CLICK SAYA !

Monday, February 22, 2016

Kisah kami.

Kami kawan dah lama. Masuk tahun ni dah 4 tahun berkawan. Suami, seorang sahabat yang tak pernah dijangka akan jadi suami saya sekarang. Jodoh rahsia Allah, kan?

Kami dua-dua dari bahagian perubatan. Bukan doktor, bukan farmasi. Tapi saya seorang jururawat, dan dia pembantu perubatan.

Awal perkenalan, saya memang tak layan lelaki. Suami pun jenis low profile. Masa tu umur 16tahun, kenal pun sebab ada kem kepimpinan sama-sama. Jauh beza negerinya. Pahang dan Melaka. Habis je kem, masing2 berpecah. Suami waktu tu ada bagi hint. Tapi kepala fikir "weyh. Baru 16 tahun. SPM tak lepas lagi"

Dan lost contact macam tu sebab saya jenis malas nak melayan. Kalau nak dapat layanan baik, dalam kem atau urusan kerja je. Lain-lain. Memang tak lah.

Dan sampai satu masa, Allah buka rezeki untuk sambung belajar. Diploma Kejururawatan. Sampai je sana, habis minggu orientasi. Nampak sorang budak MA. Muka familiar sangat. Nak tegur, takut salah orang. Esok tu jumpa lagi dan lagi. Hati tertanya-tanya je, siapa eh?
Dan malam tu PM dekat FB. Tu je medium yang ada untuk berhubung. Soalan pertama "kau belajar dekat sini ke?"
"Haah. Aku MA sem 2"

Rasa dunia kecil sangat. Tak lama lepas tu buat reunion. Eh cop! Bukan berdua tapi bertiga sebab ada lagi sorang kawan kami pun ada dekat sini. Kelakar. Rasa tak percaya. Budak kem kepimpinan yang lain pun jeles tengok kami dapat sama kolej.

Kami berhubung atas dasar kerja. Kadang minta tolong dia print gambar passport. Bagikan pendrive dekat ketua Lajnah Kelab Dakwah dekat situ. Benda penting-penting senang cakap.

Sampai la satu hari.. saya cabar dia tunjuk gambar saya dekat mama dia. Niat memang main-main. Tapi, dia ambil serious. Dia tunjuk siap dengan FB dekat mama. Masa tu dah macam "matilanakkk"
Lepas tu dia suruh buat istikharah. Sekali buat, tak nampak. Dua kali, tiga kali. Masih tak nampak. Masa tu rasa macam...err. kenapa tak nampak eh?

Sampai la dia telefon mak sendiri. Borak dengan mak. Tup tup. Dia kata "nikah dulu nak? Majlis lepas habis belajar. Ok?"

Risau.
Tapi dia usaha juga, bawa mama datang jumpa mak. Dia datang jumpa mak. Mudah. Sangat mudah.
Dan paling tak sangka, mak setuju.
Nikah dulu. Majlis nanti.
Seram sejuk dengar masa tu. Serious ke?

Kami baru 20 tahun masa tu. Saya dah semester 3, dia dah semester 4. Rasa tak percaya. Tak ada majlis bertunang. terus nikah.
Sebulan lepas tu, kami di ijab kabulkan.

Hantaran? 3K. Tu pun kami kumpul sama-sama. Sebab saya kata "kita nak hidup sama-sama. Kena la usaha sama-sama"
Dia terkejut. Katanya, ni perempuan pertama cakap macam tu. Tak ada nak grand even nikah je.

Suami pun ada buat bisness kecil-kecil juga. Jadi part-time photographer. Alhamdulillah, lepas nikah, rasa hati tu lapang je. Tenang. Tak ramai yang tahu, kami pun masih menjaga walaupun dah halal. Yang tahu cuma pihak kolej, sahabat terdekat dan mak ayah kami je.

Tapi hari tu, ada emergency case jadi dekat saya. Tiba-tiba hyperventilation. Tangan cramp, tak boleh diri, tak boleh jalan. Masa tu nampak sangat suami caring. Selalu susah nak whatsapp sebab masing-masing sibuk. Tapi waktu sakit tu, hari-hari tanya khabar. Otp sekejap.

Bawa pergi taman, berlumba refleksologi dengan suami. Suami kata nak bagi kaki kuat semula sebab saya nak posting dah. Suami memang dah posting dari awal semester lagi.

Dan dalam tempoh sakit tu, suami ada kata "ingat Allah. Allah mudahkan urusan kita. Kita kena bantu agama Allah" sebak.

Dan ada sekali tu rasa penat sangat sebab saya sakit lama. Cakap dekat suami
"Awak, saya rasa penat dengan sakit ni. Badan saya lemah. Banyak kerja tak boleh buat"

Dan jawapan yang sangat saya tak sangka
"Nikmat yang Allah bagi selama ni, pernah tak awak pertikaikan? Tak kan? Jadi, redha dengan ujian yang Allah bagi sekarang. Awak sakit. Saya jaga ni. Saya buat apa je untuk awak sihat balik. Ok?"

Terharu. Sangat terharu.
Baru berapa bulan nikah, tak sampai 6 bulan lagi tapi Allah uji dengan kesakitan. Kadang-kadang diri sendiri tak terjaga. Tapi, suami sabar je jaga. Bagi semangat.

Dan terdetik "mungkin istikharah tu Allah lihatkan dengan kesungguhan suami nak halal kan hubungan kami. Kesungguhan dan ketabahan suami nak pulihkan si isteri"

Allah. Terima kasih hadirkan suami sebaik ini. Mak dan adik beradik yang sentiasa beri sokongan. Ma, abah, tak putus beri semangat dan terima saya seadanya. Cuma minta dipanjangkan jodoh kami sampai Syurga, dan dapat bersama insan2 tersayang dalam Syurga Allah. Ameennn.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila