CLICK SAYA !

Friday, May 30, 2014

Do You Perform Your Solah & Cover Your Aurah Properly?

Assalamualaikum :)

Do You Perform Your Solah & Cover Your Aurah Properly? title je english, tapi nak cerita dalam bahasa Melayu eh. at first, tak perlu cerita soal solat khusyuk ke tidak dalam solat atau tutup aurat ni. kita rawak je. ada sesiapa yang membaca ni, solat tak penuh sebanyak lima waktu sehari semalam? atau tutup aurat tapi tak sempurna? atau memang tak tutup langsung? jawab sendiri. ada yang jawab ya, dan ada yang jawab "uihh, solat aku penuh," "uihh, aku tak tutup aurat laaa!," sambil pandang member sebelah. heee


pengalaman sendiri
okay, saya bercerita di sini bukan nak buka aib sendiri. tapi nak kongsikan sedikit pengalaman sendiri. dulu, masa dulu duluuuuu adalah zaman jahiliah bagi saya. ikut Islam, umur 7 tahun dah di minta untuk solat dan jika anak-anak enggan, ibu dan ayah boleh rotan. bukan rotan yang besar kayu balak tu eh. rotan sebesar lidi dan pukul di tempat yang orang tak nampak (di tapak kaki), hanya sebagai pengajaran. 

nak dijadikan cerita, ayah saya meninggal ketika saya berusia 5 tahun dan mak saya sibuk bekerja. abang dan kakak-kakak semua dah besar dan mereka memang sangatttt jarang ada di rumah. jadi, kalau saya tak solat siapa yang tahu? masa terus berlalu dan berlalu sampai saya berusia 12 tahun, tapi masih tak tunaikan solat. kakak-kakak dan mak ada tegur tapi masa tu yang saya fikir, buat apa solat? tak penting. seriously, memang masa ni hanya fikir enjoy enjoy dan enjoy. dan waktu ni saya masih tak bertudung lagi, bila kakak dan abang tegur, saya jawab "nantilahhhh..," tak suka ditegur soal itu.


masa umur 15 tahun, saya ada ikut program motivasi. nama penceramah tu Sifu Taj. program motivasi ni 3 hari 2 malam dan program ni memang untuk calon-calon pelajar cemerlang PMR & SPM sahaja. jadi pendekatan antara motivator dengan students memang rapat. masa dah nak balik tu, ada sedikit teguran yang Sifu Taj buat dan nak dijadikan cerita waktu tu saya pakai t-shirt short sleeve dan bertudung selimpang je. sebab asalnya tak bertudungkan? Sifu Taj kata..

"maaf kalau apa yang saya nak cakap ni akan ada orang yang terasa. tapi antara tutup aurat dengan tutup urat tu banyak beza dia. kalau orang yang pakai baju lengan pendek dan pakai sarung lengan, dia tutup urat ke tutup aurat?,"

"tutup urat..," hambar jawapan kami

"jadi saya nak tegur, sebagai perempuan. kita perlu tutup aurat bukan urat. jadi yang tak tutup langsung tu macam mana?,"

ohh, saya terdiam masa ni. saya tahu Sifu Taj maksudkan saya. tapi kawan-kawan lain semua tunduk je. sedar kesilapan masing-masing.

"sebagai pelajar cemerlang, kita bukan perlu cemerlang akademik je. sahsiah, agama, akhlak tu semua kena jaga. saya tegur, harap lepas ni ada perubahan ye..," diam. sunyi. sepi


teguran yang lembuttttt sangat, sebab kan teguran itu. balik tu, saya nak pergi rumah kawan dan buat pertama kalinya pakai tudung. mak tanya "eh? sejak bila ni?," tapi saya senyum je dan pergi rumah kawan.

masa ni makin hari makin cuba tutup aurat dengan baik. Alhamdulillah, perubahan lambat tapi istiqamah. tu yang kawan saya pernah pesan dulu. lepas tu masalah solat pulak. masa form 4, saya cuma solat main-main je. solat tak penuh, kalau rasa nak solat, saya solat lah. kalau rasa tak nak. tak lah. mak tegur lagi "kenapa solat main-main, tak kesian ke dekat orang dalam kubur tu (ayah saya),". sampai satu tahap mak saya cakap "mak tak tahu nak tegur macam mana. mak dah bagi didikan agama semua lengkap. kau yang tak solat, jangan salahkan mak nanti dekat sana,"

tapi hati batu, hati keras. mana nak dengar cakap orang. bila teringat semula, sedih, kenapalah buat macam tu dulu. masuk form 5, masa ni Allah nak uji hebat keberanian saya yang jauh dari Allah ni. tapi akhirnya saya jatuh, lutut dan dahi mula mencecah ke lantai. baru kenal erti tikar sejadah, baru kenal kenikmatan bila sujud depan Dia. dan ditakdirkan juga saya dapat ke PLKN. memang tak nak pergi masa ni sebab rasa tak seronok. terkongkong.


tapi seronok dekat sana, masa dekat sana, saya makin dekat dengan Dia. solat Jemaah, setiap hari lepas maghrib ada tazkirah. dan saya orang yang wajib bertanyakan soalan setiap hari tak pernah terkecuali. hehe. dan balik dari PLKN, memang nampak perubahan yang sangat besar. lepas tu dapat ke matrik, waktu ni saya dah mula pakai baju labuh. oh ye! masa mula-mula pakai baju labuh ni, saya pakai sarung lengan jugak. tapi bila jalan-jalan tu, rasa tak selesa pada bahagian kaki. rupanya tak pakai stokin. jadi, saya cuba pakai stokin pulak esoknya. masa ni belum masuk PLKN lagi dan rasa selesa macam tu.

perubahan demi perubahan dibuat. Alhamdulillah. semuanya berjalan lancar. agak lambat perubahan saya tapi lakukan sedikit dan istiqamah itu lebih baik daripada berubah secara drastik tapi tak istiqamah. kawan saya pernah cakap "berubah itu mudah, tapi istiqamah itu payah," sampai hari ni ayat tu terngiang-ngiang dalam kepala otak. hehe.

bila aurat dah dijaga dengan baik, solat dipelihara dengan sempurna. perlu ada kesedaran dan kekhusyukan dalam semua ini. bila solat khusyuk, In Shaa ALLAH apa yang kita buat akan sempurna. ada ayat yang saya baca "kalau nak tahu macam mana kita diluar solat, lihatlah kesungguhan kita ketika solat," 
maksudnya, kalau kita nak tahu kita khusyuk ke tak buat sesuatu kerja, tengoklah masa kita solat. kalau berdepan dengan ALLAH pun tak khusyuk, macam mana nak lakukan sesuatu yang bukan di depan ALLAH dengan baik? faham? :)

sebenarnya mudah nak ikut arahan Dia. tak susah pun. cuma terpulang pada kita nak dengan tak je. kuat dengan tak je nak lawan bisikan syaitan tu. tapi masa saya mula-mula berubah tu, memang fikir betul-betul nak berubah. tapi waktu ni, bila saya dah sampai di tahap ini, walaupun belum ke tahap Muslimah yang ALLAH mahukan, saya cuma harap apa yang saya buat ini akan membantu ayah saya di sana. dia tak sempat nak didik saya sebaiknya sebab ALLAH ambil dia sebelum saya sempat besar. jadi, beliau adalah sumber inspirasi saya. dosa pahala saya semua mengalir pada dia. jadi apa yang saya harap, selagi mampu saya cuba jadi sebaik mungkin supaya mak dan ayah saya dapat genjarannya.


kesimpulannya, berubah kerana ALLAH dan carilah sesuatu untuk dijadikan sumber inspirasi jika itu membantu. contohnya saya gunakan arwah ayah saya. pembaca mungkin boleh guna sumber inspirasi yang sama atau ada sumber inspirasi yang lebih baik? :)

dan lagi satu, terima kasih dekat kawan-kawan yang selama ni bersama-sama sewaktu saya mengalami perubahan. macam extreme je bunyi dia? haha. terima kasih dekat mak, along, angah, abang, abang Muhammad (beliau tegur soal solat dan puasa sunat), Qawiem (beliau banyak bimbing), Qila (pemberi sokongan), Syahira (beliau tegur saya tentang stokin), Izmil & Muzamil (selalu tegur mana-mana silap dan tarik saya semula ke jalan yang betul), Shira (pendengar rintihan setia saya) hee. Rabiatul & Ajlaa & Maysa (pemberi semangat!), Hafiz (beliau pupuk sifat kesabaran pada saya) dan semuaaaa yang ALLAH hadirkan untuk saya jadikan contoh secara sengaja atau tidak :)


itulah yang saya nak kongsikan serba sedikit, berdasarkan pengalaman sendiri. kita semua pendosa. setiap manusia yang baik itu, ada masa silamnya. dan setiap manusia yang berdosa itu, ada masa depannya :) semoga ALLAH sentiasa membawa kita semua ke jalan yang betul. bersungguh-sungguhlah dalam cari redha Dia. biar orang tak suka asalkan ALLAH suka. redha ALLAH berganda penting berbanding redha manusia. sama-sama perbaiki diri jadi lebih baik! In Shaa ALLAH.

Mari Menjadi Hamba
bye, Assalamualaikum :)

Monday, May 26, 2014

Aku Cemburu Pada...

Assalamualaikum :)

at first, entry ni bukan nak cerita cemburu pada sesuatu yang tak sepatutnya, contoh? cemburu atau iri hati dengan kebahagiaan orang lain, cemburu dengan kelebihan yang orang lain ada, cemburu pada pasangan (eh?) :D 



sebenarnya entry ni nak cerita pasal, Aku Cemburu Pada Lelaki Muslim yang Tidak Sedar Kelebihan Mereka. kenapa? dunia masa kini, kita nampak dan kita semua sedar kebanyakkan golongan lelaki atau kaum Adam ni semakin hilang dan semakin berkurangan di pusat-pusat pengajian tinggi, di masjid, di majlis-majlis Ilmu sedangkan jika mengikut statistik di Malaysia, golongan Lelaki ini lebih ramai berbanding golongan perempuan. tapi ke mana mereka semua? 

jawapan terjawab..
siapa yang memenuhi penjara-penjara terbesar di Malaysia? - Lelaki
siapa yang mengambil dadah dan berada di bawah jambatan? - Lelaki
siapa yang memenuhi pusat-pusat serenti di Malaysia? - Lelaki
siapa yang menjadi pencuri/pengganas/perogol bersiri masa kini? - Lelaki

jadi? dapat di simpulkan bahawa golongan Lelaki sememangnya ramai, tapi mereka salah menginfakkan diri dan jauh terpesong dari jalan yang sebenar (jalan ALLAH). tapi bila di lihat ceramah-ceramah di tv.

siapa yang menjadi pendakwah terhebat? - Lelaki
siapa yang sering menyedarkan anak muda agar kembali pada jalan ALLAH? - Lelaki
siapa yang sering mengadakan majlis-majlis Ilmu? - Lelaki

tapi penglibatan Lelaki dalam dunia dakwah sangat sedikit. sedih. saya sebagai perempuan, kadang-kadang rasa cemburu dengan Lelaki. sebab? mereka sebenarnya punya kelebihan yang ALLAH ciptakan. kenapa ALLAH ciptakan lelaki? antara sebab-sebab yang dapat saya huraikan sedikit di sini mengikut pandangan saya, ALLAH ciptakan lelaki untuk menjadi pendakwah di muka bumi milik DIA. ya, perempuan juga tugasnya untuk berdakwah. tapi apa beza antara dua jantina ini?

Lelaki, mereka lebih selamat dalam kerja dakwah dan diri mereka adalah tanggungjawab mereka sendiri? maksudnya, mereka tidak perlu di pantau secara ketat oleh ibu bapa jika niat mereka benar. sebagai contoh, jika mereka dalam keadaan musafir, mereka boleh tumpang tidur di masjid-masjid dan mudah bagi mereka untuk mengurus diri di situ. 

Almarhumah Siti Hajar

tapi jika perempuan? mereka perlu meminta izin dari ahli keluarga (ibu dan ayah) jika belum berkahwin. jika sudah berkahwin, perlu meminta izin dari suami. jika diizinkan, mereka perlu dipantau oleh Muhrim agar tidak ada perkara buruk terjadi pada diri mereka. nampak kan berbezaan mereka?

saya cemburu kerana, kebanyakan lelaki tidak tahu menggunakan peluang yang ada. mereka boleh infakkan diri ke jalan ALLAH sepenuhnya. tapi kebanyakkan mereka merosakkan diri dan mengejar keindahan dunia semata-mata. Lelaki, bangunlah! diri kita sepenuhnya milik ALLAH. hidup mati kita kerana ALLAH, dan kerana ALLAH izinkan juga kita ada di dunia ni.

saya cemburu kerana saya tak mampu untuk mendapat pelepasan seperti lelaki, yang bebas ke sana sini untuk menjalankan aktiviti dakwah. sedangkan nak pergi beli barang-barang keperluan pun perlu mendapat izin dari seorang ibu, apatah lagi nak keluar dari rumah dan ke sana sini untuk dakwah? pernah terlintas di hati dan meminta keizinan seorang ibu, tapi hati seorang ibu sangat risau bila anak perempuannya keluar rumah walaupun untuk melakukan kerja amal. 

tahu kenapa? kerana perempuan itu lemah. niat kita memang baik, tapi niat orang di luar sana? siapa yang tahu? saya selalu mencari peluang untuk ikuti majlis-majlis ilmu di mana-mana. tapi bila seorang ibu mengatakan TIDAK. apa boleh di buat? memang, sedikit rasa sedih dan kecewa bila tak di izinkan. tapi antara majlis ilmu dengan redha seorang ibu, mana yang perlu di utamakan? anda sendiri punya jawapan :')

tapi bila lihat jiran-jiran sebelah yang ada anak lelaki. sahabat-sahabat lelaki yang update di Facebook, Twitter, Instagram mereka. mereka ke sana ke sini ikuti majlis-majlis ilmu dan kerja amal. cemburu. mudah mereka mendapat pelepasan dari keluarga. LELAKI, anda tak cemburu ke? melihat lelaki-lelaki hebat di luar sana menjalankan kerja dakwah? tapi anda hanya di rumah, berpeleseran di sana sini tanpa hala tujuan. menghabiskan masa dengan melakukan kerja yang sama (bangun tidur, makan, berhibur dan kembali tidur). setiap hari rotate perkara yang sama?

tak nampakkah kita dengan saham akhirat yang sahabat-sahabat kita lakukan di dunia ni? sedar tak kita? bila kita nak capai title 'Al Fateh' di mata ALLAH. tak cemburu kah kita dengan pemergian As-Syahid Ahmad Ammar yang penuh dengan bunga-bunga harum yang menunggu beliau di Syurga? tak cemburu kah? :'( 

jujurnya, bila terbayang As-Syahid Ahmad Ammar bangkit dan berpegangan tangan bersama-sama Abu Ayub Al-Ansari untuk ke padang Mahsyar nanti. air mata mengalir sedikit, beruntungnya beliau. bertuahnya beliau. pembaca dapat rasa tak apa yang saya rasakan? MasyaALLAH, cemburu, sayu, terharu semua ada. 

As-Syahid Ahmad Ammar

mungkin ada yang kata, 
"kalau aku berubah, tak ada orang nak kawan dengan aku,"
"kalau aku berdakwah, tak ada siapa nak dengar,"
"kalau aku buat baik, orang kata aku pura-pura. lepas tu kalau orang tolak ajakan aku (yang baik), nanti aku kecewa,"

tak dinafikan, saya pun mengahadapi perkara yang sama. tapi Hilal Asyraf ada sentuh soal ni. katanya
"kenapa perlu fikir hasilnya jika kita tak mulakan? tak mulakan, macam mana nak nampak hasil?,"

terdiam. benar kata beliau, yang penting niat. ALLAHUAKBAR. 
ALLAH pun ada janji, jika kita cuba berubah, ALLAH akan hadirkan orang-orang yang baik untuk kita semakin bersemangat untuk berubah :')

kita kejar redha ALLAH
pegang kata-kata beliau.


jadi kaum lelaki, kaum Adam juga kaum wanita, kaum Hawa. saya tak tahu nak menegur bagaimana, nak beritahu bagaimana. hanya dengan tulisan ini saya mampu coretkan sebagai pengajaran. hanya dengan tulisan ini saya cuba untuk berdakwah. ini adalah sekecil-kecil dakwah yang saya mampu. semoga ALLAH buka pintu hati kalian untuk bangkit. jika anda sayang dengan generasi muda sekarang, terutamanya lelaki. sebarkanlah kehebatan seorang LELAKI Muslim yang tidak terdapat pada wanita Muslim. agar kita sama-sama mengejar cinta ALLAH tak kira bangsa atau jantina asalkan kita sama agama! Islam!

ingatlah, sahabat-sahabat kita yang hebat berdakwah itu juga mungkin ada dipersoalkan apa tugas mereka di dunia. apatah lagi kita yang tidak melakukan apa-apa? Wallahualam :')

Mari Menjadi Hamba


Thursday, May 15, 2014

YouthACE 2014

Assalamualaikum, haiiii!

entry kali ni Hani nak share tentang program yang Hani turut serta, YouthACE 2014 di Hotel Flamingo, Ampang, Kuala Lumpur. sebenarnya Hani dah lama update soal program ni sebelum pendaftaran di buka lagi, dan dalam hati teringinnnn sangat nak turut serta! untuk tahun 2013, program ni di namakan sebagai TeenACE. tapi tahun ni di upgrade menjadi YouthACE. kiranya program ni bukan untuk remaja-remaja bersekolah je, tapi untuk semua golongan belia remaja. maknanya, lepasan sekolah memang digalakkan! dan di sana pun memang majoriti golongan Mahasiswa/i. hehe


ni nak cerita, masa nak mendaftar tuuuuu, risau sangat takut mak tak bagi join benda ni. yelahhh, jauh kot dekat Ampang! sebelum daftar tu, Hani pergi bilik kawan (masa ni dekat KMJ lagi) aras 4. nama dia Ika, kami kenal dari tadika lagi. so, berbekalkan kekuatan dia tu, Hani pun call mak mintak izin. ingat mak tak bagi, tapi rupanya mak bagi! :'D lepas tu, Zulaikha pun kata tidur rumah dia dekat Shah Alam. nanti ayah dia hantar dan ambil :) nampakflow dia pada permulaan tu, Allah permudahkan. Alhamdulillah!

selesai daftar dan bank-in kan duit mereka atas nama Hani Suhaila. balik tu terus emailkan dan petang tu dapat feed-back mengatakan yang email Hani selamat sampai dan selamat di daftarkan. Alhamdulillah! lepas PSPSM II, makinnnnn tak sabar nak ke sana. tamat je PSPM II, balik rumah dan rehat-rehat. tiga hari sebelum nak ke program tu. ada sedikit kesulitan yang Allah turunkan. Ika kena ikut kakak dia ke Shah Alam jadi dia nak Hani ikut dia. so, abang dia lah yang akan hantar nanti. jadi, Hani pun macam, okay lah.. tak apa. lepas dah inform Zu tu. sehari sebelum ke sana, Hani tanya Ika nak ambil dekat mana. dan dia tiba-tiba kata tak ada orang nak hantar nanti! Hani dah gelabah masa ni, tapi cuba kawal.


bila tanya Zu, boleh tak ayah dia ambil kami dekat mana-mana? dia pulak cakap, dia dah ada dekat KL dan ayah dia nak balik kampung dekat Perlis. lagiiiii haru! Allah je tahu macam mana rasa cuak dia masa ni. Whatsapp dan Whatsapp, akhirnya Ika mintak abang dia hantar kan kami. Alhamdulillah. esok petang nak ke Shah Alam tu, tiba-tiba Ika tukar plan. mintak mak Hani hantar dekat Simpang Ampat. mak tak tahu. memang gelabah lagi masa ni. waktu ni rasa bengang sangat! katanya dekat Tol Ayer Keroh, tapi tiba-tiba ke Simpang Ampat. ALLAH, tak tahu nak jelaskan macam mana. sampai rasa diri ni dah macam berputus asa je! tiba-tiba dia kata, dia ambil dekat Tol Ayer Keroh. tenang kembali :') 

dan sampai je Shah Alam, dia kata tak ada orang nak hantar. Allahu, dugaan lagi. nasib baik abang ipar Ika volunteer nak hantar. ALhamdulillah :'D memang rasa kelam kabut. Hani dah siap snap-kan tiket masuk dekat Zu, kot kot Hani tak sempat sampai ke sana kan. hehe. tapi berkat kesabaran dan kesungguhan, akhirnya sampai juga ke sana dengan selamat :) rasa lapang sebab dapat tempuhi semua tu dengan baik. lepas daftar je, terus masuk dewan dan duduk baris ke empat. dia punya semangat, ALLAH je tahu. hehe


ucapan oleh Hilal Asyraf
masa ni Aiman Azlan tengah intro sikit pasal Hilal Asraf sebab dia MC. hehe. masa tengah intro tu, Hani terpandang kanan dannnn ternampak Hilal Asyraf tengah berdiri dan lebih kurang macam salam-salam dengan peserta lelaki. pertama kali nampak beliau, ALLAH, sayu hati, terharu. tu je yang boleh di rasakan. bila Hilal Asyraf naik pentas dan berucap. dia punya aura tu, MasyALLAH hebat. hehe. ohh ye! dia bawa isteri dengan anak dia. comel je dua-dua. selalu tengok dekat FB je. heee

"zaman ni, kita marah bila orang Kristian sebarkan agama Kristian. dah mereka Kristian, mereka sebarkanlah agama mereka. tapi kita yang Islam ni? apa yang kita buat? sekadar mengkritik dan berlaku hebat hanya di hadapan papan kekunci!..," sayu dan terperanjat dengan kata-kata Hilal Asyraf

"jangan ketagih dengan program motivasi tanpa sebarang usaha untuk mengubah diri dan orang lain," - Hilal Asyraf

"kemenangan takkan datang pada kita kalau asyik salahkan orang lain," - Hilal Asyraf



tandatangan Hilal Asyraf  dengan sedikit pesanan ringkas :'D


Semangat Al Fateh
Ustaz Syaari Abdul Rahman
slot ni palinggggg best dan best dan hebat. Ustaz Syaari explain satu-satu tentang Al-Fateh. Ustaz Syaari ada explain tentang tokoh-tokoh yang cuba takluk Konstantinopel sebelum Al-Fateh dengan penerangan yang ringkas tapi padat, beserta video-video yang membantu slot pagi tu. MasyALLAH, hebat sangat! sampai air mata ni menitis satu satu tanpa sedar. ingat kan Hani je yang menangis waktu tu, tapi bila tengok feedback dengan Twitter, ramai juga yang menangis. lelaki, perempuan, semua jiwa-jiwa muda ini tersentuh dengan kehebatan para tokoh kita yang cuba mengotakan janji Rasulullah :')

Al Fateh ni terkenal sebagai remaja atau golongan belia yang masih muda tapi berjiwa besar. fikirannya matang berbanding usia. ramaja yang seusia beliau tidak mampu untuk berfikiran hebat seperti Sultan Muhammad Al Fateh. umur 21 tahun sudah berjaya menakluk Kota Konstantinopel dan memiliki bala tentera yang baik serta rakyat yang baik.. hebat kan? usia semuda itu sudah menginfakkan diri pada Islam sepenuhnya, tapi kita? Wallahualam. Muhasabah diri :')

rehat - solat Zohor
waktu solat Zohor ni, Hani solat dekat surau Hotel Flamingo aras dua. mula-mula sampai surau tu, bajet-bajet tak ada orang. sekali bila kena serbu. tu diaaaa, berderet ke situ sampai penu. hehe. Hani pun solat Jamak & Qasar dekat situ. lepas siap je, terus pergi makan tengah hari. memang musafir sungguh lah hari tu, makan di celahan kereta sebab makanan di letakkan dekat parking lot. makanan pun biasa je tapi sekadar alas perut, jadi lah. datang sini untuk cari ilmu bukannya makan. kan? hehe.


Forum : Pemuda Intelek
Dr Maszlee Malik & Dr Azizan Ahmad
sebelum apa-apa, Hani nak cakap yang Dr Maszlee Malik ni pernah datang ke KMJ> ceramah pertamaaa yang KMJ buat masa tu soal Syiah. Hani tak ingat, tapi Zulaikha yang ingat kan. bila tengok muka Dr Maszlee Malik, baru ingat sebab masa dekat KMJ waktu tu. Hani duduk bebetul depan muka dia dan bersila sebab masa tu kerusi dah habis. hehe.

masa ni banyak pengisian dia dan kelakar sangat bual bicara mereka. ohh ye, yang incharge forum waktu ni, Ameen Misran. memang sempoi gila dan bestttt sangat. hehe. untunk yang ni, Hani share kata-kata yang hebat dari mereka je lah ye sebab bahasa mereka MasyaAlllah tinggi sangat. hehe

"sistem Jahiliah mengajar anak-anak singa menjadi kijang-kijang yang pengecut. mereka padamkan kisah-kisah singa pada bicara silam," - Dr Maszlee Malik

membebaskan masyarakat dari "bebalisme" dan "kepandiran" adalah tanggungjawab para intelektual," - Dr Maszlee Malik

"kita mempunyai ramai graduan tapi tidak boleh berhujah," - Dr Azizan Ahmad

"tidak ada suasana argument, discussion, memberikan idea dalam sistem pendidikan ari ini," - Dr Azizan Ahmad

hari ni manusia tiada pelan," - Dr Azizan Ahmad

"sistem pendidikan kita menghasilkan para bebal dan para pandir yang disekat di setiap sudut," - Dr Maszlee Malik

"pemuda intelektual ada manhaj dalam berfikir untuk merealisasikan cita-citanya yang tinggi," - Dr Maszlee Malik

"masyarakat membangun ada malu yang kolektif ; malu dengan sikap-sikap tidak baik, - Dr Maszlee Malik

"dunia dakwah bukan dunia glamour," - Dr Maszlee Malik



Bual Bicara : Aku Pernah Muda
Ustaz Dr Zaharuddin, Ustaz Azlan Shah, Sister Rusni Tajari
Moderator : Aiman Azlan
bual bicara ni lebih santai sebeb mereka yang hebat-hebat ni kongsikan pengalaman sendiri waktu mereka muda. tapi kalau nak dilihat kembali, Aiman Azlan, Ustaz Azlan Shah dengan Sister Rusni Tajari baru berusia 24 tahun. Ustaz Dr Zaharuddin pula baru berusia 39 tahun. haaa, kira masih muda kan? hihi. kata Sister Rusni Tajari, masa mula-mula dapat tajuk Aku Pernah Muda, dia terfikir. aku dah tua ke? haha. tapi dia positif dan cuba sampaikan apa yang patut.

soalan hebat-hebat, gempak-gempak semua di serahkan kepada Ustaz Dr Zaharuddin. ramai peserta lelaki mahupun perempuan, bertanyakan soalan kepada Dr Zaharuddin. Ustaz Azlan pun ada juga yang bertanya tk kurang juga Sister Rusni. jawapan mereka memang hebat gilaaaa. kesimpulannya, soalan semua soal pengalaman mereka sewaktu muda sehingga jadi sehebat sekarang.




okay, tu sesi pagi dan petang. sesi malam adalah persembahan dan penyampaian award kepada para pemenangan dengan pertandingan yang langitilahi.com lakukan. so malam tu release je lah ye :) hehe. habis tu semua, Hani pun balik lah. masa ni tak tahu dah bau apa. tapi rasa rimas sikit lah. yelahhh, dari pagi sampai malam tak mandi. tak ke rimas rasanya? haha. api fikir balik masa tu, ni namanya JIHAD FISABILILLAH. jihad untuk ketahui ilmu ALLAH. tetiba terfikir, orang yang berperang tu, tak mandi dan berbau tapi masih sabar untuk pertahankan maruah Islam. hebat bukan? Muhasabah diri balik :D

okay, lama dah sebenarnya benda ni tersimpan dalam draft dan baru hari ni dapat selesaikan. apa-apa pun terima kasih membaca dan bukan baca kosong je ye. baca dan cari input. Dr Azizan Ahmad ajar. belajar bukan sekadara belajar, tapi tahu apa yang kamu belajar dan sebarkan pada orang lain. heee. kalau ada sesiapa yang nak beli DVD YouthACE 2014, boleh rujuk di page Langit Ilahi di Facebook. banyakkkk sangat input yang korang semua akan dapat nanti. In Shaa ALLAH!

sebelum tu, nak mencelah sikitttt. ni buku terbaru Ahmad Ammar, banyakkkk sangat input boleh kita dapat dalam ni. bukan setakat kisah Ahmad Ammar je, tapi serba sedikit kerajaan Turki di Istanbul yang boleh kita dapat. hebat sangat, penulis dia pun hebat MasyaALLAH. selamat membaca ye :)

antara tajuk dalam buku Ahmad Ammar ni. abaikan sikat tu sebab tu penanda buku yang ajaib yang pernah Hani ada. haha. pakai ambil je apa ada masa tu nak buat penanda  buku :D

kalau nak kisah penuh Ahmad Ammar, buku Cerita Cinta Ahmad Ammar ni sesuaiiii sangat. harap membantu ye bagi sesiapa yang ingin tahu dan ambil iktibar tentang Ahmad Ammar ni.

apa-apa pun, terima kasih Hani ucapkan pada Ika dan family dia dekat Shah Alam yang sudi tumpangkan Hani dekat rumah mereka untuk dua malam dan di layan dengan baik :'D terima kasih juga dekat Zu dan keluarga beliau sebab sudi untuk tumpangkan Hani di rumah mereka walaupun niat baik mereka tak kesampaian. In Shaa ALLAH, lain kali ye. hehe. dan paling pasti sekali, terima kasih dekat mak sebab izinkan anak dia yang degil dan mengada ni ke sana. hehe :D terima kasih pada sesiapa yang terlibat dalam hal ni. heee. thank you :')

kalau ada apa-apa yang Hani nak kongsikan, In Shaa ALLAH, Hani akan kongsikan di siniiii. sampai jumpa lagi. In Shaa Allah. ;)

Mari Menjadi Hamba :)
bye, Assalamualaikum

Wednesday, May 7, 2014

End Of Matriculation Programme


Assalamualaikum! :D


akhirnyaaaaaa, hani dah graduate dari matrikulasi. fuhh fuhh! rasa lapang dia tuuu, ALLAH je yang tahu! haha :D

sebelum apa-apa, hani nak pesannnnn! entry kali ni confirm panjang gila. jadi, bacalah dengan penuh semangat waja! haha :D okay, mula-mula nak cerita masa awal-awal dulu masuk matrikulasi. to be honest, memang suka sebab dapat sambung belajar tapi macam biasa, hani takut nak ke KMJ. bukan apa, cuma takut tak dapat sesuaikan diri dekat sana walaupun hani yakin yang Hani boleh sesuaikan diri dengan cepat dan pantas macam dekat PLKN. cuma tu lah, mula-mula dia agak mengada sikit. baru 3 hari register, dah call mak nangis-nangis. suruh mak datang ambik dan bawak balik. haha. ingat lagi! mak pesan "kat sana kan belajar, bukan buat apa pun kan? belajar elok-elok..,"

sampai habis minggu orentasi, dah start kuliah semua benda. kawan pertama yang Hani kenal dan rapat selain roommates masa tu ialah Hafiz. kawan kelas tak ngam lagi masa ni. lepas dah beberapa hari, Hani dah mula rapat dengan Shira, lepas tu Izmil. lepas tu pergi buat homework depan library, dan ada Izmil masa tu. Izmil ajak buat sama-sama dan dia kenalkan dengan Muzamil! haha. awal-awal kenal lagi dia dah kepoh, siap pinjam lap top Hani sebab nak tengok cerita Barbie (dia yang ingatkan, Hani lupa yang ni) haha!

sampailah bulan Ramadan. pertama kali berpuasa jauh dari family, memula tu sedih lah. tapi lama-lama rasa seronok sebab bulan puasa ni Hani makin rapat dengan kawan-kawan sebilik. bila pergi bazar pulak, mesti jumpa dengan Hafiz, Izmil dan Muzamil. lepas tu dok sakat diorang. Muzamil paling teruk lah kena sampai dia macam trauma dengan Hani. haha. memula je lah, sekarang ni, dia je yang asyik dok buli Hani sampai hari ni! (iyeke??) haha

sampai lah result UPS 1 keluar, menghampakan. menangis tak ingat dunia masa ni. err. nak mengadu dekat roommates pun semua buat hal sendiri. masing-masing sedih sebab result jauh dari sasaran. dan masa ni lah Muzamil membebel panjangggggg dengan usrah-usrah percuma dia dekat Hani. haha. lepas tu Hafiz tambah lagi dengan ceramah-ceramah yang selanjutnya buat otak ni bagi center balik bagi sedar diri balik. haihhh.

sampai PSPSM II, kali ni semua ada semangat baru! dan hasilnya pun??? ALHAMDULILLAH! membanggakan! dan terus ke semester 2. laju masa berjalan. masa ni dah rasa sedih dan sayu, yelahhh. dah nak berpisah. dah dekat sangat waktu untuk berpisah tu. masuk sem 2 ni jugak, banyakkkk sangat dugaan yang Hani kena tempuh. masa ni lah baru Hani kenal siapa kawan yang sebenar. betul kata orang, "saat kita senang, kawan-kawan kenal kita. saat kita susah, kita kenal siapa kawan-kawan kita..," yes! Hani pegang tu. masa sem 2 ni Hani dah mula kenal mana yang betul-betul boleh buat sebagai sahabat. dan In Shaa ALLAH, Hani akan jaga ukhuwah ni sampai ke Syurga. itu matlamat utama!


sahabat dari tadika. tak sangka sama matrik! haha

okay proceed! hehe. bagi Hani ni satu masalah besar gila! dan masa tu ada Maysa, Lala, Rabi, Izmil, Shira dan Muzamil datang membantu. datang beri sokongan dan kekuatan. beri motivasi, dengar Hani menangis, lapkan air mata semua. haha. terharu sangat sebab mereka terlalu concern. kembali kuat demi mereka :') sampai habis UPS II, Alhamdulillah. result kali ni lebih baik berbanding UPS I hari tu. dan struggle untuk PSPM II.


Chemistry Resque 911 bersama-sama sahabat kuliah yang hot! haha.
Adham | Izmil | Shira | Hani

sebelum tuuuu, blok kediaman AL-Jazari (blok C) ada buat annual dinner. dan tema dia Purplish Princess! hambikkk! memang purple je semua malam tu. haha. tak sah lah kalau tak bergambar, ye tak? heee. sempat bergambar dengan roommates! oh ye, masa dekat sana Hani pernah di ganggu. bagi Hani benda ni dah dikira biasa sebab dakat KMJ memang selalu ada budak kena kacau. sebelum ni Hani dah pernah berubat sebelum masuk PLKN. dah dekat setahun, kena lagiiiii. Hani dapat rasa badan lain. rasa macam bukan Hani, cepat marah, cepat emosi dan pelik lah! hehe. roommates jadi pelik tapi Hani tahu ni bukan Hani. so apa lagi? inisiatif sendiri (tu pun kena paksa dengan Shira) haha. Shira teman bawak pergi jumpa Ustaz Awang, cerita semua dekat Ustaz Awang. lepas tu Ustaz Awang suruh jumpa Ustaz Sayuti. malam tu lepas Isyak, terus call Ustaz Sayuti dan Ustaz pun suruh turun bilik gerakan felo. 

ustaz Sayuti! :D

Hani fikir, takkan nak pergi sorang? roommates semua tak tahu pasal ni. bukan tak nak cakap tapi Hani tak nak diorang takut! diorang tu penakut! errr! lepas tu masuk bilik, mintak Rabi siap dan ajak dia turun kejap. dengan alasan "nak jumpa ustaz Sayuti jap!," siap bawak air semua terus turunnn. masa ni baru Rabi tahu benda sebenar. hehe. tu pun sebab ustaz Sayuti mintak cerita semua sebelum dia ubatkan. satu jam jugaklah berubat. memang flattt habis! nak naik tangga pun kena papah. 

esok nak pergi kelas rasa tak larat tapi paksa jugak. badan memang tak larat langsung. nasib esok tu hari Khamis. kelas habis pukul 12pm. habis je kelas, Hani balik terus tidur sampai lambat nak pergi mentor mentee. Hani lambat setengah jam! tak pernah lambat sampai macam tu. hehe. tu pun tak larat lagi. habis mentor mentee, balik bilik dan sambung tidur. dua hari jugak lah nak pulihkan badan. hehe

dan beberapa minggu lepas tu annual dinner blok C. 





lepas tu dah mula sibuk sebab dah nak habis kuliah, tutorial dan praktikal. dan experiment yang paling Hani suka ialahhhhh bedah tikus! hehe. benda paling best dan seronok gila bapak ah!


masa ni tudung worst gila! haha. nak betul kan tak boleh sebab tengah membedah. jadi macam tu lah tudung. teruk gila. aihhh (-_-")

fuhhh fuhh! mice!

minggu terakhir kuliah, tutorial dan praktikal

okay, masa ni semua mood dah tak betul. mood sedih, marah, geram, cepat emosi semua dah timbul. perkara biasa bila exam dah dekat. haha. tapi sempat lagi bergambar dengan cikgu-cikgu untuk kali terakhir. sedihhh :'D





dan mula lah minggu study week!! dan Annual Dinner KMJ besar-besarannn! :D tema dia Arabian Night. pehhh. nasib awal-awal dah cari baju dengan mak. beli dekat pekan Tangkak je weyh! haha. dan Hani simpan, tak ada siapa tahu Hani pakai baju apa, warna apa. yang tahu cuma roommates je. nak buat surprise kononnyaaa! haha :D


sampai di hari kejadian. taraaaa! erm, ramai terperanjat even classmates pun terperanjat. diorang kata Hani nampak lain. ehek! perasan sikit dah masa ni. actually Hani sama je, cuma Hani pakai lip tint, eyelashes dengan compact powder. mungkin baju tu merah sangat dan terlalu HOT kooo! hahaha. masa pilih baju ni, mak banyak kali tanya "serious ke kau ni?? takut mak tengok warna dia. merah sangat!," haha. tapi memang hati kata nak yang tu. tak boleh ubah dahhhh!



am I look like a princess? haha :D




haaa, yang ni Muzamil sibuk datang area kelas Hani lepas tu dok merayu bagai ajak bergambar. macam budak-budak!tengok lah dia punya manja nak bergambar dengan akuuuu! haha :D

roommates! heee

gadis-gadis MT 5 ~

- habis Annual Dinner -

so, masa untuk berperangggg! seminggu je lagi nak berperang. haha. hentam habis-habis. habis 3 paper, Hani prepare untuk last paper, Biology. tapi sempat lagi turun masjid sebab nak buat celebration sikit dekat Adham dengan Muzamil punya birthday. simple celebration je Hani buat sebagai hargai mereka dan Hani bagi masing-masing card + gambar dengan alamat rumah Hani. yang lelaki-lelaki ni tanya "buat apa alamat ni? nak suruh datang meminang ke??," haha. gila! kiranya tu macam last messages dari Hani untuk diorang. 


esok tu bagi dekat orang lain pulak dan lusa tu bagi dekat Hilmi. ohh ye, Hilmi ni budak MT7! Hani suka sakat dia dengan panggilan 'budak HOT' haha. baik dengan dia pun sebab dia sekelas dengan Hafiz dan suka kacau orang dekat FB. mula-mula je dekat FB, mintak ajar itu ini. lama-lama? bila jumpa dekat luar, dua-dua dah serupa beruk! hahaha. terjerit-jerit pastuh gelak. saiko -,-" share homework lagi, biasanya kami akan share lab report bio (iyeke share? hahaha)

ok, nampak tembam gila kan? haha. tahuuu.

dua ke tiga hari sebelum paper biology tu. Hani dengan roommates ada lah berjalan sekejappp. keliling KMJ. bergambar sana sini. wuuu. rasa heaven gila. lama rasanya tak kena matahari. haha :D




last day . last paper

dannnn habis paper biologyyyyy! yeay! lepas habis je paper biology, satu kelas Hani, MT 5 berkumpul dekat tasik sebab nak dapat majalah dan bergambar buat kali terakhir. sedihnyaaa :( 


Adham! He's too rushing sebab masa ni dia dah prepare nak balik. sedih :(

lepas tu rushing gila pergi depan library sebab nak bergambar dengan Sol. haha! kesian dia tunggu lama. hemmo hemmo :D


lepas tu terjumpa kelas MT7, kelas Hilmi dengan Hafiz. eh eh, bergambar jappp dengan Viktoon! haha. 
alahaiii, sucinya muka Toon! haha. gila (-_-")


dan malam tu, Hani turun masjid. lama rasanya tak turun masjid. padahal baru dua hari. haha. sebelum ni memang rajin sebab lepas Isyak, Hani akan direct buat homework kat situ. tapi masuk minggu study week, Hani turun kalau ada sesiapa request untuk Hani tolong ajar diorang je. kalau tak, Hani duduk bilik studyyyy! hehe. so malam tu lepas paper bIology. turun lah sekejap. Adham dah balik masa ni. Hilmi dengan Viktoon pun dah balik. tinggal yang ada paper Physics je lah.

malam tu jumpa Shira, Izmil dengan Izzaidin. dah macam double date pun ada ni! kah kah :D sedih lah masa ni, cuma lately ni hati Hani agak keras sikit. sedih sayu tu semua ada cuma buat tak faham. orang muda kata, wat lek wat cool je! (kau dah tua ke Hani??) haha



dan esok tu lepas paper Physics. kami pun balik negeri masing-masing. ada yang ke Johor, Melaka, Pahang, Selangor, KL, Penang, Kedah dan lain-lain. tamatlah pengajian kita di sini selama hampir setahun. banyakkk sangat memori terbina, suka duka bersama. perit jerih bersama. susah untuk lupakan. harap ukhuwah ini terjalin kukuh hingga ke akhir nafas dan In Shaa ALLAH ke Jannah. Sahabat, jangan jauh dari ALLAH ye, sebab saya nak jumpa awak awak awak semua di Syurga Dia. teruskan menuju kejayaan. perbetulkan diri dan niat. melangkah lah di muka bumi Nya dengan niat kerana ALLAH agar sentiasa dalam redha Dia. In Shaa ALLAH!

bye, Assalamualaikum :'D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila