Abang, doakan rumah tangga kita sampai syurga (Part 1)

June 22, 2014

Part 1

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya.
Langsung tidak menghiraukan si dia yg tengah
menonton televisyen - ceramah bersama Ustaz Azhar
Idrus . Siaran astro OASIS itu telah pun bertukar kpd
Indahnya Iman yg bermaksud akan masuk waktu
solat.
Tiba², si dia bangun & memandang dia yg tengah
khusyuk membelek laptop di hadapan.
❝Abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya. ❞ Si
dia yg duduk di hadapan laptop itu senyap.
Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi
imam?
Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia
boleh kahwin dgn ustazah ini pun tak tahu lah. Salah
abahlah ni, pandai² nak tentukan jodoh orang. Cari
yg stok tudung labuh pulak tu.
Okay, salah aku juga sebab pergi teguk kencing
syaitan tu sapa suruh. Okay, salah aku lagi, angkut
entah mana ² perempuan utk hiburan. Okay, salah
lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi
kelab & balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit
syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah
aku.
Jadinya, abah kahwinkan aku dgn Siti Syahirah binti
Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dgn dia
duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay
lagi, abah ambil kereta sport aku & aku kena guna
kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan
syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh,
sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoy lah
aku dgn laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku
dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan?
Huh.
❝Abang dengar tak? ❞ Macam cakap dgn laptop tu je.
❝Hmmm, saya sembahyang dekat surau.❞ Ek, macam
mana ayat tu keluar. Huh, surau pun aku tak tahu
dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya.
❝Saya ikut. Jap saya siap. ❞ Si isteri telah pun hilang
di pandangan mata.
Aiman tersentak. Aduh, dia nak ikut pulak. Laptop
dimatikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si
isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana
surau?
❝Abang, dah siap. ❞ Aiman memandang isterinya yg
lengkap bertudung labuh saiz 60 dgn t-shirt muslimah
& seluar tracksuit. Cantik!
❝Abang..? ❞ Aiman tersedar.
❝Jom.❞ Kunci kereta di atas meja di capai.
❝Saya bawa kereta awak, tak kisah? ❞ tanya Aiman
ragu².
Syahirah senyum. ❝Harta saya harta abang juga.❞
Aiman hanya mengangguk. Dlm kereta hanya dengar
radio - hot.fm refleksi.
******************************
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yg dari tadi
perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik
ulang² je jalan ni.
❝Abang, surau belok kiri tu. ❞ Aiman hanya diam.
Malu. Kereta dibelokkan pada arah yg diberitahu
isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau
As-Syakirin . Aiman masih tidak mematikan enjin.
Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman
melihat dirinya yg hanya bert-shirt & seluar
tracksuit. Aduh, mana bawak kopiah ke? Songkok
ke?
❝Errr, Ira.. ❞ Syahirah menoleh. Mana ada orang
pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar.
❝Ya? ❞
❝Okay ke saya pakai macam ni? Mana tahu kene
halau ke nanti? ❞
Syahirah senyum. ❝Jangan risau yg menilai itu Allah
bukan manusia. Kalau niat kita krnNYA, insyaAllah.
Pakaian abang ni dah okay dah ni. ❞
Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap
dgn orang masuk bab² agama.
❝Jom.❞ Ajak Syahirah. Enjin kereta di matikan.
******************************
Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton
televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah
tentang solat.
❝Solat itu tiang agama , kalau tak solat umpama kita
meruntuhkan agama. ❞
Teringat diari isterinya yg dia jumpa tadi. Terbaca.
“ Saya nak suami yang soleh! Ya Allah
makbulkan doa hamba. ”
Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin
dgn aku? Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil
agama! Aku dah jauh terpesong!
❝Tapi kau boleh berubah . Allah Maha
Pengampun!❞ Seperti ada suara yg datang dlm
fikirannya. Televisyen di hadapannya itu di pandang
kosong.
Berubah?
Teringat juga dia amaran abang iparnya. ❝ Aku bagi
amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat
tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah
kau buat dia menangis. ❞
Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir
sewaktu mereka berduaan di dlm kereta sebelum ke
rumah mertuanya.
❝..Ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara,
hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai
buruk kau tu. Aku dapat tahu, aku terus pergi Kepala
Batas tu. Kau faham tak? ❞ Aiman hanya mengangguk.
Huh, garang!
Syahirah memandang suaminya yg duduk di sofa itu.
Dia senyum. Dia ke belakang Aiman & menutup mata
Aiman dgn tangannya.
❝Cuba teka ini siapa? ❞ kata Syahirah dgn suara yg
dibuat² macam suara lelaki.
Aiman yg tengah berfikir itu terkejut
tiba² pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir
apabila mendengar suara Syahirah.
❝Hmmm, Tom Cruise..❞ main² Aiman.
❝Salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!❞ Aiman
ketawa.
❝Hmmm, Hj. Amran.❞ Syahirah pula ketawa.
❝Salah! Hj. Amran dekat Johor.❞
❝Ha! Tahu..tahu..Syah! ❞ Syahirah kerut dahi.
❝Syah mana? ❞
❝Syahirah.❞ Aiman menarik tangan isterinya agar
duduk di sebelahnya.
Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingatkan stok yg
pendiam. Terkejut juga tiba² si isteri ini nak beramah
mesra tapi saudara mara dia ada kata yg Syahirah ini
jenis yg ceria & dia pula jenis yg boleh je ‘masuk’.
❝Abang buat apa? ❞
❝Tak ada apa². Saya nak tanya awaklah..❞
❝Tanya apa? ❞
❝Err.. Kenapa awak terima lamaran abah utk kahwin
dgn saya? ❞
❝Sebab Allah. ❞
Aiman diam sebentar.
❝Tak faham. ❞
❝Saya buat solat istikharah . Minta petunjuk
dariNya.❞ Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yg
hendak dikatakan lagi. Sebak tiba².
******************************
Seminggu berlalu….
❝Abang, saya tak reti masak❞ kata Syahirah yg tengah
bercekak pinggang di dapur itu.
Terkejut juga Aiman. Nak makan apa kalau isterinya
ini tak reti masak - hari² makan kedai bankruplah.
Dahlah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata
sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dlm
diari isterinya.
❝lelaki bising perempuan tak reti masak!
Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam
itu! ”
Walaupun ayat itu ditulis dlm diari & bertarikh
sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan
dlm hati Aiman.
❝Macam mana ni abang? ❞ kata Syahirah sayu.
Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa.
❝Tak apalah, lepas ni kita sama² belajar masak. ❞
❝Maaf ya abang.. ❞
Aiman senyum. ❝Tak apa. ❞
Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah.
Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak.
Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur
itu Aiman masuk dgn membawa laptop.
❝Abang nak buat apa bawa laptop ke dapur? ❞
❝Belajar masak guna internet. ❞ Aiman senyum &
mengangkat kening.
Syahirah senyum.
******************************
❝Huish masin. ❞ Komen Syahirah.
Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya
itu. ❝Abangkan yg masak ni? ❞ Kata Syahirah lagi.
Aiman rasa & ketawa.
❝Okaylah ni. Ha, awak punya sayur campur ni tawar!
Tak rasa apa².. ❞ komen Aiman pula.
❝Okay apa.. ❞
❝Is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak
rasa apa². Campur je semua. Gulai sayur. ❞
❝Boleh ke macam itu? ❞
❝Boleh je.❞
❝Okay.. ❞
❝Dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi
surau.❞ Aiman langsung tak sedar apa yg dia cakap.
Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya?
Huh, sejak bila jadi geng surau ni? Syahirah senyum.
Dah ada perubahanlah abah!
******************************
❝Ustaz.❞ Panggil Aiman pada insan yg baru selesai
mengimami solat Maghrib itu.
Ustaz itu menoleh. ❝Ya? ❞
❝Saya nak…❞
❝Nak apa? ❞
Aiman malu utk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba
luahkan.
❝Anak nak apa? ❞
❝Saya nak belajar agama. ❞ Terluah juga.
Ustaz itu senyum. ❝Mari. ❞
******************************
Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari
surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri
bersama seorang lelaki separuh umur.
❝Ustaz kenalkan isteri saya. ❞ Aiman kenalkan
Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum &
mengangguk.
❝Baguslah. Muda² kahwin sama² pergi surau.❞ Aiman
sentak. Walau apapun senyum paksa diberi.
❝Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yg soleh
macam Aiman ni. ” kata² Syahirah membuatkan
Aiman terdiam.
❝Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke
syurga. ❞
❝Terima kasih ustaz.❞ Aiman bersuara. Ustaz itu
menepuk bahu Aiman.
❝Baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum. ❞
❝W aa lai ku m s ala m .❞ Jawab Syahirah & Aiman
serentak.
******************************
Aiman duduk di birai katil dgn mata memandang
Syahirah yg tengah mengemas bajunya ke dlm bagasi.
❝Lamanya abang pergi.. ❞ Aiman tersedar.
❝Hmm, seminggu je. ❞
Ya, dia kata dgn Syahirah ada urusan kerja
sebenarnya dia mahu ke pondok agama utk belajar
agama dgn ustaz yg dia jumpa sewaktu di surau
kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak
mengelak utk menjadi imam dlm keluarganya. Sampai
bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak
membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan
seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik
mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa².
Sudah tiba waktunya dia berubah!
❝Seminggu tu lama tauu.. ❞ lirih Syahirah.
❝Pejam celik, pejam celik sekejap je tu.. ❞
❝Kalau pejam tak celik²? ❞ tersentak Aiman apabila
mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat
pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman
memandang Syahirah.
❝Apa awak cakap ni? ❞ lembut & ada nada risau di
situ.
Syahirah ketawa halus. ❝Gurau jelah. Abang ni cepat
betul sentap. ❞
Aiman diam. ❝Takyahlah kemas beriya². Nanti yg lain
saya kemas.❞
Isterinya tarik muncung. ❝Tak maulah, nanti kurang
pahala. ❞
 


PART 2

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...