Hani's Collection

February 05, 2014


Assalamualaikum dan hai :D

seperti yang dijanjikan dekat Facebook tadi. entry kali ni nak share pasal koleksi-koleksi yang hani ada dan hani dah kumpul dari form 3 lagi tauuuu. hihi. apa dia? NOVEL! tapi bukan setakat novel je, hani suka kumpul original movie yang hani minat sangat-sangat. movie apa? TWILIGHT lahhh :) hihi

sejak bila minat membaca?

sebelum share gamba-gambar yang dah sedia ada tu, hani nak share sikitlah pengalaman macam mana boleh terjebak dengan dunia pembacaan ni. hihi. dulu-dulu masa sekolah rendah, memang dah ada minat membaca tu. tapi tak lah serakus sekarang. haha. masa tu darjah 3, hani dah mula masuk pertandingan bercerita tau. memang pakar bab-bab bercerita ni. sukaaa sangat, tu terbawak-bawak sampai sekarang. eh? apa kaitan? hehe. okay, sambung balik. hani memula dulu baca buku cerita kanak-kanak lah, yang nipis-nipis jer. kadang-kadang dalam setengah jam dah boleh habis 4-5 buah buku cerita. mak pun suka beli buku cerita dulu-dulu. macam menggalakkan lah proses ke arah minat membaca tu.  dari senipis-nipis buku sampai ke tebal-tebal buku. bahasa Melayu, bahasa Inggeris semua ada. tapi bila dah besar ni, mak dah jual buku-buku tu. hehe. 

oh ye! mak hani pun minat membaca, cuma sekarang ni dia dah malas. katanya dah penat nak membaca. sebab hani ingat dulu, mak, kakak-kakak dan abang hani pun suka membaca! sampai take number nak baca satu novel. kiranya beli sebuah novel, dan akan main pass-pass antara mereka. haha. ada tu, mak sampai sorok dalam almari novel tu sebab tak nak abang hani ambil dan baca dulu. hehe. so, culture kami memang macam tu. dikelilingi ahli keluarga yang memang minat gila membaca. tapi dah lama-lama ni, hani jer yang masih dalam mood membaca. along dengan angah hani pulak, diorang akan membaca bila ada masa terluang jer :) 

bila mula baca novel?

okay, hani mula baca novel masa umur 13 tahun. masa tu dah mula selak-selak novel dan dalam kelas hani pun kebanyakkan mereka memang ulat buku. sentiasa ada novel atas meja mereka. tebal, nipis, sedang-sedang semua ada. dan hani selalu curi-curi baca novel English diorang Mystery Midnight. haha, novel budak-budak kan masa tu. tapi masa ni tak nampak sangat semangat membaca terhadap novel. dan novel pertama yang hani berjaya habiskan ialah Aku Mahu Buli - Ain Maisarah. haaa, mula dari novel ni lah hani terjebak dengan novel-novel yang lain. semua penulisan Ain Maisarah. novel dia bersiri kan? hampir kesemua novel dia hani baca :)

masuk umur 14 tahun, dah mula baca novel cinta-cinta niiiii. haha. mak pun tak kisah kan :) baca punya baca, khayal punya khayal. sampai satu tahap, mak kata "amboiii, khusyuknya membaca..," dan ada kadang-kadang tu bila hani dah dapat novel, sanggup tak makan tak buat kerja lain. duduk dalam bilik atau dekat ruang tamu. bukak novel, baca. selagi tak habis, memang tak akan gerak ke mana-mana. hahaha. pernah tu, dua hari hani tak makan. cuma minum air dan makan snek jer. bila novel dah habis di baca, baru rasa lapar. hihi.

pernah jugak lepas PMR, hani habiskan novel setebal 800++ muka surat. haha, gilakan? ambil masa 4 hari jugaklah nak menghabiskan novel tu. kalau tak silap, nama novel tu Lafazkan Kalimah Cintamu. penulis dia lupa lah pulak. hehe. nanti search ye, memang best gila novel tu! okay, mula dari lepas PMR ni hani dah mula membeli novel. yelahhhh, dah pandai save duit kan. hani tak ingat novel pertama yang hani beli. haha. banyak sangat dah tapi rasanya belum cukup banyak lagi.. err. 

dan lepas SPM, hani pernah habiskan 3 buah novel dalam masa seminggu! ke sana ke sini memang tak lekang dengan novel. mak pun dah faham sangat perangainyaaa. hihi. biasanya kalau pergi bookstore dan jumpa novel yang berkenan, hani akan beli! kalau dah dekat-dekat nak exam, hani akan hold dulu. kiranya novel tu macam award lah. so, hani kena study hard dan kena perform well masa exam. habis exam, baru boleh baca novel. selalu macam tu lah! hehe. 

dan kalau dah ke bookstore tu, hani suka spend masa lama-lama. baca sinopsis setiap novel. rasa bahagia jeeee tengok buku banyak-banyak :) sampai kadang-kadang mak suruh cepat. sebab tu hani suka pergi bookstore dengan kawan-kawan atau sorang-sorang. hani suka duduk dalam tu. syurga buku. hehe. oh ye, favorite bookstore hani ialah MPH dengan POPULAR. tak tahu kenapa, tapi hani suka cara diorang punya deco dengan cara susun buku. menarik! heheeee :) lagi satu, buku mereka selalu updated! hehek. oh ye! novel English pertama yang hani baca ialah Love Is On The Air - Jane Moore. memang tip top gila. tapi hani pinjam novel kawan lah. haha

lagi satu, hani dah mula kumpul movie-movie English. bukan pirate ye, tapi yang original! sanggup spend duit semata-mata untuk itu. dah hani suka gila masuk kedai yang jual DVD/VCD yang original. setakat ni hani suka dengan service yang MVL Entertainment beri. ohh ye, MVL Entertainment ni ada dekat Mydin MITC, Melaka. aras bawah sekali. kalau masuk je pintu besar dia tu, dah boleh nampak. hehe. MVL Entertainment selalu updated dengan latest movie dan tak ada pirate punya VCD/DVD. ni lagu satu, kalau masuk memang tak jumpa jalan keluar. haha :P rasa heaven gila. 

ada masa tu mak nak beli zikir terapi Hafiz Hamidun dan hani suggest kan MVL ni lah. mak pun suka service dia. tip top dan best. dan barang-barang dia semua berkualiti. heeee :) 

favorite writer/publisher?

haaaa, kalau nak kata pasal favorite writer ni. hani prefer lebih pada Aisya Sofea lah. dia punya penulisan memang hidup! dan novel dia banyak dah di adaptasi ke drama. contoh? Adam & Hawa dengan Sehangat Asmara. gituuuu. tapi hani tak kisah pun siapa penulis dia, asalkan dia boleh bagi impak yang besar pada hani. hani dah sukaaaa sangat! kesimpulannya, hani lebih memandang ke arah publisher dia. Alaf21 dengan Karya Seni selalu hasilkan novel yang tak mengecewakan. sebab prosedur diorang untuk hasilkan novel memang high class sebab tu novel yang terhasil memang superB! haha. macam Kaki Novel, ok lahhh. sebab dia publisher baru tapi setakat ni novel dia not bad jugaklah macam satu novel tu, Pilihan Mama. memang best gila. 

ok penat dah cakap, jom tengok koleksi hani. hehe


full collection. memang ada tempat istimewa untuk simpan semua novel-novel ni dan hampir 90% novel ni akan berbalut. heheee. sayang punya pasal. dan kawan-kawan dengan kakak-kakak pun tahu, bukan senang nak pinjam novel hani sebab hani terlalu menjaga. salah satu rule yang diorang kena patuh kalau nak pinjam, pulang on time, jangan lipat, jangan rosakkan front page. haha :P

The Twilight Saga.
semua ada kecuali Breaking Dawn Part II jer tak ada sebab tak sempat nak beli. tapi hani dah tengok! hehehe. salah satu sebab hani kumpul ialah sebab hani minat Robert Pattinson tu :)

Remember Me 
Harry Potter and The Goblet of Fire
okay, kedua-dua movie ni ada Robert Pattinson. suka gilaaaa dengan dia :) hehe.
semua DVD/VCD ni hani beli dekat MVL Entertainment :)



Aisya Sofea :)

selain tuuuu, hani jugak dah mula menjinak-jinak kan diri untuk baca novel karya Abdul Latip Talib ni. novel sejarah Islam yang memang nampak hidup dan dapat dirasakan bila membacanya. besttttt sangat dan rasalah semangat jihad tu serap sikit-sikit. Alhamdulillah. hehe :D


okay, ni antara novel pilihan yang best. hani sukaaaa sangat! dah selak banyak kali tetap tak jemu tak bosan. serious talk! :) dalam banyak-banyak ni. ada top 3 yang hani sukaaaaa sangat! jom tengok.

3rd place! haha :P
novel ni memang menarik, tengok dia punya cover jer dah tertarik-tarik untuk beli dan terjah kandungannya. wehehe. dan hani letak number 3 lah!

2nd place!
untuk yang ni, hani dah habis baca masa tu. baru tahu yang dia dah di adaptasi ke drama dekat Mustika HD. hoho, tapi novel lagi best daripada drama dia. serious talk. nangis-nangis baca tauuuu. hihi. oh ye! hani beli novel ni dekat matrik masa tu. habis je PSPM I, terus baca. wehehe. 

1st place!!!!!!!
dan dan dan! dah pastilah Suami Aku Ustaz ni nombor satu! wuuuuu *bunga api meletup-letup* gituuu. haha. okay, novel ni memang bagi impak yang sangat besarrrrr untuk hani. hani baca novel ni masa lepas SPM. sebelum pergi PLKN masa tu dan hani beli dekat POPULAR Aeon, Melaka. lepas baca buku ni, hani terus tukar Alternate name dekat FB jadi 'Suami Ku Ustaz' sebab terjebak dengan buku ni. nama Ustaz tu Ustaz Hafiz. 

dalam novel ni dia digambarkan sebagai seorang ustaz/ suami yang lembut, baik, bertanggungjawab dan dan dan HANDSOME! haha. masa tu dah niat dah, harap-harap dapatlah suami sebaik Ustaz Hafiz ni supaya dapat bawa ke Syurga ye tak? alang-alang dah berangan tu, beranganlah sampai Syurga. wehehe. kalau tak dapat suami nama macam Ustaz Hafiz ni, at least perangai sama pun di kira cun! nanti anak boleh letak nama Hafiz. hahaha. nampak tak berangan jauh gila? wehehe. oh ok! proceed, dah melalut panjang sangat ni. erk!

eh nak cerita apa lagi? macam dah tak ada je? hehe. tu jelah kot. so, inilah koleksi hani. ehhhh ada lah. hani dah berangan dan berazam, bila dah ada rumah sendiri nanti nak buat mini library dengan mini cinema. pehhhh, memang menarik gila. bila nak baca buku, boleh masuk mini library tu. masuk je mini library, tengok banyak buku. wahhhh. heaven-nya. ada meja untuk study atau buat kerja, ada single sofa yang lembut gila bapak. hahaha. deco ala-ala western. colour white, grey dengan coklat. eh menariknya (berangan dalam kepala). sekarang pun, ada satu rak buku dalam bilik hani, hani yang mintak mak letak dalam bilik hani sebab hani suka. wehehe. 

okay, sukaaaaaa >__<

ni dah boleh jadi personal office. menarik!


yang ni pun, not bad! 


suka gila yang ni. haha :D

pasal mini cinema tu pulak, boleh pasang speaker. kalau tak nak bagi jiran-jiran terganggu, boleh pasang dinding yang kedap bunyi. wahhhh, menarik gila. dah terbayang-bayang ni. dalam tu ada sofa lembut lepas tu ada lampu ala-ala dekat cinema. ada TV Plasma yang besar. speaker kiri kanan. air-cond dan ada tempat untuk letak snek dan soft-drink. hamboi, menariknyaaaa. wehehe. dan pasti ada satu sudut untuk letak DVD yang sangat menarik dan modern. hani suka kalau western yang modern ni. hehe.

ni? to be honest bukan taste hani tapi ok lah. hehe.

haaaaa, ni best. ada port untuk minum-minum. wehehe :D
ni memang cun habissss!

yang ni simple tapi menarik, obviously :)

hmm, rasanya tu je lah. harap-harap hani boleh dapat semua tu. In Shaa ALLAH! ok semua, blog dah update. thanks sebab baca sampai habis tauuu. so, jumpa next entry.

bye, Assalamualaikum ;)

You Might Also Like

1 comments

  1. banyaknyer koleksiii ;) akak hantu buku jugak tp ikut musimmm

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...