Bahagian 8

September 29, 2011

Selepas pulang dari klinik. Muhammad terus membawa Hani ke hostelnya setelah mendapat kebenaran dari guard yang menjaga di hostel perempuan. Masuk saja dalam hostel, Hani duduk di sofa dengan wajah yang berkerut-kerut menahan sakit kepalanya. Muhammad pula mengambil secawan air di dapur, pintu bilik hostel itu di biarkan terbuka luar supaya tidak ada syak wasangka yang berlaku.

"Hani....makan bubur ni dulu.." pujuk Muhammad

"tak nak.."

"kenapa? macam mana nak makan ubat kalau tak makan. Makanlah Hani...sikit aje. abang suap nak? " pujuk Muhammad lagi

"tak nak makan. Tak ada mood" Hani mula merengek

"makan pun nak kira mood ke, Hani. hey..makan sikit. cepat" Muhammad mula memaksa. Nak tak nak, terpaksalah Hani membuka mulutnya untuk menerima makanan dari Muhammad. Selesai makan, Hani makan ubat dan terkulai layu di sofa.

Muhammad hanya memerhati saja. Usai itu, Muhammad mengemas mangkuk makanan dan membasuh di singki. Jam baru menunjukkan pukul 3.00 petang. Hani hanya di biarkan tidur di atas sofa. Manakala Muhammad menyiapkan sedikit assignmentnya di atas meja bertentangan dengan sofa di mana Hani tidur.

Tekun Muhammad menyiapkan assignment Science Computer yang baru di beri tadi. Dari satu soalan ke satu soalan di baca dan cuba untuk mencari jalan penyelesaian.

"alah! mana pulak benda ni.." Muhammad mula merungut. Pinjam Hani punya dia bagi tak ye..Muhammad berbicara dengan hatinya..

"Hani....Hani..." Muhammad menyentuh bahu Hani sambil menepuk perlahan-lahan. Tak mahu gadis ini terperanjat dengan kejutannya.. Hani membuka perlahan-lahan matanya.. "hmm....kenapa abang? dah nak balik ke??"

"bukan! abang nak pinjam modul Science Computer Hani boleh tak?" Muhammad meluahkan

"ohh....ambillah kat dalam bilik Hani tu. Cari dekat rak buku. Hani lupa bawa tadi.." balas Hani sambil melelapkan mata kembali.

"err....okey. Bilik Hani yang mana ni?"

"Pintu coklat tu...." balas Hani, lemah

Muhammad masuk ke dalam bilik Hani dan meninjau-ninjau. Bilik yang kemas. Pintu dan lantai berwarna coklat gelap. langsir dan cadar pula berwarna pink. Cantik! Muhammad terus ke rak buku yang dimaksudkan Hani tadi bersebelahan dengan meja studinya yang menghadap ke arah tingkap. Dari tingkap itu terbentang luas taman yang dia pernah jogging di situ. Muhammad terus mencari dan mencari modul Science Computer milik Hani.. Tiba-tiba. Dush!

Muhammad terkejut. Cepat-cepat di bangun dan menggosok-gosok kepalanya yang terkena kerusi belajar Hani.. "Adoi...sakitnya" Muhammad mengaduh perlahan. Buku yang dia cari sudah di jumpai. Bila dia tegak berdiri, terkejut dibuatnya bila melihat ada gambar dia bersama Hani di atas meja belajar Hani yang cantik di framekan dengan frame yang berwarna silver dihiasi dua ekor rama-rama berwarna biru dan pink.

Muhammad sempat mengambil dan membelek-belek gambar itu. Seperti pasangan kekasih yang sungguh romantis. Masih dia ingat, gambar itu di ambil di dalam tempat ambil gambar di pusat permainan dua hari lepas. tak sangka Hani menframekan gambar itu dan letak di meja belajar.

"abang....ada tak bukunya..?" soal Hani di muka pintu.. Muhammad terkejut lantas memalingkan mukanya ke arah Hani sambil tangannya masih memegang frame gambar tadi..

"err....dah! dah jumpa dah.."

"abang....gambar tu..?" Kata-kata Hani terbantut. Terkejut barangkali. Muhammad melihat frame tadi dan di letakkan di tempat asal dan berjalan ke muka pintu..

"abang...." Hani menarik lengan Muhammad lembut. Muhammad memandang muka Hani dengan wajah yang serba-salah."Kalau abang tak suka Hani framekan gambar tu. Hani boleh simpan aje dan tak letak lagi di situ. Abang jangan salah faham.." sambung Hani pada akhirnya. Muhammad hanya tersenyum dan keluar dari bilik itu dan meneruskan kerjanya di meja tadi.

Hani hanya memerhati. Melihat Muhammad yang seakan-akan dingin terhadapnya, dia terasa hati. Lantas masuk ke dalam biliknya dan menyimpan gambar tadi. Gambar mereka telah Hani tukar dengan meletakkan wajah Hani seorang di frame itu. Gambar dia dan Muhammad pula sudah di simpan kemas di celah diari miliknya.

Setelah selesai menukar gambar itu. Hani keluar semula dan muluru ke dapur. Meneguk secawan air dan kembali ke sofa tadi dan meneruskan pambaringannya. Posisi yang berbeza menjadi pilihan di mana, Hani membelakangkan Muhammad dan pura-pura tidur. Akhirnya dia tertidur kembali.. Hatinya sayu sekali. Mungkin Muhammad tidak suka cara dia meletakkan gambar mereka di atas meja belajar Hani. Tak mengapalah.

Muhammad yang sedari tadi pura-pura sibuk dengan kerjanya mula memerhatikan Hani yang sudah di buai mimpi. "apa yang aku buat..? Aku marah pada dia ke atau aku masih tak dapat terima wanita lain yang menyayangi aku selain Adila.." muhammad berkata-kata dalam hatinya..

"Maafkan abang Hani....Kalau Hani terasa dengan sikap abang tadi. Hani masih tak kenal abang lagi. Harap Hani tak fikir bukan-bukan....Aku kena jauhkan diri buat sementara dengan dia. Dia sangat baik.." sambung Muhammad dalam hatinya....tanpa dia sedari, dia telah mengalirkan airmata dengan esakan kecil.

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...