CLICK SAYA !

Monday, May 9, 2016

Move On dari Kelukaan

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, rezeki untuk menulis lagi. Lama menyepi kerana ingin bersendiri, mencari semula kekuatan-kekuatan yang tersisa untuk dipersembahkan dalam penulisan yang penuh hikmah dan bermakna. In Shaa Allah 😊

Move on? Iye. Hari ni saya teringin dan terusik untuk menyentuh soal ni. Sejak berhijrah, Allah hadirkan rasa untuk lindungi diri dari satu perkara iaitu 'cinta manusia'. Ke sana, ke sini. Usrah sana, usrah sini. Sering saja memperingatkan sahabat-sahabat untuk tidak letakkan harapan pada manusia, pada ajnabi. Cinta selepas nikah, kejar itu. Dan jauhi cinta sebelum nikah. Itu saya, yang dahulu.

Dan setiap kata-kata itu Allah uji. Kehadiran si dia dengan cara yang terpuji, mendahulukan wali dan keluarga. Buat hati tersentuh. dan? Terjerumus. Allahuakbar. Hanya mampu tersenyum dalam kekesalan.

Tempoh untuk dihalal-kan ialah 3 tahun, tapi hanya 3 bulan sahaja, Allah pisahkan kami.

Rasa? Allah sahaja yang tahu. Dengan nama Allah, saya cuba selak kembali apa yang saya lalui dan saya sangat kesal. Malu! Malu sangat dengan Allah.

Kami terlalu rapat, saya sayang dia, dia sayang saya. Tapi atas beberapa faktor, kami mengambil jalan untuk putus sedangkan hati kami tak merelakan. Kami saling menyayangi.

Dan apa yang terjadi seterusnya?

Buat pertama kalinya saya menangis dan menangis. Menangis merindui si dia. Hingga terkeluar dari bibir ni "Ya Allah. Kenapa aku?? Kenapa ambil dia dari aku?,"

Dan terus menangis. Mata membengkak, sakit. Tapi sakit lagi hati ni, hancur.

Ya Allah, malunya dekat Allah. Tapi tak terfikir pun masa ni. Jiwa hanya menyalahkan takdir! Astagfirullahhalazim.

Hampir menjadi separuh gila.
Rasa seperti tiada iman.
Tapi kerana diturutkan rasa hati, hampir setiap hari menangis teringatkan dia. menangis yang luar biasa.

Malunya teringatkan saya yang dahulu.

Dan perlahan-lahan sahabat-sahabat banyak meninggalkan saya. Keadaan fizikal yang tak terurus. Urusan hati yang hancur dan iman yang musnah.

Yang saya mampu buat hanyalah menangis. Hingga satu hari, seorang sahabat menegur "sudah sudahlah. Kena move on. Dia boleh move on, tak kan kau tak boleh?,"

Sampai satu tahap saya muak dengar perkataan move on. Perkataan sabar. Saya benci! Saya muak!

"Orang tak faham apa aku rasa. Jadi tak perlu judge!,"

Itu ayat yang terkeluar. Nipisnya iman aku, Ya Allah..

Hingga lah saya decided untuk berusrah kembali setelah lama saya tinggalkan. Naqibah yang sebelum ni saya rasa tak memahami, garang, berlagak. Rupanya dia lah yang sedarkan saya satu persatu. Masa tu rasa macam..
"Ya Allah, jauhnya aku dari Kamu..,"

Saya solat taubat, zikir sebanyaknya, mengaji sebanyaknya.

"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah lah yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang," - At-Taghabun : 11

Teresak-esak ketika baca tafsir ni.
Dan kemudian

"Sesungguhnya, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang," - Ar-Rad : 28

satu persatu ayat Al-Quran di tadabbur. Mencari kekuatan melalui Allah. Mencari ketenangan dari Allah semata-mata hingga-lah saya ketemu ayat ini

"Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan jika ditimpa malapetaka, mereka berputus asa dan hilang harapan," - Fushilat : 49

Aku terduduk kaku. Ya, itu aku. Ingin kan kebaikan, kesenangan tapi membelakangi Allah dan hilang harapan.

"Dan bila Kami berikan nikmat kepada manusia, dia berpaling dan menjauhkan diri dengan sombong. Tetapi bila ditimpa malapetaka, maka dia banyak berdoa," - Fushilat : 51

Aku terkaku. Ya Allah, itu aku. Manusia yang Kau beri nikmat lalu menyombong, itu aku. Manusia yang ditimpa malapetaka dan kembali berdoa, itu aku.

Lalainya aku. Rasa tak mampu nak berdiri dah. Rasa futur. Terlalu futur. Allahuakbar. Sehingga sahabat memberikan ayat ini...

"Berangkatlah walau dalam keadaan yang susah mahupun senang," - At-Taubah : 41

Aku tertunduk. Jahilnya aku, hebatnya Kau, Ya Allah. Jahil aku, tak mengurangkan rasa kasih Kau pada aku, hamba yang lalai.

dan aku bertatih semula menuju Ilahi. Menghidupkan hati dengan kasih sayang Allah, merindui Allah, mencintai Allah, kejar redha Allah. Segala-segalanya kerana Allah.

Hingga-lah aku begini hari ini. Saat peristiwa-peristiwa itu kembali menghantui, aku pujuk hati. Allah tahu yang terbaik, kuat, sabar.

Didikan dan bimbingan dari Allah sangat hebat sekali. Terima kasih Ya Allah, Kau bawa dia pergi.

In Shaa Allah, hadirnya Ramadhan penuh barakah ini, cukup setahun perkara itu terjadi. terlalu lama masa diambil untuk bangkit kembali, tapi syukur Alhamdulillah. Aku berjaya bangkit dari perkara itu.

Dan, hati ini tertutup dari mencintai manusia. Jangan ditanya kenapa, jangan dipersoalkan. Kerana, hanya aku dan Allah sahaja yang tahu. Biarlah, biar.

Aku takut redha Allah hilang.
Aku takut Allah cemburu.
Cinta bersama-sama Allah itu, buat aku rasa bahagia dan seronok. Tadabbur janji-janji manis yang pasti. Tidak menipu dan tiada siapa yang mampu untuk pisahkan Kami ☺ Alhamdulillah 'ala kulli haal ❤

Relakanlah Allah mencintai dirimu dengan cara-Nya ❤ ..

Untuk si dia, jaga diri.
Semoga kau merasai kemanisan iman ini seperti mana aku sedang rasai tika ini. Manisssss sangat! Alhamdulillah.

Jazakallah khair, sudi baca. Ambil ibrah, ada persoalan, pertanyaan, boleh PM @ email. In Shaa Allah ❤❤❤

Monday, February 22, 2016

Kisah kami.

Kami kawan dah lama. Masuk tahun ni dah 4 tahun berkawan. Suami, seorang sahabat yang tak pernah dijangka akan jadi suami saya sekarang. Jodoh rahsia Allah, kan?

Kami dua-dua dari bahagian perubatan. Bukan doktor, bukan farmasi. Tapi saya seorang jururawat, dan dia pembantu perubatan.

Awal perkenalan, saya memang tak layan lelaki. Suami pun jenis low profile. Masa tu umur 16tahun, kenal pun sebab ada kem kepimpinan sama-sama. Jauh beza negerinya. Pahang dan Melaka. Habis je kem, masing2 berpecah. Suami waktu tu ada bagi hint. Tapi kepala fikir "weyh. Baru 16 tahun. SPM tak lepas lagi"

Dan lost contact macam tu sebab saya jenis malas nak melayan. Kalau nak dapat layanan baik, dalam kem atau urusan kerja je. Lain-lain. Memang tak lah.

Dan sampai satu masa, Allah buka rezeki untuk sambung belajar. Diploma Kejururawatan. Sampai je sana, habis minggu orientasi. Nampak sorang budak MA. Muka familiar sangat. Nak tegur, takut salah orang. Esok tu jumpa lagi dan lagi. Hati tertanya-tanya je, siapa eh?
Dan malam tu PM dekat FB. Tu je medium yang ada untuk berhubung. Soalan pertama "kau belajar dekat sini ke?"
"Haah. Aku MA sem 2"

Rasa dunia kecil sangat. Tak lama lepas tu buat reunion. Eh cop! Bukan berdua tapi bertiga sebab ada lagi sorang kawan kami pun ada dekat sini. Kelakar. Rasa tak percaya. Budak kem kepimpinan yang lain pun jeles tengok kami dapat sama kolej.

Kami berhubung atas dasar kerja. Kadang minta tolong dia print gambar passport. Bagikan pendrive dekat ketua Lajnah Kelab Dakwah dekat situ. Benda penting-penting senang cakap.

Sampai la satu hari.. saya cabar dia tunjuk gambar saya dekat mama dia. Niat memang main-main. Tapi, dia ambil serious. Dia tunjuk siap dengan FB dekat mama. Masa tu dah macam "matilanakkk"
Lepas tu dia suruh buat istikharah. Sekali buat, tak nampak. Dua kali, tiga kali. Masih tak nampak. Masa tu rasa macam...err. kenapa tak nampak eh?

Sampai la dia telefon mak sendiri. Borak dengan mak. Tup tup. Dia kata "nikah dulu nak? Majlis lepas habis belajar. Ok?"

Risau.
Tapi dia usaha juga, bawa mama datang jumpa mak. Dia datang jumpa mak. Mudah. Sangat mudah.
Dan paling tak sangka, mak setuju.
Nikah dulu. Majlis nanti.
Seram sejuk dengar masa tu. Serious ke?

Kami baru 20 tahun masa tu. Saya dah semester 3, dia dah semester 4. Rasa tak percaya. Tak ada majlis bertunang. terus nikah.
Sebulan lepas tu, kami di ijab kabulkan.

Hantaran? 3K. Tu pun kami kumpul sama-sama. Sebab saya kata "kita nak hidup sama-sama. Kena la usaha sama-sama"
Dia terkejut. Katanya, ni perempuan pertama cakap macam tu. Tak ada nak grand even nikah je.

Suami pun ada buat bisness kecil-kecil juga. Jadi part-time photographer. Alhamdulillah, lepas nikah, rasa hati tu lapang je. Tenang. Tak ramai yang tahu, kami pun masih menjaga walaupun dah halal. Yang tahu cuma pihak kolej, sahabat terdekat dan mak ayah kami je.

Tapi hari tu, ada emergency case jadi dekat saya. Tiba-tiba hyperventilation. Tangan cramp, tak boleh diri, tak boleh jalan. Masa tu nampak sangat suami caring. Selalu susah nak whatsapp sebab masing-masing sibuk. Tapi waktu sakit tu, hari-hari tanya khabar. Otp sekejap.

Bawa pergi taman, berlumba refleksologi dengan suami. Suami kata nak bagi kaki kuat semula sebab saya nak posting dah. Suami memang dah posting dari awal semester lagi.

Dan dalam tempoh sakit tu, suami ada kata "ingat Allah. Allah mudahkan urusan kita. Kita kena bantu agama Allah" sebak.

Dan ada sekali tu rasa penat sangat sebab saya sakit lama. Cakap dekat suami
"Awak, saya rasa penat dengan sakit ni. Badan saya lemah. Banyak kerja tak boleh buat"

Dan jawapan yang sangat saya tak sangka
"Nikmat yang Allah bagi selama ni, pernah tak awak pertikaikan? Tak kan? Jadi, redha dengan ujian yang Allah bagi sekarang. Awak sakit. Saya jaga ni. Saya buat apa je untuk awak sihat balik. Ok?"

Terharu. Sangat terharu.
Baru berapa bulan nikah, tak sampai 6 bulan lagi tapi Allah uji dengan kesakitan. Kadang-kadang diri sendiri tak terjaga. Tapi, suami sabar je jaga. Bagi semangat.

Dan terdetik "mungkin istikharah tu Allah lihatkan dengan kesungguhan suami nak halal kan hubungan kami. Kesungguhan dan ketabahan suami nak pulihkan si isteri"

Allah. Terima kasih hadirkan suami sebaik ini. Mak dan adik beradik yang sentiasa beri sokongan. Ma, abah, tak putus beri semangat dan terima saya seadanya. Cuma minta dipanjangkan jodoh kami sampai Syurga, dan dapat bersama insan2 tersayang dalam Syurga Allah. Ameennn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila