Malam Kegemilangan Islam
March 17, 2015
Assalamualaikum :)
alhamdulillah syukur dapat juga menulis lagi di blog kesayangan ini. baru-baru ni ada majlis besar di kolej saya. Ustaz Zamri adalah penceramah yang dijemput. syukur dapat bertemu dengan beliau dan mendengar suara beliau bergema di KSKB SAS. seperti mimpi.
Malam Kegemilangan Islam : Cintakah Kita Kepada Rasul?
terlalu banyak input yang diperolehi daripada ustaz Zamri dan salah satu input yang menyedarkan diri waktu itu ialah.. kisah Ustaz Haron Din bertemu Rasulullah.
kisah 1
Ustaz Haron Din hanya dapat melihat Rasulullah dari jauh sahaja. tak dapat bersua muka. bila bangkit dari tidur, ustaz Haron Din mengatakan "mungkin ibadahnya cukup untuk melihat Rasulullah dari jauh..,"
maka diteruskan ibadahnya dan dipertingkatkan kualiti ibadah ustaz Haron Din.
kisah 2
ustaz Haron Din sakit tulang belakang dan beliau mimpikan Rasulullah. Rasulullah menyentuh/mengurut-urut belakang ustaz dan berkata dalam bahasa arab yang di terjemahkan"sakit ini akan baik"
tapi wajah Rasulullah terlalu hampir dengan ustaz menyebabkan ustaz Haron Din tak dapat melihat wajah Rasulullah dengan jelas.
dan bangkit dari tidur. sakit belakangnya sudah pulih. alhamdulillah.
ibadahnya terus-terusan dipertingkatkan kerana sungguh-sungguh ingin melihat wajah Rasul kesayangan Allah swt..
kisah 3
kisah ini paling syahdu..
ustaz Haron Din berada di luar khemah yang dihuni oleh Rasulullah. Ustaz Haron Din ditugaskan untuk menyarungkan capal di kaki Rasulullah. hatinya berkata "seuzur inikah capal Rasulullah?"
dan bila Rasulullah mahu keluar daripada khemah, ustaz melutut dan menyarungkan capal tersebut di kaki Rasulullah dan hatinya terdetik "bertuahnya engkau wahai capal, kerana menjadi pelindung pada kaki Rasulullah.."
dan selepas itu, Rasulullah seperti mengerti bisikan hati ustaz Haron Din. Rasulullah memegang kiri dan kanan bahu ustaz, dan menarik ustaz untuk berdiri, bertentang mata dengan dirinya. waktu itu ustaz Haron Din terkelu. wajah indah yang pernah ditatap selama hayatnya.
Rasulullah berkata pada ustaz "kamu pun..,"
subhanallah. sebaris kata sudah cukup untuk menggambarkan kegembiraan itu. Allahuakbar..
.....
selepas perkongsian itu. Ustaz Zamri minta kami membandingkan Ustaz Haron Din dan diri kami sendiri. beza saya dengan Ustaz Haron Din...Allahu, sungguh jauh beza. insan sehebat beliau pun sukarr untuk bertemu dengan Rasulullah. apatah diri yang sering memaksima kan dosa dan meminimakan pahala ini? menitis air mata saat itu. malu, sangat malu dengan diri sendiri. perasaan halus menyusur masuk ke dalam hati perlahan-lahan. satu perasaan yang pernah dirasai saat kemanisan iman dirasai suatu masa dulu. sewaktu air mata mengalir buat pertama kalinya kerana rindukan Rasulullah swt.
Allah, Allah, Allah.
dewan jadi sunyi.. waktu itu diri terasa asing. seperti berada di Mahsyar, di mana hanya memikirkan diri sendiri, kekurangan dan kelalaian diri. hilang sebentar jiwa dunia, sahabat di sebelah juga terasa tiada..
dan terdengar satu esakan di mikrofon depan. baru tersedar "aku masih di dunia.." kepala didongakkan melihat di hadapan pentas. Ustaz Zamri sedang menangis. sahabat di sebelah juga sedang menangis..
hati terus dibuai rindu.. buat Rasul Tercinta, Rasul kesayangan Allah..
suasana ketika itu masih dirasai.. ketika sedang berkongsi ini pun, air mata mengalir dengan sendiri.. hebat benar dirimu ya Rasulullah.
hati ini sebenarnya rindu, tapi kerana hati ini hitam, penuh dengan nafsu, kurangnya taubat. maka rasa rindu itu tertutup oleh nafsu-nafsu dan bintik bintik hitam. Allahuakbar..
mari persembahkan rindu buat Rasul tercinta.. kerana Rasulullah itu sentiasa merindui umatnya, dan ingatlah, syafaat baginda yang kita kejar di sana.. kerana kita umatnya yang amat disayangi. subhanallah. hebatkan? bertuahnya menjadi umat baginda. semoga kita sentiasa kuat dalam perjuangan Islam, mengejar cinta dan Redha Allah, percaya dengan kewujudan Rasulullah SWT. percaya dengan agama yang dibawa oleh baginda.
In Shaa ALLAH, kita akan bertemu baginda di Syurga Allah.
berhenti di sini dahulu.. hati rasa begitu sebak. Allah Allah Allah.
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad
Wa'ala 'Ali Sayyidina Muhammad
insan-insan yang telah berusaha keras menjayakan program MKI :)
Badan Hal Ehwal Islam Pelatih (BaHEIP) dan Exco Kerohanian MPP + MPP
Assalamualaikum..
0 comments