, misteri betul budak ni. Asyik perhatikan aku aje, angau ke apa?

Muhammad yang menyedari Hani sedang berbalas senyuman dengan 'budak misteri' tu tadi terus menyiku Hani yang ada di sebelahnya. Hani mendongak memandang Muhammad yang menyikunya tadi. "Apa?" Hani menyoal tidak mengerti.

"Jangan nak menggatal kat sini. Semua orang tengah berbaris ni tahu!" Muhammad berbisik tapi nadanya terdengar tegas! Hani hanya mendiamkan diri. "Salah ke aku pandang budak tadi? Handsome apa! Ntah-ntah abang jeles kot! hmm.." Hati Hani memarahi Muhammad dalam diam.

Peserta di lepaskan satu persatu. Mula-mula peserta perempuan dan beberapa minit selepas itu, Peserta lelaki pula yang dilepaskan untuk berlari. Hani berlari-lari anak sahaja. Malas rasanya nak lari laju-laju, buat penat aje. Kan bagus kalau tak lari, buat-buat pengsan ke..hmm.. Kau ni Hani! merungut aje tahu.

Bila sampai di simpang, Hani berpatah balik mengikut peserta perempuan yang sudah mahu kembali ke kem semula. "rasakan! tipu aje. Bukan ada orang perasan." Hani berkata-kata sendiri. Hani masih berlari-lari anak. Tiba-tiba ada seorang lelaki berlari disebelahnya dan menegurnya.. "Hey" . Hani memandang lelaki tadi. alamak! dia lagi. Layan aje la..

"Hey..kenapa tak lari laju-laju?" Hani menyoal

"Malas! Nak lari dengan awak bolehkan?" Lelaki misteri tu menyoal Hani kembali. Hani hanya tersenyum.. Mereka berlari bersama-sama sehinggalah ke garisan penamat. Seperti yang disangka. Hani memang tak ada nombor. Setiap tahun macam tu!

"Saya haus....awak nak air?" Lelaki misteri tu mula menawarkan diri untuk membeli air untuk Hani.

"hmm....boleh juga. Kita pergi warung sama-samalah.." Hani menjawab dengan sopan

"Jomlah" Lelaki tu menjawab lagi. Hani jalan beriringan dengan lelaki misteri tu tadi ke warung yang ada di dalam kem tu. Hani hanya membeli air oren yang dicampur dengan ais dan duduk di meja yang disediakan bersama-sama dengan lelaki tadi..

"Nama awak apa?" Hani menyoal.. Lelaki misteri tadi memandang ke arah Hani.. "err....bukan apa! Saya tak tahu nama awak, awak macam lelaki misteri pulak. Tak ada nama" Hani menjelaskan maksud sebenar. Lelaki misteri tadi hanya ketawa..

"Nama awak Hani kan?" Lelaki misteri menyoal lagi. Sangat-sangat misteri. Mana dia tahu nama aku? Aku tak tahu nama dia pun! Hani hanya mengangguk.. "Okey! Nama saya Ariff" Akhirnya, mengaku juga

"Ingatkan tak ada nama tadi.." Hani mengusik

"mestilah ada! semua benda kat dunia ni ada nama. Awak tengok tandas tu.." Ariff menunjuk ke arah tandas awak yang di sediakan. Dengan sengal, Hani memandang ke arah tandas itu. Tak ada apa-apa pun.. Hani memandang ke arah Ariff kembali..

"kenapa dengan tandas tu..?" Hani menyoal dengan hairan

"Tanda pun ada nama tau! kalau tak ada nama. Awak nak panggil tanda tu apa?" Ariff menjawab selamba. ohh! Dia kenakan aku rupanya! Hani sudah ketawa dengan jenaka pertama yang dibuat oleh Ariff.

"Awak kenakan saya ya!" Hani buat-buat marah

"Relaks la! Gurau aje.." Ariff cuba menenangkan Hani sambil ketawa

"Awak nakalkan!" Hani turut ketawa

"Nakal tak apa! Jangan jahat...." Ariff mengusik Hani lagi

"amboi..! Pandainya kenakan saya. Saya banyak kalah dengan awak hari ni.."

"Bukan selalu....awak tak macam yang lain.." Ariff bersuara tapi perlahan

"Ha!?? Apa awak cakap? Saya tak dengar.." Hani menyoal Ariff lagi. Apa benda dia cakap agaknya. Isy!

"Tak ada apa-apalah...." Ariff berdalih dan tersenyum.

"Hani! Tuan Helmi nak jumpa.." Muhammad mencelah berbualan antara Hani dan Ariff.

"Kenapa? Ada apa?" Hani bertanya

"Tak tahu....Tuan suruh panggil Hani. Abang panggil ajelah" Muhammad menerangkan sambil menekan perkataan 'abang' seolah-olah dia ada hubungan istimewa bersama Hani.

"Okeylah Ariff! Nanti kita borak lagi ye.." Hani mengundurkan diri

"Okey! Take care Hani.." Ariff menasihati Hani.. Hani hanya tersenyum dan berlalu bersama-sama Muhammad menuju ke tempat yang di maksudkan oleh Muhammad.

"Tuan cari saya..?" Hani bertanya kepada Tuan Helmi tanpa membuang masa lagi

"Tak! Mana ada saya cari awak. Kenapa?" Tuan Helmi menyoal Hani kembali. Tuan Helmi sedang sibuk membelek-belek senarai aktiviti yang akan disertai oleh PALAPES yang di kendalikan olehnya.

"Muhammad cakap, tuan panggil saya.." Hani menunjuk ke arah Muhammad. Muhammad tersenyum. "Yes! Berjaya juga kenakan kau, Hani!" Muhammad berkata-kata dalam hatinya.

"Betul! Saya ak panggil awak Hani.." Tuan Helmi membela diri. Hani memandang Muhammad dengan pandangan yang geram..

"Sekejap! Saya rasa Hani taak buang masa datang ke sini jumpa Tuan Helmi. Tuan! Tuan kata nak cari wakil dari PALAPES UiTM Shah Alam untuk turut serta dalam pertandingan menyanyi malam nanti.." Muhammad bersuara.. Hani terpinga-pinga mendengar luahan Muhammad. Menyanyi!? Gila ke apa? Taknak aku!

"Betullah! Hani boleh menyanyikan??" Tuan Helmi bertanya

"err..saya...err" Hani cuba bersuara

"Dia pandai nyanyialah tuan! Saya pernah dengar dia menyanyi! Sedap sangat suara dia!" Muhammad menambah.

"Kalau macam tu! Hani masuk pertandingan tu ye.. Untuk kontingen kita.." Tuan Helmi mula tersenyum-senyum. Ada juga calon yang baik..

"tapi..." Hani cuba bersuara lagi tapi pantas dicelah oleh Tuan Helmi

"Saya yakin awak boleh nyanyi. Tak ada tapi-tapi lagi. Okey.." Tuan Helmi memujuk tapi tegas

"Okey..saya keluar dululah ya.." Hani merajuk dan keluar dari khemah Tuan Helmi. Muhammad mengikut langkah Hani menuju ke arah warung yang dia duduki tadi bersama-sama Ariff tapi Ariff sudah tiada. Hani duduk di bangku diikuti juga Muhammad..

"Kenapa abang buat keputusan sendiri..!" Hani mula berang

"Kenapa? Suara Hani memang sedap..tak salah untuk masuk pertandingan tu..betul tak..?" Muhammad cuba memujuk

"Tapi Hani taknak! Hani tak suka!" Hani mula menyinga dan memandang wajah Muhammad dengan pandangan tajam.. "Kenapa abang nak sibuk-sibuk hal Hani..? Tadi kata Tuan Helmi nak jumpa Hani. Tapi tuan kata tak ada. Lepas tu abang sesuka hati aje suruh Hani masuk pertandingan tu. Kita tak ada apa-apa pun untuk abang nak sibuk dengan hidup Hani..!" Hani meluahkan kegeramannya.

Muhammad hanya terdiam. Tak tahu mahu berkata apa lagi. Dia sendiri bingung kenapa dia melakukan semua tu tadi. Mulanya, dia hanya nak mengganggu perbualan indan antara Hani dan Ariff. Hatinya terasa sangat-sangat sakit melihat kemesraan antara Hani dan Ariff. Tapi dia dah buat hati Hani sakit dengan tindakannya.

"Maafkan abang.." Muhammad bersuara dan berlalu dari situ. Hani terpinga-pinga.

"Aku salah cakap ke? Tapi kenapa dia sibuk hal aku sedangkan dah dua minggu dia bersikap dingin dengan aku. Aku salah? Atau dia cuba luahkan sesuatu dari sikap dia?" Hani berkata-kata dengan hatinya. Rasa serba salah menyelinap dalam hati Hani.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila