Bahagian 7
September 29, 2011Sudah dua hari, hari yang bersejarah itu berlalu....Pertama kali Hani berasa sungguh gembira. Mendekati seorang lelaki yang bernama Muhammad....Hatinya tidak pernah segembira ini. seperti dibuai-buai perasaannya..
"hoy! jauhnya anak dara ni termenung..ingat apa ha?" sergah Aina sambil menepuk bahu Hani. Tersentak Hani dari lamunan lantas memandang muka Aina dan Alea silih berganti. Sahabat baik yang tak pernah rasa ingin berpisah....Hani tersenyum sendiri..
"alamak budak ni! senyum-senyum pulak....angau ke apa kau ni Hani? hoyyy! Hani..bangun-bangun!" Alea pula sudah menggoncang-goncangkan badan Hani sekuat mungkin sehingga bergoyang-goyang Hani di buatnya.
"Leeeaaaa! sakitlah! apa goyang-goyang ni..isy!" Hani sudah bersuara
"ingatkan kau mimpi di siang hari tadi" Sambung Aina
"tak ada makna aku nak mimpi dekat kafe ni. Tak syok tahu! ramai orang, bising lagi.." Hani mula geram
"habis tu, tadi kau berangan. Bila kita orang tegur kau pulak boleh senyum-senyum macam kerang busuk tu kenapa?" Tanya Alea tak puas hati..
"wow! wow! wow! apa gaduh-gaduh kat public ni.." sampuk satu suara. Semua sudah memalingkan muka mereka pada suara itu. Muhammad sedikit terkejut melihat tiga orang anak dara di hadapannya memandang semacam padanya.. "apa pandang-pandang? Tahu la aku handsome hari ni.." balas Muhammad selamba sambil ketawa.
"eleyh! handsome ke??" balas Hani dengan wajah meluatnya....tapi hatinya berkata. memang abang handsome sangat.. "mestilah handsome! kalau tak, takkan Hani nak keluar dengan abang kan??" Usik Muhammad lagi.. Hani hanya mencebik.
"ha! ni kenapa macam ni? seorang duduk dengan muka bengang. Alea pulak kaki dah naik sebelah atas kerusi. Ni Aina ni, asal tercacak je dengan muka macam nak makan orang. korang nak makan siapa ni?" Muhammad mula menyoal.
"nak tahu ke? tanyalah kat kekasih hati kau ni! " balas Aina sambil menjuihkan mulut ke arah Hani. "Alea! jom beli makan" sambung Aina lagi sambil menarik tangan Alea.
"apa-apa aje makcik!!" balas Hani kembali..
Muhammad duduk bertentangan dengan Hani sambil mengeluarkan buku nota kesayangannya....dan menulis sesuatu dalam bukunya.. Hani hanya memerhati, dan memanggukan kepalanya di meja makan itu. Hani langsung tidak membeli makanan hari ni. Perutnya terasa sebu untuk menjamah makanan, badannya juga terasa lenguh-lenguh dan penat.
"Hani tak makan..?" Muhammad mula menyoal apabila keadaan sunyi antara mereka. Hani hanya menggeleng. Tak berdaya untuk dia menjawab soalan Muhammad itu. "Kenapa ni? sakit?" soal Muhammad lagi. Lagi sekali. Hani hanya menggeleng tanda jawapan. Muhammad bangun dari kedudukannya dan duduk bersebelahan dengan Hani.. Di tarik badan Hani mendekati tubuhnya. Hani hanya menurut, tiada daya untuk menghalang kerana badannya benar-benar lemah sekarang. Hani disandarkan ke bahunya, perlahan-lahan Muhammad merasa suhu badan Hani dengan belakang tangannya.
"Panasnya.." Ucap Muhammad sambil cuba melihat wajah Hani. Tapi Hani hanya memejamkan matanya. "Hani..? Nak balik tak..?" sambung Muhammad
"Nak.." Suara Hani serak seakan-akan menahan sakit.
"Jom! Abang hantar Hani balik.."
"Hani tinggal hostel seorang ke nanti..?"
"La..Alea dengan Aina nanti balik la.. Dia orang ada kelas sampai pukul 6.00 petang kan.."
"Tak nak balik la macam ni.." Hani merengek
"Kenapa? Hani demam ni. Kalau pergi kelas, Hani makin sakit pulak..." Muhammad cuba memujuk
"Ehh! Hani! Kau kenapa? Sakit ke?" Soal Alea yang baru selesai membeli makanan dengan nada cemas.
"Hani demamlah. Badan dia lemah sangat ni. Suruh balik, tak nak.." Terang Muhammad sambil membetulkan kedudukan Hani di bahunya. Manja pulak Hani ni.
"Lah....Balik aje la, nanti aku ambilkan semua nota-nota okey!" Sambung Aina
"Aina! Kau nak suruh Hani ni balik hostel seorang? Takkan nak biarkan aje. Ada yang kena histeria nantia kat hostel tu seorang diri!" Balas Alea
"alarh ! aku lupa la Lea....habis tu. Macam mana ni..?" Aina mula bingung
"Kenapa? Kenapa Hani tak boleh balik hostel seorang?" Muhammad tidak mengerti
"err....Hani ni penakutlah. Kau pernah ke tengok dia balik seorang diri? Kat hostel tu pulak sunyi semacam je time class macam ni.." sambung Alea
"ohh! Ni kes takut la ye...." Muhammad mengusik Hani sambil memcubit hidung Hani
"sakit lah! " balas Hani sambil menepis tangan Muhammad, tepisan tangannya di genggam kemas oleh Muhammad. Muhammad hanya tertawa kecil.
"Kalau abang temankan Hani, boleh tak? Abang tak ada kelas lagi lepas ni.." Muhammad mula menawarkan diri.
"Idea yang baik! pergi la temankan Hani. Tapi jangan buat yang bukan-bukan ye!! " Aina menginggatkan Muhammad.
"Budak ni demam. Apa sangat lah aku nak buat dari tengok dia tidur aje" Balas Muhammad
"ha! ye la. Bawa budak manja ni balik cepat.." Balas Aina kembali.
Serta-merta Muhammad membanggunkan Hani perlahan-lahan dan menuntun Hani untuk keluar dari kafe itu. Aina dan Alea memandang antara satu sama lain.. "woi! sweet kan ??" soal Alea. Aina hanya tersenyum sambil duduk dan menyambung makan.
0 comments