Banyak Benda Nak Cerita
January 10, 2014
Assalamualaikum dan hai ^__^
okay, entry kali ni Hani bagi tajuk "Banyak Cerita Nak Cerita" haha. sebab memang banyakkkk sangat benda nak cerita tau! maklum lah, dah lama Hani tak update blog kan? busy punya pasal, lagi satu sebab internet tak berapa nak chantek dekat KMJ ni. kalau nak update blog, mesti kena stay up sampai pukul 2 pagi sebab nak tunggu line laju. fuhh fuhh. haha :P
hari ni dah 10/01/2014. HAPPY NEW YEAR PEOPLE! tak terlambat lagi kan? baru 10 hari masuk tahun 2014. chill lah. hehe. so guys, welcome to the new blank page for this new year. colour it with the wonderful moments on it. In Shaa ALLAH. dah sepuluh hari masuk tahun baru ni, perjalanan hidup Hani pun okay dan ALHAMDULILLAH bahagia. ALLAH je yang tahu macam mana rasa bahagia dia tu. heee :) walaupun baru sepuluh hari, macam-macam benda dah jadi er :D hihi
okay, masa 27/12/2013 lepas, kelas Hani dengan beberapa kelas yang lain ada buat kerja amal untuk Pendidikan Islam tau. nama program kami tu, Kreatinova Islamik. memang Islamik sangat. hehe. dan dalam tu Hani jadi AJK Pendaftaran. kerja dia kena ambil nama siapa yang nak join pertandingan-pertandingan yang kami buat tu. dan Hani incharge pertandingan Hafazan Muslimat dengan Syarahan untuk Muslimin dan Muslimat. memang best sangat, sebab benda ni bukan je dapat buat Hani lagi bertanggungjawab, tapi buat Hani makinnnnn ramai kawan. hehe :)
eh eh, ada satu lagi program yang kami terpaksa tukar last-minute! sebab pertandingan tu tak dapat sambutan then our leader switch it to Explorace Competition. fuhh fuhh. haaa, masa explorace ni lah Hani kenal makin ramaiiiiii kawan tau! dan secara automatik, terus rapat dengan mereka ^___^ ALHAMDULILLAH sangat :D
paling penting, Hani jumpa sahabat baru. haha.
ada kisah disebalik gambar ni. haha. Hani jaga check point shooting ball. lepas dah habis semua, Hani berlegar-legar ke sana sini dan ambil gambar apa semua kan. tetiba ada kawan kuliah Hani (sebenarnya Hani tak perasan pun dia sama kuliah dengan Hani) haha. agak kejam di situ :P dia panggil cakap pasal nak ambil gambar, Hani ingatkan dia mintak tolong ambilkan gambar dia dengan kawan dia. bukan main Hani geram sikit masa tu, sebab salah faham punya pasal. haha. rupa-rupanya kawan dia nak take picture dengan Hani, cakap tak jelas. kan Hani tak faham dah -___- haha.
Hani jenis tak kisah kan, dan memang suka bergambar. haha. so, bergambar lah kami. dekat camera DSLR dengan camera kawan dia tadi tu. baaapak ah. masa tu fikir, "kenapa nak ambil gambar dengan aku er?," hehe. dan dengan cepat dan pantas, ALLAH bagi jawapan. rupa-rupanya muka Hani ada iras-iras macam girlfriend dia. ohhhhh, baru lah tahu. hehe.
ingatkan tu kali terakhir jumpa dia, sebab Hani jenis lambat nak ingat muka orang EXCEPT budak tu memang Hani dah usha lama ataupun dah lepak sama-sama. hehe. tapi nak dijadikan cerita, lusa tu (hari SABTU) ada Karnival Kerjaya dekat sini. Hani pun pergilah ke sana dan tetiba Hani toleh ke kanan. Hani pandang ada orang senyum-senyum. pelik! tapi dalam hati cakap "macam pernah nampak je..," haha. pandang lagi sekali, barulah Hani ingat siapa gerangannya. haha. dia cakap "Hai..," then Hani pun reply je lah. haha.
hari Isnin pulak, Hani pergi starkbuck hari tu untuk beli breakfast. terjumpa dia lagi. ish ish. haha. Hani pandang dia dan terus pandang depan balik. dah gelak-gelak dah masa tu, tak tahu kenapa boleh gelak. hehe. dan adalah cakap sikit, sikit je! haha
tup tup, ada dua orang budak minta number Hani. sorang tu budak kuliah, sorang lagi budak JPP. yang kawan kuliah ni dia minta number Hani dengan sendirinya tapi yang budak JPP tu minta number Hani dari class-mate Hani. haha. pelik gila masa tu, kenapa tiba-tiba? dan semalam baruuuuuu Hani tahu semua cerita. baaaapak ah. rupa-rupanya, Sol? yes, Sol. nama dia Ahmad Sholehin. tapi dia kata, panggil Sol je. hehe. ok, sambung balik! rupa-rupanya Sol yang suruh mereka cari number Hani. pehh pehh. hebat betul effort dia. haha. lepas tu dia add Hani dekat Facebook. dan mula IM each other. haha, long conversation I thought. tapi dia kata "actually, it is no long enough..," haha. rasa macam, yeke? maybe lah kot. baru kenal kan.
bebel-bebel semua, esok dah start conversation dekat Whatsapp. dia ajak pergi Anugerah Kecemerlangan. kebetulan hari tu, Hani nak pergi admin. so, singgah sekali lah cuma tak masuk dewan je. Hani duduk dekat pondok. selesai semua majlis kat dalam, dia terus datang. for the first time, berbual depan-depan kauuu. haha. and he was, hurmmm. not bad. good looking, polite. haha. jangan kembang sudah budak tu -,- tapi dia perangai sama macam Hani, suka gosip dan suka ambil gambar. haha.
tu cerita pasal sahabat baru :D panjang kan entry kali ni, nak cerita pasal dia je. haha. ok, sambung balik apa yang Hani dah buat selama 10 hari dalam tahun baru ni. masa Karnival Kerjaya hari tu Hani tengok semua universiti dan paling tertarik dengan UPSI dan UiTM sebab dia ada course Science with Education. hehe. Hani nak jadi lecturer!
malam tu Hani, Maysa, Rabi pergi DKK1 untuk dengar ceramah tentang UPSI. memang tertarik sangat. cita-cita kami pulak sama. nak jadi lecturer cuma Hani dengan Rabi nak pilih Biology dan Maysa nak ambil either Physics atau Mathematics. haaa. hehe. otak application dia tu. hehe.
esok tu, kami semuaaaa pergi main Frisbee. melayan kan Rabi dengan Adam. Adam tu kawan Rabi. tapi kawan-kawan diorang dah macam kawan-kawan Hani. haha. Maysa jer tak ikut masa ni. nak buat homework katanyaaa :D
banyakkkk kenangan manis dah tercipta selama 10 hari ni. ALHAMDULILLAH. harap semuanya kekal lama dan berjalan lancar. paling penting sekali, hubungan persahabatan ni kekal sampai ke akhir hayat. In Shaa ALLAH. moga ALLAH redha :'D
ok people, cukup setakat ni. nanti Hani kumpul cerita banyak-banyak dan share di sini. tapi kalau nak perkembangan setiap hari, boleh follow INSTA dengan TWITTER :) sebab tu je medium paling mudah untuk share perkara-perkara best setiap hari. haha :D kalau Facebook tu, Hani accept friend yang Hani betul-betul kenal je. hee :) ok, thank sebab membaca. seronok! sebab Hani dengar blog Hani di, pelajar KMJ pun ada baca. haha. segan pulak tetiba :P
ok ok, stop dulu. byeeee, Assalamualaikum!
keep supporting, keep loving! *waving hand* hihi ;)
0 comments