Abang, doakan rumah tangga kita sampai ke syurga (Part 4)

June 22, 2014

Part 4
Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya
seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia
terdengar suara orang yang hendak
masuk ke rumah. Matanya beralih ke
kiri. Ya Allah.
“sayang..” Aiman memangku Syahirah
yang lemah itu. Entah macam mana dia
boleh memegang pisau. Aiman
mencampakkan pisau itu.
“ha, ini tuan yang membunuhnya!”
terkejut Aiman tatkala anggota polis
masuk ke dalam rumahnya.
“bukan saya.”
“dah bawak dia. Cuba periksa nadi
mangsa.” Tangan Aiman bergari.
“bukan saya!..” Aiman terkejut melihat
abahnya juga turut di disitu.
“Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota
polis itu membawa Aiman keluar
rumah. Abahnya hanya menggeleng
dengan air mata berlinangan.
“kalau kamu tak suka dia pun janganlah
sampai macam ni…” sayu abahnya
berbicara.
“bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar.
Memang dah ramai orang di luar
rumahnya. Aiman memandang abi,umi
dan alongnya.
“abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta
Aiman.
“sedangkan orang gila tak mengaku dia
gila, inikan kau yang waras nak
mengaku kau bunuh adik aku!” herdik
abang iparnya yang mata merah
mungkin sebab menangis. Aiman cuba
meronta.
“bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..”
“cepat bawa dia!” arah alongnya.
Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan
ini. Ya Allah izinkan hamba dapat
berjumpa dengan isteri hamba. Ya
Allah…………. Semoga dia selamat. Air
mata Aiman jatuh tika pandangan
rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu
hamba Ya Allah………
.
***************
Haji Amran melawat menantunya di
penjara.
“abi..percayalah saya..” Haji Amran
senyum.
“sabar Aiman, kebenaran akan
terungkap, bersabarlah..”
“abi, macam mana keadaan Syahirah?”
Haji Amran senyap. Air matanya
bergenang.
Sebak dadanya.
“abi kenapa dengan isteri saya?” Haji
Amran hanya senyap dan senyum
terpaksa.
“bersabarlah Aiman, berdoa banyak-
banyak. Doa itu senjata muslim
gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran
bangun dari kerusi itu.
“abi, jawab saya abi. Syahirah macam
mana?” mengalir air mata Aiman tatkala
ayah mertuanya tidak menjawab soalan.
“abi, kene pergi dah ni. banyak-
banyakkan bersabar. Ingat Allah
sentiasa. Assalammualaikum.” Haji
Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah
lutut Aiman mendengar kata-kata
abinya itu.
Ya Allah, hamba tak kuat…..
.
*******************
“abang, cuba tengok kertas
yang saya tampal dekat
meja study saya itu..”
Aiman bangun dan menuju
ke meja tempat isterinya
melakukan kerja- kerja.
“cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda:
“Mukmin yang kuat lebih
baik dan lebih dicintai
oleh Allah daripada
Mukmin yang lemah.
Segala sesuatunya lebih
baik. Tampakanlah
terhadap hal-hal yang
bermanfaat bagimu dan
minta tolonglah kepada
Allah dan janganlah
engkau menjadi tak
berdaya.” (Muslim)
“Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-
Quran..” kata Aiman pada warden yang
menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara
itu. warden-warden di ditu berlembut
dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU
melindungi aku. Aiman membuat solat
sunnat. Selepas itu dia membaca Al-
Quran.
‘Al-Quran, the love letter
from Allah’ – isterimu.
Air matanya terus mengalir sewaktu
membaca ayat-ayat suci itu. Basah
tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG
Belajar MENANGIS dari suatu
KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari
KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari
UJIAN Belajar REDHA dari satu
KETENTUAN.
.
***************
“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu
keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya
senyum melihat wajah menantunya itu.
“bebas juga saya abi..” kata Aiman.
“Alhamdulillah, Allah tunjuk
kekuasaanNYA dengan anggota polis
yang menemui kain yang menerkup
kamu itu dan dompet perompak yang
tercicir itu.” Aiman senyum. Terima
kasih Ya Allah.
“abi, jom jumpa Syahirah.” Bicara
Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia
hanya mengangguk. Aiman duduk di
bahagian sebelah memandu. Abahnya
telah berangkat ke umrah, sebagai
tanda bersyukur Aiman tak bersalah.
Aiman hanya senyum sepanjang jalan.
Tak sabar hendak bertemu isterinya.
Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu.
Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?”
“turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji
Amran.
Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di
depan wad Aiman terkejut melihat
ramai orang. Dia merenung dari luar
sebuah bilik itu. Dia nampak abang
iparnya dah duduk menangis. Dia
nampak uminya tengah menangis. Dia
nampak doctor.
Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik
itu.
“maaf, dia tak dapat di selamatkan.”
Lemah lutut Aiman dengar. Bukan.
Salah ni. Aiman menghampiri katil itu.
“barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia
tak dapat nak survive. Bersabarlah.”
Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya
Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit!
Dia lihat Syahirah baring tenang di atas
katil itu. Aiman mengangkat sedikit
kepala isterinya itu dan di kucup dahi
isterinya lembut. Selepas itu, kakinya
sangat lemah.
Ya Allah beratnya ujian ni..
“TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia
menangis. Haji Amran menenangkan
menantunya itu.
“sabar Aiman…bawa mengucap.”
“bukan Ira abi..bukan dia…” tangis
Aiman. Haji Amran mengusap bahu
Aiman.
“dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji
Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman
mengungkap. Sekali lagi dia
memandang wajah jenazah isterinya itu.
Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit
sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah……….
Air mata lelakinya deras mengalir.
.
***************
“lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita
nyanyian Teuku Wisnu dan
Shireen Sungkar” Syahirah
mengambil mp3nya di
almari yang terletak di
ruang tamu itu juga.
Aiman hanya memerhati.
“ .. haa, nah..”dia
menghulurkan earphone
pada Aiman.
“hm, awak ambil satu..”
kata Aiman dan
menghulurkan sebelah lagi
pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..”
teragap-gagap Aiman.
“ok.” Ceria Syahirah
menyambut earphone itu.
Aiman menarik tangan
Syahirah agar duduk di
sebelahnya. Mudah untuk
dengar mp3 itu.
“Abang kita jadikan lagu
kita nak?” Aiman diam
seketika. Huh, lagu ni rasa
macam nak nangis je
Aiman dengar. Tak tahu
kenapa.
Hmmm.. kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku agama yang di
bacanya itu. Buku itu di letak di sisi
katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah.
Sedar tak sedar hampir masuk setahun
setengah Syahirah pergi menemui Ilahi.
Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba
kembali ke reality. Abah dan abinya
puas meredhakan hatinya. Puas mereka
menghantarnya berubat.Waktu itu,
hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa
sedihnya dia kehilangan orang yang di
sayangi dalam sekelip mata. Benarlah,
ajal maut ketentuan tuhan.
Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak
pernah dia lupa untuk membacakan
Yassin untuk isterinya. Isterinya yang
solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun
dari katil dan keluar dari biliknya. Kini,
dia kembali tinggal bersama abah dan
mamanya di villa mereka.
“Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum.
“ma..” Aiman menghampiri mamanya
dan di cium tangan wanita itu.
“nak keluar.”
“pergi mana malam-malam ni?” soal
abahnya pula. Aiman bersalaman
dengan abahnya pula.
“hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu.
Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.”
.
*******************
Aiman meletakkan kereta sportnya di
hadapan masjid itu. Senyumnya terukir.
Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah
masuk di pintu utama masjid. Setelah
berwudhuk. Aiman melakukan solat
sunnat masuk masjid. Setelah itu dia
melakukan solat sunnat taubat dan
solat sunnat yang lain. Selesai
melakukan solat dia membaca Al-Quran
pula.
“Assalammualaikum.” Sapa seorang
lelaki separuh umur. Aiman
memberhentikan bacaannya.
“waalaikumsalam.”
“anak musafir ke? Dah lewat malam ni.”
Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12
tengah malam.
“saya ingat nak tidur sinilah pak cik.”
“oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah
ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir
satu juzuk Aiman baca matanya sudah
mahu terlelap. Aiman menyimpan
semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di
ambil untuk di jadikan bantal. Aiman
membaringkan badannya.
“Abang jangan lupa
sebelum tidur baca surah
Al-Mulk” pesan Syahirah.
“baik sayang.” Terdiam
Syahirah. Aiman senyum
je.
“lagi?”
“er..abang jangan lupa
baca doa tidur sebelum
tidur..”
Aiman menadah tangannya untuk
membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya
hamba pada dia. Air mata Aiman
mengalir. Dia baring mengiring ke
kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba,
mata Aiman terpandang seseorang.
“Sayang..” Aiman bangun. Dia
menghampiri Syahirah yang senyum
memandangnya dengan siap
bertelekung.
“sayang..” Aiman menggenggam tangan
Syahirah.
“jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu
di kucup. Syahirah hanya senyum dan
menarik tangan Aiman agar
mengikutinya.
***********************
Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya
sewaktu mendapat berita itu. Cepat
mereka bergegas ke masjid yang di
katakan pemanggil itu.
“tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia
sebelum arwah meninggal. Dia kata nak
tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak
tahu pula saya yang ajalnya dah makin
tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar.
“terkejut saya pagi tadi melihat dia
tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun
Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya
suruh orang check nadi dia. Dia
menemui Ilahi.”
Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya
Allah, semoga roh anak kandung dan
menantunya di bawah rahmat-MU. Al-
Fatihah.
- TAMAT


PART 1

PART 2

PART 3

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...