CLICK SAYA !

Thursday, February 6, 2014

ROMANTIKA Home Deco


Assalamualaikum dah hai hai hai! heee

okay, eh jap jap. ROMANTIKA Home Deco? apa benda tu? haaa, ni lah nak cerita ni. jom baca sampai habis. hehe :) 

okay, cerita dia bermula macam ni. hani bangun pagi-pagi lepas tu mak suruh breakfast. tengah-tengah breakfast, mak kata "lepas ni siaplah..," dan hani pandang muka mak dan "huh??," muka blur. haha. mak kata "siap jeee, kau jadi driver hari ni. mak nak jalan..," ohhh! mak dah sihat dari demam, terus nak berjalan. so, lepas breakfast tu pun hani pergilah siap-siap semua. naik kereta dan drive. keluar dari kawasan perumahan, tanya mak nak kemana? "mak ni nak pergi Romantika dengan Tesco. tapi tak tahu nak ke mana dulu..," dan hani decided nak pergi Romantika dulu! wehehehe. mak pun okay jeeee. so, dah parking lawa punya, kami pun turun dan menerjah ke Roamtika Home Deco.

bila masuk je, rasa heaven gilaaaaa. Western Deco dia bagi kauuuu. hihi. menarik dan best gila tau. tak tahu nak cakap macam mana tapi hati ni sukaaa sangat! hani pergi dekat side bunga, ada bunga yang dah siap deco. cantik gila. rasa macam dekat oversea pun ada. hihi.




dah belek-belek. cuci mata, terus ambil gambar. pehhhh. tu memang tak boleh ditinggalkan. wehehe. boleh kata satu kedai hani pergi ambil gambar. mak mana ntah masa ni. heee. lepas tu jalan-jalan, jumpa mak dekat tempat jam. dan jam dia, bapak lawa-lawa. cantik gila. macam yang diperkatakan tadi, rasa macam dekat oversea tau. hani pulak memang minat benda-benda macam ni. dah mula berangankan rumah sendiri nanti. haha




lepas tu pergi dekat lukisan kanvas. tapi hani rasa dia bukan lukis. dia print jer! sekarang pun ada kan diorang buat, print gambar sendiri atas canvas. memang Western gila dan memang lawa-lawa. harga dia pun boleh tahan. bagi hani, harga mampu milik lahhh. tak mahal. biasa-biasa jer. hehe. ni tengok!



lepas tu hani naik aras atas. aras atas ni banyak bunga jer. bunga yang dia jual satu-satu, maknanya kena deco sendiri lah bunga tu nanti. rasa macam bosan, turun tangga. baru perasan satu keadaan yang wow! lawa nyaaaa! hahaha


that's me! in the mirror. haha!


cantik kannnnnnnnn! eee, geram tahu. okay, kalau nak tahu rumah hani masa depan nanti. In Shaa ALLAH akan deco macam ni. haha. suka sangat. haihhh, tak tahu nak kata macam mana. suka tahap kritikal. oh ye, hani yang suruh mak posing kat situ. tapi mak macam tak rela je. hehe. tak apa. lawa dah tu mak oiii. hihi.

okay then, teddy bear! bapak lawa-lawa dan diorang tengah buat promotion untuk Valentine's Day ni. so datang lah, murah-murah. beli lah berapa banyak pun awak suka. hehe.

tiba-tiba jumpa benda ni. dia sebenarnya luggage. tapi ada ke orang bawak luggage ni pergi holiday? rasanya tak. haha. jadikan perhiasan atau letak barang-barang dalam rumah je kot. rasanya lah!

ni dia one set. tapi rasanya bunga tu tak termasuk sekali. haha. lawa kan? rasa macam nak curi orang yang deco tu lepas tu suruh dia deco bilik hani pulak. hehehehehe. suka gila ni. excited. haha

ohh, lagi satu. Romantika Home Deco ni ada jual frame-frame yang modern dan stylish lah. kalau yang nak letak gambar family atau gambar perkahwinan ke, boleh datang sini. pilih jer frame mana awak suka. macam-macam ada tapi hani tak ambil gambar pulak tadi. tapi hani sempat ambil gambar yang ni sebab masa tu mak dah bising. dia nak pergi Tesco pulak. hahaha. cantikkan? pehh pehhh!

ROMANTIKA Home Deco ni memang best sangat. nak apa semua ada, dari sekecil-kecil barang sampai ke besar-besar barang. memang tip top habis lah. eh lupa nak cakap, ROMANTIKA Home Deco ni ada dekat Cheng, Melaka. berhadapan dengan Tesco Cheng. siapa yang duduk Melaka tu, boleh lah ke sana. cuci-cuci mata. hani dengan mak pun cuci-cuci mata. rasa heaven gila. haha. okay, tu jer nak cakap pasal ROMANTIKA ni. memang best, harga dia pun memang mampu milik dan berpatutan. sesuai lah dengan theme dia, Western :)

oh ye! hani ada beli Perfume baru. sebelum ni hani pakai Victoria Secret. dia sebenarnya Body Mist. memang best sangat tapi dah dekat habis. so, hani beli baru. cuma tukar sikitlah, hani beli Enchanteur Paris : Adore. bau dia memang sedap. lembut dan memang taste hani. serious sedap. hehe. so, naik cuti Mid Sem ni. nak tukar perfume pulak. bagi variasi baru kan. mood baru. cehhh! 






lawa kan botol dia? haha. salah satu reason hani beli sebab botol dia lawa gila. dan bau dia adalah main reason why I bought this. wehehe. so kalau ada sesiapa berminat. boleh cari dekat Watson atau Guardian. alahhh, dekat Tesco pun ada. hahaha. tak payah nak bajet sangat, hani pun beli dekat Tesco jer :p

okay, tu jer nak share. harap info ni berguna lah eh? ok ok. 
byeeeee, assalamualaikum :)

3 comments:

  1. Assalamualaikum. Ni cawangan RHD yang kat mana ya ? :)

    ReplyDelete
  2. maaf lambat reply. RHD cawangan melaka berdepan dengan Tesco Cheng.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila