Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga (Part 3)

June 22, 2014

Part 3

“Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi
merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi
suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia
tak banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat
marah atau melenting.
“kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu
buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!”
Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman.
“abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..”
Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli
kan semua duit tu?”
“Abah..”
“dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak
kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman
mana dia ada duit banyak tu.
“abah, saya tak da duit banyak tu.”
“abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato
Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya
Allah…
tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang
iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab.
“waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau
sekarang.!”
“er, kenapa along?”
“kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan.
Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala
Batas. Ada apa ya?
Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia
dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini
Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah.
Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah.
Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia.
“Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu
Syahirah.
“eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke
rumah.
“Assalammualaikum.”
“hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan
untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu
tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya.
“kenapa along?”
“aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman
mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah
pun berair mata.
“..ta..tapi kenapa?”
“kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak
ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku
ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!”
herdik Syahir. Sebak Aiman dengar.
“along tak boleh buat macam ni..”
“apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau
pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau
dah berubah rupanya hampeh je.”
“along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang
tadi berair mata membela Aiman.
“kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat
rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya.
“saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi
suami!”
“hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri
kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi.
Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di
pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa
yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat
isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat!
“abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan
Aiman.
“saya izin..” sebak.
“..saya izinkan awak balik.”
Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman
jatuh juga. Mata di pejam.
“abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman
yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah
beratnya dugaan-MU…
.
****************
Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat
rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak
demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat
duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di
atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau
di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut
mendengar esakkan di talian itu.
“awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi.
“Ira..awak..”
“sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap.
“saya buat macam ni agar awak senang…”
“tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang
sorang- sorang lalui kepayahan.”
“awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak
Syahirah berbicara lagi.
“abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman
senyap.
“abang,tolonglah abang. Saya nak jadi isteri yang
solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya
mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat
semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak.
“abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah
sangat ni..”
“sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya
Allah….
“abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja
study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja
tempat isterinya melakukan kerja- kerja.
“cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih
baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin
yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik.
Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat
bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan
janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)
Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika.
“sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama
kalinya kalimah abang itu terluah juga.
“abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang
saat susah dan senang.”
“tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan
semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang
ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya
diam.
“istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA….
Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak
berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik
nafasnya.
YA ALLAH…
.
***************
Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi
orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-
tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.
Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-
tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-
tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
.
“Assalammualaikum..” Aiman menoleh.
“waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz
itu senyum.
“baca artikel apa itu?”
“Nasihat Rasulullah pada Ali.”
“oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk
sini. Tak balik?” Aiman senyum.
“tenang duduk dekat masjid ni.”
“Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman
sentap.
“hm,dia balik kampung.”
“oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah
buku ini dulu.”
Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya
menyelak muka surat pertama.
Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya
segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan
keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan
ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa
bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah
Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai
tanda sayang-Nya….
Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak
berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak
rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu.
Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula
berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar
semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak
tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia
yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…
.
Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu
Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya.
Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas
(sms). Comel je isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki.
insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha
Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca message itu.
insyaALLAH. – Aiman
.
**********************
“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah
mertuanya, Haji Amran.
“waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau.
“abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata.
“Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi
ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah
baik-baik. Bersabar ya Aiman.”
“terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di
matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman
membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang
dekan di sebuah university terkemuka di tanah air.
Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup
melarat.
Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati
dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah.
Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat
melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan
tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim.
.
***********************
Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke
dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum
melihat mereka.
“abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak
Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata
Syahirah.
“shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata
mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan
memandang abi dan uminya.
“jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran.
“terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap.
Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada
conference dekat Seoul, Korea. Tak perlu dia berdebat
dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU
permudahkan urusan ini.
“kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan
kedua mertuanya itu di turuti Syahirah.
“Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
.
“saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka
dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman
yang tengah memandu itu senyum.
“saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang.
“Ira…” panggil Aiman.
“ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah
memandu itu. Aiman diam sekejap.
“thanks.”
“thanks untuk apa?”
“sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa
kecil.
“bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati
abang.”
“tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni,
abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum.
“saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di
Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang
masih lagi focus memandu.
“thanks lagi sekali.”
Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?”
“settlekan bil-bil syarikat tu..”
“kita suami isteri kene saling membantu.”
“mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah
senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum
kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos
perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada
abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu,
dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati
mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,
hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman
memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?”
Syahirah terkelu.
“hm,rezeki Allah.”
“dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman
lembut.
“abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula
rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di
sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi.
Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu
mereka bertukar cerita dan ketawa.
.
Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah
terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut
tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya.
“awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu.
Syahirah senyum.
“biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.”
“kita pergi klinik.” Syahirah dah pening.
“tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.”
“no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi
Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa
perlahan yang di buat-buat.
“abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.”
Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-
tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak
buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar
isterinya itu.
Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-
baik sahaja.
.
*********************
“abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di
sebelahnya.
“..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak
bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi.
“abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya
perlahan-lahan.
“hmm, kenapa sayang?”
“abang, jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah
qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap
Syahirah.
“dah pukul berapa?”
“hmm, 4.30 pagi.”
“jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi
imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu.
“..sayang ambil wudhuk dulu..”
“okay.”
.
Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi
Aiman. Terkejut juga Aiman.
“mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang
pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus
dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan
membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah.
“abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar
bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa
Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada
suaminya selepas solat.
“..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik
Syahirah dalam pelukkannya.
“abang pun nak minta maaf tersalah kata dan
menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga
semuanya ya.” dahi isterinya di cium.
“Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang
soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum.
“hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah
geleng.
“boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je.
Letihlah.” Aiman mengangguk.
“oklah. Nanti abang belikan sarapan.”
“okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum.
“sayang awak juga.”
.
*********************
Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah
selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia
mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi
lemak. Aiman keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!!
Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia
berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua
orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba
mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu.
Dia berlari ke dapur.
Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah
berlimpahan. Isterinya.
“Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan
sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari
dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah
menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi
bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan
pengsan


PART 1

PART 2

PART 4

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...