CLICK SAYA !

Monday, February 3, 2014

New Moments!


Assalamualaikum, haiiii :)

dah pagi dah ni, dah pukul 12am tapi hani masih menjadi burung hantu malam ni untuk update blog. Al-maklum lah, kalau dah balik matrik nanti payahhhh nak update. hehe. so, apa yang terlarat termampu dan terdaya tu, hani update lah iye? okay, entry kali ni bermula bila.. ehem ehem.. 

ex class-mate a.k.a. ex school-mate hani ada balik Melaka. kami ni memang rapat dan ketat lah. baik gilaaa, Alhamdulillah. moga-moga hubungan persahabatan ni baik sampaiiii bila-bila. In Shaa ALLAH. sejak balik hari tu (Rabu), hani okay je duduk rumah. masuk hari kedua dekat rumah, tonsil dah mula membengkak, masa tu dah persiapkan diri untuk demam ye. dah faham sangat, bila tonsil bengkak mesti akan demam. seperti yang dijangka-jangka, tonsil bengkak, dah mula selesema, batuk sikit-sikit. malam tu, terus demam. bila dah demam? haihh, jangan cerita lah. lemah dia, ALLAH jer tahu. rasa tak tertanggung. 


tapi ingatkan diri, sakit tu kifarah dosa. Allah nak kurangkan dosa hani, alhamdulillah. dua hari je, demam kebah. lepas rasa dah okay sikit, hani pun text lah Aqilah tu. tanya dia bila nak dating? hehe. dia ajak hari ni lah (02/02/2014) hani punn, cun jer! badan sihat alhamdulillah, cuma tekak rasa tak sedap lagi, batuk sikit-sikit dan kadang-kadang selesema lah. tapi nak berjalan punya pasal, kuatkan diri tauuu. haha. 

dalam kereta, hani fikir nak pergi mana dulu. bila tanya Aqilah, dia kata "mana-mana jelah..," mana-mana tu ke mana? haishhh. dan akhirnya, hani ajak tengok movie. RoboCop. tengah hot kan? siap beli tiket semuaaa, kami ada masa sejam sebelum movie start. apa lagi, makan lah! lapar sangat dah. haiyoyo. movie start pukul 2:25pm. dah masuk Zohor, jadi kita berdua ke surau lah menunaikan panggilan Dia. eh eh, hani tengok wayang ni dekat Mahkota Parade tau. hehe. 


dah siap solat semua, kita ke kedai buku Popular. disebabkan dah lama tak masuk Bookstore, jadi jakun kejap bila masuk tadi. haha. semua buku ditilik, ditengok, dipegang, dicium, dihidu..eh? haha. dan pastilah dibaca sinopsis dia. lepas tu termenung, nak beli yang mana niiiiii? pening pening! haha. tengok ni hani snap gambar-gambar buku dia. haihhh, syurga buku ni. ALLAH, bahagianya :D 


rasa nak beli semua. errr -_-

akan dalam dalam koleksi hani. tunggu! 

novel Ustaz Hafizzzzzzz. haha. Adi Putra :p

novel Twilight the series yang bersisa. haihhh. masih belum memiliki walapun satu. err. sabar eh.

vampire vampire dan vampire. okay, dekat side ni memang mostly novel vampire. daripada immortal, venom (betul ke ejaan dia? haha) vampire diaries dan lain-lain jenis vampire. haha. menarik perhatian gila dekat sini.

tetiba fikir "aku nak buat mini library dekat rumah sendiri nanti..yeay!..," harap minat membaca dan mengumpul buku yang hani miliki ni akan diwarisi oleh anak-anak dan bakal suami. hahaha. bakal suami pun tak ada, cerita banyak pulak awak niiii :P

lepas tu, Aqilah kata nak pergi Daiso Japan, eh? rasanyalah. kalau salah nama, maaf dipinta ye anak-anak. hihi. teman dia beli apa ntah, hani ikut jer. cuci-cuci mata gituuu. hihi. dan dan, bergambar lah. mana boleh lepas ye tak? ;)


acah acah nak beli blusher. lupakan lahhhh, tak penting. natural is better :)

ok, masa untuk movieeeee. sebelum terjah movie. bergambar lagi. haha. seronok gila bergambar tak ingat dunia ;)

gemuks. k, bai. haha

ok jom, movieeeeee.

- 2 jam kemudian -

rasa best gila movie tu, fokus mendalam dekat movie tu. RoboCop. dia cerita pasal manusia yang di transform kan menjadi robot dan amanah yang dibawa oleh Dr Donnet? yeke nama dia gitu? lupaaaa! haha. apa-apa pun. Dr tu di beri kepercayaan oleh isteri Alex (RoboCop) untuk kembalikan dia kepada keluarga. eh, malas nak cerita pasal cerita dia, tengok sendiri baru best. apa-apa pun, banyak sains dalam cerita tu. rasa terpukau dengan elemen-elemen multimedia yang digabungkan dalam tu. menarik, hebat, teruja. tiba-tiba rasa nak ambil course Sains Komputer (Perisian) pulak. hehek.

habis movie, shopping ye. terus seberang ke Dataran Pahlawan. benda pertama yang dicari, kasut kuliah. kasut kuliah yang beli dekat JPO hari tu dah jahanam, tunggu masa nak dibuang ke dalam tong sampah. err. sebenarnya hani paling tak suka beli kasut dengan seluar. bukan sebab tak suka benda tu, sukaaaaa sangat. tapi susah nak cari saiz. kasut terutamanya.. dan selalunya kalau cari kasut, hani akan cari dekat JPO. dekat situ jer ada saiz. kaki kecik gila. hahaha.

mula-mula masuk PDI adik beradik dengan VINCCI, dengan harapan adalahhhh kasut kuliah bertutup. jumpa! tapi yang diminati, tak ada saiz :( sedih masa tu. Aqilah ajak pergi cari tempat lain, masuk dekat Scholl, tak ada jugak. kedai ketiga, apa ntah nama kedai tu, Red Modani kalau tak silapppp. tengok-tengok, belek-belek. yes! berkenan. terus tanya, saiz 4 ada? hahaha. jangan gelakkan saiz kasut tu -,- orang tu kata ada. dia pergi ambil, try dan suka. bayar, jalannnn. hahaha. senang cara saya berurus niaga tau :) hihi. dan pergi balik ke PDI sebab Aqilah nak beli cincin dengan jam. okay, ikut kan ajer. padahal hani pun beli cincin sekali. hehe. sekali sekala ye. hihi


siap shopping, nak balik. penat. 
sebelum tu "qilaaaa, aku nak Red Velvet. jom Secret Recipe?," hehek. best betul Aqilah ni, dia pun layan kan lahhh. hani beli dua slice cake. one slice Tiramisu, the other one is Red Velvet of cos. hehe. Aqilah beli chocolate indulgence dengan apa ye lagi satu. lupa lah. hehe. dah siappppp! apa lagi, balik lah derr. masuk kereta, okay masa ni kepala rasa pening-pening sikit. mata rasa gelap-gelap. hani minummm je air banyak-banyak. tulahh, baru baik demam dan berjalan sana sini. erk! marah diri sendiri.





Tiramisu

Red Velvet

sampai rumah, good bye Qila, peluk cium, erk? haha. tak adalah gituuu. cuma dia mintak sampaikan salam dekat mak, hani pun mintak dia sampaikan salam dekat mak dan ayah dia. selesai. says thank, love you apa semua. Assalamualaikum. keluar kereta, masuk rumah dengan bahagianya. hahaha. 

masa awal-awal shopping

masa ni nak balik dah. haha. penuh tangan tuuuu.

kasut, cake, novel dan lagi satu ada cincin! yeay! hihihi. cuma tak tunjuk jer :p

okaylahhhh, rasanya tu jer nak share. penat type, penat tunggu gambar di upload. by the way, enjoy dengan lagu baru hani dekat blog ni ye? heheee :) mohon doa semua pembaca supaya hani makin kerap study study dan studyyyy je non-stop. tapi non-stop tu bukan bermakna tak ada life langsung. cuma at least, boleh fokuskan diri pada study dan tak fikir benda-benda lain yang mengarut! ye, In Shaa ALLAH.

Jika Ujian yang dapat mendekatkan kita pada Dia. ucap Alhamdulillah, Redha dan Sabar. Semua ini tak akan kekal lama - Hani Suhaila

tu saja. sekiannnnn :) 
nanti bebila sambung eh. ngantok dah ni.
bye, assalamualaikum!

* waving hand *

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila