Bahagian 12

October 01, 2011

Petang itu ada pertandingan merentas desa. Hani kurang berminat dengan merentas desa ni sebab dia memang tak minat sukan tapi dia suka aktiviti yang lasak sebab tu dia ikut serta dengan PALAPES ni.

"Hoy! berangan aje kau...." Amar mengejutkan Hani yang termenung panjang. Hani yang berdiri sambil berpeluk tubuh memandang ke arah Amar.

"Aku malaslah nak lari...." Akhirnya Hani meluahkan isi hatinya.

"Dah agak dah! Patutlah muka macam cuka. Dahlah tu, jangan fikir-fikir lagi. Semua wajib lari tahu!" Amar memujuk.

"Kenapa ni Mar??" Muhammad bertanya sambil menepuk bahu Amar

"Hani ni....taknak lari pulak....memang macam ni setiap tahun. Kena pujuk baru nak ikut.."Amar mengadu kepada Muhammad

"Lari ajelah. tak mati pun.." Muhammad seakan-akan menyindir.. Hani hanya mendiamkan diri memandang sekeliling. Matanya tertancap kepada seorang lelaki yang sedang tersenyum kepadanya dan kelilingi kawan-kawan lelakinya yang lain. Hani hanya membalas senyuman itu. Hati Hani berbisik "budak tadilah, kenapa senyum-senyum dekat aku je??"

"Kadet! Sila beebaris sekarang!" terdengar suara Ketua Pegawai memberi arahan. Serta-merta semua ahli PALAPES berbaris mengikut U masing-masing. Hani terus mengikut langkah Amar dan Muhammad memasuki baris. Hani berasa ada seseorang yang sedang memerhatikan dirinya di dalam baris. Dia memandang ke kanan dan! Tu diaaa! Budak tu lagi, misteri betul budak ni. Asyik perhatikan aku aje, angau ke apa?

Muhammad yang menyedari Hani sedang berbalas senyuman dengan 'budak misteri' tu tadi terus menyiku Hani yang ada di sebelahnya. Hani mendongak memandang Muhammad yang menyikunya tadi. "Apa?" Hani menyoal tidak mengerti.

"Jangan nak menggatal kat sini. Semua orang tengah berbaris ni tahu!" Muhammad berbisik tapi nadanya terdengar tegas! Hani hanya mendiamkan diri. "Salah ke aku pandang budak tadi? Handsome apa! Ntah-ntah abang jeles kot! hmm.." Hati Hani memarahi Muhammad dalam diam.

Peserta di lepaskan satu persatu. Mula-mula peserta perempuan dan beberapa minit selepas itu, Peserta lelaki pula yang dilepaskan untuk berlari. Hani berlari-lari anak sahaja. Malas rasanya nak lari laju-laju, buat penat aje. Kan bagus kalau tak lari, buat-buat pengsan ke..hmm.. Kau ni Hani! merungut aje tahu.

Bila sampai di simpang, Hani berpatah balik mengikut peserta perempuan yang sudah mahu kembali ke kem semula. "rasakan! tipu aje. Bukan ada orang perasan." Hani berkata-kata sendiri. Hani masih berlari-lari anak. Tiba-tiba ada seorang lelaki berlari disebelahnya dan menegurnya.. "Hey" . Hani memandang lelaki tadi. alamak! dia lagi. Layan aje la..

"Hey..kenapa tak lari laju-laju?" Hani menyoal

"Malas! Nak lari dengan awak bolehkan?" Lelaki misteri tu menyoal Hani kembali. Hani hanya tersenyum.. Mereka berlari bersama-sama sehinggalah ke garisan penamat. Seperti yang disangka. Hani memang tak ada nombor. Setiap tahun macam tu!

"Saya haus....awak nak air?" Lelaki misteri tu mula menawarkan diri untuk membeli air untuk Hani.

"hmm....boleh juga. Kita pergi warung sama-samalah.." Hani menjawab dengan sopan

"Jomlah" Lelaki tu menjawab lagi. Hani jalan beriringan dengan lelaki misteri tu tadi ke warung yang ada di dalam kem tu. Hani hanya membeli air oren yang dicampur dengan ais dan duduk di meja yang disediakan bersama-sama dengan lelaki tadi..

"Nama awak apa?" Hani menyoal.. Lelaki misteri tadi memandang ke arah Hani.. "err....bukan apa! Saya tak tahu nama awak, awak macam lelaki misteri pulak. Tak ada nama" Hani menjelaskan maksud sebenar. Lelaki misteri tadi hanya ketawa..

"Nama awak Hani kan?" Lelaki misteri menyoal lagi. Sangat-sangat misteri. Mana dia tahu nama aku? Aku tak tahu nama dia pun! Hani hanya mengangguk.. "Okey! Nama saya Ariff" Akhirnya, mengaku juga

"Ingatkan tak ada nama tadi.." Hani mengusik

"mestilah ada! semua benda kat dunia ni ada nama. Awak tengok tandas tu.." Ariff menunjuk ke arah tandas awak yang di sediakan. Dengan sengal, Hani memandang ke arah tandas itu. Tak ada apa-apa pun.. Hani memandang ke arah Ariff kembali..

"kenapa dengan tandas tu..?" Hani menyoal dengan hairan

"Tanda pun ada nama tau! kalau tak ada nama. Awak nak panggil tanda tu apa?" Ariff menjawab selamba. ohh! Dia kenakan aku rupanya! Hani sudah ketawa dengan jenaka pertama yang dibuat oleh Ariff.

"Awak kenakan saya ya!" Hani buat-buat marah

"Relaks la! Gurau aje.." Ariff cuba menenangkan Hani sambil ketawa

"Awak nakalkan!" Hani turut ketawa

"Nakal tak apa! Jangan jahat...." Ariff mengusik Hani lagi

"amboi..! Pandainya kenakan saya. Saya banyak kalah dengan awak hari ni.."

"Bukan selalu....awak tak macam yang lain.." Ariff bersuara tapi perlahan

"Ha!?? Apa awak cakap? Saya tak dengar.." Hani menyoal Ariff lagi. Apa benda dia cakap agaknya. Isy!

"Tak ada apa-apalah...." Ariff berdalih dan tersenyum.

"Hani! Tuan Helmi nak jumpa.." Muhammad mencelah berbualan antara Hani dan Ariff.

"Kenapa? Ada apa?" Hani bertanya

"Tak tahu....Tuan suruh panggil Hani. Abang panggil ajelah" Muhammad menerangkan sambil menekan perkataan 'abang' seolah-olah dia ada hubungan istimewa bersama Hani.

"Okeylah Ariff! Nanti kita borak lagi ye.." Hani mengundurkan diri

"Okey! Take care Hani.." Ariff menasihati Hani.. Hani hanya tersenyum dan berlalu bersama-sama Muhammad menuju ke tempat yang di maksudkan oleh Muhammad.

"Tuan cari saya..?" Hani bertanya kepada Tuan Helmi tanpa membuang masa lagi

"Tak! Mana ada saya cari awak. Kenapa?" Tuan Helmi menyoal Hani kembali. Tuan Helmi sedang sibuk membelek-belek senarai aktiviti yang akan disertai oleh PALAPES yang di kendalikan olehnya.

"Muhammad cakap, tuan panggil saya.." Hani menunjuk ke arah Muhammad. Muhammad tersenyum. "Yes! Berjaya juga kenakan kau, Hani!" Muhammad berkata-kata dalam hatinya.

"Betul! Saya ak panggil awak Hani.." Tuan Helmi membela diri. Hani memandang Muhammad dengan pandangan yang geram..

"Sekejap! Saya rasa Hani taak buang masa datang ke sini jumpa Tuan Helmi. Tuan! Tuan kata nak cari wakil dari PALAPES UiTM Shah Alam untuk turut serta dalam pertandingan menyanyi malam nanti.." Muhammad bersuara.. Hani terpinga-pinga mendengar luahan Muhammad. Menyanyi!? Gila ke apa? Taknak aku!

"Betullah! Hani boleh menyanyikan??" Tuan Helmi bertanya

"err..saya...err" Hani cuba bersuara

"Dia pandai nyanyialah tuan! Saya pernah dengar dia menyanyi! Sedap sangat suara dia!" Muhammad menambah.

"Kalau macam tu! Hani masuk pertandingan tu ye.. Untuk kontingen kita.." Tuan Helmi mula tersenyum-senyum. Ada juga calon yang baik..

"tapi..." Hani cuba bersuara lagi tapi pantas dicelah oleh Tuan Helmi

"Saya yakin awak boleh nyanyi. Tak ada tapi-tapi lagi. Okey.." Tuan Helmi memujuk tapi tegas

"Okey..saya keluar dululah ya.." Hani merajuk dan keluar dari khemah Tuan Helmi. Muhammad mengikut langkah Hani menuju ke arah warung yang dia duduki tadi bersama-sama Ariff tapi Ariff sudah tiada. Hani duduk di bangku diikuti juga Muhammad..

"Kenapa abang buat keputusan sendiri..!" Hani mula berang

"Kenapa? Suara Hani memang sedap..tak salah untuk masuk pertandingan tu..betul tak..?" Muhammad cuba memujuk

"Tapi Hani taknak! Hani tak suka!" Hani mula menyinga dan memandang wajah Muhammad dengan pandangan tajam.. "Kenapa abang nak sibuk-sibuk hal Hani..? Tadi kata Tuan Helmi nak jumpa Hani. Tapi tuan kata tak ada. Lepas tu abang sesuka hati aje suruh Hani masuk pertandingan tu. Kita tak ada apa-apa pun untuk abang nak sibuk dengan hidup Hani..!" Hani meluahkan kegeramannya.

Muhammad hanya terdiam. Tak tahu mahu berkata apa lagi. Dia sendiri bingung kenapa dia melakukan semua tu tadi. Mulanya, dia hanya nak mengganggu perbualan indan antara Hani dan Ariff. Hatinya terasa sangat-sangat sakit melihat kemesraan antara Hani dan Ariff. Tapi dia dah buat hati Hani sakit dengan tindakannya.

"Maafkan abang.." Muhammad bersuara dan berlalu dari situ. Hani terpinga-pinga.

"Aku salah cakap ke? Tapi kenapa dia sibuk hal aku sedangkan dah dua minggu dia bersikap dingin dengan aku. Aku salah? Atau dia cuba luahkan sesuatu dari sikap dia?" Hani berkata-kata dengan hatinya. Rasa serba salah menyelinap dalam hati Hani.

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...