Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga (Part 2)
June 22, 2014Part 2
Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang
Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam
bagasi.
“lamanya abang pergi..” Aiman tersedar.
“hmm,seminggu je.”
Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya
dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan
ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak
untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia
nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya
keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai
bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau
tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia
berubah.!
“seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah.
“pejam celik- pejam celik sekejap je tu..”
“kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila
mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula
dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang
Syahirah.
“apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ.
Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat
betul sentap.”
Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang
lain saya kemas.”
Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang
pahala.”
.
*************************.
Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air
matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa
lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa
hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di
pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas.
“awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu.
Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang
tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call?
Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang?
Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman
hanya senyum mendengar coleteh si isteri.
“..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar,
baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara
Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-
sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air
mata Syahirah mengalir.
Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-
tiba terdengar esakkan.
“awak nangis ke?” Diam lagi.
“awak, saya…”
Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya
di seka.
“ abang sihat tak?”
“Alhamdulillah sihat.” Diam.
“Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk”
pesan Syahirah.
“baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..”
Aiman ketawa.
“next?”
“..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..”
Aiman hanya mengangguk.
“lagi?”
“..selalu beristigfar”
“okay. Lagi?”
“..ingat Allah dalam setiap perbuatan.”
“alright, next?”
“sentiasa berselawat.”
“okay.”
“abang ni last.”
“apa dia tu?” soal Aiman lembut.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman
senyap sekejap.
“sure.”
.
*********************
Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di
hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman
mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar
menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman.
“Assalammualaikum, awak.” Sapa Aiman.
“waalaikumsalam, abang.” Nada ceria. Syahirah
bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat
Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack
serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).
Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang!
Aiman perasan isterinya memerhatikannya.
“er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak.
“eh, tak.. abang nampak lain.”
“apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru
perasan akan kopiah di kepalanya.
“oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya.
“jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman
telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi
membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh
ruang tamu. Kemas dan bersih.
.
Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah.
Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan
tenang.
“abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu
pada suaminya.
Aiman menyambut. “thanks.”
“abang, nak tahu tak?” dia duduk bawah melutut depan
Aiman yang duduk di sofa itu.
“hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham
dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap
ini. Kadang-kadang macam budak-budak.
“ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman.
“oh, apa benda tu?”
“apalah abang ni. itu cerita drama bersiri
Indonesia. Tajuknya cinta fitri .”
“oh..” gelas di letak di atas meja.
“kenapa dengan cerita tu?”
“best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya.
Comel!
Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang
best?”
“lagu.”
Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru
pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai
drama Indonesia.
“best jugak tapi sedih.”
“kenapa?”
“entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?”
“lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen
Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang
terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman hanya memerhati.
“ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman.
“hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan
sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..”
teragap-gagap Aiman. “ok.”.
( klik butang play pada player diatas )
Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik
tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk
dengar mp3 itu.
- Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu
bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna
cintaku padamu -
“saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman
turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk
melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang
ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg
sempurna Di bawah kolong langit ini
“Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika.
Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar.
Tak tahu kenapa.
“hmmm.”
- Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia
menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang
waktu Dengan kata kata perpisahan -
Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu.
Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di
bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam
pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.
- Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah
kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita
abadi selamanya… -
.
.
Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia
menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah
tidur.
“eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi.
“awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun
dengan mengosok matanya.
“abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa
benda pula dia nak ABC ni.
“awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita
keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak.
“oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.”
Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik.
“abang.”
Langkah Aiman mati. Dia menoleh.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah
senyum dan gaya menadah tangan.
“sure.”
.
***********************
“abang, saya nak cari buku masak..” Aiman hanya
mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas
barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi.
“..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah
lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan
menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke
buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran.
Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.
“ada boleh saya bantu encik?”
“hm, ada tafsir tak? Hmm..tafsir Al-Quran?”
“maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa.
“okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni.
Tiba-tiba, Syahirah datang.
“ abang tak beli apa-apa?”
“tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan
menunjukkan buku itu pada Aiman.
“tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?”
“okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah
keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu
berbisik.
“wah, romantiknya mereka!”
“tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang
punya lah handsome dan baik!”
“mana kau tahu baik?”
“tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.”
“oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.”
“sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan
seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan
tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang
tangan”
“superb! Romantic!”
“kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat
untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk
perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki
yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang
baik.” (an-Nur’:26)
“betul-betul.”
.
*************************
Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia
bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak
kerja yang perlu di lakukan.
“abang..” sapa Syahirah manja.
Aiman senyum. “kenapa?”
“nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman.
Aiman mengambil dan berfikir.
“birthday saya rasanya belum lagi..”
“abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur
lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong
perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.”
Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk
berjalan.
Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman
membuka balutan itu.
“subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak
mengalir air mata Aiman.
‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu.
Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan
di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan
kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik.
Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang
menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan
tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman
menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur
kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran
itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis
stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu
kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman
itu sungguh manis.
PART 1
PART 3
0 comments