Kembali Mencari Nur Hidayah

September 04, 2015

assalamualaikum wbt :)

terlalu lama tak menulis, hati terlalu rindu hingga kadang-kadang hanya mampu meluahkan seisi rasa itu melalui laman-laman sosial yang cukup terhad penulisannya. tapi masih cuba mencari ruang-ruang untuk berkongsi ilmu-ilmu yang tidak seberapa. berkongsi di samping memperingatkan diri sendiri juga.

baik, kali ni saya nak berkongsi tentang seorang insan yang diberi nur hidayah untuk berubah menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelumnya. beliau sangat qawiyy menempuh segala ujian Allah. segala kesusahan yang diberikan dihadapi dengan penuh rasa kesyukuran kerana dia sedar, segala ujian yang hadir adalah tanda cintanya Allah pada diri beliau. bertahun-tahun beliau belajar mengenali Allah swt. berkat kesungguhan, beliau mencapai tahap muslimah yang kadang-kala beliau sendiri tidak sangka dapat sampai ke tahap itu.

insan sekeliling mengatakan dia insan yang sangat hebat, penuh ilmu. walau begitu, beliau masih merendah diri, kerana beliau sedar itu hanya sedikit kelebihan yang Allah hadirkan. dalamannya, hanya dia yang tahu. cemburu melihat muslimah-muslimah lain yang ilmunya lebih tinggi, lebih hebat berbanding dia. terus mengejar cinta Ilahi. apa sahaja yang dilakukan, niatnya pasti kerana Lillah. susah, senang, segalanya atas nama Lillah.

hidupnya sungguh tenang,
hingga suatu saat......

hadir seorang syabab agama,
darinya beliau tertarik akan agama yang dibawanya..
penuh kelembutan, penuh kasih sayang dan sangat tulus!

aduh, hati wanita ini terusik. namun masih di dalam genggaman cinta Ilahi. pernah suatu waktu, sewaktu sedang berbincang soal kerja melibatkan kerohanian, syabab agama tersebut tersenyum. manis! Allahuakbar, istigfar muslimah panjang lebar. hatinya terbuai. rasa bersalah menghantui. sungguh.

hinggalah satu saat, hadir orang tengah menyampaikan hasrat hati syabab agama tersebut. hatinya seperti tidak percaya. benarkah? sungguhkah? Allah. dia terlalu sempurna, masakan ingin berdimpangan dengan hamba?
bisik hati kecilnya.

tapi usaha itu diteruskan sehingga syabab agama tersebut hadir ke rumah dan bertemu bonda muslimah tersebut dan menyampaikan hasrat hati. aduh, hati wanita mana yang tidak terusik? cair, umpama coklat! seperti ais krim yang dijemur di bawah terik mentari. 
ya Rabbul Izzati, jika dia benar orangnya, tunjukkan petanda.
doanya di dalam istikharah.

ya, lihat wajahnya. jelas.
beberapa hari kemudian, hubungi umi kesayangannya. perkenalkan diri dan berbual sebentar. tenang. alhamdulillah.

awalnya terlalu menjaga, keluar berdua? tak pernah kami lakukan. terlalu menjaga, sangat menjaga! hingga satu saat, hati terlalu cinta, hati terlalu sayang, hanyut bersama arus asmara.

tiada lagi insan ketiga bila keluar. berdua. ya, berdua! insan ketiga dianggap pengganggu. dan hadirlah insan ketiga yang menjadi perosak kesucian cinta yang Allah anugerahkan. Allah :(
masa terus berlalu, bergelumang dengan dosa hingga tidak terasa takut ketika melakukannya. seronok. bahagia. umpama dunia kita yang punya.

sampai satu ketika
"umi minta kita jangan terlalu rapat. kalau yakin, tunggu sampai nikah" - katanya

ya Rabb. sungguh hati ini pilu. takut untuk berjauhan. apakah semua ini? terlalu cintakan manusia lebih dari cintakan Allah. berbulan, mereka hanyut. dibuai cinta yang kononnya suci. tapi sebenarnya cukup tercela! membelakangi Allah, mendorong nafsu! astagfirullah :(

"beri saya masa untuk terima semua ni" balas beliau

orang sekeliling sudah mula berbicara tentang mereka. seorang syabab agama, seorang mawar agama. tapi kedua-duanya hanyut dek kerana cinta. Allah :( sayu. sedih. dulu, mereka berjihad mengejar cinta Allah, berjihad dalam membawa dakwah atas nama Lillah. kini, mereka sendiri memanipulasikan ilmu-ilmu agama yang mereka ada. menghalalkan apa yang haram menggunakan ilmu-ilmu  mereka. Allahuakbar. malu! cukup malu!

dan hari ni, dia kembali bangkit, mengutip cebisan-cebisan dakwah yang beliau tinggalkan dulu. hatinya menangis, kerana baru beberbulan tapi hatinya telah dilumatkan begini, dakwahnya dibiarkan berhenti. Allah. sakitnya Allah sahaja yang mengerti. taubatnya tak pernah dia tidak menangis. airmatanya dibirkan mengalir hingga basah pipi dan seluruh wajahnya. itu bukti penyesalan beliau.

sebelum ini beliau takut jika si dia bukan jodohnya. tapi hari ini, beliau redha dengan ketentuan Allah. jika si dia bukan jodohnya, dia terima seadanya meskipun sedikit  terluka. kerana beliau sedar, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. jodoh itu cerminan diri. beliau kembali berpegang pada kata-kata tersebut. qawiyy! kerana lillah!

semoga bertemu di dalam Redha Allah. sungguh aku cinta kamu, tapi bukan begini caranya. hadirlah saat kau benar-benar sedia menjadikan aku sebagai isteri. jangan buai hati ini, jika dirimu juga belum bersedia mendidik, kerana aku wanita yang ingin di didik, diberi kasih sayang dan perhatian oleh si dia yang halal. bukan si dia yang hadir, hanya untuk membuai perasaan aku, melalaikan aku dari mengerjakan suruhan-Nya. Allahuakbar! Tajdid niat wahai syabab agama. aku tertarik denganmu kerana agama yang ada di dalam diri kamu, jika hilang agamamu, maka hilang cintaku kepadamu.

You Might Also Like

1 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...