CLICK SAYA !

Wednesday, November 20, 2013

Keep Calm and Love Sem 2


Assalamualaikum
hye! ;)

ohhh, terasa excited untuk update entry kali ni. eh eh, bukan kali ni je yerrr. semua entry yang pernah di updated dan bakal di update tu, memang excited melampauuuu. hihi. okay, esok dah balik kolej. tu jer nak cakap. haha. tapi macam pendek jer kan kalau nak cakap tu jer?

jadi, hani memperpanjangkan la sikit entry ni. nak share banyakkkk gambar. baru curi dekat Mista GOOGLE tadi. terima kasih yerr Mista GOOGLE sebab bagi curi gambar. hihi. esok balik KMJ dengan harapan nak study dan get prepared untuk MUET pada hari Sabtu (23/11/2013) haaa, tak lama kan? duduk rumah, tak sempat nak study apa tauuu. sebab? tolong mak siap-siapkan keperluan apa yang patut untuk majlis pernikahan dan perkahwinan abang hani.

abang yang nak nikah, adik dia yang lebih-lebih kauuuu. hihi. habis tu, kalau tak tolong. siapa lagi yang nak di harapkan? betul tak? hihi ;) and as a present, mak belikan something yang sangat sangat sangat mahal dan berharga. sayang gila dekat benda tu. sentiasa di pakai tak lepas-lepas. suka sangat! apa dia? rahsiaaaa :P

tapi malas sangat nak kemas barang, perkara paling tak suka dan menyampah ialah kemas barang nak balik. malas kuasa sepuluh. hihi. esok kot baru kemas -,- dan sekarang tengah kumpul semangat yeeeee. sedang mencintai semester 2 yang akan memunculkan diri Isnin depan (25/11/2013) ayoyoyoyo. lepas tu dalam 3 Disember 2013, keputusan temuduga untuk SPA akan keluar. tak tahu lah dapat ke tak, tapi ada simpan sikit harapan. harap-harap dapat. macam tu lah. dan In Shaa ALLAH 10 Disember 2013, result PSPM 1 akan keluar. gerunnnnnn! takutttttt! serammmmm! semua dah bercampur. errrrr -,-

tapi tak apa lah, Keep Calm and MOVE ON. hihi.

sebenarnya takut nak start Sem 2, sebab nak akan menghadapi Homesick yang melampau rasanya bila dah balik kolej. errr. dah lama kan duduk rumah. hari-hari tidur dengan mak, manja-manja dengan mak (yeke?) haha. tapi cuba lah untuk kuat.

errr? ni saja yang mampu di lakukan. hihi

hani dah tengok sepintas lalu subjek-subjek dia. agak menggerunkan. tapi tapi tapi. bacalah ayat ni~~~



study study study. tu jer cara nak selesaikan masalah. hihi





cuba mencintai semua main subjects ini dengan sepenuh jiwa dan raga. kannnn, gituuuu. hihihi. semester 2 sangat mencabar yer anak-anak. persiapkan mental dan fizikal anda Cik Hani Suhaila. time table untuk Sem 2 pun TERSANGATLAH padat. rehat pun dah satu jam jer. kalau sem 1 hari tu, dua jam dapat break. yelahhhh, subjek makin tough. so, kena struggle lebih :)


enty kali ni kita post banyak gambar-gambar KEEP CALM AND bla bla bla. haha. penat tak searh dekat Mista GOOGLE tadi. sila hargai. haha! 

anyway, hani minta doa dari silent reader hani. doakan yang baik-baik untuk hani. doakan hani boleh perform well untuk semester 2 ni. semoga hani lepas interview hari tu dan semoga result PSPM 1 hani amat membanggakan setiap manusia yang mencintai dan menyayangi hani :) palinggggg penting, don't stop support me okay :) love all of you so much. In Shaa ALLAH ^_^

tu saja nak share, take care.
bye, assalamualaikum :)

gambar masa awal sem 1 hari tu. sekarang dah tembam sikit kot? haha

Tuesday, November 5, 2013

Bittaufiq Wannajah :)

Assalamualaikum
hye :)


okay, seperti yang dijanjikan dekat facebook tadi untuk update blog. Hani tengah update ni. haaa, nak update pasal exam lah :) untuk adik-adik yang akan menduduki SPM (6 Nov 2013) batch 1996. Kak Hani doakan supaya adik-adik dapat perform well, dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan hati yang tenang dan lapang serta dipermudahkan untuk mendapat idea di dalam dewan peperiksaan bagi menjawab soalan-soalan tersebut. semoga diberikan rezeki yang baik-baik kepada keputusan nanti. In Shaa ALLAH, semoga ALLAH mempermudahkan semua urusan adik-adik sepanjang peperiksaan. 

untuk sahabat-sahabat, senior-senior yang akan menduduki STPM, final exam atau apa-apa sahaja jenis peperiksaan yang dihadapi. moga-moga ALLAH permudahkan segalanya. ni nak kongsikan tips sikit yang Hani guna masa nak PSPM 1 hari tu. 

kita ni kalau dah susah baru nak ingat ALLAH ye tak? jadi lepas ni azam dalam diri untuk sentiasa ingat ALLAH 24/7 tak kiralah kita ni tengah seronok ke tengah sedih ke kan? tapi Hani selalu ingatkan diri dengan ayat ni
"kalau kita ingat ALLAH waktu senang, waktu susah nanti ALLAH akan ingat kita"


jadi, waktu-waktu senggang tu ingatlah ALLAH, ye kita bukan malaikat nak berzikir jer kerja dia tapi at least lepas kita solat tu. kita berbual-bual dengan ALLAH. macam mana? lepas solat tu, duduk sebentar sambil puji-puji ALLAH. masa berdoa tu pula, dalam doa tu berbicaralah dengan ALLAH seolah-olah kita sedang berbual dengan ibu ayah atau sahabat. cerita apa yang terjadi pada dia di atas tikar sejadah. In Shaa ALLAH, Dia suka mendengar :)

lagi satu, biasakan diri untuk selalu buat solat sunat Taubat Nasuha dan solat sunat Hajat. yang eloknya dekat sini, buat solat sunat Taubat dulu. minta ampun segala dosa yang ada pada ALLAH, rasa tenang dah semua barulah mula buat solat sunat Hajat. ada antara kita yang buat solat sunat Hajat dulu baru buat solat sunat Taubat, ada tu terus buat solat sunat Hajat tanpa minta ampun pada Dia dulu. 

kadang-kadang Hajat kita dah elok tapi tersangkut sedikit dengan dosa-dosa yang kita pernah atau sedang lakukan. jadi seelok-eloknya, solat Taubat dulu baru diiringi dengan solat Hajat. Hani dapat tahu perkara ni pun sebab Guru Kaunseling dekat matrikulasi yang sarankan begitu. jadi, disebar-sebarkanlah perkara ini supaya Muslimin Muslimat semua dapat memanfaatkannya. 

cuba berubah jadi lebih baik, kuat kesabaran dan keimananya serta tidak kedekut. macam mana nak bina perkara ini dalam diri? senang sahaja, bantu rakan-rakan lain. bagaimana? tunjuk ajar mereka dalam pelajaran. tak berapa master? jangan risau, mengikut pengalaman Hani. ada kawan minta tolong ajar dia, bukan pergi ajar dia macam tu jer tau. Hani pergi study dulu satu-satu dan baru pergi ajar dia. lepas tu fikir cara terbaik untuk mengajar, kadang-kadang sahabat kita ni lambat sikit nak faham penerangan kita.

oleh itu, dengan sabar kita ulang balik penerangan kita. haa, dekat situ dah dapat tanamkan kesabaran dalam diri. lepas tu, kalau sahabat-sahabat tanya satu soalan yang kita tahu tapi kita dalam keadaan yang sibuk. cuba luangkan sedikit masa untuk meneliti soalan tersebut dan cuba selesaikan. dekat sini dah tanam sikap yang tidak kedekut. sebab apa? ada sesetengah kita malas nak layan kerenah sahabat sebab pertama malas nak layan dan sebab kedua tak mahu kongsi ilmu.


pernah juga sahabat sebilik Hani tanya soalan maths masa Hani baru bangun tidur, demi ALLAH rasa malas nak bangun dan fikirkan macam mana nak selesaikan. tapi demi niat yang satu kerana ALLAH, kuatkan diri untuk bangun dan bantu sahabat itu tadi. Alhamdulillah dapat selesaikan dengan baik walaupun ada beberapa soalan itu terberhenti ditengah jalan tapi sekurang-kurangkan kita membantu sahabat. senang cerita, apa yang kita buat tu semua TOLONG niatkan kerana ALLAH dan TOLONG fikir untuk cari keberkatan dan keredhaan Nya :)

tolong yer adik-adik, sahabat-sahabat.
letakkan ALLAH nombor 1 dalam Carta Hati :)

"just perform well and let ALLAH do the rest"

dah habis semua dengan usaha yang kita lakukan, tawakkal lah di samping terus berdoa untuk mendapat keputusan yang baik. Hani pun sedang menunggu keputusan PSPM 1 ni. risau dihati, harap baiklah keputusannya dan harap diri ini Redha dengan ketentuan Nya. In Shaa ALLAH, apa-apa pun. tolong ingatkan diri
"ALLAH memberi apa yang kita PERLU, BUKAN apa yang kita MAHU"


akhir kalam, 
Bittaufiq Wannajah! :)

bye, assalamualaikum

Sunday, November 3, 2013

FREEDOM for 3 weeks!

Assalamualaikum
hye :)


gambar ni? haha, ni gambar sehari sebelum paper biology hari tu. dah penat sangat memahamkan segala macam dan jenis fakta dalam tu. taking picture seketika. weee :P

tak nak melalut panjang, cuma nak share yang cuti sem ni Hani ada dekat Johor. rumah angah :) hee, seronok sangat sebab dapat spend masa dengan Hafiz si kecik lagi mengada. hehe. masa Hani sampai rumah angah semalam tu, dah malam. Hafiz dah tentu-tentu dah tidur kannn. tapi pagi-pagi lagi, masa Subuh dia dah bangun dah. angah cakap selalu bangun lambat, tapi pagi tadi dia bangun awal pulak. cari-cari Hani. hee, dia tahu maksu dia nak datang. dia masuk bilik terus panggil-panggil

"shu, angun!," hihi :) comel sangat diaaaa, Hani dengan mamai-mamai tu. bangun tengok muka dia dan senyum. dia boleh sengih-sengih mintak bermanja. haishhh, gerammm jer tahu :P

lepas Subuh, tidur kejap sebab malam semalam tidur pukul 3:00pagi. bukan study pun, sem break rite? haha! update blog jer pun. rajin sangat kannn, haha. dalam pukul 8:00 pagi tu bangun balik. siap-siap semua sebab mak dengan angah ajak pergi JB. 

sebelum tuuu, ambil gambar dengan Hafiz kejap, hihi. tengok muka gangster dia. nampak gangster tapi manjaaaa :P

ohh, perasan nak jadi ibu yang mithali konon nya lah :P

sempoi sayang maksu nieeee. haha, Hafiz TERBAIK! 
love you sayang ;)

pergi rumah-rumah sedara dekat JB, sebab mak nak edarkan kad nikah abang. paling semangat sekali pergi rumah sorang mak sedara ni, anak dia lelaki dah ada PhD wow. dan baru balik dari Jepun sebab ada kerja dekat sana. senang cerita, dia selalu outstation lahhh. pandai, baik dan paling penting tak sombong. kami jarang sangat jumpa, so tadi bila jumpa. dia pandang muka Hani dan tanya mak "ni Hani ker? Hani Suhaila kan?," haha. Hani gelak jer lah dengar. angah mengiyakan jer.

abang Fadhil : "ohh, ni yang dekat FB tu kan?," 
terasa famous pulak sebab kan laman sosial yang satu tu. hehe.
mak : "dia memang, FB 24/7"
abang Fadhil : tapi, lately ni jarang dah nampak dia online. busy eh?,"
Hani : "exam lah hari tu"

abang Fadhil angguk-angguk jer. bila jumpa dia, semangat nak belajar tu makin melampauuu, nak jadi macam dia. sekarang dia ni lecturer dekat UTM, Skudai. dah ada pangkat 'Dr.' pulak tu. tunggu masa nak naik taraf jadi 'Prof' jer tau. In Shaa ALLAh, suatu hari nanti. dekat-dekat lah tu. hihi

perjalanan diteruskan ke Giant. hee, jalan-jalan dan teman angah dengan kak lang yang datang secara tiba-tiba sebab diorang plan nak belikan mak handphone baru. fuyooo, mak dapat handphone baru. tapi yang bestnya mak ni, tak nak yang mahal-mahal. lastly, diorang belikan mak Samsung Galaxy Y Neo. tu pun dah cukup hebat. 

Hani? tipu lah tak shopping! beli handbag baru dengan sehelai baju baru. hihi. semua tu memang accesories yang sangat diminati. terutamanya handbag dan kasut. wow, kalau dah masuk kedai tu memang payah nak keluar. haha :P



gambar ni masa dekat rumah kak lang. Hani bergambar dengan angah masa ni. hehe :) mengada ambil gambar dekat pool, bajet-bajet konon tengah holidays dekat hotel. cehhhh! haha :P

rasanya tu jer nak share.

ohhh iye, kepada adik-adik yang dah dekat SPM dan sahabat-sahabat yang dah nak STPM atau nak final tu. usaha, doa, tawakkal. semoga ALLAH membantu kalian semua dalam mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir. semoga dipermudahkan dan diberi ketenangan sewaktu di dalam dewan peperiksaan :)

Bittaufiq Wannajah!

bye, assalamualaikum :)

Saturday, November 2, 2013

Sem Break!

Assalamualaikum
hye :)


SEM BREAK BEGINS! hahaha. seronok gila dah habis Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM). bila dah habis PSPM tu maknanya dah habis satu sem. haishh, cepat betul masa berlalu kan? rasa macam baru jer register dekat KMJ. tup tup dah habis satu semester? putaran dunia semakin laju. hee

hurmm, banyak benda nak cerita nak share dekat sini. Al maklum lah, lama tak meng'update' blog kesayangan ni. tapi nasib baik tak berhabuk tauuu. sebab selalu jengah, cuma tak sempat nak update. lagi satu, memang saja lambat update, saja nak buat entry panjang-panjang. biar jenuh sikit membaca. haha. for those yang tanya hani bila nak update, ni dah update ni. so, jangan tanya lagi. hehe

first at all, Hani nak bagitahu yang Hani dapat temuduga SPA untuk latihan Jururawat hari tu (23 Oct 2013) dekat Melaka. masa tu baru lepas study dan tidur kejap, tak sampai 10 minit tidur, mak call dan bagi tahu yang Hani dapat SPA tu. can you imagine, dah nak final exam dan tiba-tiba ada tawaran best macam tu datang. haishh, sehari lebih tak dapat fokus study tau. mak macam beria-ia suruh pergi. hati masa tu tak tahu lah apa rasa. sedih, sayu, geram. hehe. walaupun hanya temuduga, tapi roommates semua dah sedih sedih macam Hani dah nak keluar jer dari matrik tu -,-" 

lastly, minta pendapat sahabat ni. Mista Hafiz. nasihat dia senang jer "ikut apa yang mak nak" hehe, mak memang suruh pergi kan interview tu. dan pergi lah. jap jap, hari yang Hani nak balik rumah untuk interview tu kan. malam tu Hani tidur pukul 3:00pagi. bangun Subuh dan terbalik balik. haha! tetiba, pukul 9:00 pagi jer mista Hafiz dah call. ingat kan nak apa laa, nak suruh ajar maths rupanya. haa, dengarlah suara Hani yang baru bangun tidur tu -,-"


chapter 1 sampai chapter 4 pulun habis selama 5 jam. dari pukul 10:00 pagi sampailah ke 3:00 petang. balik jer bilik, kelam-kabut solat lepas tu kemas barang. penat punya pasal, tertidur kejap 15 minit then mak call cakap dah sampai. hehe. memang packed gila jadual hari tu. takpelah, nak berjaya kannnn :) dan baru Hani tahu, dugaan besar nak mengajar orang kan? dan bila kita dah mengajar, kita mesti nak tengok orang tu berjaya. tu laaa yang cikgu cikgu, lecturer lecturer rasakan rupanya. hee

- esok tu interview -
masa nak tunggu turn untuk di temuduga tu, Hani tengok orang-orang sebelah sibuk baca pasal nursing. tapi Hani? boleh bukak buku dan buat maths time tu. orang kiri kanan semua pandang macam tak puas hati. pehal? -,-" tapi buat tak faham jer, terus buat maths dan bila rasa otak dah tepu, tutup buku dan tidur. syok gila hidup macam tu. orang lain nervous lah, kecut lah, Hani pula? tak ada perasaan -,-"

-balik KMJ-
sampai jer matrik, letak barang kat bilik dan berdesupppp pergi dewan kuliah sebab ada taklimat peperiksaan. dah la lambat 30 minit :P tapi tak ada hal pun benda tu, cuma taklimat jer. hihi.

hari Jumaat malam Sabtu pada minggu yang sama, ada majlis solat Hajat Perdana. biasalah nak exam kan? ingatkan masa PMR dengan SPM jer kena buat solat hajat perdana. tapi matrikulasi pun ada buat, tu yang best tu. hehe. lepas solat Hajat tu adalah juadah sikit yang kami makan. alhamdulillah, kenyang! hihi.. lepas siap semua, tetiba ayahanda datang melawat anak dia sorang demi sorang. apa lagi, bergambar lahhh :)


Jumaat depan tu dah start berperang selama seminggu. berperang bermati-matian lah. dia punya gerun nak masuk dewan exam tu, ALLAH jer yang tahu. ehh, nak bagi tahu ni. Hani exam dekat Bilik Bacaan Blok A. Blok A ni blok pelajar lelaki tau, hari-hari dapat cuci mata. haha! memang tak lah nak buat benda tu -,-"

lepas habis paper Biology, Izmil terus mesej nak mengadu. paper Biology susah katanya. nak nangis lah, sedih lah, menyesal lah ambil Biology. dah kenapa? -,-" 


esok pulak, lepas paper Chemistry. Hani pulak mesej dia nak mengadu. paper susah, soalan tak pelik tapi tak ada idea. haishhh! lastly, decided nak jumpa depan mini mart sebab nak luahkan perasaan dan katanya rindu dengan kawan dia yang agak hot ni? haha. Hot kau lah Izmil :P Hani pun mesej member lagi sorang, Syera :) kami memang 3 sekawan dan paling pelik sekali, Izmil sorang jer LELAKI. haha.


jumpa jer petang tu, semua meluahkan perasaan masing-masing. dari cakap pasal paper yang lepas lepas. sampailah masing-masing kata rindu. cehhhhh :P memang rindu punn, sebab 3 sekawan ni exam dekat tempat yang berbeza :'( lepas tu apa lagi? ambil gambar laaa, kenangan! hehee




dan pagi tadi last paper, Science Computer :)
habisss jer paper ni, tersenyum lebar bibir Hani. heee, mana tak suka. dah freedom kottt!



 separuh beban dah hilang tauuu. kenapa separuh? sebab separuh lagi akan hilang bila habis sem 2 nanti. In Shaa ALLAH. hihi.. tengah hari tu terus balik rumah dan lepas Maghrib tadi on the way pergi Johor balik. tapi bukan dekat Tangkak yer? dekat Kota Tinggi. rupanya mak dengan angah dah plan macam-macam bila Hani sem break ni. pandai yerrr plan tanpa Hani tahu. suka macam tu :P

she is my mum :) 
my past and my future. masa ni dekat MYDIN Jasin, Melaka. stop kejap sebab mak kata dia lapar. hihi, comel la mak titew! ;)

haaa, lama kan tak post muka sendiri dalam ni? haha. ni masa Raya Haji hari tu. Hani tak balik sebab study dekat matrik. kalau balik rumah, memang tak study lah jawabnya. ngee~

lagi satu, untuk adik-adik yang nak SPM (6 Nov 2013) atau kawan-kawan yang belum sem break dan tengah struggle untuk final tu, boleh lah amalkan potongan doa ni yerr. dari sebelum keluar rumah nak pergi exam sampailah masa nak hantar kertas jawapan tu. semuaaa ada doa dia. kita ni berusaha jer, ALLAH yang tentukan. so, usahalah tau :) 

lepas dah usaha? 
Bismillahi Tawakkatu A'lallah :)

so, for my silent readers! thanks for reading and for those who have an INSTA account. you can follow my ig : hani_suhaila

thats all, penat dah menulis. kalau ada cerita cerita hot lagi terbaikkk, I'll share at here :) ehh jap jap, Hani cuti sampai 21 Nov tau. so, kalau ada apa-apa boleh directly call for those who have my contact number atau email dekat Hani. 

bye, assalamualaikum ^^,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila