Mid Sem Examination

July 31, 2013

Assalamualaikum :)
haiiiii silent readerrrrrr :D hehehe. okay, hani ni tak boleh kalau tak update blog. dah la nak update masa awal Ramadan tak menyempat. sekarang ni dah dekat nak rayaaaa, so sempatkan jugak diri ni untuk update blog demi anda semua. cehhhh :P

hari Jumaat ni hani akan balik ke Melaka sebab cuti sempena hari raya aidilfitri. tapi sekarang ni, pelajar matrikulasi dalam mood peperiksaan tauuuuuu. termasuklah hani ni sekali. sebab naik jer cuti, terus ada Ujian Pertengahan Semester (UPS) or in english, Mid Sem Exam. haiyaaaaa.. dengar jer mid sem, tapi 10% dari pointer tu akan dibawa ke final exam. see? kena struggle lebih kotttttt..

nak beraya sakan tak boleh laaa, sebab kena study. nama pulak matrikulasi? memang kena struggle gila-gila. kat kolej ni pulak, walaupun dah dekat nk mid sem. kuliah tetap diteruskan, tutorial, assignment dengan lab masih on lagi. jadi, masa untuk study tu sangat terhad! tapi hani jahat jugak, sebab hani tak siapkan homework sebab study. hihihi. jahat kannnn :P
sekarang ni fokus memang untuk UPS jer. tak fikir lain dah, benda-benda lain tu semua buang dulu.. study lebih penting..

sekarang ni nak cerita pasal raya pulak, balik ni plan nak pergi barang-barang raya tau. macam tudung, kerongsang, inner neck, selendang etc. yang akan digunakan masa raya nanti. hehe.. walaupun busy study, tapi dah plan sikit-sikit yerrr. cuma tak tahu nak pergi dengan siapa. maybe dengan mak kottttt.. hihi
anyway, baju raya tak payah fikir dah sebab along dengan angah dah settle-kan semua tu untuk adik dia ni. hehe.  tadi pun along ada whatsapp suruh pilih pashmina.. and lastly pilih yang kat gambar bawah ni. hihi

 

okay kot?? hari tu pun angah ada tanya pasal tudung bawal, kat matrik ni nak pakai selendang macam leceh sikit. so, tudung bawal amat diperlukan dan agree jer la bila angah nak belikan. kasut pun angah dah belikan..

tinggal nak cari handbag jer, nak cari handbag besar sikit. bolehlah bawa pergi kelas sekali nanti. dan kalau nak jalan-jalan boleh isi telekung dalam tu. tak ada la kena bawa banyak-banyak bag. kannnn, hehehe.
apa-apa pun semua ni perancangan sahaja. tak tahu jadi lagi atau tak, sekadar merancang. hihi. cukup setakat ni dulu.. hani nak siap-siap pergi bazar sebab dah janji dengan classmate nak iftar sama-sama dekat gelanggang skuasy. hihi..

okay guys, keep supporting keep loving. love you peoples.

bye, assalamualaikum :)

latest by me :)

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...