Bahagian 17
October 03, 2011Hari ni hari terakhir kami di Kem Pengakap dan bermaksud Perkhemahan PALAPES pada tahun ini akan menutup tirai bila kami semua melangkah keluar dari Kem Pengakap itu nanti.. Kebetulan, minggu hadapan pihak UiTM memberi cuti kepada seluruh pelajar UiTM kerana ada majlis konvokesyen untuk pelajar-pelajar yang sudah grade selama seminggu. Hani mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamnnya di Melaka..
"Hani....berangan aje ya.." Muhammad menegur Hani yang sedari tadi memerhatikan keadaan sekeliling.
"Mana ada....saja aje nak tengok keadaan sekeliling. Banyak kenangan Hani dekat sini...." Hani bersuara sambil matanya ligat memandang sekeliling. Tempat penyatuan dua hati. Tempat di mana dia kenal hati budi Muhammad sedalam mungkin...
"Sayangkan nak tinggalkan tempat ni...." Muhammad pula bersuara.. "Banyak kenangan di sini walaupun kita hanya lima hari aje dekat sini.." Muhammad menambah lagi
"Betul tu....tempat Hani menerima hati seseorang..." Hani menjeling manja ke arah Muhammad.
"Hani...." Satu suara garau menyapa mereka.. Sama-sama berpaling memandang ke arah suara itu..
"Hey....Ariff...." Hani menegur ramah Ariff yang memakai t-shirt merah dan seluar trek. Ada lambang UKM di t-shirt Ariff..
"Semoga jumpa lagi nanti ya...." Ariff mengucapkan....nadanya sayu.. "Tahniah juga ya...." Ariff menambah dan tersenyum.. Hani tidak mengerti tapi dia mula mengerti bila Ariff menjeling ke arah Muhammad dan tersenyum kembali ke arah Hani.
"Thanks Ariff...." Hani memberi penghargaan....
"Saya nak beri ni untuk awak. Hadiah perkenalan kita...." Ariff menghulurkan satu kotak segi empat tepat berwarna hitam dan reben berwarna keemasan menghiasi di setiap sudut kotak itu kepada Hani.. Hani teragak-agak untuk mengambil dan memandang ke arah Muhammad. Muhammad hanya tersenyum dan mengangguk. Faham dengan situasi Hani....
"Apa ni....?" Hani menyoal kembali bila kotak tadi bertukar tangan..
"Hadiah dari saya. Anggap saja hadiah persahabatan kita dan penghargaan dari saya untuk awak sebab awak dah rasmi jadi milik Muhammad...." Ariff membalas dan tersenyum ke arah Muhammad.. Muhammad membalas senyuman itu....
"Thanks lagi sekali..Ariff. Tapi saya tak tahu nak bagi apa dekat awak....." Hani seperti serba salah.
"Ehh. Tak apa. Saya ikhlas bukannya mahu apa-apa balasan.." Ariff ikhlas menuturkan kata..
"Lagi sekali Ariff.... Thanks...." Hani mengucapkan lagi sekali. Tidak tahu kenapa, hatinya seperti tak mahu melepaskan Ariff pergi. Mungkin perpisahan ini untuk selamanya. Terasa ada sesuatu yang menggoncangkan hatinya untuk berkata sesuatu.. "Awak adalah kawan saya dunia akhirat....Ariff.."
Ariff terpana dan tersenyum mendengar kata-kata Hani.... Dia tahu Hani ada perasaan yang sama terhadapnya tapi perasaan Hani terhadapnya tidak sama kuat perasaan Hani dengan Muhammad. "Thanks, Hani.... Kalau macam tu saya pergi dulu ya.. Trak saya nak jalan dah.." Ariff meminta diri dan menyalam Muhammad. Ariff menarik Muhammad dan berbisik perlahan di telinga Muhammad.
"Take care her like you take care yourself, bro!" Ariff memberi ingatan..
"Don't worry.... She is my life.. I will take care her nicely" Muhammad membalas.. dengan bisikan juga... Hani hanya melihat dengan tanda tanya. Apa yang mereka katakan pun Hani tak tahu..
"Hani....Take care okey!.. Saya pergi dulu...." Ariff mengucapkan kata-kata terakhir sebelum meninggalkan Hani. "You too.. Take care.." Hani membalas dan tersenyum. Hani dan Muhammad memandang ke arah Ariff yang sudah jauh dari pandangan dan kelihatan Ariff sudah menaiki trak UKM dan berlalu dari Kem Pengakap.. Hani terasa sayu....Tak tahu kenapa, seperti ada sesuatu yang Ariff rahsiakan tapi dia tak dapat mengagak..
"Sedih..?" Muhammad menegur lembut
"Sikit...." pendek Hani membalas.. dan tersenyum nakal kepada Muhammad. Hani mahu membuka kotak yang diberi oleh Ariff tadi tapi Muhammad pula yang melarang..
"Wait dear! better you open it at home...." Muhammad memberi cadangan..
"But why..?" Hani menyoal tidak mengerti
"perhaps he would like you look at the contents with no one else to see apart from you. Understand?" Muhammad menjelaskan..
"Okey...." Hani tak jadi untuk membuka kotak tadi..
"Dah....jom kita masukkan barang-barang dalam trak.. Jaga barang tu baik-baik.." Muhammad masih berpesan, dia dapat rasakan amanah terakhir dari Ariff untuk Hani perlu dijaga rapi..
"Okey....jangan risau okey.." Hani mula geram..
Selesai memasukkan barang-barang di dalam trak. Hani sudah menaiki trak yang dikhaskan untuk pelajar perempuan dan Muhammad pula menaiki trak yang satu lagi.. Trak mula bergerak meninggalkan Kem Pengakap. Perasaan sayu semakin menyelubungi, terasa tidak mahu meninggalkan tempat itu. Banyak kenangan yang dicipta disitu..
Muhammad juga begitu, sayu memandang Kem Pengakap yang makin lama makin jauh dari pandangan matanya.. "Along! lepas ni tak payah panggil abang lagi ya! Sakit lidah ni nakpanggil abang.. 24 tahun hidup panggil Along tiba-tiba pulak nak kena ubah" Amar memulakan perbualan.
"Ikut kaulah Amar.... Along tak kesah lagi pun Along rasa, panggilan abang tu sesuai untuk Hani aje.." Muhammad bersikap nakal.
"Amboi....Along ni memang gatal ya!" Amar mengenakan Muhammad. Mereka tergelak. "Along tahu, Amar tak pernah ada rasa suka dekat Hani tu tahu. Tak tahu kenapa, sedangkan kita orang rapat sangat-sangat.." Amar menyambung kembali
"Mungkin sebab dia bakal jadi kaka ipar kau. Sebab tulah kau tak ada perasaan dekat dia..." Muhammad masih bersikap nakal.. Muhammad rasa dia sudah ada kehidupan baru dan dia perlu menjaga Hani sebaik mungkin dan tak akan melepaskan Hani pada tangan mana-mana lelaki!
"Cuti seminggu ni, Along nak balik Melaka ke?" Amar menyoal kembali
"Kau nak balik Melaka?" Muhammad menyoal Amar pula
"Ikut hati memang nak balik Melaka, rindu dengan mak dan bapak.."
"Kau memang tak boleh berenggang dengan mak dan bapak tu! Anak manja! Sarah pun tak manja macam kau tahu!" Muhammad mengenakan Amar
"Eh! Biarlah. Mak dengan bapak Amar tu.."
"Habis tu. Along ni bukan anak dia orang ke?" Muhammad mencebik. Manja sangat!
"Yelah! Mak dengan bapak pun nak berebut... Nanti balik Melaka, ajaklah Hani sekali. Dia duduk Melaka juga.." Amar memberi cadangan
"Oh ya? baguslah...." Muhammad tersenyum
"Along ni tak boleh harap langsung...."
"Kenapa pulak..?" Muhammad mengerutkan dahi
"buah hati duduk mana pun tak tahu.... Aneh!" Amar menjeling tapi masih tersenyum
"Manalah Along nak tahu. Along ni bukan suka sangat nak ambil tahu hal orang. Tapi sekarang Along dah tahu..." Muhammad tersenyum sumbing
"Yelah! Tu pun sebab Amar yang cakap.." Amar masih tak puas hati..
"Dahlah tu! Along nak tidur....Kalau kau nak membebel. Pergi membebel dengan driver tu!" Muhammad bersuara dan menutup matanya.. Amar pula mencubit peha Muhammad dengan sekuat hati..
"Sakitlah Amar!" Muhammad mengaduh kesekitan. Budak-budak lelaki yang lain melihat gelagat dua beradik yang banyak bergurau senda. Muhammad menepis tangan Amar tapi matanya tetap dipejamkan. Amar menahan geram melihat Muhammad yang tidak ada reaksi. Akhirnya dia pun mengambil keputusan untuk tidur dengan lena sekali..
0 comments