CLICK SAYA !

Tuesday, December 30, 2014

Jom Selongkar!

Assalamualaikum.

aihhh buat pertama kalinya nak buat entry tapi tak letak tajuk lagi. selalunya akan letak tajuk dulu baru lah merepek meraban dalam ni haaa, tapi buntu sikit nak letak apa tajuknya. nanti kita fikir-fikiran ye :)

sebenarnya entry ni special untuk semua yang akan duduk final exam. hari ni mula dah kan? (29/12/2014) ni untuk pelajar-pelajar universiti lah terutamanya student degree. al maklumlah patutnya saya ni dah buat degree tapi reverse balik ambil diploma. tak apa, semua rezeki Allah dah atur, just follow the flow.

tadi adalah scroll Twitter, scroll FB, scroll Instagram. mak aihhh, banyak scroll? hehe. semua kawan-kawan masa matrik dulu post nak final bagai dan ada yang dah exam pun tadi. katanya paper agak killer, agak tough lepas tu risau tak boleh jawab dan mereka sangat risau kot kot fail dan kena repeat paper. okay bab repeat paper tu memang agak gerun sikit mendengarnya.

jadi, nak share sikitlah pengalaman ni ye.
masa semester 2 dekat matrik dulu, masa tu exam Mathematics Paper 1. untuk pengetahuan Mathematics ni memang subjek kesukaan yang melampau dan memang suka sangat subject ni jadi bila kita suka. kita akan buat apa? study dan study, habis semua jenis soalan PYQ dibuatnya siap mengajar orang lagi. kiranya dan pro lah (bukan nak berlagak) dan masa masuk je dewan exam, hati ni cukup yakin soalan tak lari jauh daripada latihan-latihan yang dibuat sebelum ni.

sekali bila masuk je dewan, bukak kertas soalan. hati menangis. Ya ALLAH, soalan apa ni? kalau tak silap exam 2 jam. baca soalan macam baca kertas kosong. buat je mana yang mampu, memang jawab semua soalan tapi hati rasa semua jawapan tu salah! soalan dia sangat susah, sampai budak yang pro maths masa tu pun kata susah.


masa tamat. keluar dewan.
kepala tunduk. balik bilik sambil menangis.
esok ada exam Maths Paper 2.
balik terus study paper 2 tapi jiwa tak tenteram. ended up tutup buku dan menangis. telefon mak, menangis. makan, menangis. bagi tahu roommates, menangis. masa tu dah terfikir dah "habis pointer aku. hancur pointer aku!!! macam mana kalau aku fail? pointer aku!!!!"
menangis.

memang lama betul menangis.
habis paper pukul 12pm dan dari balik tu menangis sampai pukul 6petang.
masa tu tahu tak apa yang mampu dibuat?
sujud, mintak tolong Allah. Dia je yang mampu tolong kita masa tu. rasa tak mampu nak berdiri dan lepas Isyak tu baru okay sikit dan boleh study sikit-sikit untuk paper 2. Alhamdulillah esok tu paper 2 dapat jawab semua soalan dengan baik! Allah bantu. rasa sedikit lapang.

result? sekejap lagi bagitahu hehe.

ni pulak pengalaman dekat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah. 

Anatomy's subject.
dekat sini subject paling hard core untuk Nursing ialah Anatomy & Physiology. memang susah kalau orang tak ada basic. serious talk. dengar diorang yang tak ada basic punya merungut, kesian tengok. hanya mampu membantu je lah kalau diorang mahukan bantuan.

masa final hari tu, anatomy paper paling awal sekali. bukak je paper, hati kata "alhamdulillah apa aku baca semua keluar.." sengih. bila dah jawab semua, masa tamat. hantar kertas jawapan dengan tenang.

bila keluar dewan, terdengar diorang bincang-bincang jawapan. tahu tak? jawapan mereka dengan jawapan saya sangat berbeza ya Rabbi! bila tengok balik kertas soalan, yep saya salah jawab. 5 markah lebur macam tu. dan apa lagi? dari ATM sampai ke Kafe dan sampai ke bilik menangis. masa tu rasa mcm ada batu berat duduk atas belakang badan ni. beban dia beratttttt sangat!

telefon mak. menangis. mak tak tahu nak cakap apa.
menangissss tak ingat dunia dan masa tu hati kata
"kenapa aku cuai sangat? aku tak kuat!"

"tinggg!"
telefon bunyi, ada whatsapp masuk.
roommate hantar video. download dan tengok.
lagu Don't Forget Allah - Farid Sanullah berputar bila video tu mula play.

You down and out,
you just can't come,
you wanna shout,
you lost all hopes,
on your knees and begging please,
you turn and pray to find your way.

hey, you make doa Allah's there.

lirik dia sangat menyentuh hati dan keluar lah kata-kata semangat.

di sini saya nak pesan dan beritahu sesuatu perkara ye.

Allah SAYANG Kita.
kita sedar tak, Allah beri apa yang kita perlu. semuanya ALLAH bagi. tak ada yang tertinggal. lihatlah diri kita sekarang, cukup sempurnakan? tak ada cela kan? sihat dan sejahtera, Alhamdulillah. Dia bagi kita kenikmatan dan dimudahkan segala urusan.

tapi bila kita diuji sedikit, kita mengaduh. kita memberontak dan jatuh. 
sahabat-sahabat..
sesungguhnya Allah hadirkan ujian melalui Malaikat Jibril kepada hamba-hambaNya kerana Allah rindu akan rayuan hamba-Nya. Rindunya Allah pada rayuan hamba-Nya yang amat dicintai itu.

Dalam hadith qudsi Allah berfirman :
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.."

(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

macam saya, dia tak uji banyak. dia uji sikit je. Dia buat saya cuai waktu exam Anatomy hari tu. Dia buat saya rasa susah memahami apa kehendak soalan sewaktu exam Maths paper 1 waktu itu. semuanya kerana apa? kerana Dia nak saya sedar, sekuat mana pun usaha yang saya buat jika tidak ada redha dari Dia, jika Dia tak restui apa yang saya buat, maka Dia akan buat sesuatu untuk menyedarkan saya dan hamba-hambaNya yang lain tentang pentingnya sikap merendah diri dan buruknya akibat jika terlalu yakin akan sesuatu yang belum pasti!

hasilnya, saya terduduk, tersungkur waktu itu.
hati rasa pedih, sakit sangat. saya marah diri saya sebab cuai, saya marah diri saya sebab tak hati-hati.
tiba-tiba hati saya kata "Allah Allah Allah.." nama itu hadir dengan sendiri.
ye saya sedar, Allah ada. Allah tempat pergantungan kita semua.

air mata mengalir, video habis ditonton dan hati istigfar banyak-banyak. nampak? Allah cuit kita sedikit dengan ujian sudah mampu mengembalikan kita kepada Dia. hebat bukan? 
kadang-kadang kita ni jika tak di ingatkan tentang sesuatu perkara, kita akan lupa. begitu juga hubungan kita dengan Allah. jika Allah tak hadirkan ujian, kita tak akan lupa hubungan cinta kita dengan Allah itu wujud, kan?

dan akhirnya saya tertidur menghadap tingkap, tingkap dan langsir dibuka luas-luas. angin lembut terasa tenang sangat waktu. saya tidur dengan nyenyak sangat, lepas penat menangis, bibir basah dengan zikir, saya tidur dalam keadaan yang cukup tenang! terasa angin itu adalah balasan cinta Allah buat saya, seolah-olah angin itu sedang memeluk saya dengan penuh rasa kecintaan. ini sungguh ye tak tipu.

lepas dari hari tu, saya study elok-elok. mintak petunjuk Allah supaya hati terbuka untuk fokus lebih pada topik yang akan keluar exam. Alhamdulillah dibantu.

solat sunat taubat, dan solat sunat 2 rakaat. jangan tinggal. kalau boleh sehari sekali. ataupun dua hari sekali atau paling lama pun seminggu sekali. ianya membantu. In Shaa ALLAH. Al-Quran jangan lupa dibaca. ianya ayat-ayat cinta dari Allah yang penuh dengan maksud yang tersendiri.

itu sahaja yang mampu saya lakukan waktu itu dan sehingga ke hari ini, In Shaa ALLAH sama-sama lazimi ibadah sunat ini.


dan dan dannnn

hasilnya, jeng jeng jeng.
untuk Maths saya dapat B+ Alhamdulillah. rasa tak sangka.
dan untuk Anatomy saya dapat B+ juga.

sedih ke tak dapat A? jawapannya tidak!
sebab Allah memberi apa yang saya perlu, bukan apa yang saya mahu.
mungkin kalau saya dapat A untuk subjek ini, saya akan riak? sombong?
jadi saya yakin result ini adalah yang terbaik. ianya akan buat saya makin dekat dengan Allah swt.
In Shaa ALLAH

HE's the greates ONE. tak ada sesiapa dapat menandingi Dia.

jadi pesan saya, study elok-elok.
Tawakkal? yep itu perlu! tapi perlu didahului dengan usaha. lepas usaha, baru kita Tawakkal. ye?
yang penting hubungan dengan Allah perlu sentiasa dijaga. 

"Bila kita ingat Allah sewaktu kita senang, Allah akan ingat kita sewaktu kita susah"

jadikan cerita benar ini pengajaran untuk anda semua
selamat menduduki peperiksaan! jaga diri, jaga iman dan jaga hati. hindari diri dari melakukan perkara yang dilarang Allah, jaga Iman supaya tidak jatuh merundum dan didik hati untuk tidak meniatkan perkara yang bukan-bukan.

semoga bermanfaat,
wallahu'alam

*kenapa entry ni macam blurrrrrr je? tak apa, cari input ye!*

Pencinta Jihad Bakal Syahid,


Monday, December 22, 2014

Tudung Labuh & Ujian




dengar sini, 
mereka yang baik itu ada keaiban yang ditutup,
dan mereka yang buruk akhlaknya itu ada kebaikan yang tersembunyi.
manusia itu semuanya sama, tidak ada yang sempurna. tapi kita punya akal untuk memperbaiki diri dan cuba sehabis daya untuk memantapkan Iman di hati dan menguatkan cinta kepada Allah dan Rasul 

Iman itu turun dan naik. bilamana Iman kita berada di tahap tertinggi, segala Ibadah dilakukan dengan penuh kesungguhan, terasa kemanisan Iman di situ. Indahnya, Allah sahaja yang tahu.
Dan bila mana Iman itu jatuh merundum! kuncikan, diamkan dirimu, jauhi dirimu daripada mereka yang tidak mengerti. selami hati kamu dan berikan makanan rohani yang secukupnya (zikir). .

Ujian bukan melemahkan, tapi menguatkan. saat kita jatuh, ingatlah ada tangan yang sedang didepangkan dengan penuh rasa kecintaan menunggu kita bersujud dan memuji nama-Nya yang Esa.
Allah SWT  .

bertudung labuh atau tidak, itu bukan persoalannya. persoalannya siapa kita di mata Allah? renung-renungkan.
semoga bermanfaat.
Wallahu'alam 

Kahwin Muda, Boleh Ke Bahagia?

Assalamualaikum.


okay okay, sebelum bash. apa kata baca dulu sampai habis ye. 
tajuk ni bukan saja-saja dibangkitkan sebab saya sendiri admin salah satu page soal nikah muda ni FB tapi dah dikaji serba sedikit, diperhatikan mana yang perlu dan diperincikan serta dirujuk melalui ceramah-ceramah online di Youtube (memandangkan saya jenis suka duduk dan mengkaji) terutamanya ceramah-ceramah Ustazah Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi.

kahwin muda, boleh ke bahagia?

jawapannya :
boleh! bila kedua-dua pasangan itu mempunyai ilmu yang tinggi atau erti kata lain sekufu. sekufu ni banyak orang salah erti, pada mereka ia sama maksud dengan setaraf yakni setaraf dengan kedudukan pangkat dan harta. kononnya anak Dato' selayaknya berkahwin dengan anak Dato', keturunan Sheikh perlu berkahwin dengan keturunan Sheikh juga supaya pangkat yang terletak pada pangkal nama iaitu Sheikh dan Sharifah tidak hilang begitu sahaja bila ada pewarisnya kelak.

tapi sebenarnya itu sudah lari jauh dari maksud sekufu yang dimaksudkan. sekufu ini ialah soal tinggi nilai, ilmu dan fahaman seseorang tentang Islam. itulah yang sebenar-benarnya. miskin macam mana pun kamu, tapi jika Ilmu agama seseorang itu lebih tinggi berbanding kamu yang kaya-raya dek harta dunia tapi miskin ilmu agama, itu sudah melambangkan tidak sekufu! bukan kerana harta tapi kerana Ilmu.


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, 
"kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunanya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. maka pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat"

maksud hadis di sini, jika memilih seseorang untuk dijadikan bakal suami/ isteri. baik lelaki, baik perempuan, pilihlah kerana agamanya. terutamanya perempuan, mereka perlu pilih yang mempunyai asas agama yang kukuh sebab apa? sebab hidup mereka perlu dibimbing dan di didik bukannya mereka yang membimbing dan mendidik. 

tapi tidak salah jika wanita itu mempunyai asas agama yang amat kukuh dan hebat! maka auranya In Shaa ALLAH dapat membantu suami yang rosak akidah ke arah jalan yang lebih baik atau pun suami yang sudah sedia hebat Iman didada menjadikan dia suami yang semakin khusyuk dalam Ibadah dan menguruskan hal-hal rumah tangga dengan penuh rasa kecintaan kepada Allah dan isteri yang dianugerahkan Allah kepada mereka.

nahhh! pentingnya Ilmu agama yang kukuh di hati. bila hati dipelihara, segalanya Allah pelihara. bila kita memudahkan urusan Allah, Allah akan memudahkan urusan kita sebaiknya. In Shaa Allah.

itu bagi mereka kesan bila suami dan isteri mempunyai asas agama yang kukuh. masing-masing cuba tingkatkan potensi sesama sendiri demi rumah tangga yang bahagia hingga Jannah. jika begini gayanya, nikah muda tidak menjadi masalah kerana Ilmu Agama yang kukuh, ilmu rumahtangga, ilmu mendidik anak dan isteri sangat kuat terpahat di hati dan bersedia menggalas tanggungjawab sepanjang hayat. In Shaa Allah rumah tangga itu akan sentiasa di bawah rahmat Allah SWT.

Bagaimana mereka yang nikah muda tapi Ilmunya..kelaut?
saya pinjam analogi Ustazah Fatimah Syarha.


baik, analoginya seperti ini. 
jika kita nak sertai satu pertandingan bola sepak. apa yang kita akan lakukan? mula-mula lantik siapa ketua pasukan, siapa keeper, siapa center dan seterusnya permain pertahanan. dan akhir sekali? berlatih bersungguh-sungguh bukan? berlatih dan berlatih sehingga ke hari pertandingan. berbekalkan semangat dan hasil latihan itu kita bertanding dengan penuh semangat dan confident yang Masya Allah, luar biasa! kalau menang, itu memang selayaknya. kalau kalah, itu rezeki Allah SWT kepada kita untuk tidak memenangi pertandingan itu walaupun sudah berusaha sebaik mungkin. kalau ada lagi pertandingan, akan cuba disertai dan cuba mendapatkan Johan. ye dak? 

kaitannya ialah...
tujuan nak lantik siapa ketua, keeper dan lain-lain itu semua adalah diibaratkan seperti manusia-manusia yang berilmu. bila nak nikah dan punya hasrat nak nikah, siapa yang akan kita cari?? ibu dan ayah, kan? jadi kita akan minta pendapat mereka, berbincang dan bila dapat kata sepakat maka akan bertandanglah rombongan merisik ke rumah perempuan. bagi yang perempuan, mungkin menggunakan khidmat orang tengah yang boleh dipercayai untuk meluahkan isi hati kepada si lelaki. jika si lelaki setuju, mereka akan mengkhabarkan kepada ibu dan ayahnya sehinggalah datangnya rombongan merisik ke pihak perempuan.

bila selesai semuanya, mengikat tali pertunangan. maka? masing-masing berlatih! berlatih apa? melatih diri untuk menjaga jarak, menjaga perbatasan hubungan. masing-masing perbaiki diri untuk menjadi lebih baik. mendalami ilmu-ilmu soal alam perkahwinan, ilmu mendidik isteri dan anak serta pelbagai ilmu yang berkaitan. memantapkan diri dengan Ilmu yang berguna dan memajukan diri soal agama.

dan bila mana tiba saat pernikahan. tok kadi dah goncang tangan suami dan dua orang saksi kata SAH! maka bermulalah pertandingan dalam rumah tangga. bermulalah kedua-duanya cuba mengharmonikan rumah tangga itu berbekalkan ilmu yang diseluk dari setiap bacaan dan majlis-majlis Ilmu yang dihadiri. sepanjang pernikahan itu adalah pertandingan. menang atau kalah itu urusan Allah. yang penting bagaimana kita menguruskan rumah tangga itu kelak. jika menang, maka sudah sepatutnya kerana masing-masing menjaga diri dan mentarbiyah diri sebelum berkahwin dan waktu bernikah adalah waktu yang tepat untuk bercinta. segala-galanya halal! In Shaa ALLAH kekal hingga Jannah.

tapi jika jodoh tidak panjang, maka terputuslah ikatan yang Halal antara mereka berdua. tapi berpatutan kerana masing-masing sudah berusaha sehabis baik. jika ikatan itu tidak kekal hingga Jannah, mungkin Allah mahu satukan mereka dengan orang yang lebih tepat. perkahwinan pertama dikira untuk mencari pengalaman bak kata orang kalau masuk mana-mana pertandingan pun 
"tak apa. first try, lepas ni cuba untuk jadi lebih baik..,"

begitulah ibaratnya.

ok, kalau mereka jenis pakai tangkap muat?
jumpa, suka dan minta untuk disatukan?
sedangkan diri sendiri sedar belum mampu. baik lelaki, baik perempuan.
keluarga larang pun, tetap nak juga.

seperti pertandingan bola tadi, nak masuk pertandingan tapi ketua , keeper entah ke mana. tak komited dengan kerja. berlatih? tak usah cakap. kejap berlatih kejap tak. jadi bila bertanding, boleh menang ke?

kalau rezeki Allah nak beri, ye akan menang. tapi mungkin menang tu sebab nasib je. tak ada yang perlu dibanggakan. kalau kalah? memang selayaknya.

ok, kes ni banyak berlaku di Malaysia.
adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, sahabat-sahabat. bila ibu dan ayah melarang kita nikah muda itu bukan kerana mereka tidak bagi kita kahwin. tapi bayangkan umur 15-17 tahun dah nak nikah. apa jadi masa depan? ye betul Allah atur setiap rezeki hamba-Nya. tapi cara kita mendapatkan jodoh pun sudah salah, macam mana nak berharap Allah akan redha dengan kehidupan kita seterusnya?

bercouple tak tentu arah sana sini. bergayut berjam-jam, sanggup habis kredit demi si dia yang tercinta. katanya "tak apa. aku sayang dia" 
soalannya, sayang apa begitu? sayang yang bawa ke neraka?

"definisi Cinta menurut saya ialah membawa dia yang saya sayang ke Syurga" - Hilal Asyraf


bila baca buku Hilal Asyraf - Sebelum Aku Bernikah.
diri rasa malu sungguh. selama ini bercinta-cintaan. bercouple, hurung pasangan kehulur-ke hilir dengan tidak ada apa-apa ikatan yang sah. sayangkah begitu? sayang yang membawa ke arah JAHANAM! maaf cakap tapi itu yang sebenarnya. sebuah hakikat yang ramai menolaknya.

bila rumah tangga dibina atas jalan yang salah. maka sewaktu berkahwin itu adalah sambungan cerita ber'couple' selepas nikah. maksudnya kini sudah jadi halal, dulu itu tidak halal. saya tahu ramai akan terasa dengan penulisan kali ini.

tapi saya nak salurkan sedikit kekesalan di hati. saya pernah berada di alam percintaan ini. indah? iye indah sangat. indah bergelumang dengan nafsu!! sampai ke hari ini, masih belum hilang rasa kekesalan kerana pernah menjalin hubungan cinta dengan lelaki ajnabi. ya Rabbi. pernah rasa kecewa pada diri sendiri? begitulah rasanya bila mengenangkan diri yang pernah hanyut dengan nafsu dan hati yang terlalu cintakan DUNIA!

jadi kita sambung semula. bila rumah tangga itu dibina dengan jalan-jalan zina. maka perjalanan rumah tangga itu juga masih terpalit kesan-kesan zina. contoh? suami mengupload gambar isteri yang tidak tertutup auratnya di FB. Instagram dan sebagainya. terang-terang suami itu Dayus yakni membiarkan maksiat berlaku didalam ahli keluarganya sendiri. si isteri pula, bersayang-sayang di FB, setiap saat yang dilalui bersama-sama suami dikongsikan di laman FB dari perkara yang sepatutnya sehingga perkara yang tidak sepatutnya. hingga terasa loya membaca tulisan-tulisan yang direka seperti mahu memberitahu seluruh isi dunia yang dia menikah muda. 

saya cemburu? tidak sama sekali.
demi Allah tidak cemburu tapi.. susah nak cakap.
hakikatnya kebahagiaan itu tak perlu dikongsi-kongsi jika ianya melebihi batas. biar insan diluar melihat dengan mata mereka sendiri dan biar mereka menilai dengan pemikiran mereka sendiri.
senang cerita, besederhanalah.


hanya doa yang baik-baik sahaja saya iringi kepada kesemua pembaca sunyi saya. semoga kita didalam rahmat kesyukuran oleh-Nya. saya dulu jahil, dan sekarang masih sedang perbaiki diri. waktu muda ini, isilah waktu sebaiknya. dalami ilmu-ilmu yang bermanfaat. kejar sesuatu yang boleh membuatkan ibu dan ayah kita tersenyum gembira. tak lain tak bukan ialah menjadi anak yang soleh dan solehah. tidak pandai, tak mengapa. tapi punya jiwa untuk mengejar sesuatu kejayaan. kejayaan yang indah ialah kejayaan di Akhirat di mana kita mampu menyelamatkan ibu dan ayah kita kelak.

saya juga tidak sempurna. sedikit ilham ini dari Allah SWT untuk dikongsi bersama. jika ada kekurangan atau tersilap. boleh berhubung secara personal, In Shaa Allah. sama-sama mengubah diri ke arah kebaikan.

Wallahu'alam
Assalamualaikum

Pencinta Jihad Bakal Syahid,


Tuesday, December 9, 2014

Isteri Solehah, Mampukah Aku?

assalamualaikum wbt.


dengan lafaz nama Allah yang berkuasa, saya memulakan penulisan. lama rasanya tak menulis jadi ini adalah sedikit hadiah buat pembaca yang setia. In Shaa ALLAH :)

tajuk dia pun agak menarik, mungkin?

sejak saya menolak satu risikan tempoh hari, dalam bulan 5-6 macam tu. awalnya hanya risikan yang saya anggap cuma main-main je tapi makin saya buat tak tahu, pihak di sana rasa mereka ada peluang dan fikir saya memberi harapan. Alhamdulillah, along saya menyelamatkan keadaan. saya jujur menolak dan along sampaikan ke pihak sebelah sana.

dalam sebulan dua lepas menolak risikan pun masih ada desas-desus tapi saya kata "jangan layan..," dan along pun memberi kerjasama. Alhamdulillah.

bulan 10 tempoh hari, ada seorang hamba Allah ini. permulaan kami hanya bekerja untuk Gerak Kerja Badminton. saya sebagai setiausaha dan dia sebagai AJK Latihan. semuanya atas dasar KERJA. tak sangka pula dia menyimpan perasaan. bila dia luahkan dan berterus terang, saya jauhkan diri. bukan benci tapi nak jaga hati.

lepas-lepas tu cuma jumpa dekat surau, kafe dan paling lasttt terserempak dengan dia waktu tu dia nak ke kafe dan saya ada kerja di surau. saya tak tolak, tak terima. takut kalau tolak, dia mungkin jodoh saya. takut kalau terima, hanya bagi dia harapan palsu dan belum tentu dia jodoh saya kan? tapi niat dia tu dah disampaikan kepada bonda di rumah dan dia ada kata
"saya tunggu semester akhir nanti. In Shaa ALLAH,"

sebagai perempuan, tipu kalau hati tak terusik, tersentuh dan rasa keikhlasan tu cuma untuk waktu ni saya diam dan jauhkan diri. itu yang terbaik. untuk jaga hati dia dan terutamanya hati sendiri :)

balik bercuti ke rumah. terfikir.
macam mana nak keluar dari rumah untuk ke majlis-majlis Ilmu? dan kebanyakan majlis-majlis Ilmu ni boleh kata kebanyakkannya diadakan di UIA dan rasa. seronoknyaaaaa kawan-kawan dekat sana :( dulu ada minta untuk dapat sambung belajar area KL atau Gombak. alasan? mudah ke majlis Ilmu sebab majlis-majlis Ilmu yang hebat banyak diadakan di ibu kota, tapi hampa. namun hanya berfikiran positif! mungkin ada hikmahnya.

dan tiba-tiba terfikir, kalau dah kahwin dan ada suami yang cintakan majlis Ilmu. mungkin dia akan bawa saya bersama ke setiap majlis Ilmu, kan? mungkin *harapan*

dari sudut lain, kalau dah kahwin. tanggungjawab agak besar. mula-mula bertanggungjawab untuk suami. bila dah ada anak? bertanggungjawab ke atas anak pula. nak didik ilmu dunia dan paling penting ilmu akhirat. mampu ke anak itu berfikir soal kematian yang pasti, soal Syurga dan Neraka ataupun senang kata soal kehidupan akhirat yang hakiki?

diam. tiada jawapan.

bakal Ummi dia ini pun tak mampu pertahankan Iman ditahap yang sama, sering sahaja turun dan naik. Allah Allah Allah. macam mana nak didik anak? untuk jadi khalifah, untuk jadi Syabab-Syabab Agama dan Mawar-Mawar Agama milik Allah?

masih diam. pening.

kita akan mampu bila kita dibantu.
itu jawapan yang keluar. bila suami juga soleh, pasti dapat bantu untuk didik anak-anak menjadi soleh dan solehah. dapat bantu anak soal tajwid, ajar solat dan ceritakan kisah-kisah nabi pada anak dan sama-sama terapkan ilmu akhirat dan tiupkan semangat jihad supaya mereka membesar dengan semangat jihad yang kukuh di hati!

layakkah aku untuk ada suami sehebat itu?
lihat pada diri.
"kita sendiri mencorakkan jodoh kita nanti..,"
terkeluar ayat ini di minda.

Allah, aku tidaklah se-solehah mana. ilmu akhirat, masih banyak yang perlu diperbaiki. masih banyak yang perlu. ilmu dan ibadah fardhu, banyak yang masih perlu dibaiki, ilmu dan ibadah sunat? lubang-lubang. jadi mana nak datangnya suami soleh? kalau diri sendiri belum cukup solehah?

hati berkata..
kuatkan hati, kalau diri cuba untuk perbaiki diri. jodoh kita juga sama. kalau kita cuba tampal mana yang koyak dan betulkan mana yang rosak. In Shaa ALLAH, jodoh kita juga sedang lakukan perkara yang sama. yang penting jangan pernah lupa Allah. kejar Tahajjud, seminggu sekali itu dah dikira hebat. kalau dapat setiap hari, itu yang terbaik. In Shaa ALLAH.

tapi perlu juga ingat. semulia dan setabah Asiah, masih bersuami-kan Firaun. sehebat Iman Nabi Nuh a.s itu, beristerikan si derhaka. jika Allah beri rezeki yang baik, mungkin pasangan kita seperti Ali dan Fatimah. siapa tahu? Allah juga yang tahu dan Allah juga yang berhak. kita hanya mampu usaha dan selebihnya biarlah Allah yang uruskan. In Shaa ALLAH.

pesanan buat diri sendiri khususnya :)

Pencinta Jihad Bakal Syahid,

Tuesday, October 7, 2014

Pengalaman Pertama Di Wad

Assalamulaikum.

Ana harap apa yang ana share ni akan bagi manfaat dan kesedaran buat semua. In Shaa ALLAH. Alhamdulillah hari Jumaat hari tu dah masuk wad. Siap semua orientasi wad, Clinical Instructor (CI) dah lepaskan kami untuk buat kerja. Masa tu macam kelam kabut sikit sebab tak tahu nak buat apa. Nasib baik senior-senior baik dan bagi kerjasama. Tugas kami untuk semester 1 ni Cuma ambil observation (blood pressure, temperature, respiration  & pulse), selain tu kena cuci najis mereka dan selebihnya tolong patient apa-apa yang patut dan kadang-kadang tolong senior buat prosedur yang kami tak belajar lagi.

Disebabkan hari pertama rasa macam tak tahu nak buat apa dengan kami dan pinggang sakit sangat sebab kami tak dapat duduk. Jadi, balik je dari kerja terus list-kan esok nak buat kerja apa dekat wad. Kiranya buat perancangan supaya objektif untuk esok tercapai. Dan pergi je kerja esok tu, rasa semangat! Sampai wad je, tulis nama dekat buku terus minta kebenaran nak solat Zohor. Siap solat Zohor, naik balik wad 7A terus jalan-jalan sementara nak tunggu pukul 3:00petang nak buat observation.

Pukul 3 petang je terus mula observation dengan senior semester 2, kak Ainina. Comel sangat kakak niii! Dia pun baik gila! Hehe. Buat observation sampai habis. Lepas tu ada patient psikiatrik dia buang air besar atau bahasa medical, kami sebut Bowel Out (BO). Jadi ana pergi dekat patient tu sementara kakak senior ambil peralatan. Sayu tengok keadaan dia, dah lah ada masalah mental dan tak henti-henti meragam. Tutup skrin dan cuci BO patient tu tadi. Sebelum ni dalam kelas asyik fikir “macam mana aku nak cuci BO orang ni. Geli!,” tapi semalam. Memang bau tu ada, tapi secara tiba-tiba hati jadi cekal. Relakan bau tu dihidu oleh hidung. Loya? Memang ada, tapi buat tak tahu. Tangan sibuk pegang tangan patient tu sebab takut dia cabut tiub dekat hidung dia. Dah siap pakaikan dia pampers, kami kemaskan pesakit tadi bagi dia selesa balik. Buka skrin terus buat kerja lain.

Lepas Asar, nak dijadikan cerita ada Staf Nurse ni minta tolong ana dengan seorang sahabat ni buat observation dekat patient Hematologi. Patient yang ada masalah dengan darah atau erti kata lain, cancer! Unit ni, mereka nampak ceria dan sihat tapi sebenarnya mereka cancer. Ada seorang adik ni, dia lelaki. Oh ye, ana jaga wad lelaki. Sambung balik, adik ni dia baru lepas SPM. Sempat lagi berbual dengan dia. Bila senior ana tanya “adik sakit apa?,” dia jawab “hepatologitis,” senior tanya lagi “sakit apa tu?,” dia dengan tenang jawab “kanser,”. Masa tu hati ana dah pilu dah. Semuda ini ALLAH dah uji dia dengan kanser. Dan cara dia jawab macam dia sakit biasa bukan kronik pun sedangkan dia tahu pengakhiran hidup dia ialah dengan ‘mati’. ALLAH, rasa sayu hati.


Lepas dah check adik tadi, kami pergi patient seterusnya. Sambil tolak troli. Tiba-tiba mak adik tadi datang dekat ana dengan muka dia masih basah dengan wudhu’ sebab waktu tu dah Maghrib. Dia tanya anak dia demam tak? Ana jawab “dia tak demam, Puan..,” nampak wajah lega pada muka mak adik tu. Mereka takut kalau-kalau patient cancer ni demam. Baru ana tahu. Bila mak adik tadi pergi balik dekat anak dia. Hati ni terdetik, ”kalau aku dekat tempat adik tadi. Mesti mak aku pun sanggup duduk wad sama-sama dengan aku. ALLAH, terima kasih sebab kau tak bagi aku ujian sehebat itu. Kau tahu aku tak mampu, sebab tu kau tak berikan sakit yang membawa maut seperti itu..,”

Patient seterusnya, umur dia 25 tahun. Tak sempat nak tengok nama. Dia nampak ceriaaa je! Siap tanya “adik tak balik raya ke?,” ana jawab “tak. Cuti dua hari tak sempat balik lah,” dia kata “tak apalah, berkorban kan..,” ana angguk je. Ada jugak berbual dengan family patient tu. Ada mak, adik-adik dia yang lain. Hati terdetik lagi “ALLAH uji mereka dengan kanser.tapi mereka masih mampu ceria. ALLAH uji aku jauh dari keluarga, aku dah homesick gila! Sangat tak berpatutan cara aku selama ni sedangkan mereka di uji lagi hebat..,” insaf.

Balik kerja pukul 9:00pm. Sampai kolej pukul 10:00pm, terus kemaskan diri dan solat. Tiba-tiba hati teringat adik tadi. Rasa sayu. Atas hamparan sejadah sedekahkan Al-Fatihah buat adik tadi dan patient-patient ana yang lain, air mata mengalir. Ye, air mata yang ditahan-tahan dari wad tadi. “masa depan awak masih panjang dik..,” hati terdetik. “kau sangat kuat. Semoga ALLAH menguatkan dirimu dan menabahkan ibumu dik..,” terbisik ayat tu dari bibir.


Tak cukup dengan tu, cari Izzati. Toilet-mate ana. Ana cerita pada dia sambil menangis-nangis. Dia kata “lembut sangat hati hani ni.. ALLAH nak uji dia..,” lepas tu ana siap-siap dan terus tidur.
Bangun pagi ni, terasa nak share dekat blog. Nak jadikan ianya satu kenangan abadi sambil berda’wah. Mari, sedekahkan Al-Fatihah pada adik tadi dan patient-patient yang ana jaga ni. Semoga mereka sembuh dan jika mereka tiada harapan untuk sembuh. Harapnya mereka diberi kekuatan untuk menempuh dugaan ALLAH dan ahli keluarga mereka juga diberikan kekuatan dan ketabahan. In Shaa ALLAH. ameennnn!


tiba-tiba rasa bersyukur sebab ALLAH tetapkan ana untuk menjadi nurse. ada hikmah di sebaliknya :') Ya Rabb, Syukron!

Pencinta Jihad, Bakal Syahid

05/10/2014 – 12:07pm

Wednesday, September 3, 2014

Poligami Menjadi Ketakutan Para Isteri


Assalamualaikum wbt.

hari ni tengok TV semua cerita berkaitan poligami. suami berkahwin lain atau pasang cawangan lain tanpa pengetahuan isteri pertama. jadi? terpaksa berpura-pura jadi sibuk, ada tuntutan kerja di luar kononnya tapi sebenarnya ada tanggungjawab di luar iaitu isteri kedua. jadi Hani nak cerita soal Poligami mengikut kefahaman dan pandangan Hani.

kenapa lelaki cenderung berpoligami berbanding monogami? 

jawapannya :

jawapan cliche yang biasa kita dengar dari mulut-mulut lelaki ialah "Poligami itu Sunnah,". ye, poligami itu sunnah. tapi mereka hanya rujuk pada sunnah semata-mata, tidak pula cuba mencari ilmu soal poligami dari ayat-ayat Al-Quran dan membaca sebanyak mungkin fakta-fakta ataupun artikel dari penulis-penulis hebat seperti Dr Farhan Hadi, Ustazah Fatimah Syarha dan paling hebat sekali Imam Yusuf Al Qadarawi (hasil rujukan novelet Islami Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu).


dalam surah An-Nisa' ayat 3 bermaksud :
"Dan jika kamu khuatir tidak mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (ketika kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah seorang saja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. YANG DEMIKIAN ITU LEBIH BERKAT AGAR KAMU TIDAK BERBUAT ZALIM..,"

berdasarkan tulisan cinta ALLAH ini, kita dapat huraikan dua perkara. pertama, nikahlah dengan insan yang kita sayang yang kita cintai. tapi tak bermakna sebelum bernikah sudah boleh ke sana sini tanpa tujuan yang khusus bersama insan tersayang. itu salah dari segi Syarak! penjagaan ikhtilat amat dititik beratkan untuk insan-insan sebegini. 
kedua, jika insan yang kita nikahi itu tak menyenangkan hati sebagai contoh isteri itu pilihan keluarga. maka nikahi perempuan lain. TAPI!!! jika dengan pernikahan yang baru akan mengakibatkan diri seorang suami jadi tak tentu hala, membuat isteri pertama sengsara, ini membawa maksud suami menzalimi isteri tersebut. maka terimalah isteri sehabis baik seperti mana isteri itu menerima diri suami.


kisah Rasulullah :
Poligami Sunnah Rasulullah. Monogami juga Sunnah Rasulullah. Rasulullah menjalani perkahwinan monogami bersama Khadijah ra. selama 25 tahun sedangkan Rasulullah berpoligami hanya selama 10 tahun. Baginda bermonogami lebih lama berbanding berpoligami. sayang dan cintanya pada Khadijah ra sangat tulus dan suci. sehingga Baginda bernikah dengan Aisyah ra. sekali pun, baginda sering memuji-muji peribadi mulia seorang isteri solehah yang dimiliki oleh Khadijah ra. di hadapan Aisyah ra. hingga Aisyah ra. cemburu dan merajuk dengan baginda.

baginda juga meletakkan syarat atas anak-anak gadisnya yang ingin disunting. salah satu syaratnya baginda sehabis boleh tak mahu anak-anak gadisnya hidup berpoligami sebagai contoh Fatimah ra. bersama Saidina Ali. bila mana Saidina Ali mahu berpoligami, Fatimah ra. memberikan pencerahan tentang kelebihan dan kekurangan Saidina Ali dan akhirnya Saidina Ali tetap setia bersama Fatimah ra. 
(hasil rujukan novelet Islami Cinta High Class)

"Maka yang mana satu antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu dustakan?,"
Surah Ar-Rahman, ayat 57


untuk pengetahuan kaum Adam, ALLAH tuliskan di dalam Al-Quran soal poligami bukan sebagai galakkan tapi sebagai ugutan. ALLAH nak beritahu secara tersirat apa sebenarnya poligami. apa tanggungjawab yang bakal saudara-saudara hadapi bila berpoligami dan beratnya hidup berpoligami jika tidak benar-benar cukup ilmu di dada.

secara jujur, ana tak mahu hidup berpoligami. kerana itu Talak Khuluk diadakan dalam Islam. sebagai contoh isteri membuat syarat Khuluk, jika suami terlafaz untuk bernikah dan memiliki isteri kedua, maka jatuhlah Talak 1. tidak lain tidak bukan demi menjaga akhlak dan agama yang tersemat di dada. tidak semua wanita sanggup dimadukan. bagi ana, bila dimadukan ana pasti akan cemburu. maka muncullah sifat iri hati, dengki dan ada sahaja perkara negatif yang ana akan lakukan. secara tidak langsung, itu bakal merosakkan Iman ana pada ALLAH. tapi bagi yang kuat dan tabah, ana hormati. tujuan Talak Khuluk seperti itu diharuskan bagi menjaga kedamaian sebuah rumah tangga. si isteri tak perlu rasa bimbang untuk membina rumah tangga kerana hati tenang mengatakan suami bakal setia. In Shaa ALLAH. 

positif kan yang negatif. 
suami masa kini sering mengatakan 
"positiflah pada poligami..,"
dan jawapan ana pula 
"positiflah dengan penceraian..,"

kerana apa? 
kerana tidak lain tidak bukan demi menjaga kesucian sebuah agama. ana takut payung emas yang dikejar di akhirat atas kerelaan hati bermadu itu terlepas dek kerana cemburu yang berleluasa dalam diri sepanjang hayat. ana akan rugi. itu satu kepastian. jadi ana rela melepaskan payung emas itu demi menjaga dan memastikan taman-taman Iman di hati ana tidak hancur di tetas cemburu dan iri hati tak berkesudahan.


cara-cara menghindarkan diri dari poligami :
ye, ramai wanita-wanita yang tak mahu hidup bermadu. jadi sebagai langkah awal, persiapkan diri dengan ilmu-ilmu bermanfaat di dalam dada. ilmu-ilmu dunia, ilmu-ilmu akhirat, ilmu perkahwinan, ilmu keibubapaan dan segala macam ilmu yang perlu. di samping menjaga kehormatan diri sebaiknya agar tidak ternoda. bagi gadis-gadis yang pernah bercinta (berpacaran) sebelum ini dan mulai insaf. ana nasihatkan agar sentiasa istigfar jika wajah kekasih lama menghantui diri. jaga hati antum sebaiknya. merindui itu perkara biasa. rindu, cinta itu fitrah tapi jangan sampai fitra menjadi fitnah pada hati dan mengakibatkan hati rosak dan penuh dengan noda-noda hitam. nauzubillahminzalik! maka perbaiki hati dengar istigfar, jauhi perkara-perkara yang mendekatkan diri pada zina. sentiasa basahi bibir dan lidah dengan zikrullah. In Shaa ALLAH, ALLAH pasti bantu kita untuk mendapatkan jodoh yang setia, yang rela bermonogami sepanjang hayat dan baik budi dan akhlak serta agama. In Shaa ALLAH, ameennnn

buat masa ini, ana fokuskan 100% pada belajar dan mengejar redha ALLAH. bila hati sudah benar-benar kuat bersama ALLAH dan bersulamkan cinta buat Rasulullah SAW. baru ana fikirkan soal ini.

"Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Tidak boleh ada dua cinta dalam satu jiwa. Dalam hati yang satu itulah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Kegelisahan pun menghampir..," 
- Hasil rujukan SOLUSI isu 71 (Bersama ALLAH Tidak Gelisah)


maka pada waktu ini, tanamkan, semaikan, bajakan dan suburkan cinta buat ALLAH SWT yang utama. jika cinta pada ALLAH sudah cukup kekuatannya dan bila kita benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri/suami. ALLAH akan bukakan pintu yang bakal melengkapkan separuh agama kita itu dengan mudah dan In Shaa ALLAH dipermudahkan! teruskan berdoa demi sebuah rumah tangga yang kekal hingga Jannah. jaga batasanmu, hindari berpacaran sebelum nikah. 

jika sudah bertunang, berhubunglah sebatas urusan.
khususnya nasihat ini demi mengingatkan ana dan antum sekalian. syukron kerana membaca. ana tidak sehebat mana, tidak tinggi ilmunya. hanya berkongsi sebatas yang ana mampu. moga bermanfaat.
syukron sudi membaca nasihat ana ye. ana hargai.

Mari Menjadi Hamba!

Dari Pencinta Jihad Bakal Syahid!

Sunday, August 3, 2014

Bla Bla Bla

Assalamualaikum :))

mula-mula sekali nak cakap, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah sebab dapat beraya di Melaka, rumah saudara-mara dan sempat jumpa sahabat-sahabat mana yang sempat dan pergi rumah cikgu-cikgu mana yang dapat pergi. hehe. bersyukurrrrrrr sangat! sebab susah sangat sebelum ni nak pergi beraya dengan kawan-kawan dan ke rumah cikgu-cikgu. kalau masa sekolah dulu, fikirkan transport. kalau waktu sekarang, kekangan masa sebab terikat dengan study kan. so, ALLAH bagi ruang sikit ni dapatlah rapatkan dan ikatkan ukhuwah sesama sahabat fillah dan cikgu-cikgu zaman sekolah dulu. hehe :))

macam biasa bila cuti mesti dan mesti dan mesti jumpa Aqilah!!!! tapi kali ni tambah sikit, ada Mai dengan Hami dannnnn jumpa Nadzirah :)) hihi



kami beraya ke rumah Nadzirah, dan dapatlah jumpa mak Nadzirah, Cikgu Hayati dengan bekas cikgu HEM sekolah kami, Cikgu Yazed. yang kelakarnya, Mai takut gila nak jumpa cikgu Yazed macam orang tu nak telan dia. padahal cikgu biasa-biasa je. (-_-") 


perjalanan diteruskan ke rumah Cikgu Liza!
dannnn jumpa lah bekas budak-budak lelaki kelas 5 Sains duluuuu. tak sempat berbual sangat dengan diorang tapi ada lah sakat-sakat sikit. semua dah macam bapak orang. dengan suaranya, dengan gayanya. sesuai dah jadi bapak orang. heee :D

disebabkan kami tak sempat nak selfie dekat rumah cikgu Liza, jadi selfie dekat dalam kereta pun boleh :P

muka pucat sebab tak suka make-up satu hal, satu hal lagi penat dan tak cukup rehat. yang penting seronok! hihi :P



okay next!
seperti yang Hani dah janji dalam post sebelum ni dan pada diri Hani, nak share pengalaman yang tak seberapa nak ada dekat KSKB SAS. so far, Alhamdulillah semua okay. cuma kena rajin study dan rasanya habit dekat matrik (struggle, iyeke? haha) kena diperkuatkan lagi laaa. especially subject Anatomy & Physiology (A&P) sebab dia 100% Biology and 100% human's body function.

Nursing (B) with seniorssss
9 Male Nurses | 51 Female Nurses

sama macam dekat matrik, ada mid sem examination dan final exam. so, perlu berdepan dengan 2 jenis exam je lah tapi every chapter should have at least one test. so, Hani ada 5 subject kena catch up and of course lah kena kerja keras lebih nak menghadap test test test yang lecturer buat. be strong je la. for the bright coming future, riteeee :P


tapi Hani sangat tak sabarrrrr nak pergi practical! nak masuk wad! *joget-joget* haha, sebab apa? entah! rasa seronok! walaupun otak dah kata 'mesti penat' tapi hati kata 'tak apa! best tau. enjoy' hihi. tiba-tiba mak kata, dulu masa Hani kecik-kecik dalam umur 5-6 tahun. Angah demam masa tu, Hani pergi ambil paracetamol dengan air suruh angah makan. bila angah tak nak makan, Hani marah dia. heee. lepas tu masa arwah abah pulak, bila mak bawak pergi melawat abah. Hani mulalah, ambil air lap tangan dia, selimut kan dia. senang cerita macam tengah jaga dia la konon (tangan dibahu, mata keatas) hihi. so mak kata nampak dah ciri-ciri ke arah perubatan tu.

saja share. haha :P

oh yeeee, Hani baru sedar yang Hani dah masuk dalam bidang perubatan even bukan DOCTOR tapi dah bahagian perubatan lah. Hani sedar benda ni masa minggu orentasi. masa orentasi tu, Encik Yong cakap yang kami dah selamat masuk dalam bidang perubatan, bidang yang mulia. masa tu rasa macam kena sambar kilat. zuppp! teringat dulu dulu dulu, cita-cita Hani ni nak jadi Doctor, kiranya bidang perubatan tapi sekarang masuk nursing. korang faham tak apa Hani cakap ni? 
*kenapa aku rasa macam korang tak faham je* (-_-"")

hahhhh tak apa lah, point kat sini cuma nak cakap apa yang Hani pernah cakap pernah mintak dekat ALLAH, Dia dah kabulkan sedikit demi sedikit. Alhamdulillah. mungkin lepas ni Dia akan pertemukan Hani dengan jodoh yang Hani tungguuuu sangat-sangat. eh? haha 
*abaikan perkara ini*

ehhhh ni nak cerita. hari tu Hani kena check roommate sebab nak kena settlekan assignment. pergilah bilik senior (kak Fatin) sebab nak pinjam stethoscope dengan uniform nurse sebab nak buat tangkap gambar passport dengan uniform. balik bilik terus cuba pakai stethoscope dan dengar bunyi jantung dannnnnn, alahai comelnya bunyi jantung, hahaha. satu bilik gelak. lepas tu dengar bunyi perut (bowel sound) dan gelak lagi haha. malam tu memang berdekak lah gelak. budak jakun memang begini. ngah ngah :P


hmmm untuk classmates pulak, Hani punya penghulu cakap
"kau ni mula-mula aku ingat pendiam tapi hyper rupanya,"
dah Hani memang macam ni, hyper dan peramah pada orang yang dikenali sahaja. cuba kalau tak kena, alahai baik dan sopannya Hani Suhaila ni. cehhh! :D

Penghulu Penghuluwati Nursing (B)



classmates semua okay, Alhamdulillah. haaa teringat masa mula-mula datang sana dulu. masa minggu orentasi lagi, mak call je, Hani menangis. Izmil pun ada call, jawab je call Izmil terus menangis. kalut budak tu jenuh nak memujuk kawan dia yang suka menangis ni. haha. Rabi, Lala, Maysa pulak bila diorang Whatsapp, Hani menangis lagiiii. masa tu rasa rinduuuuuu sangat dekat mereka :( masuk bilik je Hani teringat dekat mereka tapi dekat sana, penghuninya dah lain :( selalu tengok gambar diorang dekat sana sebelum tidur. serious rindu! Muzamil pulak boleh mesej "cek dengaq ada orang menangis dekat sana. sabaq naaa. tempat baru memang macam tu tapi Hani tak jumpa dah kawan macam cek, Rabi, Lala, Maysa, Izmil, Shira," cisss! perli betul mesej dia. tapi ada nasihat jugak yang hujung-hujung tu. heee

seminggu kat sana, hari-hari call mak sampai topup habis. heeee. sampai mak kata 
"dah lah tu call, nanti kredit habis pulak,"
"alaaa, call mak je pun nak berkira payah lah!," Hani protes
"nanti nak call pakwe tak boleh pulak..,"
"kite tak ada pakwe. ishhh,"

hmmm tu alasan yang mak gunakan sekarang. nak call pakwe, mesej pakwe. pakwe tak ada call ke? masalanya anak dia tak ada pakwe. dan mak tahu bila cakap pasal pakwe je, Hani kalah! grrrrrr! (-_-)

role play team ~

hmmmm tu je lah nak cerita. tak tahu nak cerita apa lah. anyway esok (3 Ogos 2014), Hani dah balik kolej. so, as usual Hani minta doa-doa kalian mengiringi Hani ke sana dan sepanjang Hani di sana. In Shaa ALLAH ada waktu terluang, Hani update lagi ye. Doakan kejayaan Hani dan doakan juga untuk saudara-saudara kita di Gaza dan Syria. In Shaa ALLAH.

Jazakallah Kheyr!
bye, Assalamualaikum :))

*oh yeee, nanti view post yang pasal raya ye. click sini Selamat Hari Raya 2014*


Friday, August 1, 2014

Selamat Hari Raya 2014!!

Assalamualaikum, haiii :))

wahhhh, dah 4 Syawal baru dapat update blog. nampak sangat kesibukan disitu. kesibukan beraya, layan anak-anak sedara yang bermacam-macam kerenah, kesibukan mengemas rumah yang dah macam kapal karam (tapi sekarang dah kembali normal, haha). nampak mudah tapiiii ALLAH je tahu rasa dia. takpe takpe, janji bahagia :) heee

Alhamdulillah, raya tahun ni dapat beraya dengan selamat dan happy. ingatkan tahun ni dapat berpuasa penuh dekat rumah (Melaka) tapi hajat tak kesampaian, tahun ni dah merantau ke Perak. dari awal puasa sampai habis Ramadan di negeri orang. perantauan lah katakan. hihi. Alhamdulillah, Hani dah mula study sekarang ni, Diploma In Nursing. so far okay, kawan-kawan sekelas, roommates semua, Alhamdulillah. pasal study, Hani cerita lain kali. nak fochussss RAYA! hehe.


macam biasa, 1 Syawal lepas Solat Hari Raya. siap-siap pergi kubur arwah Abah. along dengan abang bersih-bersihkan sikit kubur dan baca Yasinn. sebelum tu dah salam-salam dengan mak dan along, mintak maaf salah silap semua. yang best tahun ni, Hani tak nangis macam tahun-tahun lepas. hihi. tapi bila salam mak cakap "Selamat Hari Raya, Mak," sebak jugak cuma tahan. ego kononnya. haha.

2 Syawal, baru rumah penuh, along, angah dengan kak lang dah balik. abang dah balik Batu Pahat, rumah family Kak Amal. masa ni dah mula meriah dia hehe. ramai dah balik rumah mak kannnn. pagi-pagi dah siap nak pergi beraya rumah saudara-mara sebelah abah. tapi sebelum pergi, selfie duluuuu





ohhhh, Hani dah pandai guna monopod. haha. actually, monopod tu kak Lang yang belikannn. nak harap Hani beli? memang tak lah. saya kedekut, harap maklum. hihi :P okay mula pergi beraya ke Tangga Batu, Tanjung Kling dan Pokok Mangga. yang bestnya, Hani tak jadi driver tau hari tu. kita duduk sebelah je. haha :P




dekat Pokok Mangga. selfie sekejap dengan sepupu sepapat. kenangan kononnya. hihi :D

lepas tu patah balik ke Tangga Batu. singgah rumah makcik. makan-makan terus balik. Hani dengan Kak Lang hantar mak balik rumah lepas tu pergi Pantai Puteri, saje jalan-jalan! tiba-tiba Angah call suruh beli mee kuning. on je lah kata boleh beli tapi lambat la sampai rumah :D




actually, Hani rindu kak Lang ni. dia susah nak balik :( sebab busy kan. tu yang banyak habiskan masa berdua dengan dia hari tu. rindu masa zaman kecik-kecik. selalu buat apa-apa together. tapi since dah besar, dia dah ada tanggungjawab sendiri dan Hani busy study, so kurang lah masa kami bersama *tetiba rasa nak nangis* haha. 

semalam basuh kereta sama-sama dengan dia. main jirus-jirus air, wallahi memang rinduuuuu sangat zaman dulu. sebab Hani ingat, kami pernah basuh lantai rumah sama-sama lepas tu main air semua haha. rindunyaaaaa :') tiba-tiba ALLAH putarkan semua tu dalam fikiran ni dan automatik rasa sebak. 

Hani rapat dengan Along, Angah dan Kak Lang. tapi bila dah besar, Hani lebih rapat dengan Along dan Angah sebab diorang selalu balik. Kak Lang sangatttt jarang, since dah ada teknologi macam whatsapp ni lah baru rapat balik. ALLAH uji hubungan kami. like seriously, ALLAH uji sungguh-sungguh hubungan kami adik-beradik. tapi alhamdulillah, semua okay. Hani sayang family Hani. mereka family members yang awesome! hihi

*lap air mata*
okay sambung balik haha

3 Syawal, pergi Pasir Besar Negeri Sembilan.
beraya rumah Maklong sebelah mak. tak tahu nak cerita apa. tengok je lah gambar. hihi




okay, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua silent readerssss!
maafkan salah silap andai terasa dengan penulisan-penulisan Hani selama ni, andai ada tersinggung hati terlebih menulis dalam blog ke sampai muak nak baca. hihi. maaf maaf maaf.

untuk sahabat fillah, maafkan diri ana atas salah silap yang dilakukan, terlebih bicara, terlebih beraksi dan terlebih apa-apa yang ana lakukan pada antum sekalian. maaf sangat-sangat. minta halal makan minum yang kita kongsi atau ana saja ambil untuk makan. maaf ye maaf.

Salam Aidilfitri to all readers and sahabat fillah!
bye, Assalamualaikum

*kenapa rasa post kali ni bosan?* :o

Monday, June 30, 2014

Bye Melaka, Assalamualaikum Perak

Assalamualaikum, hai!

sebelum apa-apa, Hani nak ucapkan Salam Ramadan! selesai dah 1 Ramadan kita ye? Alhamdulillah. Hani nak pinjam ayat Aiman Azlan. "Make this Ramadan different!," haaa, semoga Ramadan kali ni akan jadi bulan penuh barakah dan mendidik kita menjadi Mukmin yang lebih kuat Imannya pada ALLAH. tapi Hani suka ingatkan diri, bukannya jadi baik pada bulan ni je tapi di bulan-bulan seterusnya. In Shaa ALLAH!


okay, straight to the point. macam yang Hani cerita dekat entry yang lepas 'Istikharah Terjawab'. In Shaa ALLAH esok (Isnin ; 30 June 2014) Hani akan bergerak ke Perak! dan hari Selasa ; 1 July 2014 Hani akan register dekat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah. Nurse To Be yo!

macam masa Hani pergi PLKN dengan study dekat Kolej Matrikulasi Johor. apa yang Hani harapkan tentulah doa-doa anda semua supaya Hani success dekat sana dan dapat room-mates/house-mates/dorm-mates/class-mates dan kawan-kawan yang baik, Soleh Solehah dan buat Hani jadi lagiiiii baik dan bertakwa di sana walaupun jauh daripada keluarga. kawan-kawan yang sudi ada masa susah dan senang. harap Hani dapat sesuaikan diri dengan cepat dannn pantas dekat sana dan kawan-kawan tak sombong tapi baik dan peramah. In Shaa ALLAH, aameennnn!

jumpa ni dekat Mr. Google. haha. comel :P

hmm perasaan yang sama masa nak pergi PLKN dengan KMJ. satu perasaan yang tak boleh disembunyikan, rasa TAKUT :( tapi tak apa, Izmil dengan mak kata jangan takut. fikirkan perkara-perkara yang menarik je! In Shaa ALLAH. dah dengar dah suara kawan-kawan, whatsapp, wechat yang cakap congrats, good luck and etc. thank you :)) hehe

"mak doakan kau lulus dengan cemerlang dekat sana! jodoh tu nombor 2 lah ye?," - MAK

amboi mak! haha, actually mak Hani mintak supaya Hani tak berjodoh dengan orang Utara sebab alasannya jauhhhh. tapi selalu cakap dekat mak "kalau dah kata orang Utara jugak, kena terima," mak diam. krik krik. haha. eh ni kenapa cakap pasal jodoh ni? entry ni entry sedih lah Hani! sebab nak tinggal kan Melaka, TV, World Cup, bantal, katil yang besar lagi selesa ni, makanan-makanan yang sedap, dan dan dan WiFi yang laju tahap cipanzi ni. hihi. 

tak lupa juga terpaksa jauh dengan mak oooo :'( tu tak dinafikan. dah siapkan dah tisu dalam handbag sebab tahu nanti lepas register, mak nak balik mesti menangis macam dekat PLKN even dekat matrik pun buat perangai ni. haha. In Shaa ALLAH semua akan baik je ye Hani. barang dah siap packing semua. ni sebelum tidur tu yang update sekejap. orang kata last messages before posting iye dak? hehe. oh ye! pergi Perak ni Hani tak bawak laptop dengan headphone. aduh sedihhhh. tak apa, balik raya nanti I'll bring you there, okay my dearrrr :))


hmmmmm rasanya tu je lah nak cerita. mata dah kabur kabur asap. penat! sehari suntuk mengemas barang. macam nak lari rumah bila tengok barang yang di packing kan tuuu. sebab masa nak pergi PLKN mak tolong. nak pergi matrik, Along yang tolong kemas. huahua, manja tahap cipanzi hehek. tapi kali ni kena kemas sendiri sebab mak busy dan Along tak balik, dia busy jugakkkk. huakkk. tak apa dah siap! Cik Hani berjaya mengemas barang dengan baik! yeay! perlu di banggai ye. peace peace. *apa aku mengarut?*

okay dah tak nak mengarut dah. semoga doa-doa anda semua yang baik baik tu mengiringi Hani dan keluarga. In Shaa ALLAH. Salam Ramadan! Puasa elok-elok ye. oh ye, Hani puasa di perantauan lagi tahun ni ish! haha. okay tu je.


*kenapa aku rasa entry ni macam over gedik je?*

bye, Assalamualaikum!

Sunday, June 22, 2014

Istikharah Terjawab

Assalamualaikum hai! *waving hand*

amboi beria cik Hani. macam happy semacam je? haaaa, happy bila ada berita berita baik yang datang menerjah. Alhamdulillah. sebenarnya Hani lepas interview kali kedua untuk Nurse under SPA. 2 Jun 2014 hari tu dah dapat result interview tu. Hani check je tup tup dapat! rasa macam 'aku mimpi ke?' haha. tapi relax, cool. bagi tahu mak, mak pun suka. tapi Hani confius gila. Hani lepasan matrikulasi nak ambil Diploma in Nursing. sedangkan Hani boleh further Degree. itu yang merunsingkan. either nak U-turn balik ambil Diploma atau terus melangkah ambil Degree. cuma result untuk Degree keluar bulan 8. memang ambil masa yang lama. pening.


seminggu lepas result interview keluar. Hani kena lapor diri untuk nurse tu 1 Julai 2014. makin rasa tak keruan. rasa macam 'awalnya??' tengok surat tawaran tu sampai, Hani baca dengan rasa tak sedap hati. pening. sayu. lepas tu tertidur dengan surat tawaran tu. haha. at the same time, Hani di panggil untuk interview Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi dekat UiTM. makin tak keruan!

masa ni mak dengan adik-beradik dah tak nak ganggu Hani dah. dia tak bagi apa-apa pendapat sebab dia  tak nak pengaruhi keputusan Hani. tapi kawan-kawan sekelas masa sekolah dulu banyak datang bagi cadangan, bagi pencerahan. dari situ Hani tiba-tiba nak buat perbezaan antara Diploma dengan Degree ni, dan semak balik mana yang Hani lebih minat. Nurse atau Pendidik. Aqilah dengan Nahar (kawan sekelas 2012) bagi cadangan untuk buat pilihan sebaiknya. lepas tu Nahar pun kata "kau buat istikharah masa dalam keadaan yang sunyiiiiii dan kau rasa tenang. good luck,"  



malam tu malam pertama Hani buat istikharah. family semua dah tidur dan solat dalam gelap. ohh ye, Hani suka solat dalam gelap sebab rasanya akan lebih khusyuk dan hati rasa tenangggg je. cuba lah. hehe. sambung balik. mula-mula buat solat taubat dulu, lepas tu baru buat istikharah dan tidur. rasa dia tenang semacam. badan rasa macam disapa angin yang lembut dan mendamaikan je masa tidur. mula je tutup mata, hati Hani kata 'nurse'. hani nampak bayangan putih (bukan hantu ye! haha). bayangan putih dan hati makin kuat kata 'nurse'. esok pagi bangun rasa tenang. 

dan malam tu dalam pukul 10 malam. Hani call kawan yang sama matrik dulu, Hafiz. tanya pendapat dia. dia pun seakan-akan pening dan jawapan yang sama "istikharah lah, Hani,". malam tu Istikharah lagi. tapi disebabkan Hani tertidur sekejap, so Hani bangun dapat la buat Tahajjud. dan tidur balik. haaa kali ni Hani mimpi, ada orang panggil Hani dan suruh ambil nurse. tak nampak muka tapi suara dia macam lelaki. dia cuma kata "ambil nurse. ambil nurse," Hani diam je dalam mimpi tu. bila bangun. ohh malam ke dua, masih nurse. dan seterusnya malam ke tiga dan keempat. Hani buat lagi sebab rasa tak yakin. tapi malam ketiga dan keempat, tak nampak apa-apa. pening dah. keliru balik.


dan beberapa hari lepas tu keluar keputusan penempatan pelatih. Hani dapat dekat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Perak. tak tahu mana datangnya perasaan yang seronokkkk sangat! tiba-tiba rasa tak sabar nak pergi. rasa tak sabar nak study balik, nak minum coffee sebab nak study dan siapkan assignment macam dekat matrik sampai tension. haha. duduk diam-diam, tiba-tiba terlintas "ni sebenarnya jawapan istikharah ketiga dan keempat tu," rasa bersyukurrrr sangat!dan keputusan terus bulat! ambil nurse. Hani pujuk diri "tak bermakna kita langkah setapak ke belakang, kita kalah," "tak apa, dah ada diploma nanti, dah kerja..boleh sambung degree ye..,"

"nurse ni lagiiii banyak boleh bantu orang. kau nak pergi Syria dan negara-negara yang diperangi tu sebab nak tolong mereka kan? nak Syahid kan? jadi ni jalan sebenar. In Shaa ALLAH,"


to be honest, ambil masa juga nak pujuk hati sendiri dan shield kan dengan besi paling keras sekali supaya hati ni tak pandang kelulusan tapi pandang kemuliaan Dia. pujuk dan pujuk akhirnya jadi macam sekarang. ramai juga kakak-kakak dekat matrik tanya "betul ke Hani nak pusing balik?," "Hani yakin? tak nak tunggu UPU untuk further Degree?," "Hani dah fikir betul-betul?," "Diploma dik? tak rugi?," even Encik Nizam, HEP masa dekat KMJ pun agak terkejut bila tahu Hani nak ambil Diploma Kejururawatan. tapi Hani mampu jawab dengan penuh yakin dan tak rasa rendah diri bila kena pusing balik ambil Diploma. hehe. 

even mula-mula etika pemakaian tu agak mengganggu otak Hani ni. tudung perlu masuk dalam baju dan mula rasa segan macam mana nak berhadapan depan orang ramai. disebabkan etika pemakaian tu, Hani pergi tanya dekat kawan-kawan yang arif dan ada antara mereka dapatkan jawapan dari ustaz ustazah. jawapan yang positif, Alhamdulillah. dan Hani pun ada pergi hospital sebab nak tengok cara nurse berpakaian. haha. okay, not bad, masih boleh cover mana yang boleh di-cover. Alhamdulillah. semakin yakin!

dan jawapan akhir. saya BAKAL MISI. BAKAL JURURAWAT. Nurse-To-Be. Nurse yang akan mempertingkatkan kualiti Ummah. In Shaa ALLAH!

terima kasih dekat mak dan adik-beradik sebab bagi ruang untuk Hani berfikir sebaiknya. bagi peluang untuk Hani buat keputusan tanpa ada yang cuba meracuni fikiran. haha. terima kasih dekat ex-roommates KMJ, Maysa, Lala dengan Rabi sebab bagi support. terima kasih dekat ex-classmates 5 Science 2012 (Qila, Marina, Nahar, Shuhadaq) sebab bagi ruang untuk Hani kongsikan kekeliruan masa tu. haha. terima kasih dekat Azan sebab support even kena prank hari tu. hehe. sorry. peace! dan kawan-kawan yang datang membantu antara sedar atau tidak. Thank you, Thank you. semoga ALLAH membantu kalian yang meringankan beban Hani ni. hehe.

That's all guys. thanks for reading. My name is Hani. Miss Hani. Nurse-To-Be. haha :p
semoga Hani Suhaila menjadi Nurse yang berjaya. cita-cita semakin hampir. tiba-tiba teringat dulu pernah cakap dekat school-mate, Marina. Hani cakap "apa pun jadi, aku nak kerja dalam hospital! tapi bukan tukang cuci tandas," dan Marina gelak masa tu. masa berlalu dan ALLAH dah mula kabulkan permintaan tu. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukran ya ALLAH sebab angkat kata-kata Hani masa tu dan merealisasikannya dalam tempoh 2 tahun. 

Ahmad Ammar, aku semakin hampir mengikut jejak langkahmu.
(iklan)

Rabbi yassir wala tu'assir,
Rabbi tammim bi khair.
Ameennn Ya ALLAH


Salam Ukhuwah Fillah Abadan Abada.
bye, Assalamualaikum :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila