Bahagian 11
September 30, 2011Seperti yang di tunggu-tunggu oleh semua ahli PALAPES yang terlibat dalam 30 orang ini. Perkhemahan PALAPES peringkat U sudah bermula hari ini. Sebanyak tiga trak tentera yang membawa PALAPES dari Universiti Shah Alam ke tapak perkhemahan. Untuk tahun ini, pihak tentera telah menyediakan Kem Pengakap untuk semua PALAPES sekitar Shah Alam berkumpul buat kali ini. Tempat yang menarik dan selesa. Angin yang sejuk dan indah sekali pandangannya.
Amar mengarahkan semua anak buah lelakinya untuk memunggah barang masing-masing dari trak ketiga yang membawa segala macam pakaian dan peralatan yang akan di gunakan selama seminggu di Kem Pengakap ini nanti. Hani pula berbual-bual sebentar dengan Tuan Helmi seketika, Tuan Helmi merupakan Pegawai yang akan memerhatikan gerak-geri kami dari Universiti Shah Alam.
Universiti yang terlibat tidak ketinggalan juga, UKM, UM dan macam-macam lagi. Universiti yang turut serta merupakan Universiti yang terkemuka dan prestasi akademik yang sungguh mantap. Selepas memunggah segala barang, budak-budak lelaki mula mendirikan khemah manakala perempuan sudah di bawa ke dom untuk membersihkan dom masing-masing.
15 pelajar perempuan sudah dibahagi dua. 7 orang untuk satu dom dan selebihnya untuk dom yang seterusnya. bagi menjamin keselesaan, pelajar perempuan di benarkan untuk menggunakan 2 dom bagi setiap Universiti.
Hani menggunakan dom bersama-sama dengan pelajar junior. Ini memang sikap Hani, suka bersama-sama dengan pelajar-pelajar junior. Lagi pun Hani mahu mengajar serba sedikit kepada budak-budak junior ni memandangkan ini adalah tahun akhirnya di Univiersiti Shah Alam. Hani lebih suka mengambil tempat tidur berdekatan dengan lampu dan plug. Mudah untuk dia mengawal keadaan.
"Hani! Dah siap nanti, pergi dekat khemah lelaki tau. Tuan suruh makan sebab lepas ni ada aktiviti lain pulak" Amar mengingatkan Hani yang ligat membakar sampah di luar dom.
"Okey! kejap lagi aku ajak budak-budak ni pergi" Balas Hani. Amar sudah meninggalkan dom perempuan tersebut. Lepas ni, berani masuk lagi sebab tempat ni akan dikepung supaya budak-budak lelaki tak masuk lagi ke sini sehinggalah perkhemahan selesai. Takut ada yang skodeng pulak kan.
Setelah selesai membakar sampah. Hani pergi ke dom hadapan, untuk melihat anak buahnya yang lain. Sudah siap berkemas atau belum. Hani masuk dengan selamba dan memerhati keadaan bilik tersebut. Bersih! Bilik belakang juga tidak kurang bersihnya. Semua pandai mengemas dengan pantas.
"Dah siap kemas ke??" Hani menyoal
"Dah! Kenapa?" Soal salah seorang dari mereka
"Okey! Siap-siapkan diri ye sebab lepas ni dah nak kena berkumpul. Budak belakang dah siap. Siapa dah siap boleh keluar dari dom dan tunggu Hani dekat luar" Hani menjelaskan. Yang lain hanya mengangguk dan menurut.
Setelah semua budak perempuan berkumpul. Hani mengarahkan mereka untuk bergerak ke khemah lelaki. Sambil berjalan menuju ke sana. Pelbagai lawak jenaka yang Hani buat sehingga mendatangkan bunyi ketawa yang muncul dari mulut mongel 15 pelajar perempuan termasuk Hani. Benar orang kata. Makin ramai kawan, makin banyak ragamnya.
"Apa yang diketawakan tu" Soal Tuan Helmi melihat anak-anak perempuan yang sudah seperti anaknya sendiri ketawa mengekek-ngekek.
"Tak ada apa Tuan. Gurau senda di pagi hari.." Hani menjawab selamba
"Cukup-cukuplah ketawa tu. Hani, ajak anak-anak buah kamu makan" Arah Tuan Helmi. Hani hanya mengangguk. "Jom makan! Makan sampai gemuk tahu! Dekat sini makan free je. Jangan malu-malu" Hani mengajak budak-budak perempuan untuk makan sambil jalan mengundur ke arah tempat makanan di hidangkan. Tiba-tiba badannya terlanggar sesuatu yang sasa!
"Oi mak kau terkejut!" Hani termelatah dengan kuat membuatkan semua yang ada di situ tergelak besar. Hani memusingkan badannya memandang tubuh sasa yang di langgarnya sebentar tadi. Muhammad! Tapi Muhammad hanya bersikap selamba. "Maaf!" Hani meminta maaf dan terus mengambil tray untuk mengambil makanan.
Dari ekoran mata, Hani melihat Muhammad duduk bersama-sama dengan kumpulan lelaki. Pandai bawa dirilah dia ni. Muhammad mula berbual-bual antara mereka. Hani pula hanya memerhati dan duduk berdekatan dengan Amar sambil membelek-belek jadual sepanjang perkhemahan ini nanti.
Tanpa Hani sedar, dia telah terminum air teh panas dengan gelojoh kerana terlalu tekun membaca jadual perkhemahan itu. "fuhh! fuuh! panas...! panas....!" Hani mula menjerit.
"Hoyy! apa pasal kau ni??" Amar menepuk-nepuk belakang Hani..
"Air ni..! Panas gila!!" Hani mula tak tahan. Sambil menunjukkan cawan yang dia minum tadi
"Nah! Minum yang ni.." seorang lelaki menghulurkan air tebu yang masih di dalam plastik kepada Hani. Lelaki tu bukan Muhammad.Tapi seorang lelaki yang tak pernah dia kenal sebelum ni.
"err.....untuk saya?" Hani bertanya tanda bingung
"Ya. Untuk awak. Saya baru beli dan tak berusik lagi. Bila awak menjerit cakap panas tadi. Kesian pulak saya tengok. Jadi, saya bagilah air saya ni pada awak" Lelaki itu bersuara kembali "Ambillah. Tak sudi ke?"
"eh! Bukan! keliru aje" Hani seperti orang bingung dan terus mengambil air yang di hulurkan oleh lelaki tidak bernama itu. "Terima kasih"
"Sama-sama. Lain kali kalau minum, rasa dulu air tu ye.." Balas lelaki itu dan berlalu mengikut jejak langkah kawan-kawannya yang lain. Kelihatan lambang UKM di belakang bajunya. Rupa dia juga boleh tahan. Hani mula bersikap nakal. Tapi hatinya tak berkata apa-apa. Seperti ibunya yang hanya memberikan air sewaktu dia tercekik ikan bila makan dirumah. Begitu juga yang di rasakan terhadap lelaki tadi.
"Amboi! Ada orang belanja airlah" Amar mengusik
"baru sekejap dekat sini, Hani dah ada peminatlah" Tuan Helmi menambah. Hani sudah malu.
"Mana adalah! Dia bagi air aje. Bukan melamar saya pun" Hani menambah membela diri
"Mula-mula bagi air. Takkanlah nak terus cakap dia suka awak Hani. Trick tu" Tuan Helmi terus mengenakan Hani.
"Dah-dah! mengarut aje semua ni, dia bagi saya air je" Hani mula merengek pinta tidak dikenakan lagi. Yang lain sudah mula ketawa.
Tanpa disedari, wajah Muhammad mula berubah. Seperti ada sesuatu yang menyelinap di dalam hatinya. "Cemburu? Tak mungkin. Aku hanya anggap Hani sebagai adik aku je! Tak lebih! Tapi bila nampak budak tadi bagi dia air. Aku jadi sakit hati. Aku sayang Hani ke? Rasa semacam, sakit sangat dan tak mampu untuk diungkapkan. Kenapa hati aku macam ni!? " Muhammad mula berperang dengan perasaannya.
0 comments