5 Years

January 15, 2021

 Assalamualaikum wbt.

5 tahun blog ni menyepi ya. Dalam masa 5 tahun pelbagai perkara telah terjadi untuk diri Hani Suhaila. Semakin dewasa, semakin matang hendaknya. In Shaa Allah. Alhamdulillah 'ala kulli haal. 

Alhamdulillah, within this 5years.

Finally i'm graduated with Diploma in Nursing. syukur!

Selamat bergraduasi tahun 2017 dan menunggu panggilan kerja dari KKM, sementara tu Hani part-time di KFC Sungai Udang, Melaka. Dan lepastu Hani resign di KFC sebab dapat offer kerja as a staffnurse di Klinik Dr Norman, sangat dekat dengan rumah. Alhamdulillah.

Dan Allah mula buka peluang lebih baik selepas itu. 19 Mac 2018, Hani selamat lapor diri di Hospital Serdang, Selangor. Sedikit jauh dengan mak di Melaka tapi takpe. Walau jauh sanggup ku renangi untuk balik Melaka every two weeks! 

Dan selama 3 bulan ulang alik Melaka setiap 2 minggu menggunakan public transport, which is Grab - KTM - Bas.

I've decided to buy a car. Allah mudahkan segala urusan, maka keluarlah Perodua Axia atas nama sendiri bagi memudahkan urusan pergi balik Melaka-Serdang dan juga urusan-urusan yang memerlukan kereta. tak payah pakai Grab dah lepasni unless terpaksa. again, syukur!

And while I'm write this, dunia sedang mengalami pandemik Corona Virus also know as Covid-19. Dan harini adalah hari ke 3 PKP 2.0 yang diumumkan untuk Malaysia sebab kes teruk sangat. And i'm part of the frontliners yang terlibat untuk kes Covid ni. Hospital Serdang dah mula ambil pesakit positif covid sebab ID Hospital, which is Hospital Sungai Buloh dan overloaded, tak mampu nak tampung pesakit positif sebab kes harian cecah 2k-3k. Nak bandingkan PKP 1.0, masa tu kes tak sampai 400 sehari pun. 

Tak pernah terbayang akan duduk dalam medical site dan handle pandemik yang teruk macam ni. menakutkan tapi, Allah pilih kami berada di sini sebab kami mampu, In Shaa Allah. Sentiasa berusaha untuk bersangka baik dengan Allah.

Apa pun yang terjadi, semoga dilapangkan segala urusan kita semua lepasni.

Thankyou for reading. Take care everyone.

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...