CLICK SAYA !

Saturday, February 8, 2014

Welcome Back To College, 2 Months To Go!!


Assalamualaikum :D

so people, esok Hani akan kembali ke Kolej Matrikulasi Johor. jadiiiiii, blog ni akan terbengkalai lagi buat seketika. tak lama, In Shaa ALLAH 2 bulan je. tapi kalau ada apa-apa, Hani akan share dekat sini. Hani cuba, sebulan sekali untuk update. hihi. untuk separuh lagi semester ni, Hani minta doa semua reader untuk doakan kejayaan Hani. In Shaa ALLAH 03/03/2014, keputusan UPS akan keluar. harap-harap keputusan ini membanggakan. dan kalau Hani puas hati, ada hadiah yang menanti untuk sahabat yang sentiasa duduk sama-sama study dengan Hani lebih kurang seminggu sebelum UPS tempoh hari. In Shaa ALLAH! dia memang banyakkkkk sangat membantu! heee :D

dan tadi baru lepas buat sedikit penghargaan dekat FB untuk sahabat-sahabat yang sentiasa ada dekat dengan Hani dalam susah senang selama 2 semester ni KMJ. daripada room-mates, class-mates termasuk lah sahabat-sahabat yang Hani kenal di sana. selalu ada susah senang Hani. hihi.

**********


so, as an award to those people who always beside me, without giving up to wipe all my tears, give support from behind, holding my hands and help me to woke up from everything that makes me down. sat together and heard all of my stories. did jokes to make me laughing like the craziest one, shared something funny to make me smile, even once. and everything that all guys already did. I'm appreciate it so much. 



what I could says, thank you so much for everything and hope our bonding of relationship will never be apart. love the people I almost tagged in! :'D good luck for this last semester, study smart as well! hope Allah bless everything we does. In Shaa Allah! 

MH - Menjadi Hamba
Allah's Servant Always :')



Lots of Love,

Hani Suhaila :'D


**********
sorry aaa for the broken English. hihi :P

so, inilah penghargaan yang Hani buat untuk mereka. dan sahabat yang paling baruuuu atau senang kata hubungan persahabatan yang masih fresh ialah Encik Sholehin niiiii! Hani cuba untuk jadi sahabat yang terbaik dalam kalangan yang terbaik terhebat tergempak untuk Sol dan sahabat-sahabat yang lain ye :') In Shaa ALLAH! 

Sholehin :)

okay masa tulis ni rasa terharu sesangat :'D tak sangka, kita dah nak habis matrik kan? rasa macam baru je register minggu lepas. masa baru register tu, rasa nak cepat-cepat habis dari matrik. tapi bila lagi 2 bulan nak habis, minta lambat-lambat lah selesai program Matrikulasi ni. tak sanggup rasanya nak habiskan matrik. banyakkkkk sangat kenangan! :'D



tapi apa nak buat, adat dunia kan? setiap permulaan ada pengakhirannya :') haihh, sedih pulak rasa. haha. apa-apa pun, Hani wish Good Luck dekat semua students Matrikulasi dalam menempuh hari-hari terakhir di matrikulasi masing-masing. kita kena lipat gandakan usaha untuk final ni, PSPM II. In Shaa ALLAH! buat masa ni, lupakan soal nak cari jodoh ke, nak flirt dengan mana-mana manusia ke, atau buat benda pelik-pelik. kuatkan Iman, study hard, ingat janji dengan mak ayah dannnnn paling penting ingat masa depan kita. yeay! eh tapi sesiapa yang ada couple tu, pandai-pandai bahagi masa, pandai-pandai jaga hubungan supaya hubungan tu elokkkk je ye? hee :D

so then, Hani share gambar sikit! bagi perangsang untuk diri sendiri terutamanya dan untuk sahabat-sahabat seperjuangan! :'D





sebagai penghargaan lagiiiii, hani hadiahkan gambar-gambar sahabat-sahabat Hani yang sentiasa ada selama Hani dekat KMJ untuk tatapan ramai. hehe :) tak terucap penghargaan tu, melalui ini harap mereka faham yang Hani sayang mereka sangat sangat dan sangat! tak mampu nak ungkapkan! :'D




room-mates! tak tahu lah masuk U nanti dapat lagi ke tak room-mates yang sporting dan gempak macam korang. harap-harap ada. In Shaa ALLAH :') jangan lupakan aku bila dah berjauhan nanti. ALLAH, sayunyaaa :')
C 2.24
Ajlaa | Maysa | Rabiatul | Hani

"bina ego sikit, jual mahal sikit. jangan terlalu memberi..," - Ajlaa
"mana kau rasa elok, teruskan Hani..," - Maysa
"aku doakan yang terbaik untuk kau..," - Rabiatul

- Hafiz Nordin -
sahabat sama-sama PLKN, Kem Pagoh. dah hampir setahun perkara itu tapi kita sebagai bekas Pelatih PLKN kena bangga! hihi. dialah sahabat yang support Hani masa mula-mula masuk matrik :') selalu ada, selalu bagi semangat dan harap hubungan persahabat ni tak putus macam tu je. harap PERSAHABATAN masih kekal walau apa pun yang jadi. In Shaa ALLAH!
"jangan jadi perempuan yang memerlukan lelaki, tapi jadilah perempuan yang diperlukan lelaki..," - Hafiz



Class-mates yang memahami. yang selalu jugak bagi support dan selalu ada dengan Hani. harap dekat U nanti adalah class-mates yang seperti ini. masing-masing share cerita share problems. lepas tu fikir sama-sama untuk selesaikan. bila tak ada jalan penyelesaian, biasanya Izmil akan kata "biaq la..la ni buat tak tau ja ok. tak pun doa..," hihi. dia orang Utara! hihi. oh ye, ada seorang lagi sahabat kami, Muzamil tapi gambar tak ada. later Hani upload gambar dia :')
MT5 - MD11
- Izmil | Syera | Muzamil -

"kau kena kuat!..," - Syera
"hang tak payah fikirlah, Hani..," - Izmil
"Allah tengah uji, sabar okay..," - Muzamil



Ahmad Sholehin (Sol)
so, inilah sahabat Hani yang masihhhh baru. dah sebulan ye persahabatan kita? hehe. Alhamdulillah. Hani kira tau! sebab Hani terlalu menjaga sebuah perhubungan terutamanya persahabatan :') okay Sol, kalau Sol baca blog ni. Hani cuma harap kita boleh jadi sahabat yang rapat sampai bila-bila. In Shaa ALLAH. harap selama sebulan Sol berkawan dengan Hani, Hani harap layanan Hani pada Sol baik-baik jer. kalau ada kecil hati atau apa-apa. maaf dipinta! hehe :') thanks sebab jadi member study yang best! nanti teman Hani ambil result tau! hihi :') dan Hani ingat kata-kata Sol 
"no words GIVE UP for LOVE..," - Sol
thanks for remind me :'P

eh? heeee, okay. ni gambar hari tu. tak tahu nak luah macam mana. sayu :')
motif? macam tak ada kaitan je :D

Bonda :')
dan paling tak boleh lupa tak boleh abai. Bonda tercinta :') yang selalu ada, bagi semangat bagi ketenangan. selalu dengar semuaaaa cerita Hani bila stress. selalu tenangkan Hani. bila stress belajar, atau ada masalah dekat kolej. terus call dan mak dengar semua cerita. mak diam tak berkutik! bila dah selesai bercerita barulah mak bagi cadangan dan nasihat. tulang belakang selamanya. In Shaa ALLAH :')
"jangan terlalu fikirkan perasaan orang, fikirkan hati dan diri sendiri dulu. dah settle, baru fikirkan orang..," - Bonda 

- Bonda
- Ajlaa
- Maysa
- Rabiatul
- Hafiz
- Syera
- Izmil
- Muzamil
- Sholehin

tak ada apa yang mampu diungkapkan hanya doa Hani yang mampu mengiringi kalian semua. In Shaa ALLAH. harap semua baca blog ni terutamanya post kali ni. ianya penuh dengan jiwa ketika menulis. heheee :'D harap selama ni Hani jadi anak dan sahabat yang paling baik, paling ceria, paling kelakar dan paling banyak jaga hati awak-awak semua. In Shaa ALLAH. andai ada salah silap, maaf ye :') kadang-kadang kita tak sedar kesalahan kita, kadang-kadang kita bergurau tapi hati yang di sana terasa. aduduhh, harap tak gitu. kalau ada, maaf sangat sangat dan sangat Hani pohon :') JANJI TAK ULANG LAGI. In Shaa ALLAH. harap semua masih sudi ada di samping Hani walau apa pun yang jadi ye? bila dah habis matrik nanti, kalau kata terbuang number Hani, sila-sila lah contact kembali melalui FB, INSTAGRAM, TWITTER atau BLOG ni :')

haihhh, sayu gila bapak. hahaha :'D okay lah, selamat maju jaya untuk semua. semoga ALLAH redha dengan usaha kita selama ni. semoga semua dapat masuk U dengan course yang menjadi pilihan hati. In Shaa ALLAH! doa Hani mengiringi kalian selagi ada hayat, In Shaa ALLAH!

okay, Hani terpaksa off dulu. esok nak balik kolej. jadi ni post sebelum balik kolej. nanti bila-bila free, Hani update lagi yeee :')

oh ye, ayat-ayat yang Hani tulis tu memang mereka ada cakap dekat Hani. tak tahulah mereka ingat atau tak :') tapi Hani ingat semua. Alhamdulillah!.

OK!

bye, Assalamualaikum :')
*tears down*

Thursday, February 6, 2014

ROMANTIKA Home Deco


Assalamualaikum dah hai hai hai! heee

okay, eh jap jap. ROMANTIKA Home Deco? apa benda tu? haaa, ni lah nak cerita ni. jom baca sampai habis. hehe :) 

okay, cerita dia bermula macam ni. hani bangun pagi-pagi lepas tu mak suruh breakfast. tengah-tengah breakfast, mak kata "lepas ni siaplah..," dan hani pandang muka mak dan "huh??," muka blur. haha. mak kata "siap jeee, kau jadi driver hari ni. mak nak jalan..," ohhh! mak dah sihat dari demam, terus nak berjalan. so, lepas breakfast tu pun hani pergilah siap-siap semua. naik kereta dan drive. keluar dari kawasan perumahan, tanya mak nak kemana? "mak ni nak pergi Romantika dengan Tesco. tapi tak tahu nak ke mana dulu..," dan hani decided nak pergi Romantika dulu! wehehehe. mak pun okay jeeee. so, dah parking lawa punya, kami pun turun dan menerjah ke Roamtika Home Deco.

bila masuk je, rasa heaven gilaaaaa. Western Deco dia bagi kauuuu. hihi. menarik dan best gila tau. tak tahu nak cakap macam mana tapi hati ni sukaaa sangat! hani pergi dekat side bunga, ada bunga yang dah siap deco. cantik gila. rasa macam dekat oversea pun ada. hihi.




dah belek-belek. cuci mata, terus ambil gambar. pehhhh. tu memang tak boleh ditinggalkan. wehehe. boleh kata satu kedai hani pergi ambil gambar. mak mana ntah masa ni. heee. lepas tu jalan-jalan, jumpa mak dekat tempat jam. dan jam dia, bapak lawa-lawa. cantik gila. macam yang diperkatakan tadi, rasa macam dekat oversea tau. hani pulak memang minat benda-benda macam ni. dah mula berangankan rumah sendiri nanti. haha




lepas tu pergi dekat lukisan kanvas. tapi hani rasa dia bukan lukis. dia print jer! sekarang pun ada kan diorang buat, print gambar sendiri atas canvas. memang Western gila dan memang lawa-lawa. harga dia pun boleh tahan. bagi hani, harga mampu milik lahhh. tak mahal. biasa-biasa jer. hehe. ni tengok!



lepas tu hani naik aras atas. aras atas ni banyak bunga jer. bunga yang dia jual satu-satu, maknanya kena deco sendiri lah bunga tu nanti. rasa macam bosan, turun tangga. baru perasan satu keadaan yang wow! lawa nyaaaa! hahaha


that's me! in the mirror. haha!


cantik kannnnnnnnn! eee, geram tahu. okay, kalau nak tahu rumah hani masa depan nanti. In Shaa ALLAH akan deco macam ni. haha. suka sangat. haihhh, tak tahu nak kata macam mana. suka tahap kritikal. oh ye, hani yang suruh mak posing kat situ. tapi mak macam tak rela je. hehe. tak apa. lawa dah tu mak oiii. hihi.

okay then, teddy bear! bapak lawa-lawa dan diorang tengah buat promotion untuk Valentine's Day ni. so datang lah, murah-murah. beli lah berapa banyak pun awak suka. hehe.

tiba-tiba jumpa benda ni. dia sebenarnya luggage. tapi ada ke orang bawak luggage ni pergi holiday? rasanya tak. haha. jadikan perhiasan atau letak barang-barang dalam rumah je kot. rasanya lah!

ni dia one set. tapi rasanya bunga tu tak termasuk sekali. haha. lawa kan? rasa macam nak curi orang yang deco tu lepas tu suruh dia deco bilik hani pulak. hehehehehe. suka gila ni. excited. haha

ohh, lagi satu. Romantika Home Deco ni ada jual frame-frame yang modern dan stylish lah. kalau yang nak letak gambar family atau gambar perkahwinan ke, boleh datang sini. pilih jer frame mana awak suka. macam-macam ada tapi hani tak ambil gambar pulak tadi. tapi hani sempat ambil gambar yang ni sebab masa tu mak dah bising. dia nak pergi Tesco pulak. hahaha. cantikkan? pehh pehhh!

ROMANTIKA Home Deco ni memang best sangat. nak apa semua ada, dari sekecil-kecil barang sampai ke besar-besar barang. memang tip top habis lah. eh lupa nak cakap, ROMANTIKA Home Deco ni ada dekat Cheng, Melaka. berhadapan dengan Tesco Cheng. siapa yang duduk Melaka tu, boleh lah ke sana. cuci-cuci mata. hani dengan mak pun cuci-cuci mata. rasa heaven gila. haha. okay, tu jer nak cakap pasal ROMANTIKA ni. memang best, harga dia pun memang mampu milik dan berpatutan. sesuai lah dengan theme dia, Western :)

oh ye! hani ada beli Perfume baru. sebelum ni hani pakai Victoria Secret. dia sebenarnya Body Mist. memang best sangat tapi dah dekat habis. so, hani beli baru. cuma tukar sikitlah, hani beli Enchanteur Paris : Adore. bau dia memang sedap. lembut dan memang taste hani. serious sedap. hehe. so, naik cuti Mid Sem ni. nak tukar perfume pulak. bagi variasi baru kan. mood baru. cehhh! 






lawa kan botol dia? haha. salah satu reason hani beli sebab botol dia lawa gila. dan bau dia adalah main reason why I bought this. wehehe. so kalau ada sesiapa berminat. boleh cari dekat Watson atau Guardian. alahhh, dekat Tesco pun ada. hahaha. tak payah nak bajet sangat, hani pun beli dekat Tesco jer :p

okay, tu jer nak share. harap info ni berguna lah eh? ok ok. 
byeeeee, assalamualaikum :)

Wednesday, February 5, 2014

Hani's Collection


Assalamualaikum dan hai :D

seperti yang dijanjikan dekat Facebook tadi. entry kali ni nak share pasal koleksi-koleksi yang hani ada dan hani dah kumpul dari form 3 lagi tauuuu. hihi. apa dia? NOVEL! tapi bukan setakat novel je, hani suka kumpul original movie yang hani minat sangat-sangat. movie apa? TWILIGHT lahhh :) hihi

sejak bila minat membaca?

sebelum share gamba-gambar yang dah sedia ada tu, hani nak share sikitlah pengalaman macam mana boleh terjebak dengan dunia pembacaan ni. hihi. dulu-dulu masa sekolah rendah, memang dah ada minat membaca tu. tapi tak lah serakus sekarang. haha. masa tu darjah 3, hani dah mula masuk pertandingan bercerita tau. memang pakar bab-bab bercerita ni. sukaaa sangat, tu terbawak-bawak sampai sekarang. eh? apa kaitan? hehe. okay, sambung balik. hani memula dulu baca buku cerita kanak-kanak lah, yang nipis-nipis jer. kadang-kadang dalam setengah jam dah boleh habis 4-5 buah buku cerita. mak pun suka beli buku cerita dulu-dulu. macam menggalakkan lah proses ke arah minat membaca tu.  dari senipis-nipis buku sampai ke tebal-tebal buku. bahasa Melayu, bahasa Inggeris semua ada. tapi bila dah besar ni, mak dah jual buku-buku tu. hehe. 

oh ye! mak hani pun minat membaca, cuma sekarang ni dia dah malas. katanya dah penat nak membaca. sebab hani ingat dulu, mak, kakak-kakak dan abang hani pun suka membaca! sampai take number nak baca satu novel. kiranya beli sebuah novel, dan akan main pass-pass antara mereka. haha. ada tu, mak sampai sorok dalam almari novel tu sebab tak nak abang hani ambil dan baca dulu. hehe. so, culture kami memang macam tu. dikelilingi ahli keluarga yang memang minat gila membaca. tapi dah lama-lama ni, hani jer yang masih dalam mood membaca. along dengan angah hani pulak, diorang akan membaca bila ada masa terluang jer :) 

bila mula baca novel?

okay, hani mula baca novel masa umur 13 tahun. masa tu dah mula selak-selak novel dan dalam kelas hani pun kebanyakkan mereka memang ulat buku. sentiasa ada novel atas meja mereka. tebal, nipis, sedang-sedang semua ada. dan hani selalu curi-curi baca novel English diorang Mystery Midnight. haha, novel budak-budak kan masa tu. tapi masa ni tak nampak sangat semangat membaca terhadap novel. dan novel pertama yang hani berjaya habiskan ialah Aku Mahu Buli - Ain Maisarah. haaa, mula dari novel ni lah hani terjebak dengan novel-novel yang lain. semua penulisan Ain Maisarah. novel dia bersiri kan? hampir kesemua novel dia hani baca :)

masuk umur 14 tahun, dah mula baca novel cinta-cinta niiiii. haha. mak pun tak kisah kan :) baca punya baca, khayal punya khayal. sampai satu tahap, mak kata "amboiii, khusyuknya membaca..," dan ada kadang-kadang tu bila hani dah dapat novel, sanggup tak makan tak buat kerja lain. duduk dalam bilik atau dekat ruang tamu. bukak novel, baca. selagi tak habis, memang tak akan gerak ke mana-mana. hahaha. pernah tu, dua hari hani tak makan. cuma minum air dan makan snek jer. bila novel dah habis di baca, baru rasa lapar. hihi.

pernah jugak lepas PMR, hani habiskan novel setebal 800++ muka surat. haha, gilakan? ambil masa 4 hari jugaklah nak menghabiskan novel tu. kalau tak silap, nama novel tu Lafazkan Kalimah Cintamu. penulis dia lupa lah pulak. hehe. nanti search ye, memang best gila novel tu! okay, mula dari lepas PMR ni hani dah mula membeli novel. yelahhhh, dah pandai save duit kan. hani tak ingat novel pertama yang hani beli. haha. banyak sangat dah tapi rasanya belum cukup banyak lagi.. err. 

dan lepas SPM, hani pernah habiskan 3 buah novel dalam masa seminggu! ke sana ke sini memang tak lekang dengan novel. mak pun dah faham sangat perangainyaaa. hihi. biasanya kalau pergi bookstore dan jumpa novel yang berkenan, hani akan beli! kalau dah dekat-dekat nak exam, hani akan hold dulu. kiranya novel tu macam award lah. so, hani kena study hard dan kena perform well masa exam. habis exam, baru boleh baca novel. selalu macam tu lah! hehe. 

dan kalau dah ke bookstore tu, hani suka spend masa lama-lama. baca sinopsis setiap novel. rasa bahagia jeeee tengok buku banyak-banyak :) sampai kadang-kadang mak suruh cepat. sebab tu hani suka pergi bookstore dengan kawan-kawan atau sorang-sorang. hani suka duduk dalam tu. syurga buku. hehe. oh ye, favorite bookstore hani ialah MPH dengan POPULAR. tak tahu kenapa, tapi hani suka cara diorang punya deco dengan cara susun buku. menarik! heheeee :) lagi satu, buku mereka selalu updated! hehek. oh ye! novel English pertama yang hani baca ialah Love Is On The Air - Jane Moore. memang tip top gila. tapi hani pinjam novel kawan lah. haha

lagi satu, hani dah mula kumpul movie-movie English. bukan pirate ye, tapi yang original! sanggup spend duit semata-mata untuk itu. dah hani suka gila masuk kedai yang jual DVD/VCD yang original. setakat ni hani suka dengan service yang MVL Entertainment beri. ohh ye, MVL Entertainment ni ada dekat Mydin MITC, Melaka. aras bawah sekali. kalau masuk je pintu besar dia tu, dah boleh nampak. hehe. MVL Entertainment selalu updated dengan latest movie dan tak ada pirate punya VCD/DVD. ni lagu satu, kalau masuk memang tak jumpa jalan keluar. haha :P rasa heaven gila. 

ada masa tu mak nak beli zikir terapi Hafiz Hamidun dan hani suggest kan MVL ni lah. mak pun suka service dia. tip top dan best. dan barang-barang dia semua berkualiti. heeee :) 

favorite writer/publisher?

haaaa, kalau nak kata pasal favorite writer ni. hani prefer lebih pada Aisya Sofea lah. dia punya penulisan memang hidup! dan novel dia banyak dah di adaptasi ke drama. contoh? Adam & Hawa dengan Sehangat Asmara. gituuuu. tapi hani tak kisah pun siapa penulis dia, asalkan dia boleh bagi impak yang besar pada hani. hani dah sukaaaa sangat! kesimpulannya, hani lebih memandang ke arah publisher dia. Alaf21 dengan Karya Seni selalu hasilkan novel yang tak mengecewakan. sebab prosedur diorang untuk hasilkan novel memang high class sebab tu novel yang terhasil memang superB! haha. macam Kaki Novel, ok lahhh. sebab dia publisher baru tapi setakat ni novel dia not bad jugaklah macam satu novel tu, Pilihan Mama. memang best gila. 

ok penat dah cakap, jom tengok koleksi hani. hehe


full collection. memang ada tempat istimewa untuk simpan semua novel-novel ni dan hampir 90% novel ni akan berbalut. heheee. sayang punya pasal. dan kawan-kawan dengan kakak-kakak pun tahu, bukan senang nak pinjam novel hani sebab hani terlalu menjaga. salah satu rule yang diorang kena patuh kalau nak pinjam, pulang on time, jangan lipat, jangan rosakkan front page. haha :P

The Twilight Saga.
semua ada kecuali Breaking Dawn Part II jer tak ada sebab tak sempat nak beli. tapi hani dah tengok! hehehe. salah satu sebab hani kumpul ialah sebab hani minat Robert Pattinson tu :)

Remember Me 
Harry Potter and The Goblet of Fire
okay, kedua-dua movie ni ada Robert Pattinson. suka gilaaaa dengan dia :) hehe.
semua DVD/VCD ni hani beli dekat MVL Entertainment :)



Aisya Sofea :)

selain tuuuu, hani jugak dah mula menjinak-jinak kan diri untuk baca novel karya Abdul Latip Talib ni. novel sejarah Islam yang memang nampak hidup dan dapat dirasakan bila membacanya. besttttt sangat dan rasalah semangat jihad tu serap sikit-sikit. Alhamdulillah. hehe :D


okay, ni antara novel pilihan yang best. hani sukaaaa sangat! dah selak banyak kali tetap tak jemu tak bosan. serious talk! :) dalam banyak-banyak ni. ada top 3 yang hani sukaaaaa sangat! jom tengok.

3rd place! haha :P
novel ni memang menarik, tengok dia punya cover jer dah tertarik-tarik untuk beli dan terjah kandungannya. wehehe. dan hani letak number 3 lah!

2nd place!
untuk yang ni, hani dah habis baca masa tu. baru tahu yang dia dah di adaptasi ke drama dekat Mustika HD. hoho, tapi novel lagi best daripada drama dia. serious talk. nangis-nangis baca tauuuu. hihi. oh ye! hani beli novel ni dekat matrik masa tu. habis je PSPM I, terus baca. wehehe. 

1st place!!!!!!!
dan dan dan! dah pastilah Suami Aku Ustaz ni nombor satu! wuuuuu *bunga api meletup-letup* gituuu. haha. okay, novel ni memang bagi impak yang sangat besarrrrr untuk hani. hani baca novel ni masa lepas SPM. sebelum pergi PLKN masa tu dan hani beli dekat POPULAR Aeon, Melaka. lepas baca buku ni, hani terus tukar Alternate name dekat FB jadi 'Suami Ku Ustaz' sebab terjebak dengan buku ni. nama Ustaz tu Ustaz Hafiz. 

dalam novel ni dia digambarkan sebagai seorang ustaz/ suami yang lembut, baik, bertanggungjawab dan dan dan HANDSOME! haha. masa tu dah niat dah, harap-harap dapatlah suami sebaik Ustaz Hafiz ni supaya dapat bawa ke Syurga ye tak? alang-alang dah berangan tu, beranganlah sampai Syurga. wehehe. kalau tak dapat suami nama macam Ustaz Hafiz ni, at least perangai sama pun di kira cun! nanti anak boleh letak nama Hafiz. hahaha. nampak tak berangan jauh gila? wehehe. oh ok! proceed, dah melalut panjang sangat ni. erk!

eh nak cerita apa lagi? macam dah tak ada je? hehe. tu jelah kot. so, inilah koleksi hani. ehhhh ada lah. hani dah berangan dan berazam, bila dah ada rumah sendiri nanti nak buat mini library dengan mini cinema. pehhhh, memang menarik gila. bila nak baca buku, boleh masuk mini library tu. masuk je mini library, tengok banyak buku. wahhhh. heaven-nya. ada meja untuk study atau buat kerja, ada single sofa yang lembut gila bapak. hahaha. deco ala-ala western. colour white, grey dengan coklat. eh menariknya (berangan dalam kepala). sekarang pun, ada satu rak buku dalam bilik hani, hani yang mintak mak letak dalam bilik hani sebab hani suka. wehehe. 

okay, sukaaaaaa >__<

ni dah boleh jadi personal office. menarik!


yang ni pun, not bad! 


suka gila yang ni. haha :D

pasal mini cinema tu pulak, boleh pasang speaker. kalau tak nak bagi jiran-jiran terganggu, boleh pasang dinding yang kedap bunyi. wahhhh, menarik gila. dah terbayang-bayang ni. dalam tu ada sofa lembut lepas tu ada lampu ala-ala dekat cinema. ada TV Plasma yang besar. speaker kiri kanan. air-cond dan ada tempat untuk letak snek dan soft-drink. hamboi, menariknyaaaa. wehehe. dan pasti ada satu sudut untuk letak DVD yang sangat menarik dan modern. hani suka kalau western yang modern ni. hehe.

ni? to be honest bukan taste hani tapi ok lah. hehe.

haaaaa, ni best. ada port untuk minum-minum. wehehe :D
ni memang cun habissss!

yang ni simple tapi menarik, obviously :)

hmm, rasanya tu je lah. harap-harap hani boleh dapat semua tu. In Shaa ALLAH! ok semua, blog dah update. thanks sebab baca sampai habis tauuu. so, jumpa next entry.

bye, Assalamualaikum ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila