CLICK SAYA !

Saturday, December 31, 2011

Motivasi Dengan Dr Sheikh MuszapharShukor

Assalamualaikum & salam sejahtera 

hari ni 31/12/2011 bersamaan hari Sabtu . merupakan hari terakhir buat tahun 2011 . now tengah tunggu pukul 12am . tepat! 01/01/2012 . hehe . Alhamdulillah kita semakin hampir ke tahun 2012 . okey . tajuk sebenar . hani hari ni terpilih untuk pergi program motivasi riang ria cuti sekolah 1Malaysia negeri Melaka . actually, hani dapat tawaran ke sini lepas 3 hari balik dari Palembang, Indonesia . Rezeki untuk hani mengumpulkan sijil sijil yang boleh di katakan mahal datang mencurah curah pada tahun 2011 . Alhamdulillah (: sangat tak di sangka sangka . hari ni bagi hani penutup untuk tahun 2011 bagi hani mengumpul sijil sijil berharga ini sebelum hani akan menduduki SPM 2012 dan seterusnya ke menara gading . Insya-Allah . Amin~ doakan kejayaan hani ye kawan kawan (: 

tahun 2012 pulak hani akan kumpul lagi sijil sijil yang lebih berharga lebih dari ini . terasa sayang untuk tinggalkan tahun 2011 sebab banyak yang berlaku tahun ni . banyak peristiwa peristiwa yang indah hani lalui tahun ni . dan boleh di katakan tahun 2011 adalah tahun paling aktif bagi hani mengikuti program program luar dan sekaligus dapat member member baru . terbaek ! :D yelah kan . 2010 hari tu hani PMR . so, hani cuma boleh ikut aktiviti tahunan hani . PKBM(D) hehe . 

okey guys . program hani hari ni . program motivasi dengan Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor . tak percaya dapat jumpa dia sebenarnya . sangat sangat tak percayalah ! ramai kata dia handsome kan ? bila dah tengok depan mata tu . handsome kah ? of cossss ! :D boleh la tahan juga . tapi kena ingat . husband orang tu . hehe . okey . nak share pic pic hani snap tadi . *sorry of pic tak cantik + tak banyak* hani tak ada mood nk snapper hari ni . hehe

okey . ini dia pakcik SMS . ehh bukan ! Dr. Sheikh Muszaphar . hehe . *sorry tangan dia mcm tu* dia suka gerak gerak tangan . hp hani pulak murah je kan . hehe . tapi dapat juga . ni pandangan depan . 

ni pandangan belakang pulak . ngehngehngeh . haha . hani pelik ke amik dari belakang ? who cares ? nilah nama dia kreatif tau ! hehe (:


ni pulak masa dia nak balik . hehe . hani bukan main gila nak snap pic dia . gila sangat sangat . haha . apa apa pun . berbaloi tak ? nak snapper dengan dia tapi dia macam busy je . hurmm . sokey . ni pun dah kira gempak ! congrats hani ! :D



okey guys . tu saje nak share . pic hani ada la ! tapi tak cun . so, consclusion is tak payah masukkan lah ye . hani malas nak pose hari ni . cuma snap pic orang je . pic sendiri malas ! (: okey . stop dulu . tata~ opss lupe ! hepy new years 2012 . for PMR and SPM candidates batch '97 & '95 . good luck guys . do the best . (:

Friday, December 30, 2011

Doa Buat Diriku

~Dengan Nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Penyayang~

duduk sendirian pada malam ini 
melayan karenah hati ini
sudah empat hari aku begini
cuba melupakan segala sengketa di hati

Ya Allah tuhan yang ku agungkan
kenapa sayang ini masih sama ?
kenapa aku masih mengharapkan dia ?
Ya Allah, berdosanya aku !

seolah olah aku melawan takdirmu
ada ketika aku termenung jauh
ada ketika aku menangisi takdirmu
bantulah aku pulang ke arah yang benar, tuhan ku

ketika ini aku rasakan
tiba tiba merindui dia yang pernah singgah di hatiku
memikirkan soal dia 
apa yang dia lakukan sekarang ?

Ya Allah tuhan pencipta seluruh alam
bantulah aku untuk kembali tenang
bantulah aku untuk menyimpan sayang ini sebaiknya 
Insya-Allah . Amin ~




Wednesday, December 28, 2011

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Tuesday, December 20, 2011

Masih Suami Isteri Ke Di Alam Akhirat ?





1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).
Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Thursday, December 15, 2011

Kisah Cinta Kopi Masin

Assalamualaikum semua . Semua sihat sihat je kan ? Alhamdulillah . kalau tak sehat tu boleh pergi jumpa dokter cepat cepat ye . hehe . okey . nak share kisah lagi sebenarnya ni . banyak cerita cerita nak share jadi hani buat sikit sikit lah ye . supaya blogger dan pembaca tak geram sebab tak tahu nak baca mana satu . hehe . silakan membaca jika sudi . terima kasih . semoga Allah merahmati semuanya . Amin .


Cinta Itu Indah.

Kisah Cinta Kopi Masin
Dia baru sahaja tamat belajar dan kini telah bergelar seorang doktor. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup.
Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah sekolah tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik.
Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan.
Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka.
"Astaghfirullah," bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya.
Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya.
Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu, "Kau kenal ke gadis itu?"
"Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa. Dan masih belum berpunya lagi," jawab rakannya sambil tersenyum memahami. Aduh, bertambah guguplah doktor muda ini!
Tiba-tiba, datang pelayan meminta order, dan dia secara spontan berkata,
"Berikan saya kopi masin!"
Semua orang memandang dan melihat aneh kepadanya, termasuklah rakannya, pelayan dan gadis tersebut. Mukanya mendadak menjadi merah, tetapi dia tetap tidak mengubah pesanannya, dan setelah kopinya sampai, dia terus meminumnya.
Kehairanan, rakannya bertanya "Mengapa kopimu mesti masin, sahabatku?"
"Saat aku masih kecil, aku tinggal di tepi laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di situlah tempatnya aku dapat rasakan air laut... masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini," jawab lelaki ini.
Tanpa disedari, gadis cantik yang duduk di meja bersebelahan mereka mendengar kata-kata si doktor tersebut. Gadis ini terharu. Itu adalah hal yang sungguh menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang lelaki yang mengungkap kerinduan akan kampung halamannya.
Dia pasti lelaki itu adalah seorang yang menyintai dan mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Dia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Jika dia seorang abang, pastinya dia seorang yang sangat menyayangi adik-adiknya. Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.
Setelah peristiwa tersebur, si doktor ini meminta rakannya merisik gadis tersebut. Pucuk dicita, ulam mendatang. Setelah mengetahui rombongan merisik adalah mewakili lelaki yang ditemuinya di kedai kopi tempohari, si gadis yang pada ketika itu hampir tamat pengajian di sekolah tahfiz, menerima si doktor ini sebagai teman hidupnya dengan hati terbuka.
Seperti kisah cinta yang indah, Allah mengurniakan ketenangan di dalam rumah tangga mereka. Mereka hidup bahagia, saling menyanyangi antara satu sama lain, walaupun tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Cinta yang berputik setelah perkahwinan, terus kembang mekar seiring dengan ketaatan mereka kepada Yang Maha Pencipta. Dan setiap kali si isteri membuatkan secawan kopi buat suaminya, dia tidak lupa membubuh sedikit garam di dalamnya, kerana dia tahu, itulah kesukaan suaminya.
Setelah 40 tahun hidup bersama, si suami meninggal dunia. Dia meningalkan sepucuk surat buat isterinya.

"Sayangku, sepanjang tempoh kehidupan kita bersama, abang telah sentiasa jujur terhadapmu, tetapi maafkan abang untuk satu perkara. Maafkan kebohongan yang telah abang buat sepanjang hidup abang. Inilah satu-satunya kebohongan abang kepadamu - tentang kopi masin. Kamu ingatkah di saat kita pertama kali bertemu? Pada ketika abang sedang minum kopi dengan Ustaz Syakir, di maahad? Abang sangat gugup pada ketika itu. Sebenarnya abang inginkan kopi manis. Tetapi abang telah tersebut kopi masin. Waktu itu abang ingin batalkannya, tetapi abang terlalu gugup di hadapanmu ketika itu, maka abang biarkan sahaja. Abang tidak pernah menyangka itu akan menjadi awal perkenalan kita. Abang telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya kepadamu..abang telah mencuba beberapa kali sepanjang hidup abang...tetapi abang tak sanggup melukakan hatimu..
Sekarang saat kamu membaca surat ini, abang sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu abang bimbangkan, maka abang akan menyatakan ini kepadamu: Abang tidak menyukai kopi masin. Tapi sejak mengenalimu, abang selalu minum kopi masin yang kamu buatkan sepanjang hidup abang. Dapat berada di sampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidup abang. Jika abang punya kesempatan untuk menjalani kehidupan sekali lagi, abang akan tetap berusaha mengenalimu dan menjadikanmu sebagai isteri abang walaupun abang harus minum kopi masin sekali lagi."

Sambil membaca, air matanya membasahi surat itu.
Suatu hari, seseorang telah bertanya kepadanya, "Bagaimana rasa kopi yang masin?"
Dia dengan pastinya menjawab, "Rasanya manis sekali."
Begitulah kisah bahtera cinta yang antara dua insan, dalam pelayaran menuju cinta Tuhan.

Dia Lebih Tahu

Assalamualaikum . lagi kisah dari www.iluvislam.com buat tatapan semua . semoga kita semakin hampir dengan redha Allah SWT . Insya-Allah (:


Petang yang indah. Matahari seolah-olah mengalirkan cintanya melalui sinar-sinar cahaya perangnya, yang menembusi setiap sudut dunia, menyinari setiap ciptaan Ilahi.
Burung-burung menzahirkan cintanya, bertasbih memuji keindahan Yang Maha Indah. Pokok-pokok kelihatan seolah-olah tiang-tiang cinta, bersambung ke langit, menghubungkannya dengan bumi.
Namun begitu, keindahan petang itu tetap tidak dapat menghapuskan awan kelabu di hatiku pada petang itu. Aku duduk berbaring di atas katil, merenung siling bilikku. Hatiku resah. Petang itu kelihatan sangat suram.
*****
Sejam sebelum itu...
"Umar! Ke sini sekejap!" Panggil Puan Zubaidah.
Aku mengerling ke sekeliling kelas. Suasana di dalam kelas senyap sekali. Semua murid sibuk menyiapkan tugasan sejarah yang diberi oleh Puan Zubaidah, yang juga guru kelas ku itu.
Aku bangun dari kerusi, lalu perlahan menuju ke meja guru yang terletak di bahagian hadapan kelas. Aku duduk di kerusi yang bertentengan dengan guruku itu.
"Umar,"
"Err... ya cikgu?" aku kenal dengan renungan itu. Renungan yang menjanjikan berita buruk.
"Kamu dah tahu keputusan peperiksaan semester kamu?"
Nah. Soalan yang menakutkan.
"Err.. belum.. kenapa cikgu?"
Puan Zubaidah mengeluarkan sehelai kertas berwarna kuning. Transkrip keputusan peperiksaan.
"Tak megapa. Lihat dahulu."
Aku melihat kertas itu.
Terkejut!
"Tidak mungkin. Ini mesti salah orang."
Aku melihat namanya. benar. UMAR ASYRAFF BIN MOHD AMIRUL. Tetapi, bagaimana mungkin?
"Umar, sebenarnya cikgu lihat keputusan kamu sejak beberapa bulan ni agak merundum. Cikgu pun terkejut dengan perubahan keputusan kamu, tapi..."
"......"
"Cikgu tahu, kamu dah berusaha. Cuma, lepas ini, cuba lagi ya?"
"Baik, cikgu..."
*****
Aku bertanya kepada diri.
'Aku dah usaha kan? Kenapa masih tak berjaya? Aku study tak cukup ke? ke Allah memang tak bagi aku berjaya? Kenapa?'
Sedang aku sibuk merenung siling bilikku, berfikir, waktu itulah kebetulan abang Razif, murobbiku, datang menegurku.
"Assalamualaikum... kenapa muram je ni? Senyum lah sikit.. eleh... putus cinta ke? Haha"
Abang razif memang seorang murobbi yang ceria. Lawaknya sentiasa membuatku tersenyum. Aku sangat mengaguminya. Sebagai murobbi yang sangat prihatin, dia sering sekali menziarahiku. Paling tidak, seminggu sekali dia mesti menjejakkan kali ke bilik ini. Kebetulan waktu inilah dia datang.
"Waalaikumsalam. Eh, pandai jelah anta. Mana ada apa-apa, kan senyum ni? Hehe..."
"Tak payah nak cover dengan ana. Ada tulis kat dahi tu, 'sedang dilanda masalah', hehe gurau.. kenapa ini? Ceritalah."
"Hmm... ok lah... sebenarnya, tadi Puan Zubaidah panggil ana. Dia tunjuk result peperiksaan semester tempoh hari. Ana masih tak meningkat lagi. Ana tak fahamlah akhi, ana dah usaha penuh-penuh, tapi kenapa masih tak berjaya?"
"Oh.. akhi, ini ujian Allah S.W.T. anta ingat lagi tak ana cakap, Allah S.W.T dah kata dalam surah al-Baqarah, ayat 214. Orang beriman itu pasti diuji. Ujian itulah yang akan menentukan sejauh mana Iman anta."
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat dekat." (al-Baqarah: ayat 214)
Murobbiku yang satu ini, kata-katanya selalu penuh dengan nasihat. Itulah juga punca mengapa aku selalu berkongsi masalah dengannya.
"Tapi.. ana dah usaha. Ana dah berdoa, ana dah tawakkal. Kenapa Allah S.W.Tmasih tak bagi? Sedangkan ana dah usaha habis-habisan dah ni."
"Akhi, anta berusaha untuk apa? Maksud ana bukan niat anta, tapi kenapa anta berusaha?"
"Untuk dapatkan result cemerlanglah. Kenapa?"
"Huhu... akhi, sebenarnya, kita tak boleh macam tu. kadang-kadang manusia berusaha dengan harapan dia akan dapat capai hajatnya atas usahanya. Mungkin itu sebab Allah tak bagi apa yang kita hajatkan."
"Maksud anta?"
"Kita tak boleh berusaha untuk capai apa yang kita hajati. Itu seolah-olah menunjukkan kita mengaku yang kita ni ada kekuasaan. Sebenarnya akhi, kita berusaha untuk menunjuk sahaja."
"Menunjuk?"
"Hehe.. Dengar sampai habis dulu... kita berusaha sebab kita nak tunjukkan kepada Allah, betapa kita inginkan apa yang kita hajati itu, tunjukkan kesungguhan kita kepada Allah. Sebab Allah yang akan bagi. Bukannya kita usaha untuk capai perkara itu. Bila Allah lihat kita bersungguh-sungguh menunjukkan kepadaNya betapa kita inginkan perkara itu, baru Allah akan bagi."
"Oh..."
"Hmm... lagipun, mungkin itu ada baiknya bagi anta. Think positive. Ingat surah al-Baqarah, ayat 216?"
"Diwajibkan atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh Jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."(al-Baqarah ayat 216 )
"Tapi ana tak berjaya.. macam mana itu boleh jadi lebih baik pula?"
"Huhu..akhi. Nak dengar cerita tak?"
"Cerita ini tentang seorang ahli ikhwanul muslimin. Namanya hampir sama macam anta, Umar. Umar Tilmisani."
Umar Tilmisani ini, salah seorang hakim mahkamah tinggi, di Mesir. Dia juga adalah mursyidul am Ikhwanul muslimin yang ketiga. Seorang da'ie, seorang murobbi, yang sangat hebat. Dia sangat hebat, sampai dikatakan dia itu, meninggalkan kesan positif pada setiap orang yang pernah berhubungan dengannya.
"Hebat betul orangnya."
"Hehe. Anta nak tahu tak bagaimana dia ini, boleh tertarik dengan Islam? Tertarik dengan ikhwanul muslimin?"
"Dia asalnya bukan Islam ke?"
"Eh, dia Islam. Cuma mula-mulanya tu, Islam pada nama. Anta tahu kan?"
"Oh.. ok, sambung cerita."
"Pada masa itu, Umar Tilmisani ini hendak menghadiri perbicaraan. Jadi dia nak naik keretapi dari Kaherah ke Iskandariah."
Dalam pada dia tengah menunggu tu, dia terlihat kelibat seorang tukang sapu. Dia tengok, tukang sapu itu menyapu dengan penuh keikhlasan. Dia tertarik melihat peribadi seorang yang begitu mulia itu.
Dia pun pergi dan bertanya kepada tukang sapu itu. Tukang sapu itu pun menceritakan kepadanya, tentang Islam. Umar Tilmisani ini pun kagum dengan akhlak yang ditunjuk oleh tukang sapu itu. Akhirnya, Umar Tilmisani ini, ikut halaqoh dengan tukang sapu itu."
"Wah, hakim mahkamah tinggi, ikut halaqoh dengan tukang sapu?"
"Ya. Anta bayangkan, betapa hebatnya tukang sapu itu. Padahal bukan sesiapa pun, cuma tukang sapu. Tapi anta lihat, sampai boleh halaqohkan hakim mahkamah tinggi. Maksud ana tadi, kalau pun anta tak berjaya dalam akademik, don't be sad, mungkin ada kebaikannya akhi."
"Kita memang kena usaha, tapi kalau Allah tak bagi, maknanya Dia tahu apa yang lebih baik untuk kita. Mana tahu, suatu hari nanti, ana jadi tukang sapu macam itu? Haha...."
Tanpa disedari, air mataku menitis. Jatuh diatas kaki seluarku.
"Oh. Betul juga. Syukran akhi, tenang sikit hati ini."
"Bukan ana yang bagi. Ketenangan, Allah S.W.T yang bagi. Kalau anta rasa gelisah, ingatlah Allah. baca al-Quran ke. Sebab Allah dah janji Akhi."
"Hehe. Ana tahu. Surah ar-Ra'd, ayat 28. Kan?"
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (ar-Ra'd ayat 28)
"Pandai ikhwahku ini. Ok akhi, ana perlu beransur dulu, banyak assignment tak siap lagi. Ada masa ana datang ziarah lagi, Insya-Allah. Kalau ada masalah, call atau datang je bilik ana ye."
"Syukran Akhi. Uhibbuka fillah."
"Uhibbuka fillah aidhon, akhi..."
Kami berpeluk.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam..."
Abang Zarif pun keluar.
Aku merenung ke langit. Mujur keindahan tadi masih belum pudar. Kini hatiku tenang. Setenang langit petang yang mulai bertukar merah. Indahnya ukhuwah kerana Allah S.W.T, setiap kita saling menguatkan yang lain.
Kerana itulah Allah S.W.T menggambarkan orang yang beriman sebagai saudara. Setiap langkah dakwah, jika diambil bersama, pasti terasa lebih ringan. Itulah keajaiban ukhuwah fillah.
Aku bangun dari katil, lalu berwudhuk dan membuka al-Quran kecil milikku.
"Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Mengetahui, apa yang terbaik untukku, maka berikanlah yang terbaik. Aku redha dengan ketentuan-Mu, aku ikhlas dengan cintaku pada-Mu. Redhailah kehidupanku, Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang..."
Jika takdirnya begitu sukar, yakinlah, pasti ada baiknya. Percayalah, kerana DIA lebih tahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila