CLICK SAYA !

Tuesday, October 7, 2014

Pengalaman Pertama Di Wad

Assalamulaikum.

Ana harap apa yang ana share ni akan bagi manfaat dan kesedaran buat semua. In Shaa ALLAH. Alhamdulillah hari Jumaat hari tu dah masuk wad. Siap semua orientasi wad, Clinical Instructor (CI) dah lepaskan kami untuk buat kerja. Masa tu macam kelam kabut sikit sebab tak tahu nak buat apa. Nasib baik senior-senior baik dan bagi kerjasama. Tugas kami untuk semester 1 ni Cuma ambil observation (blood pressure, temperature, respiration  & pulse), selain tu kena cuci najis mereka dan selebihnya tolong patient apa-apa yang patut dan kadang-kadang tolong senior buat prosedur yang kami tak belajar lagi.

Disebabkan hari pertama rasa macam tak tahu nak buat apa dengan kami dan pinggang sakit sangat sebab kami tak dapat duduk. Jadi, balik je dari kerja terus list-kan esok nak buat kerja apa dekat wad. Kiranya buat perancangan supaya objektif untuk esok tercapai. Dan pergi je kerja esok tu, rasa semangat! Sampai wad je, tulis nama dekat buku terus minta kebenaran nak solat Zohor. Siap solat Zohor, naik balik wad 7A terus jalan-jalan sementara nak tunggu pukul 3:00petang nak buat observation.

Pukul 3 petang je terus mula observation dengan senior semester 2, kak Ainina. Comel sangat kakak niii! Dia pun baik gila! Hehe. Buat observation sampai habis. Lepas tu ada patient psikiatrik dia buang air besar atau bahasa medical, kami sebut Bowel Out (BO). Jadi ana pergi dekat patient tu sementara kakak senior ambil peralatan. Sayu tengok keadaan dia, dah lah ada masalah mental dan tak henti-henti meragam. Tutup skrin dan cuci BO patient tu tadi. Sebelum ni dalam kelas asyik fikir “macam mana aku nak cuci BO orang ni. Geli!,” tapi semalam. Memang bau tu ada, tapi secara tiba-tiba hati jadi cekal. Relakan bau tu dihidu oleh hidung. Loya? Memang ada, tapi buat tak tahu. Tangan sibuk pegang tangan patient tu sebab takut dia cabut tiub dekat hidung dia. Dah siap pakaikan dia pampers, kami kemaskan pesakit tadi bagi dia selesa balik. Buka skrin terus buat kerja lain.

Lepas Asar, nak dijadikan cerita ada Staf Nurse ni minta tolong ana dengan seorang sahabat ni buat observation dekat patient Hematologi. Patient yang ada masalah dengan darah atau erti kata lain, cancer! Unit ni, mereka nampak ceria dan sihat tapi sebenarnya mereka cancer. Ada seorang adik ni, dia lelaki. Oh ye, ana jaga wad lelaki. Sambung balik, adik ni dia baru lepas SPM. Sempat lagi berbual dengan dia. Bila senior ana tanya “adik sakit apa?,” dia jawab “hepatologitis,” senior tanya lagi “sakit apa tu?,” dia dengan tenang jawab “kanser,”. Masa tu hati ana dah pilu dah. Semuda ini ALLAH dah uji dia dengan kanser. Dan cara dia jawab macam dia sakit biasa bukan kronik pun sedangkan dia tahu pengakhiran hidup dia ialah dengan ‘mati’. ALLAH, rasa sayu hati.


Lepas dah check adik tadi, kami pergi patient seterusnya. Sambil tolak troli. Tiba-tiba mak adik tadi datang dekat ana dengan muka dia masih basah dengan wudhu’ sebab waktu tu dah Maghrib. Dia tanya anak dia demam tak? Ana jawab “dia tak demam, Puan..,” nampak wajah lega pada muka mak adik tu. Mereka takut kalau-kalau patient cancer ni demam. Baru ana tahu. Bila mak adik tadi pergi balik dekat anak dia. Hati ni terdetik, ”kalau aku dekat tempat adik tadi. Mesti mak aku pun sanggup duduk wad sama-sama dengan aku. ALLAH, terima kasih sebab kau tak bagi aku ujian sehebat itu. Kau tahu aku tak mampu, sebab tu kau tak berikan sakit yang membawa maut seperti itu..,”

Patient seterusnya, umur dia 25 tahun. Tak sempat nak tengok nama. Dia nampak ceriaaa je! Siap tanya “adik tak balik raya ke?,” ana jawab “tak. Cuti dua hari tak sempat balik lah,” dia kata “tak apalah, berkorban kan..,” ana angguk je. Ada jugak berbual dengan family patient tu. Ada mak, adik-adik dia yang lain. Hati terdetik lagi “ALLAH uji mereka dengan kanser.tapi mereka masih mampu ceria. ALLAH uji aku jauh dari keluarga, aku dah homesick gila! Sangat tak berpatutan cara aku selama ni sedangkan mereka di uji lagi hebat..,” insaf.

Balik kerja pukul 9:00pm. Sampai kolej pukul 10:00pm, terus kemaskan diri dan solat. Tiba-tiba hati teringat adik tadi. Rasa sayu. Atas hamparan sejadah sedekahkan Al-Fatihah buat adik tadi dan patient-patient ana yang lain, air mata mengalir. Ye, air mata yang ditahan-tahan dari wad tadi. “masa depan awak masih panjang dik..,” hati terdetik. “kau sangat kuat. Semoga ALLAH menguatkan dirimu dan menabahkan ibumu dik..,” terbisik ayat tu dari bibir.


Tak cukup dengan tu, cari Izzati. Toilet-mate ana. Ana cerita pada dia sambil menangis-nangis. Dia kata “lembut sangat hati hani ni.. ALLAH nak uji dia..,” lepas tu ana siap-siap dan terus tidur.
Bangun pagi ni, terasa nak share dekat blog. Nak jadikan ianya satu kenangan abadi sambil berda’wah. Mari, sedekahkan Al-Fatihah pada adik tadi dan patient-patient yang ana jaga ni. Semoga mereka sembuh dan jika mereka tiada harapan untuk sembuh. Harapnya mereka diberi kekuatan untuk menempuh dugaan ALLAH dan ahli keluarga mereka juga diberikan kekuatan dan ketabahan. In Shaa ALLAH. ameennnn!


tiba-tiba rasa bersyukur sebab ALLAH tetapkan ana untuk menjadi nurse. ada hikmah di sebaliknya :') Ya Rabb, Syukron!

Pencinta Jihad, Bakal Syahid

05/10/2014 – 12:07pm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila