Penulisan Semula : Di PLKN segala-galanya bermula

August 06, 2013

Ceritera PLKN -based on capital I's story-

kisah yang hani nak kongsi ni, bukan kisah hani. haha, mestilahhhh! hani dapat idea untuk buat short-story dekat blog hani. yelaaa, lama sangat tak post apa-apa cerpen atau cerita-cerita yang santai. hmmm, tapi yang ni berbaur cinta sikit yer? haha.. nama watak utama tak sama.. kisah siapa pun, dirahsiakan :) tapi ditekan-kan, BUKAN kisah HANI -,-" siapa cakap KISAH HANI, bagi flying-kick sikit. hihi

cerita pun bermula.. ehem..ehemm.. :P

saya ada terbaca surat awak masa tu, surat ke PLKN.. kita memang tak ada apa-apa pun sebelum masuk PLKN tapi kita dah kenal lamaaaa sangat. tapi kita ni, bukan kata nak berjumpa, berbual pun susah! sebab awak ni nampak pemalu. hehe.. dan kalau awak nak tahu saya baca surat awak tu pun sebab buah hati awak yang tunjuk kat saya. saya dengan buah hati awak tu bukan kawan baik sangat, kawan biasa-biasa jer tapi disebabkan dia tahu saya satu kem dengan awak..

dia sanggup datang rumah saya sebab nak tunjuk bukti yang awak ni satu kem dengan saya. muka dia nampak risau, dia kata dia tak suka PLKN tapi sebab awak dapat PLKN. dia pun tiba-tiba terbuka hati nak masuk PLKN. sebab awak, sweet sangat korang! :D dan macam-macam dia pesan kat saya supaya jaga awak, tengok-tengok kan awak. saya nak tergelak jer bila dengar amanat dia pada saya sebab awak. hihihi

dan sampailah hari yang ditunggu-tunggu. saya tunggu bas di Masjid Jamek Johor Bahru. yerr, saya dari Johor dan awak pun dari Johor :) saya nampak awak bawa beg untuk letak dekat dalam bonet bas. saya pun secara tak sengaja tertunjuk dan sekaligus terkenalkan awak dekat mak saya.. mak saya angguk-angguk jer.. pandangan saya masa tu hanya sebagai seorang kawan biasa jer, yelaaa..awak memang kawan biasa jer kot masa tu! haha..

dan, tiba masa untuk kita semua naik bas. awak dah naik lama dah bas tu tapi saya naik lambat sikit sebab rasa sayu nak tinggalkan mak dan ayah saya.. bila saya naik jer bas, awak terus tegur saya dengan suara lantang. saya malu kottt masa tu, dah la tak kenal semua orang dalam bas tu :P tapi atas budi bicara, saya lambai dan senyum jerrr ^_^

dan sampailah di Kem PLKN kita. yang sekarang hanya tinggal sejarah lampau.. kita masa ni buat hal masing-masing jer. saya sibuk dengan hal saya sebab mula-mula sampai jerr kita kena check barang. dah selesai yang itu, saya terus tunggu giliran dan tiba-tiba awak duduk sebelah saya. taklah dekat, jauh juga tapi bersebelahan lah orang kata.. awak cakap dekat saya "awak, kalau nampak dah tak ada orang, masuk jer. kalau tunggu macam ni, sampai esok pendaftaran awak tak habis..," saya angguk jer. dan kebetulan ada orang bangun dari kerusi pendaftaran, awak pun terus suruh saya pergi.. saya akur...

bila dapat dorm, saya terus turun dorm. dan esok tu pagi-pagi lagi kita dah kena berkumpul dekat padang kawad, cikgu nak test suara siapa yang boleh koman.. dan saya terperanjat kottt bila nampak awak try suara masa tu.. tapi saya biasa jer, buat-buat tak faham dan mata saya lebih fokus pada bakal penghulu masa tu sebab suara dia kuat gilaaa :) tup tup, saya dengar awak dah jadi IC Skuad kompeni awak. wahhh! teruja ada kawan macam awak :P

hari demi hari.. awak selalu tegur saya. saya jarang tegur awak sebab malu kotttt. haha.. tapi awak selalu tegur saya. ada masa tu saya masuk kelas CB awak sebab nak nyanyikan lagu 'happy birthday' dekat cikgu.. bila keluar, awak panggil saya. saya senyum jer. dan lepas rehat, awak dapatkan saya.. saja berborak-borak lagi pun saya nak larikan diri daripada seorang lelaki yang suka mengushar saya :) kita berborak rancak buat pertama kalinya. dan saya memang sengaja biarkan lelaki yang usha saya tu nampak. rupa-rupanya dia anak buah awak. tergelak besar saya masa tuuuuu! 

dan dua hari kemudian, awak panggil saya dekat DM. saya ingat ada apa, rupa-rupanya awak nak cerita, budak yang usha saya tu tanya dekat awak. dia tanya kita ada apa-apa ke? awak tanya dia semula, kenapa? dia cakap, saya ni dah ada seseorang. katanya dah dapat persetujuan keluarga. siapa eh lelaki tu? dia tanya awak kenal ke lelaki tu.. dan dengan pantas awak balas "aku lelaki tu, kami kenal dah lama. keluarga kami dah beri restu tapi aku nak bagi dia belajar dulu.. kenapa?," terdiam budak tu :)

saya terperanjat kenapa awak sanggup mengaku yang awak tu ada apa-apa dengan saya sedangkan awak dah ada seseorang. saya lain, saya memang berjalan sendiri dahulu, kini dan selamanya.. tapi dari sudut lain, saya sangat-sangat terharu dan sayu. tak sangka awak nak jadi penyelamat saya ketika itu.. dan bermulalah adegan palsu antara kita..  kita pura-pura dah lama bercinta, segalanya pura-pura.. awak ramah dengan saya, saya ramah dengan awak. memang nampak hubungan kita macam asli! kawan-kawan kita pun fikir yang kita memang ada apa-apa.. hebat betul drama kita :)

sampailah cuti sem untuk PLKN. kita cuti 5 hari dan saya balik semula ke kem dengan rasa yang tak sabar sebab nak jumpa awak!!! :) dan bila nampak muka awak, hati saya rasa lain.. cair.. macam ais krim. hehehe.. adegan kita semakin hangat sampai kawan bilik saya tanya "korang ni buat-buat suka atau memang dah betul-betul suka?..," kawan bilik saya jer yang tahu tentang perkara sebenar. sebab mereka memang sahabat yang baik.. saya diam.. dan ada suatu hari tu, mata awak bengkak yang teramat. ada kawan bilik awak beritahu saya, risau saya pada awak masa tu. ALLAH jer yang tahu :)

saya jadi tak tentu arah cari paracetamol sebab nak bagi dekat awak. saya suruh awak pergi klinik tapi awak tak nak :) bila saya dapat paracetamol hasil saya minta dekat kawan.. saya tunggu awak dekat DM sebab nak bagi paracetamol tu.. awak tak nak, tapi saya beri juga.. maaf sebab sedikit memaksa awak masa tu :') dan akhirnya awak ambil juga.. tenang hati saya, kebetulan hari tu hari sabtu. kita dah dapat telefon. saya mesej minta awak makan ubat tu dan terus pergi surau untuk tunggu waktu Maghrib.. 

selesai Maghrib, macam biasa kita dengar tazkirah dan tirai di buka. macam biasa juga, saya selalu di saf hadapan sekali.. dan secara tak sengaja saya cari kelibat awak. muka awak nampak letih, lesu, tak bermaya.. sayuuu hati saya tengok awak. saya pun mesej awak suruh awak pergi medik. tapi awak tak nak. saya sanggup tunggu awak dekat medik masa tu sebab nak teman, tapiiiii awak tak datang. awak kata awak malas, sampai hati.. haha.. esok tu saya paksa lagi dan awak datang. saya tinggalkan awak sorang-sorang sebab keadaan memaksa. dan saya berbual-bual tentang pelajaran dengan kawan.

masa tu saya dah nak keluar dari kem dah lagi beberapa hari sebab nak sambung pengajian. awak pun sama.. tiba-tiba awak menyampuk di belakang saya. haha, sah! awak tak pergi cek dekat medik. pandai mengelat yerr :P

hari demi hari, saya mesej-mesej dengan awak tiba-tiba kita dalam keadaan yang serius! saya tanya awak ada suka sesiapa ke dalam kem ni. awak cakap ya.. haihhh, sayu hati saya dengar :') dan awak kata orang tu ialah saya. ALLAH.. terperanjat dan makin bertambah sayu.. masa tu saya fikir awak, saya dan kawan saya.. kalaulah kawan saya tahu, mahu meletup bumi ni :) tapi saya tetapkan untuk jadi sahabat awak. teman tapi mesra :) 

tapi awak cakap "awak jangan anggap saya macam musuh yer.. layan saya macam biasa..," awak, masa tu dalam hati saya memang nak layan awak macam biasa.. kita mesej dan cerita hati ke hati.. lama sangat sampai pukul 2pagi kalau tak silap. lepas tu kita tidur. pukul 5pagi awak dah kejut saya suruh bangun.. comel awak ni. hehe.. hari tu hari Ahad. saya ingat lagi.. awak tanya saya puasa ke? saya kata tak. dan awak pun mengaku yang awak tak puasa. rupa-rupanya ada wira yang puasa hari tu. puasa sunat atau ganti saya tak pasti.. err? hehe

kebetulan hari tu saya duty, jadi saya dah lama dekat surau. sebab kejutkan wirawati-wirawati dekat kem tu. hehe.. awak pulak kata yang awak on the way nak ke surau. senyap-senyap saya intai awak dari dalam surau sebab nak tengok awak ambil wudhu' tapi awak perasannnn! hihi.. malunya saya masa tu ALLAH jer yang tahu. 

banyak aktiviti kita buat bersama-sama dalam kem PLKN tu.. sampailah hari yang saya tak mahu dia tiba. hari kepulangan saya.. dan beberapa lagi rakan yang akan menyambung pengajian.. saya balik dulu, awak balik lambat sikit sebab awak ada urusan sikit dekat kem.. pagi-pagi lagi saya bangun dengan rasa malas dan sayu. siap-siap dengan pakaian kelas sebab kita ada perbarisan tamat latihan untuk pelatih pelepasan awal.. dengan langkah yang berat, saya gagahkan juga untuk melangkah ke DM untuk bersarapan dan bergerak ke padang kawad. 

muka pertama yang saya cari pada pagi yang masih gelap itu, muka awak.. bila saya nampak muka awak, saya tersenyum.. saya tunjuk jam awak dekat pergelangan tangan saya. ya, awak bagi saya pinjam jam awak 5 hari sebelum saya balik. bayangkan, saya sentiasa dengan jam awak tu.. tidur pun saya pakai. bila saya rindu, saya cium jam awak. saya curahkan isi hati saya pada awak dekat jam tu.. awak pun senyummm jer tengok jam awak di pergelangan tangan saya. ianya besar, jam lelakikan :) 

selepas perbarisan, semua beratur untuk majlis bersalam-salaman.. saya salam kawan-kawan saya. mata saya tak lari daripada memandang awak. saya nampak awak menangis dulu masa tu.. sayu hati ni awak, saya kalau boleh tak nak semua ini berlaku.. saya nak kita di PLKN semula.. sentiasa di PLKN tanpa ada benda lain yang dapat memecahkan tembok imaginasi kita bersama-sama PLKN. selepas majlis tu, saya terus jumpa awak. seperti yang dijanjikan, dengan berat hati saya tanggalkan jam awak di pergelangan tangan saya. saya berikan pada awak.. berattttt hati saya masa tu. awak tanya saya "saya bagi awak jam ni, nak tak?..," tapi saya menolak. jam tu terlalu mahal. saya tak mahu.. sampai saat ni saya ingat bentuk jam itu, warna apa dan segala-galanya tentang jam tu..

banyak kali awak tanya saya, saya tetap cakap tak nak jam tu. jam tu milik awak. bukan saya tak suka, saya sayang jam tu. selepas itu, saya perlu ke bilik pakaian. pakaian-pakaian yang dilarang untuk dibawa balik, terpaksa saya pulangkan dengan berat hati.. saya senyum pada awak sebab saya rasa itu kali terakhir saya jumpa awak. rupa-rupanya tak! awak ada dekat bilik pakaian tu, saya ingatkan awak kena pulangkan lambat pakaian awak sebab awak balik lagi dua hari.. 

di situlah, kita bergambar bersama, awak bluetooth gambar awak pada saya. saya pun sama. muka masing-masing sedih sangat sebab lagi beberapa jam saya akan balik. kita berbual panjangggg! bila sampai DM, saya nak balik dorm sebab nak kemas sikit lagi barang saya.. awak macam tak bagi saya balik dorm. bila saya jalan, awak panggil. bila saya jalan lagi, awak panggil tanya macam mana nak guna jam awak tu. haha. lawak la awak ni :) saya tanya awak "awak ni macam tak bagi saya balik dorm jer?," 

awak cakap "memang..," "saya nak awak di sini dengan saya..," ALLAH, lagi cair hati saya. saya tak fikir apa-apa dah. hanya awak, awak dan awak :) tapi akhirnya saya balik juga dorm..dah jauh sikit saya jalan. awak lang nama saya.. awak cakap "I LOVE YOU" pada saya dari jauh dengan bahasa isyarat. awakkkk, melting saya masa tuh. saya senyum malu, dan perlahan-lahan balas pada awak :) 

lepas Zohor, saya jalan perlahan-lahan dengan lemah untuk balik dorm. saya kena bawa barang-barang saya turun ke pejabat. lagi satu jam saya akan balik.. kebetulan saya terserempak dengan awak lagiiii, saya tak lepaskan peluang. kita bergambar lagi. saya cakap di sisi awak "awak, saya tak nak balik. saya nak ada kat sini dengan awak..," awak senyum hambar.. "nak buat macam mana, takdir sayang..," sayang?? awak, lagi sekali awak buat saya terperanjat dengan panggilan tu. 

awak suruh kawan awak balik dorm dulu lepas kita bergambar. saya pandang awak, awak pandang saya. awak, saya memang tak nak lepaskan awak apatah lagi nak jauh dari awak.. lama juga kita macam tu sampai awak kata awak nak balik dorm. nak siap-siap sebab awak kena pergi padang kawad setengah jam lagi. saya pun lagi setengah jam nak balik. awak jalan dengan lemah, dan mana datangnya perasaan saya untuk tarik lengan awak. maaf, saya tak sengaja.. saya terus ucap I Love You betul-betul di hadapan masa awak. mata awak nampak merah! saya tahu awak tahan tangisan awak.. 

awak balas lembut "I Love You Too..," awak cubit hidung saya. awak cakap "janji dengan saya, jangan nakal-nakal. jangan lupakan kenangan kita dekat sini..," saya angguk-angguk jerr. awak hulur jari kelingking awak dekat saya dan awak cakap "janji..?," saya tersenyum dan saya sambut jari kelingking awak. ALLAH, sungguh sayu hati saya ketika itu.. awak pun berlalu pergi, saya perhatikan langkah awak berlalu dengan hati yang berat..

saya balik dorm dan cari buku PLKN saya yang ada tulisan awak. waktu Subuh pada hari saya nak balik. ada budak beri buku tu pada saya dari awak. saya ingat, saya beri awak buku tu untuk tulis apa yang awak nak.. sampai surau saya terus baca. menangis-nangis saya baca isi kandungannya. dan dalam dorm tengah hari itu pun, saya menangis sekali lagi membaca isi kandungan buku itu.. saya cintakan awak, sungguh.

saya bawa barang-barang saya ke pejabat. saya cari kelibat awak masa tu sebab saya tahu waktu ini awak perlu ada di situ juga untuk berbaris ke padang kawad. dannn, saya nampak awak. hati saya seperti di cucuk-cucuk. hati saya meronta-ronta tak nak balik. saya nak di samping awak.. saya tunggu jer dekat situ sampai awak lalu depan saya dalam keadaan berbaris. awak senyum dan buat muka yang saya sangat suka. muka muncung! hehe.. lepas tu awak terus tunduk. saya sibuk cakap "jaga diri..," tapi awak tak endahkan. awak sedih, saya tahu..

kawan-kawan awak semua bising suruh saya jaga diri. lawak la mereka :P dan saya suruh informer kita jagakan awak. dia dengan bangga cakap "baik!..," haha, comel mereka semua.. saya balik, dan sebelum saya melangkah keluar daripada kem, saya sempat pandang bukit untuk ke padang kawad. saya rasa nak berlari naik atas dan beritahu awak yang saya nak balik. tapi mustahil, berat hati saya berjalan keluar dari kem. sebelum saya balik saya cakap "selamat tinggal kem PLKN!!!," mak saya geleng-gelengkan kepala jer. hehe..

bila balik rumah, kita tetap contact. apa yang buat saya makin sayangkan awak, awak tak pulangkan telefon awak pun sebab saya. awak tak nak lepas dari mesej dengan saya.. awak, saya rindu awak walaupun tak sampai sehari kita berpisah.. kita terus-terusan berhubung.. sampailah awak dah keluar dari PLKN beberapa hari kemudian. dan pada hari awak tiba di rumah. saya dah mendaftarkan diri di tempat pengajian.. kita tetap berhubung. rakan bilik saya pun kenal awak. hari-hari saya cerita pasal awak dekat mereka. mereka pun sangat mengenali hati budi awak :)

cukup dua minggu, saya dibenarkan balik bermalam ke rumah. kebetulan, hari Ahad itu ada majlis di kem PLKN. awak ajak saya pergi, cara awak nampak tak sabar-sabar nak jumpa saya. saya pun sama, rasanya excited lebih dari awak. hehe.. dan tibalah hari Ahad itu, awak terlambat sebab teman mak awak pergi beli belah. awak tahu, awak lelaki pertama yang mak saya izinkan untuk keluar bersama. saya macam tak percaya. hehe..

masuk jer kereta, hati saya berbunga riang sangat! hehe.. walaupun perjalanan jauh. saya rela, lama sikit saya dengan awak dalam kereta ni. baju kita matching hari tu.. kita sampai jer kem, cikgu-cikgu semua tegur pasal baju kita. wahhh, rasa dunia ni saya yang punya masa tu.. hari tu awak sweet sangat dengan saya. saya tak akan lupakan semua tu awak.. lepas 4 jam berada di kem. awak hantar saya pulang ke kolej sebab mak saya percaya awak hantar saya ke sana :) 

sampai di kolej, awak lepak-lepak lagi sampai pukul 7petang. baru awak balik. berat hati saya nak lepaskan awak.. awak minta saya janji supaya tak nakal-nakal.. "ingat orang tersayang ni..," awak cakap. hehe, awak comel masa cakap macam tu :P malam tu pula, tepat jam 11:30 malam, hari Ahad, 09 Jun 2013. awak dengan saya disatukan hati.. gembira tak terkata saya masa tu.. terima kasih awak..

seminggu berlalu, tiba-tiba awak kata nak datang kolej. terperanjat saya bercampur gembira. semangat saya tunggu awak hujung minggu tu.. tapi kita tak dapat outing sebab kerja saya banyak. awak teman saya buat homework. baiknyaaaa ^_^ yang best sekali, kita main sepak-sepak kaki. haha.. kelakar pun ada bila fikir balik :P macam biasa, pukul 7petang baru awak bertolak balik. risau teramat saya masa tu. saya buka cerita, saya siap buat solat sunat hajat supaya ALLAH selamatkan perjalanan pergi dan balik awak :') bila awak mesej yang awak dah selamat sampai, bersyukur tak terkata sayang :')

itulah kali terakhir kita berjumpa dalam keadaan yang sedang hangat bercinta.. hari demi hari sampailah suatu hari, awak jarang mesej saya. saya pelik sikit sampailah saya tahu awak keluar dengan buah hati awak. robeknya hati saya masa tu ALLAH jer yang tahu.. saya tahu saya yang kedua tapi awak tak beritahu saya pun. awak, saya sedih sangat masa tu. awak, saya call dan mesej awak tak balas-balas. seminggu! dan cukup seminggu, saya cuba untuk slow down-kan hati saya.. sebab saya ada trial minggu tu dan paused kan dulu pasal kita. 

dan awak datang pada waktu yang tak tepat, saya terus cakap nak berkawan dengan awak.. saya tunggu cuti raya untuk jumpa awak dan selesaikan semua.. sampai cuti raya, saya ajak awak keluar dan kita berbual hati ke hati. ternyata saya lambat.. saya masih sayangkan awak, tapi awak kata awak memilih dia.. dia pilihan awak.. saya cuba pertahankan awak untuk saya tapi, awak dah tetapkan yang awak memilih dia. awak kata awak tak layak untuk saya. ada lelaki lain yang lebih sesuai untuk saya. awak, awak sedar tak apa yang awak cakap?

hancurnya hati saya masa tu, walaupun awak cakap "saya cakap macam ni bukan nak hancur kan hati awak, tak! saya nak awak pandang ke hadapan. Yang Atas tu yang merancang segalanya..," saya tunduk. air mata saya bertakung. tapi saya kuat! saya perlu kuat dan akhirnya kita ambil kata putus, saya tak dapat pertahankan awak. saya kalah. awak pergi bersama dia dan saya kembali berdiri sendiri.. tanpa ada mana-mana lelaki di samping saya..

awak..
kata-kata terakhir saya, semoga awak bahagia di samping dia. kita kekal sahabat hingga ke syurga. In Shaa ALLAH. selagi termampu, saya tunggu awak kembali pada saya. doa saya agar awak dijodohkan untuk saya jika itu yang terbaik. mungkin sekarang ALLAH pisahkan kita kerana Dia nak memberi jalan cerita yang baru antara kita di masa hadapan. In Shaa ALLAH, diharapkan begitulah.. sayang dan cinta saya untuk awak, In Shaa ALLAH sampai mana saya mampu. saya cuba untuk kekalkan cinta saya untuk awak.. ingat, PLKN tempat kita mulakan segala-galanya.. dan kerana PLKN kita bersatu. 

"ALLAH memberi apa yang kita PERLU, 
BUKAN apa yang kita MAHU"

*****

sahabat, tabahlah. ALLAH sentiasa di sisi anda. jangan biarkan hati hancur kerana kaum Adam.. Kuatlah wahai hati sahabatku! :) apa-apa pun, kisah anda ni sangat sesuai dengan lagu Hafiz - Bahagiamu Deritaku. tapi jangan begitu, bahagia dia, bahagia anda juga! good luck kawan ^__^

Penulisan Semula : Hani Suhaila


You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...