Bahagian 10

September 30, 2011

Sudah dua minggu keadaan mereka dingin begitu. Hani memutuskan untuk cuba melupakan kisah cinta pertamanya yang tidak terbalas itu. Hari ni dia memulakan azam baru. Seperti yang dijanjikan, latihan kawad kaki bagi Uniform PALAPES akan bermula hari ini iaitu hari Sabtu. Hani pergi ke latihan itu seorang diri memandangkan Alea dan Aina tidak minat dengan aktiviti ganas seperti ini.

"Hani! nanti ambil kedatangan mereka" Amar mengingatkan Hani sambil menghulurkan buku rekod kehadiran kepada Hani. Hani hanya mengangguk.

Setelah semua PALAPES berkumpul. Hani mula manyebut satu persatu nama ahli PALAPES yang terpilih untuk kawad kaki. "Muhammad bin Zulkifli!" Nama Muhammad bergema sebentar dilaung oleh Hani. Apabila nama itu sudah diulang sebanya dua kali, Hani mula mengangkat mukanya memandang kepada ahli PALAPES di hadapannya sambil mencari gerangan yang bernama Muhammad tadi..

"Muhammad mana??" Tanya Hani dengan nada tegas. Semua hanya menggeleng. Dari jauh kelihatan Muhammad berjalan menuju ke arah mereka semua di padang. Hani hanya memerhati dengan wajah geram. Melihat Muhammad sudah duduk di tempatnya. Hani mula memberi ceramah.

"Dengar semua! saya tak suka ada anak buah saya datang lambat! kalau saya kata pukul 9.00 pagi maknanya pukul 9.00pagi! kalau awal lagi baik! korang semua tahu prinsip saya kan!?" Hani mula bertanya dengan nada tegas. terdengar suara mereka menjawab dengan positif. Hani agak tegas dengan kerjanya. tak kira siapa orang tu. Hani meneruskan mengambil kehadiran ahli PALAPES.

"Saya akan ambil dan memerhati kawad yang sudah mahir. Jadi! Siapa yang wakil U tahun lepas sila ke arah kanan saya dan sesiapa yang sudah biasa kawad sila ke kanan saya juga. Simpanan pula sila ke kiri saya. Gerak!" Suara Hani bergema dengan nada yang tegas. Semua ahli PALAPES bergerak dengan pantas. Nampak sungguh berdispilin semuanya, Hani tersenyum puas dan tugas koman di ambil alih oleh Amar selaku Ketua PALAPES.

Latihan hari ini berjalan dengan baik dan sempurna seperti minggu-minggu lepas. Hani dan Amar sangat berpuas hati. Dua minggu lagi Perkhemahan PALAPES peringkat U akan diadakan jadi latihan perlu diperbanyakkan supaya semua mahir dalam kawad.

"Minggu depan kita akan pergi buat latihan menembak tiga hari berturut-turut" Amar mula bersuara

"Ada apa-apa bantahan? kalau tak ada saya nak terangkan serab sedikit pemilihan menembak kita tahun ni" sambung Hani pula. Setelah semua diam tanpa kata. Hani menyambung "hari pertama, semua ahli PALAPES akan ikut pergi menebak termasuk saya dan Amar. Kita akan memberi peluang setiap seorang untuk menembak sebanyak dua kali. Dan kami akan memilih sepuluh orang termasuk saya dan Amar untuk wakil U kita pada hari jadi nanti.

Jadi! Buatlah betul-betul supaya ada antara kalangan awak yang terpilih menjadi sepuluh calon tu. Hari kedua dan yang ketiga, hanya 10 orang calon tu aje yang akan dibawa ke lapang sasar untuk meneruskan latihan menembak diiringi oleh saya dan Amar. Ada apa-apa bantahan?"

Usai memberi sedikit taklimat, semua pelajar bersurai dan meninggalkan padang untuk pulang ke hostel masing-masing. Hani masih memerhati Muhammad yang sedang duduk termenung di Pavillion padang UiTM Shah Alam itu. Hanya pandangan kasih yang Hani lemparkan pada Muhammad yang tidak sedar dengan kehadirannya.

"Dia memang serba serbi tahu. Bijak dalam akademik, kawad pun baik." Hani mula memuji dalam hati.

"Hani! Kau tak nak balik ke?" sergah Amar

"balik? kejap la. Penat lagi ni, kau pulak tak balik lagi?" Hani mula menyoal Amar. Amar hanya menggeleng.

"sama macam kau. Nak rest kejap sebelum balik. Nak melayan anak buah kita ni memang penatkan? Dia orang suka aje tapi nasib baik jugalah semua dengar kata. Taklah penat sangat nak menghadap seorang-seorang untuk di beri ceramah percumakan?" Amar mula membebel panjang lebar. Hani hanya ketawa.

"Kau macam perli aku aje. Aku tahulah aku suka bagi ceramah percuma dekat dia orang tu sampai tak ada yang berani nak bantah" Hani menyiku Amar sambil ketawa dengan lebih galak lagi. Ketawa mereka terhambur keluar bersama-sama

"Aku tak kata okey. Kau yang terasa" Amar mula bangun dan mengejek Hani. Hani juga turut bangun

"ha! memanglah aku terasa. Sebab aku je yang asyik teegur budak-budak tu semua. Sebab ketua dia ni pemalukan. Betul tak?" Hani mengusik Amar lagi dan mula berlalu meninggalkan padang dan juga Muhammad.

"Kau jangan pecah lubang! Rahsia kita aje tahu!" Amar mula mengugut. Hani pula semakin galak ketawa. "Abang! Kami balik dulu ye" Amar menepuk bahu Muhammad dan mengucapkan selamat tinggal untuk kali ini. Hani hanya diam tak terkata. "Okey! bawa anak dara orang ni baik-baik tau" Muhammad menasihati Amar dan tersenyum. Hanya sekilas Muhammad memandang Hani.

"Okey! Anak dara ni selamat dalam tangan saya!" Amar mula merepek.

"Dah la Amar! Jom balik. Kau tak habis-habis merepek" Hani mula menyampuk

"Yelah! Jom balik. Kami balik dulu ye abang" sambung Amar lagi. Muhammad hanya mengangguk. Kami sudah mengorak langkah mahu meninggalkan padang tersebut. Baru beberapa langkah, Muhammad memanggil Hani..

"Hani!" Hani berpaling memandang Muhammad, orang yang memanggil namanya. "Hati-hati jalan" sambung Muhammad dan tersenyum. Hani juga turut tersenyum dan berlalu dari situ dengan Amar. Hatinya serba sedikit berbunga-bunga riang. Tak sangka Muhammad masih memikirkan keselamatan dirinya. Tak! Dia hanya bersikap seperti abang aku je! Tak lebih dari itu.

"Hani....Kenapa abang rasa sunyi bila Hani tak teman abang? Bila nampak Hani ketawa, hati abang senang. Bila nampak muka Hani yang moody tu, abang rasa serba salah. Rasa mahu menggembirakan Hani. Tapi hati abang tak mampu untuk menggembirakan Hani sebab abang takut Hani akan terseksa bila Hani benar-benar sayangkan abang.

Biarlah antara kita hanya seperti adik dan abang aje. Tapi hati abang tak mahu kita seperti itu. Hati abang mahu kita jadi lebih dari itu. Tapi abang juga takut untuk memulakan cinta baru selepas kehilangan Adila. Dia cinta yang abang jaga selama ni. Ya Tuhan, sulit untuk aku temui jalan keluar dari masalah soal perasaan ini. Bantulah aku" Muhammad merintih lagi. Hatinya seperti keliru.

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...