Kembali Mencari Nur Hidayah 3

January 01, 2016

Makan masa 3 bulan untuk sembuh. Sahabat sebilik mengawal pergerakan beliau. Tidak mahu beliau bersua muka dengan si dia. Khuatir sakitnya datang kembali.

Mereka berdua menjadi musuh kini. Ya, perit. Tapi harus diterima. Saat diri mula sihat. Beliau berjanji mahu baikkan syabab agama ini dengan seorang sahabat (muslimin) yang teringin sangat si dia mahu berbaik dahulu.

Ya. Dia ambil cabaran ini. Bekerja bersama, uruskan pelbagai urusan ummah bersama. Hingga satu hari..
"Dia sayang kamu. Dan dia teringin sangat nak berbaik dengan kamu," - luah beliau.

Sahabat muslimin itu terdiam. Mungkin hatinya rindu pada sahabatnya itu.
Beliau senyum. Hari demi hari beliau memujuk dan memujuk. In Shaa Allah, Allah akan bantu.

"saya selesa bersahabat dengan kamu sebab saya rasa 'dia' ada," - kata sahabat muslimin.

"Saya pun rasa begitu. Rasa 'dia' ada. terima kasih," - balas beliau. Sayu.

"Ya. Kita berdua rindukan dia. In Shaa Allah, saya cuba berbaik dengan dia..," - balasnya.

Beliau senyum. Ya Syabab Agama, sahabatmu bakal pulang ke pangkuanmu tidak lama lagi.

Hari demi hari, masa demi masa. Beliau kuatkan hati demi jalan yang dipilih. Allah tempatkan beliau di sini, untuk berbakti pada Ummah! In Shaa Allah. Tak apa lah, sakit sedikit. Kerana beliau pegang konsep "dulu dah terlalu bahagia dengan dia. Banyak perkara mungkar dilakukan bersama. Hari ni, Allah sedang cuci dosa-dosa aku. Harus sabar,"

Insan sekeliling melihat dia lemah. Layu.
Ada yang memberi semangat. Tak kurang juga yang menjatuhkan. Tapi beliau sabar dan sabar. Sahabat kian hilang, beliau faham kenapa jadi begitu. Ujian Allah. Untuk dirinya bergantung pada Allah sepenuhnya. Bukan manusia. Manusia, tak selamanya berdiri di sisi membelai penuh erti. Kerana mereka juga insan yang bergantung harapan pada Allah.

Hingga dirinya terasa kuat. Dia bekerja keras di jalan dakwah yang ditempatkan hingga terlupakan kesihatan yang belum cukup membaik.
Sakit semula.

"Kamu kenapa? Tertekan?," - soal sahabat Muslim yang membantu.
Menggeleng.
Tak mahu ada yang membaca isi hatinya.
Dipujuk dan dipujuk lagi.
Akhirnya...

"Ada yang bertanyakan saya tentang dia. Saya tak nak buka lagi kisah lama. Ianya dah terlalu lama. Dah 5 bulan berlalu,"

"Siapa?,"

Beliau menunjukkan mesej pesanan ringkas yang diterima pagi tadi. Dibaca dan diteliti muslimin tersebut. Dan dipadam daripada memori telefon.

"Saya dah padam. Dah. Kamu kena lupakan. Nak atau tak, abaikan persoalan mereka. Boleh?,"

"In Shaa Allah,"

Sahabat-sahabat yang membantu melihat. Sayu. Ya Tuhan, jika yang lihat saja sudah terasa sayu. Bagaimana dengan yang merasai ini? Hatinya pasti hancur.

Beberapa hari selepas itu..
"Saya dah berbaik dengan dia. Saya buat apa yang kamu minta dan harap lepas ni kamu sihat. Jangan stress. Jangan tertekan. Kawal emosi. In Shaa Allah..,"

Beliau tersenyum. Ya Allah, aku berjaya lakukan ini.
Pernah juga beliau melihat syabab agama tersebut berbual mesra dengan sahabat muslimin itu. Hati mana yang tak terusik? senyum walau air mata mengalir di pipi. Ya Tuhan. Indahnya perancangan kamu.

Kau pisahkan kami, tapi kau berikan si dia sahabat yang sudi ada setiap masa. Yabg sudi menghibur dia. Sedang dulu, dia sangat kecil hati dengan organisasi ini, tapi kini Kau hadiahkan si dia dengan sebuah ukhuwah yang indah.

Sahabatnya kembali pulang ke pangkuannya. Sudah ingin bersua muka, berbicara bersama. Mungkin aku tidak berada di sisinya untuk merasai manisnya hati dia saat ini. Tapi tak mengapa. Biar aku di sini, melihat keindahan dan kebahagiaan yang Kau berikan pada dia.

Hubungan si dia dengan keluarga juga semakin membaik.
Ya Allah, aku cuma minta berikan aku kekuatan untuk berdepan hari-hari mendatang. In Shaa Allah.

Buat kamu syabab agama. Pelihara hati kamu, iman kamu. Semoga Allah bersama kamu selalu. Aku tak pasti kau rindu atau tidak, kau sudi mendoakan kebaikan atau tidak.
Tapi aku rindu. Dan nama kamu tak pernah aku lupa untuk disebut-sebut di dalam alunan doa. Semoga qawiyy.

Selesai.

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...