CLICK SAYA !

Wednesday, August 28, 2013

Chinta Graphic Studio

Assalamualaikum :)

for this entry, hani nak promote sikit pasal T-shirt Printing :) kalau sesiapa yang ada terfikir nak buat T-shirt untuk apa-apa events atau t-shirt kelas, t-shirt office atau apa-apa jer. hani suggestkan, printing t-shirt yang dijamin elok dan harga yang berpatutan ialan Chinta Graphic Studio :) yang seronoknya dengan printing shop ni, dia sediakan baju untuk printing tuh. kalau ada sesetengah printing shop, kita kena cari baju sendiri dan dia cuma buat printing jer. susah sikit untuk pelangganlah ;) betul tak? hihi


haaa, ni logo dia. lagi satu, Chinta Graphic Studio ni bukan jer boleh printing t-shirt. tapi boleh buat flyers, name cards, banner, wedding cards and etc dengan harga yang dirasakan sangat sesuai dengan teknologi sekarang ;)

Chinta Graphic Studio masa Majlis Perasmian :)

kalau berminat dan tertarik untuk buat printing t-shirt. boleh directly contact atau click link dekat bawah ni..


ataupun emailkan dekat hani :

hanisuhaila@yahoo.com

ataupun Facebook :


In Shaa ALLAH, kualiti dia terbaik! ;)


Sunday, August 25, 2013

UPS, Warm Bodies, Twilight

Assalamualaikum :D

pehhhh! baca title dia tak? banyak cerita dalam satu entry. haha :P tapi nak cerita pasal UPS duluuuuu :D suka gila UPS dah habis tapiiiiii kena fokus untuk PSPM pulak. dan hati ni berdebar tahap dewa nak tunggu result UPS keluar. entah apa laaa yang jadi dengan UPS tu nanti. err. hehe :) berserah jer laaaa. 

okay, tutup pasal UPS. hari ni ada Karnival PDT untuk Sem 1 dengan Sem 3.dan kami student-student PST perlu menjadi pelanggan mereka. haha! dan paling syokkkk sekali sebab hani pergi layan movie dekat Dewan Kuliah :P Warm Bodies~

yesss, hani tahu movie tu dah lama gila. around February 2013. tapi siapa nak bawak kita pergi wayang sebab nak tengok cerita tu. dan kesempatan dia kat sini lah. gila best cerita tu. love story, sweet, kelakar, cute. and the best word to describe about this movie is PERFECT! lagipun dia movie ni under SUMMIT ENTERTAINMENT. bagi penggemar-penggemar movie mesti tahu SUMMIT ENTERTAINMENT. huhuhu.. sebab movie Twilight bersiri tu semua SUMMIT yang buat. gempakkan? dan siapa tak tengok lagi WARM BODIES. memang rugi gila laaa. haha :P

tapi ending dia best laaa, dari zombie boleh convert balik jadi manusia sebab jumpa cinta sejati. wuhuuu. kalau Twilight, Bella tu yang jadi vampire-kan? tapi perkara utama, dua-dua kena ada rasa (scent) yang sama. hehe. 


antara scene yang ada dalam Warm Bodies.
R and Julie ;)

Nicholas Hoult ;) huhu~ 

orang kata kalau dapat yang baru, yang lama jangan lupaaaa! haha. siapa lagi kalau bukan Edward Cullen. eh? tu nama dia dalam Twilight. nama sebenar dia Robert Pattinson. wuhuuu ^^, 

dia tetap nombor satu laaa kat jiwa ni. tak boleh lupa :P



dua-dua ni HOT gila :D

dannnn, hani gabungkan dua-dua. hihi :P 
Robert Pattinson and Nicholas Hoult. handsome gila dua-dua ni. err, haha! dan salah satu sebab hani nak study aboard sebab nak jumpa merekaaa. cehh! macam senang pulak nak jumpa dua-dua manusia HOT ni :P 

anyway, Robert Pattinson always be number one in my heart and my future. haha. and, Nicholas Hoult was a 2nd. weee :) pehh! admire separuh mati ni hani? haha, freaking yeah! :P

roommates boys! haha. sebelah kiri tu, hak milik LALA, MAYSA dan HANI at the right side ;) tapi bila tengok gambar ni rasa macam curang dengan Robert Pattinson pulak :'( hurmmm, tak sanggup tak sanggup. hehe :P merepek jer pagi-pagi buta ni. hani update pukul 3:00am ni tau. sebab dapat free 1GB internet dari pukul 2:00am sampai 7:00am. bestkan Hot Ticket yang baru ni? hehe :P

kejap, kejap! 3:00am?? alamakkkk, ada tak bangun Subuh ni kang. hani stop dulu lah. ada apa-apa nanti hani share lagi yerrrr. jaga diri silent reader. thanks sebab baca sampai habis. 

bye, assalamualaikum :*

Al-Quran Wanita

Assalamualaikum~ :)

hai hai! sihat ke semua silent reader? :) harap-harap macam tu lah yer? hihi :) 

ni dengar ni, banyak gila nak cerita-cerita tauuuu :) tapi mula-mula nak cerita pasal Al-Quran Wanita. yesss, hani masa tu dah ada Al Quran yang hani sanyangggg sangat! tapi dah bagi dekat sahabat sebagai kenangankan sebelum keluar PLKN. dan sekarang ni memang tengah mencari. nak pergi beli dekat bookstore, dekat Tangkak ni susah nak cari bookstore sebab hani memilih bab bookstore ni. hani suka pergi MPH dengan POPULAR jer! haha. nampak tak mengada dia? semua tu ada dekat Melaka jer.

cari punya cari sampailah hani jumpa pasal Al-Quran Wanita ni. sebenarnya lama dah tahu pasal ni cuma tak ada fulusss nak beli. hehe. dan sejak sambung belajar ni, ALLAH bukakan sedikit pintu rezeki dari segi kewangan. adalah sikit-sikit untuk beli apa-apa yang dirasakan perlu dan penting? hehe :)


banyakkan kelebihan diaaaa? ;) hehe. tu yang sangat-sangat teruja untuk beli. harga dia pula rasanya sangat berpatutan :) RM75 dan keatas. setakat ni harga dia antara RM75 sampai RM100. sebab dia ada banyak jenis, ada yang biasa sahaja dan ada AL-Quran Pelangi :)

banyak jenis warna untuk kulit dia. dan banyakkkk jenis lagilah, kalau yang ni jenis ribbon cover. ada tu yang cover dia baldu. macam-macam dan nak pilih memang merambangkan mata. haha :P

okay,
kalau nak tahu lebih lanjut boleh lawat page dia dekat Facebook tauuuu :) dan kalau berminat boleh terus PM dekat Official Web Page dia :


selamat membeli dan mencuci mata ;)

bye, assalamualaikum ;)

Bloods Donation

Assalamualaikum semuaaa :)

lamaaaa sangat tak update dan disebabkan HOTLINK sekarang dah lancarkan langganan Hot Ticket menggunakan *100# jadi hani tak payah nak semakkan otak fikir mana nak dapat line untuk update blog, online FB, ber-INSTA, twitting dan lain-lain. haha. nampak tak kerakusan hani dengan social website :P

dan sejak pakai smart phone ni, hani dan ada WhatsApp dengan We Chat :) lebih jimatkan? *untuk mereka yang pakai smart phone*

malas nak cerita banyak sangattttt. untuk entry ni hani nak cerita pada derma darah hari tu. hari Sabtu ada program derma darah dekat Kolej Matrikulasi Johor, tempat hani belajar ni. dan hani sangat semangat untuk derma darah masa tu ^_^ mungkin sebab masa dekat PLKN tak dapat dermakan sebab kepekatan darah tak banyak. tapiiiii, masa nak derma darah dekat KMJ ni. sangattttt berharap yang hani boleh derma darah.

ALHAMDULILLAH!!!! kepekatan darah hani sangat elok dan dapat derma. yang syok dekat sini, hati nak derma tapi takut pulak. haha :P katanya doctor to be tapi nak kena cucuk tu takut pulak :P heee. tapi nasib baik nurse-nurse kat situ semua baik. dia pujuk hani segala bagai dan akhirnya dapat derma darah ;) 



nampak tak muka bahagia? :P sebenarnya masa ni tangan tu rasa kebas dan kejang sikit. 350mL darah didermakan. rasanya kalau dia ambil lebih sikit, hani dah pengsan kottt masa tu. sebab masa ni pun kepala rasa sakit-sakit sikit. bila dah siap derma, reat kejap dan berjalan balik bilik. rasa badan macam melayang sikit dan macam di awang-awangan. haha! :P 

tapi ALHAMDULILLAH semuanya okayyyyy :) 
lepas 3 bulan baru hani boleh menderma lagi :) tapiiii, mak hani cakap kalau derma darah boleh gemuk? betul ker? arghhhhh! semua itu hanya dusta! cewahhh :P tapi harap-harap apa yang mak cakap tu tak betul la :( risau gila takut gemuk :( dah lah berat naik 3-4 kilo, err. kena aktif balik ni. tak boleh jadi. haha! :P

tu jer nak update, tunggu update seterusnya tauuu ;)
bye, Assalamualaikum ;)

Sunday, August 11, 2013

Bersedia Pulang Ke KMJ

Assalamualaikum :)

ehh ehh, post kali ni nak bagitahu yang hani akan balik ke Kolej Matrikulasi Johor(KMJ) dalam beberapa jam jer lagi. tak sampai 4 jam dari sekarang. jadi, sedikit masa diambil untuk menulis apa yang patut. sedih sebenarnya nak balik ke KMJ. banyak lagi perkara yang nak dilakukan, lagi satu, banyak benda yang berlaku dalam masa seminggu ni. walaupun raya, tapi tak terasa raya. 

macam yang diperkatakan tadi, banyakkkk sangat perkara yang berlaku dalam tempoh seminggu itu. masalah itu dan ini. dengan hati yang sentiasa rasa resah, sayu, sedih dan lain-lain perasaan. haha! lawak pula :P sekarang ni pun tengah dengar lagu Rindu Cintaku Padamu - Nirwana Band. hehe :') rindukan siapa? rindukan cinta siapa? biarlah rahsia :'D

barang dah kemas sikit-sikit, habis update ni. nak kemas lagi sikit. In Shaa ALLAH lepas Zohor dah bertolak ke KMJ. ALLAHURABBI, sayunya hati.. 

tapi azam kali ni :

"melangkah kaki ku ini keluar dari RUMAHKU SYURGAKU, akan ku tekadkan untuk melupakan kenangan silam. meneruskan kehidupan sebagai seorang anak, seorang pelajar dan seorang pejuang bangsa..,"

"balik matrik kali ni, diriku berazam untuk belajar dengan lebih tekun dan teliti! bersuka-ria pada waktu yang bersesuaian agar waktu remajaku dipenuhi dengan kisah-kisah indah. lupakan perkara-perkara yang menyakitkan, menyedihkan dan melukakan hati ku ini. AZAM? 4 FLAT~!..,"

bye, assalamualaikum :)

Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri 2013

Assalamualaikum w.b.t :)

SELAMAT HARI RAYA semuaaaaaa! :D minta ampun dan maaf yer ^_^ akhirnya selepas sebulan berpuasa, tiba juga SYAWAL yang menandakan kemenangan kita sebagai umat Islam untuk menempuh Ramadan yang penuh dengan dugaan dan cabaran itu! ;)

aktiviti setiap hari raya, macam biasa. bangun Subuh jer dah tak dapat nak buat apa-apa dah. terus kemas-kemas rumah. buat apa yang patut, adik-beradik semua dengan anak-anak sedara pergi mandi. beraturrrrr! haha :P tapi kami dahulukan yang lelaki sebab mereka nak pergi solat sunat Hari Raya. tahun ni hani tak pergi sebab teman mak dengan kakak-kakak kat rumah ^_^ tak banyak pun kerjanya, tapi biasalah. perempuankannnn :P faham-faam jer la kena tolong mak buat itu ini :)

lepas siap-siap semua, yang pergi solat pun dah balik. maka, bermulalah sesi bergambar :D ehhh, silap! mula dengan sesi bermaaf-maafan :') hehe :'P sedih sikit tapi air mata tak mengalir. sebak jer. hihi

mak excited kita nak salam dia. hehe :P

dengan abang, dialah satu-satunya abang yang ada :D 
gambar gegar, haihhh >,<"

lepas dah salam-salam, sedih bagai semua. sesi bergambarrrrr! :D apa lagi, kamera yang ada semua dikeluarkan sebab nak bergambar untuk kenang-kenangan. hihi.. bahagia tak terkata waktu tu.

bergambar adik-beradik :)
**adik(hani), angah, along, abang**

bonda dan abang :D

masa ni, saja-saja bergambar. hehe :)

haaa, sama jer! dengan anak-anak buah ^_^

pemberi semangat dan tenaga dalam diri ^_^
bonda! :')


anak-anak sedara yang berperangai, nauzubillah! hihi
tapi mak su sayang awak-awak semua lillahitaala :')

kami adik-beradik bersama-sama bonda tercinta. bonda yang melahirkan, membesarkan dan memberi segala makan pakai buat kami selain arwah ayahanda :')


keluarga besar HANI SUHAILA
tahun depan, In Shaa ALLAH bertambah lagi ahli keluarga. aammeennn :')

lepas tu semua siap-siap pergi kubur.

kubur arwah abah :') doa kami adik-beradik, semoga abah tenang di sana dan menunggu kedatangan kami. In Shaa ALLAH. kedatangan kami itu pasti, tapi bila, kami tak dapat menjanjikannya :')

**sedih pulak tiba-tiba** :'P

okay, okay! dah ke kubur segala bagai, hani dengan mak berdesuppppp pergi MITC sebab ada rumah terbuka Ketua Menteri Melaka. hehe. malas sebenarnya nak pergi, tapi sebab mak beria-ia. ikutkan jer lah. kesian pulak tak ada orang nak bawa dia ke sana. sebagai anak, rasa bertanggungjawab untuk bawa bonda tercinta ke sana :'D

dan dan dan, terjumpa seseorang! :D terjumpa Muhammad Bin Md Yazed. kenal? haha! tak sengaja pun. tiba-tiba jer terjumpa. hihi. kami tak rancang pun yerrrr!


**sesi petang**

okay! tutup sesi pagi, sekarang kita ke sesi petang. hehe :P balik rumah jer cepat-cepat solat dan terfikir nak keluar raya dengan kawan-kawan. tiba-tiba terbaca status AIN! weee, dia kata nak keluar raya masa tu. terus mesej dia ajak keluar. dia pun dengan semangat nak pergi. masa tu dah 3:30 petang :)

siap-siap semua terus pergi rumah dia. sampai sanaaaa, haha. dia tengah dating rupanya :P dengan kekasih hati. weeee, sweet gila woi :D ingatkan dia nak keluar dengan buah hati, rupanya buah hati dia datang nak bergambar jer -,-"

borak-borak kejap, terus dia naik kereta dan bla :) mula-mula nak pergi rumah izatty, tapi dia tak ada rumah. kebetulan, buah hatinya AIN ni ajak datang rumah. daripada tak ke mana, membazir minyak kereta. lebih baik kita pergi jer tak? tapi yang lawaknya kat sini, AIN pemalu gila masa tu -,-"

takut macam nak pergi NIKAH. err? haha :D sampai jer sana, lagilahhhhh! malu gila woi, sahabat seorang ni. haha :P penat tarik-tarik dia tapi dia keras macam kayu. err? sampai buah hati dia macam nak marah. marah-marah sayang :P haha.. nasib baiklah mereka ni sahabat :D

macam biasa, pergi rumah orang mestilah dijemput makan. dah siap-siap makan, bagi peluang untuk mereka bergambar. hihi.. malu-malu, comel! :D hani ni tak tahu nak buat apa masa tu, haihhh >,<" tengok jerla mereka bergambar, adik buah hati dia yang ambilkan gambar. warna baju dah la sama -,-"

macam menyemak jer cik HANI sebelah kiri tu -,-"

weee, sweet sangat mereka. baju, kebetulan sama :D

dan kami bergambar berduaaa :D

sayangggg AIN hingga syurga, In Shaa ALLAH :')

yessss! AIN sayang HANI jugak! :D

okay, itu sahaja yang dilakukan pada 1 SYAWAL. semoga ukhuwah yang terjalin antara hani dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat akan kekal hingga ke akhir usia dan jika di izinkan ALLAH, kekal hingga ke syurga ALLAH yang mahal harganya :)
In Shaa ALLAH. aameennnn :')


Salam AIDILFITRI dan Salam SAYANG,
Hani Suhaila

Tuesday, August 6, 2013

Penulisan Semula : Di PLKN segala-galanya bermula

Ceritera PLKN -based on capital I's story-

kisah yang hani nak kongsi ni, bukan kisah hani. haha, mestilahhhh! hani dapat idea untuk buat short-story dekat blog hani. yelaaa, lama sangat tak post apa-apa cerpen atau cerita-cerita yang santai. hmmm, tapi yang ni berbaur cinta sikit yer? haha.. nama watak utama tak sama.. kisah siapa pun, dirahsiakan :) tapi ditekan-kan, BUKAN kisah HANI -,-" siapa cakap KISAH HANI, bagi flying-kick sikit. hihi

cerita pun bermula.. ehem..ehemm.. :P

saya ada terbaca surat awak masa tu, surat ke PLKN.. kita memang tak ada apa-apa pun sebelum masuk PLKN tapi kita dah kenal lamaaaa sangat. tapi kita ni, bukan kata nak berjumpa, berbual pun susah! sebab awak ni nampak pemalu. hehe.. dan kalau awak nak tahu saya baca surat awak tu pun sebab buah hati awak yang tunjuk kat saya. saya dengan buah hati awak tu bukan kawan baik sangat, kawan biasa-biasa jer tapi disebabkan dia tahu saya satu kem dengan awak..

dia sanggup datang rumah saya sebab nak tunjuk bukti yang awak ni satu kem dengan saya. muka dia nampak risau, dia kata dia tak suka PLKN tapi sebab awak dapat PLKN. dia pun tiba-tiba terbuka hati nak masuk PLKN. sebab awak, sweet sangat korang! :D dan macam-macam dia pesan kat saya supaya jaga awak, tengok-tengok kan awak. saya nak tergelak jer bila dengar amanat dia pada saya sebab awak. hihihi

dan sampailah hari yang ditunggu-tunggu. saya tunggu bas di Masjid Jamek Johor Bahru. yerr, saya dari Johor dan awak pun dari Johor :) saya nampak awak bawa beg untuk letak dekat dalam bonet bas. saya pun secara tak sengaja tertunjuk dan sekaligus terkenalkan awak dekat mak saya.. mak saya angguk-angguk jer.. pandangan saya masa tu hanya sebagai seorang kawan biasa jer, yelaaa..awak memang kawan biasa jer kot masa tu! haha..

dan, tiba masa untuk kita semua naik bas. awak dah naik lama dah bas tu tapi saya naik lambat sikit sebab rasa sayu nak tinggalkan mak dan ayah saya.. bila saya naik jer bas, awak terus tegur saya dengan suara lantang. saya malu kottt masa tu, dah la tak kenal semua orang dalam bas tu :P tapi atas budi bicara, saya lambai dan senyum jerrr ^_^

dan sampailah di Kem PLKN kita. yang sekarang hanya tinggal sejarah lampau.. kita masa ni buat hal masing-masing jer. saya sibuk dengan hal saya sebab mula-mula sampai jerr kita kena check barang. dah selesai yang itu, saya terus tunggu giliran dan tiba-tiba awak duduk sebelah saya. taklah dekat, jauh juga tapi bersebelahan lah orang kata.. awak cakap dekat saya "awak, kalau nampak dah tak ada orang, masuk jer. kalau tunggu macam ni, sampai esok pendaftaran awak tak habis..," saya angguk jer. dan kebetulan ada orang bangun dari kerusi pendaftaran, awak pun terus suruh saya pergi.. saya akur...

bila dapat dorm, saya terus turun dorm. dan esok tu pagi-pagi lagi kita dah kena berkumpul dekat padang kawad, cikgu nak test suara siapa yang boleh koman.. dan saya terperanjat kottt bila nampak awak try suara masa tu.. tapi saya biasa jer, buat-buat tak faham dan mata saya lebih fokus pada bakal penghulu masa tu sebab suara dia kuat gilaaa :) tup tup, saya dengar awak dah jadi IC Skuad kompeni awak. wahhh! teruja ada kawan macam awak :P

hari demi hari.. awak selalu tegur saya. saya jarang tegur awak sebab malu kotttt. haha.. tapi awak selalu tegur saya. ada masa tu saya masuk kelas CB awak sebab nak nyanyikan lagu 'happy birthday' dekat cikgu.. bila keluar, awak panggil saya. saya senyum jer. dan lepas rehat, awak dapatkan saya.. saja berborak-borak lagi pun saya nak larikan diri daripada seorang lelaki yang suka mengushar saya :) kita berborak rancak buat pertama kalinya. dan saya memang sengaja biarkan lelaki yang usha saya tu nampak. rupa-rupanya dia anak buah awak. tergelak besar saya masa tuuuuu! 

dan dua hari kemudian, awak panggil saya dekat DM. saya ingat ada apa, rupa-rupanya awak nak cerita, budak yang usha saya tu tanya dekat awak. dia tanya kita ada apa-apa ke? awak tanya dia semula, kenapa? dia cakap, saya ni dah ada seseorang. katanya dah dapat persetujuan keluarga. siapa eh lelaki tu? dia tanya awak kenal ke lelaki tu.. dan dengan pantas awak balas "aku lelaki tu, kami kenal dah lama. keluarga kami dah beri restu tapi aku nak bagi dia belajar dulu.. kenapa?," terdiam budak tu :)

saya terperanjat kenapa awak sanggup mengaku yang awak tu ada apa-apa dengan saya sedangkan awak dah ada seseorang. saya lain, saya memang berjalan sendiri dahulu, kini dan selamanya.. tapi dari sudut lain, saya sangat-sangat terharu dan sayu. tak sangka awak nak jadi penyelamat saya ketika itu.. dan bermulalah adegan palsu antara kita..  kita pura-pura dah lama bercinta, segalanya pura-pura.. awak ramah dengan saya, saya ramah dengan awak. memang nampak hubungan kita macam asli! kawan-kawan kita pun fikir yang kita memang ada apa-apa.. hebat betul drama kita :)

sampailah cuti sem untuk PLKN. kita cuti 5 hari dan saya balik semula ke kem dengan rasa yang tak sabar sebab nak jumpa awak!!! :) dan bila nampak muka awak, hati saya rasa lain.. cair.. macam ais krim. hehehe.. adegan kita semakin hangat sampai kawan bilik saya tanya "korang ni buat-buat suka atau memang dah betul-betul suka?..," kawan bilik saya jer yang tahu tentang perkara sebenar. sebab mereka memang sahabat yang baik.. saya diam.. dan ada suatu hari tu, mata awak bengkak yang teramat. ada kawan bilik awak beritahu saya, risau saya pada awak masa tu. ALLAH jer yang tahu :)

saya jadi tak tentu arah cari paracetamol sebab nak bagi dekat awak. saya suruh awak pergi klinik tapi awak tak nak :) bila saya dapat paracetamol hasil saya minta dekat kawan.. saya tunggu awak dekat DM sebab nak bagi paracetamol tu.. awak tak nak, tapi saya beri juga.. maaf sebab sedikit memaksa awak masa tu :') dan akhirnya awak ambil juga.. tenang hati saya, kebetulan hari tu hari sabtu. kita dah dapat telefon. saya mesej minta awak makan ubat tu dan terus pergi surau untuk tunggu waktu Maghrib.. 

selesai Maghrib, macam biasa kita dengar tazkirah dan tirai di buka. macam biasa juga, saya selalu di saf hadapan sekali.. dan secara tak sengaja saya cari kelibat awak. muka awak nampak letih, lesu, tak bermaya.. sayuuu hati saya tengok awak. saya pun mesej awak suruh awak pergi medik. tapi awak tak nak. saya sanggup tunggu awak dekat medik masa tu sebab nak teman, tapiiiii awak tak datang. awak kata awak malas, sampai hati.. haha.. esok tu saya paksa lagi dan awak datang. saya tinggalkan awak sorang-sorang sebab keadaan memaksa. dan saya berbual-bual tentang pelajaran dengan kawan.

masa tu saya dah nak keluar dari kem dah lagi beberapa hari sebab nak sambung pengajian. awak pun sama.. tiba-tiba awak menyampuk di belakang saya. haha, sah! awak tak pergi cek dekat medik. pandai mengelat yerr :P

hari demi hari, saya mesej-mesej dengan awak tiba-tiba kita dalam keadaan yang serius! saya tanya awak ada suka sesiapa ke dalam kem ni. awak cakap ya.. haihhh, sayu hati saya dengar :') dan awak kata orang tu ialah saya. ALLAH.. terperanjat dan makin bertambah sayu.. masa tu saya fikir awak, saya dan kawan saya.. kalaulah kawan saya tahu, mahu meletup bumi ni :) tapi saya tetapkan untuk jadi sahabat awak. teman tapi mesra :) 

tapi awak cakap "awak jangan anggap saya macam musuh yer.. layan saya macam biasa..," awak, masa tu dalam hati saya memang nak layan awak macam biasa.. kita mesej dan cerita hati ke hati.. lama sangat sampai pukul 2pagi kalau tak silap. lepas tu kita tidur. pukul 5pagi awak dah kejut saya suruh bangun.. comel awak ni. hehe.. hari tu hari Ahad. saya ingat lagi.. awak tanya saya puasa ke? saya kata tak. dan awak pun mengaku yang awak tak puasa. rupa-rupanya ada wira yang puasa hari tu. puasa sunat atau ganti saya tak pasti.. err? hehe

kebetulan hari tu saya duty, jadi saya dah lama dekat surau. sebab kejutkan wirawati-wirawati dekat kem tu. hehe.. awak pulak kata yang awak on the way nak ke surau. senyap-senyap saya intai awak dari dalam surau sebab nak tengok awak ambil wudhu' tapi awak perasannnn! hihi.. malunya saya masa tu ALLAH jer yang tahu. 

banyak aktiviti kita buat bersama-sama dalam kem PLKN tu.. sampailah hari yang saya tak mahu dia tiba. hari kepulangan saya.. dan beberapa lagi rakan yang akan menyambung pengajian.. saya balik dulu, awak balik lambat sikit sebab awak ada urusan sikit dekat kem.. pagi-pagi lagi saya bangun dengan rasa malas dan sayu. siap-siap dengan pakaian kelas sebab kita ada perbarisan tamat latihan untuk pelatih pelepasan awal.. dengan langkah yang berat, saya gagahkan juga untuk melangkah ke DM untuk bersarapan dan bergerak ke padang kawad. 

muka pertama yang saya cari pada pagi yang masih gelap itu, muka awak.. bila saya nampak muka awak, saya tersenyum.. saya tunjuk jam awak dekat pergelangan tangan saya. ya, awak bagi saya pinjam jam awak 5 hari sebelum saya balik. bayangkan, saya sentiasa dengan jam awak tu.. tidur pun saya pakai. bila saya rindu, saya cium jam awak. saya curahkan isi hati saya pada awak dekat jam tu.. awak pun senyummm jer tengok jam awak di pergelangan tangan saya. ianya besar, jam lelakikan :) 

selepas perbarisan, semua beratur untuk majlis bersalam-salaman.. saya salam kawan-kawan saya. mata saya tak lari daripada memandang awak. saya nampak awak menangis dulu masa tu.. sayu hati ni awak, saya kalau boleh tak nak semua ini berlaku.. saya nak kita di PLKN semula.. sentiasa di PLKN tanpa ada benda lain yang dapat memecahkan tembok imaginasi kita bersama-sama PLKN. selepas majlis tu, saya terus jumpa awak. seperti yang dijanjikan, dengan berat hati saya tanggalkan jam awak di pergelangan tangan saya. saya berikan pada awak.. berattttt hati saya masa tu. awak tanya saya "saya bagi awak jam ni, nak tak?..," tapi saya menolak. jam tu terlalu mahal. saya tak mahu.. sampai saat ni saya ingat bentuk jam itu, warna apa dan segala-galanya tentang jam tu..

banyak kali awak tanya saya, saya tetap cakap tak nak jam tu. jam tu milik awak. bukan saya tak suka, saya sayang jam tu. selepas itu, saya perlu ke bilik pakaian. pakaian-pakaian yang dilarang untuk dibawa balik, terpaksa saya pulangkan dengan berat hati.. saya senyum pada awak sebab saya rasa itu kali terakhir saya jumpa awak. rupa-rupanya tak! awak ada dekat bilik pakaian tu, saya ingatkan awak kena pulangkan lambat pakaian awak sebab awak balik lagi dua hari.. 

di situlah, kita bergambar bersama, awak bluetooth gambar awak pada saya. saya pun sama. muka masing-masing sedih sangat sebab lagi beberapa jam saya akan balik. kita berbual panjangggg! bila sampai DM, saya nak balik dorm sebab nak kemas sikit lagi barang saya.. awak macam tak bagi saya balik dorm. bila saya jalan, awak panggil. bila saya jalan lagi, awak panggil tanya macam mana nak guna jam awak tu. haha. lawak la awak ni :) saya tanya awak "awak ni macam tak bagi saya balik dorm jer?," 

awak cakap "memang..," "saya nak awak di sini dengan saya..," ALLAH, lagi cair hati saya. saya tak fikir apa-apa dah. hanya awak, awak dan awak :) tapi akhirnya saya balik juga dorm..dah jauh sikit saya jalan. awak lang nama saya.. awak cakap "I LOVE YOU" pada saya dari jauh dengan bahasa isyarat. awakkkk, melting saya masa tuh. saya senyum malu, dan perlahan-lahan balas pada awak :) 

lepas Zohor, saya jalan perlahan-lahan dengan lemah untuk balik dorm. saya kena bawa barang-barang saya turun ke pejabat. lagi satu jam saya akan balik.. kebetulan saya terserempak dengan awak lagiiii, saya tak lepaskan peluang. kita bergambar lagi. saya cakap di sisi awak "awak, saya tak nak balik. saya nak ada kat sini dengan awak..," awak senyum hambar.. "nak buat macam mana, takdir sayang..," sayang?? awak, lagi sekali awak buat saya terperanjat dengan panggilan tu. 

awak suruh kawan awak balik dorm dulu lepas kita bergambar. saya pandang awak, awak pandang saya. awak, saya memang tak nak lepaskan awak apatah lagi nak jauh dari awak.. lama juga kita macam tu sampai awak kata awak nak balik dorm. nak siap-siap sebab awak kena pergi padang kawad setengah jam lagi. saya pun lagi setengah jam nak balik. awak jalan dengan lemah, dan mana datangnya perasaan saya untuk tarik lengan awak. maaf, saya tak sengaja.. saya terus ucap I Love You betul-betul di hadapan masa awak. mata awak nampak merah! saya tahu awak tahan tangisan awak.. 

awak balas lembut "I Love You Too..," awak cubit hidung saya. awak cakap "janji dengan saya, jangan nakal-nakal. jangan lupakan kenangan kita dekat sini..," saya angguk-angguk jerr. awak hulur jari kelingking awak dekat saya dan awak cakap "janji..?," saya tersenyum dan saya sambut jari kelingking awak. ALLAH, sungguh sayu hati saya ketika itu.. awak pun berlalu pergi, saya perhatikan langkah awak berlalu dengan hati yang berat..

saya balik dorm dan cari buku PLKN saya yang ada tulisan awak. waktu Subuh pada hari saya nak balik. ada budak beri buku tu pada saya dari awak. saya ingat, saya beri awak buku tu untuk tulis apa yang awak nak.. sampai surau saya terus baca. menangis-nangis saya baca isi kandungannya. dan dalam dorm tengah hari itu pun, saya menangis sekali lagi membaca isi kandungan buku itu.. saya cintakan awak, sungguh.

saya bawa barang-barang saya ke pejabat. saya cari kelibat awak masa tu sebab saya tahu waktu ini awak perlu ada di situ juga untuk berbaris ke padang kawad. dannn, saya nampak awak. hati saya seperti di cucuk-cucuk. hati saya meronta-ronta tak nak balik. saya nak di samping awak.. saya tunggu jer dekat situ sampai awak lalu depan saya dalam keadaan berbaris. awak senyum dan buat muka yang saya sangat suka. muka muncung! hehe.. lepas tu awak terus tunduk. saya sibuk cakap "jaga diri..," tapi awak tak endahkan. awak sedih, saya tahu..

kawan-kawan awak semua bising suruh saya jaga diri. lawak la mereka :P dan saya suruh informer kita jagakan awak. dia dengan bangga cakap "baik!..," haha, comel mereka semua.. saya balik, dan sebelum saya melangkah keluar daripada kem, saya sempat pandang bukit untuk ke padang kawad. saya rasa nak berlari naik atas dan beritahu awak yang saya nak balik. tapi mustahil, berat hati saya berjalan keluar dari kem. sebelum saya balik saya cakap "selamat tinggal kem PLKN!!!," mak saya geleng-gelengkan kepala jer. hehe..

bila balik rumah, kita tetap contact. apa yang buat saya makin sayangkan awak, awak tak pulangkan telefon awak pun sebab saya. awak tak nak lepas dari mesej dengan saya.. awak, saya rindu awak walaupun tak sampai sehari kita berpisah.. kita terus-terusan berhubung.. sampailah awak dah keluar dari PLKN beberapa hari kemudian. dan pada hari awak tiba di rumah. saya dah mendaftarkan diri di tempat pengajian.. kita tetap berhubung. rakan bilik saya pun kenal awak. hari-hari saya cerita pasal awak dekat mereka. mereka pun sangat mengenali hati budi awak :)

cukup dua minggu, saya dibenarkan balik bermalam ke rumah. kebetulan, hari Ahad itu ada majlis di kem PLKN. awak ajak saya pergi, cara awak nampak tak sabar-sabar nak jumpa saya. saya pun sama, rasanya excited lebih dari awak. hehe.. dan tibalah hari Ahad itu, awak terlambat sebab teman mak awak pergi beli belah. awak tahu, awak lelaki pertama yang mak saya izinkan untuk keluar bersama. saya macam tak percaya. hehe..

masuk jer kereta, hati saya berbunga riang sangat! hehe.. walaupun perjalanan jauh. saya rela, lama sikit saya dengan awak dalam kereta ni. baju kita matching hari tu.. kita sampai jer kem, cikgu-cikgu semua tegur pasal baju kita. wahhh, rasa dunia ni saya yang punya masa tu.. hari tu awak sweet sangat dengan saya. saya tak akan lupakan semua tu awak.. lepas 4 jam berada di kem. awak hantar saya pulang ke kolej sebab mak saya percaya awak hantar saya ke sana :) 

sampai di kolej, awak lepak-lepak lagi sampai pukul 7petang. baru awak balik. berat hati saya nak lepaskan awak.. awak minta saya janji supaya tak nakal-nakal.. "ingat orang tersayang ni..," awak cakap. hehe, awak comel masa cakap macam tu :P malam tu pula, tepat jam 11:30 malam, hari Ahad, 09 Jun 2013. awak dengan saya disatukan hati.. gembira tak terkata saya masa tu.. terima kasih awak..

seminggu berlalu, tiba-tiba awak kata nak datang kolej. terperanjat saya bercampur gembira. semangat saya tunggu awak hujung minggu tu.. tapi kita tak dapat outing sebab kerja saya banyak. awak teman saya buat homework. baiknyaaaa ^_^ yang best sekali, kita main sepak-sepak kaki. haha.. kelakar pun ada bila fikir balik :P macam biasa, pukul 7petang baru awak bertolak balik. risau teramat saya masa tu. saya buka cerita, saya siap buat solat sunat hajat supaya ALLAH selamatkan perjalanan pergi dan balik awak :') bila awak mesej yang awak dah selamat sampai, bersyukur tak terkata sayang :')

itulah kali terakhir kita berjumpa dalam keadaan yang sedang hangat bercinta.. hari demi hari sampailah suatu hari, awak jarang mesej saya. saya pelik sikit sampailah saya tahu awak keluar dengan buah hati awak. robeknya hati saya masa tu ALLAH jer yang tahu.. saya tahu saya yang kedua tapi awak tak beritahu saya pun. awak, saya sedih sangat masa tu. awak, saya call dan mesej awak tak balas-balas. seminggu! dan cukup seminggu, saya cuba untuk slow down-kan hati saya.. sebab saya ada trial minggu tu dan paused kan dulu pasal kita. 

dan awak datang pada waktu yang tak tepat, saya terus cakap nak berkawan dengan awak.. saya tunggu cuti raya untuk jumpa awak dan selesaikan semua.. sampai cuti raya, saya ajak awak keluar dan kita berbual hati ke hati. ternyata saya lambat.. saya masih sayangkan awak, tapi awak kata awak memilih dia.. dia pilihan awak.. saya cuba pertahankan awak untuk saya tapi, awak dah tetapkan yang awak memilih dia. awak kata awak tak layak untuk saya. ada lelaki lain yang lebih sesuai untuk saya. awak, awak sedar tak apa yang awak cakap?

hancurnya hati saya masa tu, walaupun awak cakap "saya cakap macam ni bukan nak hancur kan hati awak, tak! saya nak awak pandang ke hadapan. Yang Atas tu yang merancang segalanya..," saya tunduk. air mata saya bertakung. tapi saya kuat! saya perlu kuat dan akhirnya kita ambil kata putus, saya tak dapat pertahankan awak. saya kalah. awak pergi bersama dia dan saya kembali berdiri sendiri.. tanpa ada mana-mana lelaki di samping saya..

awak..
kata-kata terakhir saya, semoga awak bahagia di samping dia. kita kekal sahabat hingga ke syurga. In Shaa ALLAH. selagi termampu, saya tunggu awak kembali pada saya. doa saya agar awak dijodohkan untuk saya jika itu yang terbaik. mungkin sekarang ALLAH pisahkan kita kerana Dia nak memberi jalan cerita yang baru antara kita di masa hadapan. In Shaa ALLAH, diharapkan begitulah.. sayang dan cinta saya untuk awak, In Shaa ALLAH sampai mana saya mampu. saya cuba untuk kekalkan cinta saya untuk awak.. ingat, PLKN tempat kita mulakan segala-galanya.. dan kerana PLKN kita bersatu. 

"ALLAH memberi apa yang kita PERLU, 
BUKAN apa yang kita MAHU"

*****

sahabat, tabahlah. ALLAH sentiasa di sisi anda. jangan biarkan hati hancur kerana kaum Adam.. Kuatlah wahai hati sahabatku! :) apa-apa pun, kisah anda ni sangat sesuai dengan lagu Hafiz - Bahagiamu Deritaku. tapi jangan begitu, bahagia dia, bahagia anda juga! good luck kawan ^__^

Penulisan Semula : Hani Suhaila


Saturday, August 3, 2013

Top Scholarship

Assalamualaikum :)

okayyy, pagi-pagi macam ni hani dah survey biasiswa-biasiswa yang top dekat Malaysia. hani terfikir untuk search pasal biasiswa ni pun sebab Miss Anna, my MUET teacher told us to find out about this. reasons? sebab dia nak kami ambil tahu qualification yang diperlukan untuk apply scholarship tu. hehe :) 

dannnnn, bila dah search punya search. banyak juga scholarship dekat Malaysia. macam-macam jenis ada, yang biasa kita dengar, yang kurang biasa didengari dan yang langsung tak pernah dengar pun hani jumpa! hehe *jakun kejap* :P contoh yang biasa kita dengar - JPA, MARA. benda tu biasa sangat kita dengar!
dan yang jarang-jarang dengar tapi kita tahu facilities dia macam Sime Darby, Yayasan Tenaga Nasional etc. dan hani ada jumpa yang langsung tak pernah dengar! hihi. contoh : Yayasan KLK Scholarship Award 2013. tak pernah dengar dan langsung tak pernah tahu. hihi. sorry *peace* 

so, dalam banyak-banyak scholarship yang di-survey. hani nak show-off top 3 daripada pemilihan yang sudah dibuat tapi not available lagi okayyy. kalau ada sesiapa yang tahu scholarship apa yang lagi bagus dari apa yang hani bakal tunjukkan nanti ni, kongsi-kongsikan yerrr. hihi :)


(click on the picture)

scholarship yang biasa kita dengar, MARA. hihihi. MARA ni best sebab bermacam jenis bidang yang dia tawarkan kalau nak ambil biasiswa dari MARA. dan bidang hani ada dalam tuuu, yang hani square-kan tu. dan yang paling best, dia kata every years dia akan offers students untuk ke overseas. wow! amazing dear ^_^ one more thing, dia untuk bumiputera sahaja! special kotttt! :)

(click on the picture)

Sime Darby, memang best. facilities dia semua best, examples, fully-tuition and academic fees. living allowance, book allowance semua disediakan. best tuuuu.. tapiii, dia nak bahagian engineering dengan accounting. most of it! medical, mendicines atau senang cerita yang bahagian hospital tak ada. sedih >___< dan ini mungkin tak akan di-apply -,-"

(click on the picture)

Yayasan Khazanah Scholarship! dan yang ni, hani berkenan sangat dengan scholarship ni sebab dia ada sediakan bidang yang hani sukaaaa! hihihihihi. tu yang pentingkan, baru kita tengok qulification yang dia nak. weee :D

kesimpulan dia kat sini, hani kena jaga pointer hani. kena dapatkan CGPA 3.5 and above baru boleh apply scholarship ni semua. kalau tak dapatkan pointer tu, jangan mimpi lah nak apply semua ni. memang tak merasa lah badan ni. hehehe :) good luck hani ^__^

ehhhhhhhh, tak habis lagi, hani nak share kepada sesiapa yang masih tercari-cari scholarship. sekarang ni banyak scholarship yang dah deadline. so, kat sini hani ada beberapa senarai yang masih belum sampai deadline dia lagi. harap-harap membantu yerrr :)

(click on the picture)

kalau ada apa-apa maklumat, boleh refer dekat AFTERSCHOOL. hani ambil maklumat ni semua dekat situ, memang berguna website tu. kalau nak study further pun, boleh cari informasi kat situ. macam-macam ada. selamat mencari ;)

(click on the link above)

itu sahaja setakat ni. keep supporting keep loving.
bye, assalamualaikum ;)

Friday, August 2, 2013

KMJrian Life Style

Assalamualaikum :)

haaaa, hari ni hani dah balik rumah. "welcome home, hani" hihihi, cakap kat diri sendiri kejap! :D keadaan rumah semua nampak okay, kemas dan tak ada apa-apa perubahan punnnn. semua sama jer, hihi. sekarang ni hani nak update blog dengan penuh khusyuk dan tenang. heeee. yelaaaa, sebelum-sebelum ni kan hani update blog guna telefon jer, sebab tu macam kelam kabut sikit tulisan tu. haiyooo -,-" tu dikira baik sebab sebelum-sebelum ni memang susah nak update kannnn :) okay, lets story! sebab sekarang ni hani memang nak cerita macam-macam pasal KMJ. hihihi. macam-macam jenis cerita ada tau :) 

KMJrian Life Style :P

setelah dua bulan jadi pelajar Kolej Matrikulasi Johor ni, memang banyak dugaan dan cabaran dalam masa dua bulan ni. dengan kerja yang banyak, nak cari masa untuk study lagi, dengan mak yang sakit selama lebih kurang dua minggu masa pertengah bulan lepas. dan bila mak dah sihat, dugaan lain pula yang menimpa. dugaan demi dugaan sampai menitis juga airmata ni sebab rasa sedikit tekanan. hehe. tapi nasib baik ada roommates yang baik dan happening gila. sentiasa ada dalam waktu susah dan senang :') 

merekalah yang memberi semangat dan menghulurkan tangan masa hani jatuh :'D sentiasa pujuk dan pujuk. hekhek *mengada* :P selalu kongsi makanan sama-sama, kadang-kadang tu hani pinjam duit diorang sebab kebiasaannya bila hani pergi mini mart mesti mini mart tu tak ada duit kecil untuk pulangkan baki duit hani. hahaha, lol. tapi diorang tak kesah punnnn ;) mereka dah macam keluarga hani kat KMJ dan In Shaa ALLAH selamanya bersama :')


ni lah muka-muka roommate hani. hihihi. the special one dalam bilik kami ni ialah kami ada non-muslim. bukan sebarang non-muslim tau. ni siam tauuuuu, hikhik :P dan memang hot tau, haha. maysa, hani, rabiatul dengan ajlaa :) diorang ni memang set pandai-pandai kottttt. tanya jer soalan apa kat diorang, diorang boleh ajar dan apa di ajar mesti hani faham gila-gila! :D


dengan rabiatul ;) kawan gaduh ni, haha. tak ada laaa, kami semua rapat tauuuu. dan dia ni paling banyak jadi tok guru hani dalam bilik tu. ngee, mungkin sebab dia nak jadi cikgu. thats why, dia dah mula menerapkan sifat-sifat keguruan dalam diri. hihi


okayyyy, ni gelagat kami semua. hehe :D memang kami suka bergambar kottt. kat semua tempat nak bergambar. memang syok lah :3


bercerita pasal kehidupan seharian ialah hani suka sangat masa lab! hehehe. sebab masa lab memang santai tapi tetap kena fokus. kalau tak memang result dia akan fail dan rasa bengang gila. hehe.. dan lab yang hani paling suka semestinya lab bio! dan hani paling suka experiment pasal blood cells, masa ni lah nak menunjukkan kepakaran menjadi doktor tu. heeee :D tengok muka tu, fokus gila nak cucuk jari orang :P


muka bajet sebab berjaya! hahaha :D tu darah member tu, dia sedekahkan darah. baiknyaaaa. tapi darah dia tak cukup laaa -,-' lastly, hani pun kena dermakan darah sekali. heee :D


yang ni pulak masa latihan teater. teater??? yesss! hani pengarah untuk teater dan teater ni adalah markah Ko-K kami. macam dekat sekolah jugak ada 10% untuk masuk universiti. tu yang kena kejar. hehe. disebabkan hani tak pandai berlakon, hani jadi penarinya sahaja sebab semua perlu turut serta dalam teater even though hani ni pengarah :) 


masa 10 Ramadan hari tu kami ada iftar untuk pelajar modul tiga untuk praktikum MT1 sampai MT10. hani pulak MT5 kannn. hehe :) dan masa ni memang bergambar habis tapi hani malas nak bergambar sangat. gambar dengan praktikum pulak ada dekat assistant monitor hani. maybe dia akan masukkan dalam waktu terdekat. kalau dah ada nanti hani post okay peoples ;)

Daily Life :

okay, jadual hani memang packed kat sana. hidup hani cuma belajar, belajar dan belajar. penat? tipulah kalau cakap tak penat. tapi bila fikir-fikir balik, ni adalah peluang hani untuk mendapatkan masa depan yang cerah dan baik. haaa, kalau tak macam mana nak survive masa depan nanti :') lagi satu kalau tak nak rasa sia-sia bila belajar. sentiasa niatkan diri belajar kerana ALLAH. belajar kerana berjihad! automatik akan rasa bersemangat sangat! hehe :) sebab hani selalu niatkan diri dalam hati. 



kadang-kadang tu rasa malasssss sangat nak pergi kelas. but I try to says something with myself. talking to myself to always survive when I'm at there. focus with my study for my coming future. memang takdir tu dah tertulis tapi selagi ianya belum sampai kita masih ada peluang dan masa untuk berubah. Am I right? :) hehe.. cintan cintun sekarang ni hani paused dulu. matrik ni sangat memerlukan fokus yang lebih. hani takut ada pengaruh luar, so better I quit it for a while until the best time. I'll catch it back :) In Shaa ALLAH. tunggu jer lah, kalau jodoh tak kemana :)

hani nak fokus belajar dan nak gembirakan ibu tercinta! setiap minggu hani mesti akan call mak paling-paling pun sekali seminggu, dan ada masa minggu tu memang sibuk tahap gaban. minggu tu banyak quiz, tutorial bertingkat-tingkat ditambah dengan assignment. mana nak siapkan homework, nak study untuk quiz. haaa, memang tak sempat nak call. tiba-tiba masa tengah buat assignment, mak call. mak tanya kenapa lama tak call. hehe. sayuuu jer masa tu :') then I explains A to Z to her :) nasib mak faham. ngee :P rasa semakin manja bila masuk matrikulasi ni. hihihi. dan lepas sebulan tak balik, akhirnya hani balik juga sebab cuti hari raya. wuhuuuu :)

tapi tak boleh raya sakan lah, sebab naik cuti ni ada mid sem examination.. kena study la sebab UPS ni memang penting! bila masuk matrik, setiap quiz, test dan exam hani anggap itu benda yang serius! tak macam kat sekolah. rasa lain sikitlah diri ni. rasa makin kuat semangatnya. ALHAMDULILLAH.. mungkin sebab tu ALLAH gerakkan hati supaya hani ke matrikulasi. ada sebab-musababnya :)

apa-apa pun, belajar tetap belajar. suruhan-Nya jangan diabaikan. jangan lakukan apa yang Dia larang. semua itu akan beri kesan pada pembelajaran kita. hati ibu bapa perlu dijaga sentiasa. adik-beradik, sahabat-sahabat dan paling penting sekali guru-guru. hati mereka juga perlu dijaga, beri sedikit penghargaan kepada mereka. doa mereka yang kita perlukan ;)

tu jer kot hani nak cerita.. untuk kawan-kawan matrikulasi seluruh Malaysia. selamat ber-UPS! good luck! hehe.. 

keep supporting, keep loving. love you peoples~
bye, assamualaikum :)


-----IKLAN-----

hani tengah mencari sesiapa yang nak mencari agen untuk jual tudung, shawl, inner, handbag etc (for online business only!) minta tolong yer, kalau ada yang memang memerlukan agen tersebut. sila PM di facebook ataupun email-kan dekat hani. URL facebook dengan email address hani semua ada dalam page Introduction. terima kasih ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila