CLICK SAYA !

Saturday, February 1, 2014

Ujian Hati

Assalamualaikum, hai :)

lamaaaaa tak update. dah masuk bulan February dah kan? hihi. sebenarnya, Hani baru je habis Mid Term dan sekarang ni Hani tengah bercutiiiiii. Mid Sem Break selama seminggu. kejap jerrr kita ni cuti. hehe :) by the way, Hani nak bercerita sikitlah hari-hari nak menempuh Ujian Pertengahan Semester(UPS) tempoh hari. banyakkk dugaan dia. ALLAH jer tahu. 

satu Ujian yang berat ALLAH bagi dekat Hani. bukan sakit fizikal, tapi lebih ke arah soal hati dan perasaan serta rohani. amboi ayattt. haha :P sakit dia buat Hani moody, tak ada mood, tak ada selera makan. benda tu jadi pukul 12:00am ke 01:00am. apa yang jadi tu, Hani tak nak ceritalah. cuma yang Hani nak cerita dekat sini, airmata ni tak mengalir langsung dengan ujian yang Dia beri, tapi masa mula-mula tu jer la. cuma rasa sedikit kecewa dan kesal. Hani tidur lambat malam tu, dalam pukul 3:00-4:00 pagi dan bangun pukul 6:00pagi sebab ada kelas. rasa macam lemahhhh je badan ni. semua benda yang dibuat, jadi tak tentu arah. buat itu tak kena, buat ini tak kena. 

dah siap semua, Hani turun pergi dataran. ada assembly. masa tengah assembly, tiba-tiba hati ni sayu sangat teringat kisah malam tu. haihhh, berat betul dugaan dia. tiba-tiba jer rasa nak menangis. tahan. habis assembly, Hani bangun dulu dan pergi dewan kuliah. masa jalan tu, airmata jatuh jugak. lembut sangat hati ni! roommate terus tarik Hani bawak depan toilet. she hugged me, tightly. dia suruh Hani cerita tapi Hani cakap "no, I can't. I'm not ready yet. sorry..," just hugged her back lepas tu hani masuk dewan kuliah. 

the whole day, Hani diammmm je. classmate semua pelik. semua tanya "Hani, kenapa diam je?," "I have nothing to talk..," senyum. Izmil dengan Syera takut nak tanya, takut nak tegur, takut nak dekat. Hani buat hal sendiri je, badan lemah, hati lemah, jiwa lemah. masa tu, banyak istigfar jer. mintak ALLAH kuatkan hati, mintak ALLAH berbanyakkan Redha. Allahu. sakitnya. roommate, lagi sorang Whatsapp Hani. dia tanya kenapa? ada masalah? want to share? hani cuma reply "sorry, I'm not ready yet. if I does, I'll let you know everything. jangan paksa eh. please..," lepas tu roommate lagi sorang pun cakap okay, kalau dah ready dan kalau nak orang dengar cerita Hani. just let her know. Allahu, ramainya yang concern :')


balik kelas, Hani duduk library. tak tahu nak buat apa. tapi tangan ambil buku Chemistry dan study. benda tu terjadi tanpa Hani sedar, tup tup Hani perasan yang Hani tengah study Chemistry. dah tak hirau orang yang lalu lalang, rasa macam ada dalam dunia sendiri. sedihhhhh sangat masa tu. haha. poyo :) rasa dah penat, terus balik bilik. keep on study, tapi study mathematics. Hani tahu, roommate semua pelik tengok Hani macam tu. hihi. Hani tengok, roommates semua tidur. tiba-tiba mata rasa pedih. err. menangis. dan Lala (roommate) tersedar. dia datang dekat Hani, hugged me.

"kau tak boleh simpan sorang-sorang..lagi sakit nanti tau..," 
dia bawak Hani pergi belakang blok, tak tahu mana datang kekuatan. Hani ceritaaaa semua dekat dia. dia pun speechless dan masa tu rasa kurang sikit beban. ye, Lala betul. Hani kena share :) malam tu, Muzamil Whatsapp. haaa, budak ni memang suka memaksa. haha. dia paksa Hani ceritaaaa semua dan dia bagi nasihat "jangan mengharaplah..," tapi entah ye? lepas tu dia sibuk cerita pasal Hindustan la, itulah, inilah. haha. lawak je budak ni :)

seminggu tu, Hani memang tak nak jumpa sesiapa. memang TAK NAK. Hani mengelak untuk jumpa orang yang Hani kenal. tapi, perancangan ALLAH tu indah. hari-hari jumpa orang yang Hani kenal. haha :D akhirnya, mengalah je lah. Redha je lah dengan siapa pun Hani nak jumpa.


cukup seminggu.
barulah Hani bukak mulut dekat roommates, Izmil dan Syera. semua manusia ni kena tahu. lepas semua tahu. masing-masing pun rasa sedihhhh. diorang tengok jer dah sedih, yang menanggung? lagilah sakit, ye tak? :) tapi Hani tetap kuatkan hati, cuba untuk tersenyum. cuba untuk kuat. ye, ALLAH sentiasa ada di samping kita. ALLAH kirimkan seorang sahabat yang Hani boleh ajak study 24 hours. 

mula-mula dia ajak study, macam tak nak sebab Hani baru kenal dia. rasa segan pulak. tapi pergi jelah sebab Hani pun tak cover apa-apa lagi kan. malam tu study Biology depan library dari pukul 8:00pm sampaiiii 11:00pm. dia hantar Hani balik sampai depan blok, dan ajak study Chemistry dekat HEP. ok, deal! esok tu lepas Trial Chemistry, terus ke HEP. study. non-stop. malam sambung lagi, Mathematics pulak, begitulah pagi dan malam, sampai ke hari exam. exam week tu, setiap malam keluar sebab buat preparation buat kali terakhir. hehe.



tiba-tiba hati ni jadi keras. tak fikir dah semua masalah tu. ye, ALLAH tahu segala-galanya. baik mahupun buruk. tapi untuk masalah yang ALLAH kirimkan tu. Hani redha, biarlah ianya berlalu mengikut waktu. jika ianya terbaik, dia akan kembali pada masa hadapan nanti. cuma Hani nak dia tahu, Hani tunggu dia. In Shaa ALLAH :)


ALLAH response in the way that we need, not in the way that we want 
-Hani Suhaila-

tu je rasanya buat kali ni. banyak nak cerita, tapi entry ni special. so, rasanya ni jelah buat masa ni. haha :) sorry macam membosankan? errrrrr. ok. 
bye, Assalamualaikum ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila