CLICK SAYA !

Monday, January 5, 2015

Suami Isteri Dan Facebook


Assalamualaikum.


dengan lafaz bismillah dan selawat ke atas Rasul tercinta, jari ini terus menulis apa yang perlu dijelaskan dengan lebih terperinci. In Shaa Allah kita cuba rungkaikan satu-satu persoalan yang mengetuk pintu hati sesetengah pihak. pada akhir pembacaan kalian, jika ada yang tidak berpuas hati, saya mohon ampun dan maaf kerana saya hanya menyampaikan dan paling penting sebagai peringatan dan nasihat pada diri saya sendiri. In Shaa Allah.

alhamdulillah, beberapa kajian telah dilakukan, rujuk di sana, rujuk di sini dan jika ada kekurangan mungkin boleh ditambah supaya kita sama-sama berada di jalan yang benar bukan menyesatkan.

Suami Isteri kongsi gambar intim di Facebook.
persoalannya, boleh ke?

anda rasa, boleh ke?
ada yang berkata, boleh sebab hubungan mereka sudah halal. ada yang kata, apa salahnya? suami isteri kot! 
baik itu jawapan mereka. jawapan saya pula mengikut pandangan dan teori saya.
untuk apa semua itu? menunjuk yang kita ini bahagia bersama suami? hingga memuat naik-gambar-gambar yang intim, berpelukan, bercumbuan sebegitu? bagi kita, ianya halal sebab mereka suami isteri. tapi ingat, yang melihat, yang menonton dan memerhati itu berkemungkinan akan terangsang. siapa tahu? mungkin disebabkan gambar yang kita rasa halal itu, menjebakkan mereka yang belum berumah tangga atau yang sudah berumah tangga mendekati maksiat? atau lebih tepat lagi mendekati zina?

contoh, 
bagi mereka yang belum berumah tangga, mungkin mereka cuba untuk melakukan perihal yang sama bersama si dia? gambar berpelukan, berpegangan tangan bersama si dia yang belum halal diambil dengan seronoknya dan dimuat naik ke laman sosial. tak mustahil.

bagi mereka yang sudah berumah tangga, berkemungkinan akan membanding-bandingkan kelebihan, keintiman dan kecantikan paras rupa antara si peng'upload' dengan pasangannya yang sah.
sedangkan tak layak membanding-bandingkan orang yang bukan mahram dengan si dia yang sudah halal. dan seolah-olah mempertikaikan kejadian Allah dan Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan oleh Allah untuk setiap makhluk yang diciptakan.

semuanya mustahil, tak ada yang mustahil.
kerana apa?
kerana manusia zaman sekarang memandang dan menjadikan apa yang dipandang sebagai role model, sebagai contoh dalam kehidupan mereka.
jika baik yang dipandang, maka baiklah apa yang dikerjakan. begitulah sebaliknya.

ingat, niat tak menghalalkan cara.

Public Figure share life mereka. tak jadi masalah pun?

jawapannya, public figure itu siapa? manusiakan?
jadi, mustahil tak public figure itu melakukan kesilapan?
pasti.

soalan saya, kita hidup ni nak ikut contoh public figure tersebut atau nak ikut suruhan Allah?
kalau kita nampak dengan jelas, dia itu agak jauh dari kehendak Allah.
kenapa perlu ikut? kenapa perlu dijadikan role model.
dan kemudian menyalahkan mereka yang cuba ingat-memperingati sesama kita.

pembaca sunyi. baca ini.
Syaitan itu mengkaji setiap kelemahan manusia. dan setiap kelemahan itu akan di pergunakan oleh syaitan ini.
jika dia lemah kepada harta, maka syaitan akan mendekati mereka untuk mendapatkan harta dengan banyaknya tanpa mengira halal atau haram. yang penting mereka mahukan harta, mahukan kekayaan.

jika mereka lemah dengan pangkat. maka syaitan akan mendekati dan memibisikkan kepada mereka untuk merebutkan pangkat itu walau dalam apa cara sekali pun yang penting mereka peroleh pangkat itu!

dan jika mereka lemah dengan komputer dan gadjet-gadjet. maka syaitan akan mendampingi mereka dengan perkara tersebut. menjadikan mereka keyboard warrior, seperti yang kita lihat di laman sosial tika ini. keyboard warrior terus-terusan mengutuk, mencaci dan mengata tentang seseorang, tentang sesuatu isu. jadi syaitan telah berjaya di sini.

ingat, syaitan itu tidak ada kuasa dan hak untuk memaksa kita melakukan sesuatu kemungkaran, mereka cuma memujuk, mengilhamkan public figure tersebut sebagai idola untuk kita contohi. kalau buruk contohnya, buruk lah apa yang kita contohi. kita yang berhak ke atas diri kita, syaitan hanya mengetuk pintu hati kita, tapi diri dan iman yang akan membantu sama ada mahu membuka atau membiarkan ketukan syaitan itu ataupun menghalau syaitan yang mengetuk untuk mengajak melakukan kemungkaran.

pembaca sunyi sekalian, 
hal yang saya bangkitkan ini boleh juga dikaitan dengan isu couple.
kita tahu dan sedia maklum couple itu haram. kerana apa? kerana ianya mendekati zina!
ye, belum berzina tapi kita menghampiri zina.

Allah berfirman : "janganlah kamu dekati zina; sesunggunya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk 
(Al-Isra' 17:32)

persoalannya, walaupun dah disahkan couple itu haram tapi masih ramai yang bercouple di luar sana?
kerana bagi mereka itu sesuatu perkara yang biasa.
semua orang buat, dan perkara itu dah jadi common thing dekat dunia ni.
ada yang lagi sedih, ibu dan ayah menggalakkan anak-anak mereka mencari pasangan dengan cara yang salah.

apa yang nak disentuh di sini ialah, waktu ini, tika ini, kita berada di dunia akhir zaman. setiap apa yang dosa dianggap biasa. setiap apa yang benar, dianggap pelik.

benar-benar terjadi bukan?

bila kita kaitkan soal couple dan soal gambar intim suami isteri di facebook, instagram atau di mana-mana sahaja laman sosial.
kita lihat, jika kita ber'couple' itu sudah membuka jalan untuk kita dekati zina

"Syaitan akan jadikan itu satu modal penting untuk rosakkan alam rumah tangga kita nanti" - Ustazah Fatimah Syarha

jika kita sudah berkahwin,
dengan gambar-gambar seperti itu, tidak mustahil kita akan mendorong mereka mendekati zina. kita menjadi pendorong ke arah yang tidak baik! sedar tak sedar?

kita seronok, bahagia.
mereka di luar hancur, tak dapat kawal hati, tak berdaya kawal nafsu.
siapa puncanya? kita!
jadi?
kita akan dapat sahamnya.

sanggupkah kamu bertanggungjawab atas kehancuran umat?
sanggupkan kamu untuk menjawab dihadapan Allah tentang kehancuran umat disebabkan kamu??
Allahuakbar.

pilu.
takut.
bila memikirkannya.

kenapa tak tegur kami?

sedar tak kami sedang tegur dalam cara yang peling berhikmah. dan bila kami menegur, bila ditegur, dan di-ingatkan. jawapan mereka

"kau tak ada hak! ini dunia aku dan aku ada hak atas apa yang aku buat. kau tak perlu ikut campur!"

jawapan saya 
"yang menegur ini ada hak, sebab apa? sebab kau umat Muhammad! akidah kau sama dengan akidah kami! bertuhankan Allah SWT. jadi salah ke kalau kami menegur dan saling memperingati antara satu sama lain.

kedua, ini dunia kau? siapa kata? kalau Allah tak wujudkan dunia ni, kalau Allah tak izinkan kau hidup atas muka bumi ni, mungkin sedari dalam kandungan ibu lagi kau sudah dimatikan. jangan berbicara seperti kau tiada Tuhan. jiwa kita jiwa bertuhan. tolong didik malu yang kolektif. malu bila lakukan kemungkaran"

"kau tegur kasar, mana kami nak dengar"

"sahabat, kami langsung tidak berniat untuk berkasar, kadang-kala kami berkasar sedikit untuk membela maruah kami yang kau injak-injak. seperti kami ini sampah yang kau tak pernah hargai. sedangkan kami di sini hadir untuk membantu sahabat melakukan sesuatu yang lebih baik dan tinggalkan kemungkaran yang sedia maklum salah di mata Allah. kami sedar kami tidak sempurna, tapi sedarlah kau patut bersyukur sebab masih ada yang mahu perbetulkan salah kau. dan kau perlu sedar, setiap bait perkataan yang keluar daripada mulut kami adalah tanggungjawab kami sendiri untuk memperbaiki diri kami.."

Allahuakbar.

cukup setakat ini untuk entry ni.
hanya doa yang baik-baik saya mampu pohonkan.
semoga kita sentiasa dalam redha Allah SWT.

ingatlah sahabat, saya menegur bukan saya sempurna,
tapi saya sedih melihat manusia hari ini bertuhankan nafsu, menjadikan mereka yang tak sepatutnya sebagai role model.
Allahuakbar.

malu rasanya.
apa yang kita akan jawab di akhirat nanti? di hadapan Allah SWT?
Allah.
Ummati Ummati Ummati.

semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.
jangan mudah futur dalam perjuangan, berjuanglah pada sesuatu yang menghasilkan buah ranum di akhirat, bukan menghasilkan api neraka yang kepanasan di 'sana'

semoga semakin thabat, semakin qawiyy.
saya diberi ilham oleh Allah untuk berkongsi pendapat, jika saya salah, atau terdapat kekurangan. mohon maaf. mahu lebih pencerahan, boleh bertanya pada yang pakar kerana saya hanyalah hamba Allah yang masih dalam suluhan mencari redha Dia.
wallahu'alam.

Assalamualaikum

Pencinta jihad bakal syahid,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila