Bahagian 9
September 29, 2011"Assalamualaikum.." Alea memberi salam. Muhammad yang baru menyiapkan kerjanya tadi mengemas-ngemas barang miliknya dan menyimpan kembali di dalam beg sandang dan bersedia untuk pulang.
"Dah nak balik ke..?" Aina bertanya
"yelah. dah pukul 6.00 lebih ni. Tak solat lagi pulak tu.."
"kenapa tak solat kat sini aje??" tanya Alea pula sambil melihat Hani yang lena dalam tidurnya.
"Tak apalah. Solat kat rumah aku lagi selesa." balas Muhammad dan bersedia untuk pulang. "aku balik dululah"
"Ehh! Kejap! Kau angkatlah Hani ni masuk bilik dia. Budak ni liat nak bangun kalau dah tidur" pinta Aina
"Lah....kau suruh aje la dia bangun dan tidur dalam bilik" Muhammad berdalih
"Muhammad. Please! dia ni berat tahu" Pujuk Aina lagi. Muhammad tak mahu lagi berdebat. beg sandangnya di letakkan semula dan mengangkat tubuh Hani itu dan di bawa ke dalam bilik. Bila Hani sudah di baringkan di dalam biliknya. Muhammad memandang ke arah gambar mereka tadi. Sudah tiada gembar mereka, yang ada hanyalah gambar Hani seorang.. "dia terasa agaknya" Muhammad berbicara dengan hatinya.
Muhammad melulu keluar dan mengambil begnya kembali "Aku balik dulu ye. Kalau ada apa-apa nanti telefon aku aje" Pesan Muhammad dan berlalu keluar.
Malam itu Muhammad tidak dapat melepakan matanya. Seperti ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Perlahan-lahan dia mengambil telefon bimbitnya dan melihat wajah seorang gadis di telefonnya.
"Adila....abang rindu Dila....Kenapa tinggalkan abang secepat ni sayang. Abang sayang Dila tahu" Muhammad bersuara sambil mengusap-usap wajah di skrin telefonnya. Tiba-tiba dia teringatkan wajah Hani yang sayu petang tadi. Hani nampak seperti kecewa bila aku tak nak berkacap dengan dia. Dia dah baik ke?
Kenapalah aku buat dia macam tu. Dia tak salah cuma hati aku yang tak boleh terima mana-mana perempuan lagi selain Adila walaupun Adila dah tinggalkan aku selama-lamanya. Kenapa? Hati..kenapa kau begini dengan panahan cinta Adila..wahai hati....tenanglah.
Hani tidak ke kelas lagi hari ini. Sudah dua hari dia terperap di bilik. Memandangkan demamnya yang masih tidak berkurangan. "Kenapa aku rasa sakit begini..? Rasa seperti aku kecewa. Dua hari aku tak pergi kelas. Dua hari juga dia tak datang tengok aku. Apatah lagi nak telefon. Dia marah ke aku letak gambar dia dengan aku atas meja belajar aku?"
"abang..kenapa abang macam ni. Kalau Hani ada buat salah. Kalau abang benar-benar tak suka dengan cara Hani. terus teranglah. Abang tak sedar ke sayang Hani mula tumbuh di hati Hani ni untuk abang. Hati Hani sakit sangat." Luah Hani perlahan sambil mengesat airmatanya. Pertama kalinya dia menangis kerana lelaki.
Keesokannya Hani pergi ke kelas seperti biasa. Dia berjalan beriringan dengan Alea dan Aina dan perjalanan mereka pagi itu sunyi tanpa gelak ketawa seperti selalu. Aina dan Alea tak sengaja terdengar luahan hati Hani malam tadi. Serba sedikit mereka tahu perasaan Hani sekarang. Tapi, Muhammad sudah tidak menunjukkan wajahnya di kelas. Sudah dua hari dia tidak hadir ke kelas.
Tak sangka hari ni Muhammad datang ke kuliah. Dari jauh sudah nampak kelibat Muhammad yang duduk di dalam kafe di sampingnya ada seorang gadis yang sungguh manis dan manja sekali. Siapa perempuan tu? Hati Hani mula bertanya. Aina dan Alea berpandangan, dan duduk di meja bersebelahan dengan Muhammad. "
"Alea, kau teman Hani okey. Aku pergi beli makan. korang nak makan apa?" Soal Aina
"Beli nasi lemak ajelah" balas Alea.. "Hani? kau nak makan apa?" soal Aina pada Hani.. Hani hanya mengangguk. Tanda ingin makan makanan yang sama. Seraya itu, Hani batuk-batuk tak henti. hani cuba untuk mengawal dengan minum air mineral yang di bawa dari hostel. Perlahan-lahan batuknya berkurangan.
Kelihatan Muhammad langsung tidak menghiraukan dirinya. Benar....dia marah dengan aku.. Alea yang sedari tadi memerhatikan gelagat Hani dan Muhammad hanya memerhati. Kesian kau Hani, kenapa Muhammad buat kau macam ni ye. Alea mula simpati. Aina datang semula dengan membawa tiga bungkus nasi lemak.
"cepat makan. lepas ni boleh jalan-jalan kejap" ucap Aina. Alea dan hani hanya mengangguk.
Usai makan. Hani, Alea dan Aina bangun dan berjalan bersama menuju ke bilik Prof Hayati. Aina kata nak minta nota sedikit tentang kelas Biologi semalam. Hani hanya menurut tanpa bantahan.
"Hani....dah sihat??" soal Prof Hayati dengan nada keibuan..
"Alhamdulillah. Sihat aje Prof" Balas Hani dengan lembut.
Selepas ke bilik Prof Hayati. Kami terus ke dewan kuliah. sekejap lagi kelas Science Computer nak mula dah. Kami berjalan pantas menuju ke dewan kuliah. Melangkah saja ke dalam dewan kulai, kelihatan pelajar-lajar sudah mula memenuhi setiap kerusi. Hani duduk bersama dengan Alea dan Aina seperti kebiasaannya. Beberapa minit selepas itu, kelihatan Muhammad masuk ke dewan kuliah dengan tenang dan mengambil tempat yang jauh darinya.
Aina hanya berpandangan dengan Alea. Seperti ada hubungan yang tegang antara Hani dan Muhammad. Tapi tidak tahu mengapa. Hani hanya mambatu. Dia mencari-cari modul Science Computernya. Dari semalam dia mencari modul tu tapi tak jumpa. Tiba-tiba.
"Nah.. Ni modul Hani, hari tu terbawa balik. terima kasih.." Muhammad menghulurkan modul milik Hani dan segera berlalu dari situ. Hani tak sempat untuk berkata apa-apa. Muhammad benar-benar berubah! Dia langsung tak guna 'abang' tadi. Kenapa dia berubah?? kenapa!!? Wajah Hani mula berubah.
"Hani....Maafkan abang sebab bersikap dingin macam ni. Bukan maksud abang untuk menjauhkan diri dari Hani. Tapi abang belum bersedia menerima perempuan lain lagi. Walaupun Hani tak luahkan, tapi pandangan Hani yang redup tu abang tahu apa makna dalam hati Hani. Maafkan abang.." Dari jauh, Muhammad merintih di dalam hatinya.
0 comments