Isteri Solehah, Mampukah Aku?

December 09, 2014

assalamualaikum wbt.


dengan lafaz nama Allah yang berkuasa, saya memulakan penulisan. lama rasanya tak menulis jadi ini adalah sedikit hadiah buat pembaca yang setia. In Shaa ALLAH :)

tajuk dia pun agak menarik, mungkin?

sejak saya menolak satu risikan tempoh hari, dalam bulan 5-6 macam tu. awalnya hanya risikan yang saya anggap cuma main-main je tapi makin saya buat tak tahu, pihak di sana rasa mereka ada peluang dan fikir saya memberi harapan. Alhamdulillah, along saya menyelamatkan keadaan. saya jujur menolak dan along sampaikan ke pihak sebelah sana.

dalam sebulan dua lepas menolak risikan pun masih ada desas-desus tapi saya kata "jangan layan..," dan along pun memberi kerjasama. Alhamdulillah.

bulan 10 tempoh hari, ada seorang hamba Allah ini. permulaan kami hanya bekerja untuk Gerak Kerja Badminton. saya sebagai setiausaha dan dia sebagai AJK Latihan. semuanya atas dasar KERJA. tak sangka pula dia menyimpan perasaan. bila dia luahkan dan berterus terang, saya jauhkan diri. bukan benci tapi nak jaga hati.

lepas-lepas tu cuma jumpa dekat surau, kafe dan paling lasttt terserempak dengan dia waktu tu dia nak ke kafe dan saya ada kerja di surau. saya tak tolak, tak terima. takut kalau tolak, dia mungkin jodoh saya. takut kalau terima, hanya bagi dia harapan palsu dan belum tentu dia jodoh saya kan? tapi niat dia tu dah disampaikan kepada bonda di rumah dan dia ada kata
"saya tunggu semester akhir nanti. In Shaa ALLAH,"

sebagai perempuan, tipu kalau hati tak terusik, tersentuh dan rasa keikhlasan tu cuma untuk waktu ni saya diam dan jauhkan diri. itu yang terbaik. untuk jaga hati dia dan terutamanya hati sendiri :)

balik bercuti ke rumah. terfikir.
macam mana nak keluar dari rumah untuk ke majlis-majlis Ilmu? dan kebanyakan majlis-majlis Ilmu ni boleh kata kebanyakkannya diadakan di UIA dan rasa. seronoknyaaaaa kawan-kawan dekat sana :( dulu ada minta untuk dapat sambung belajar area KL atau Gombak. alasan? mudah ke majlis Ilmu sebab majlis-majlis Ilmu yang hebat banyak diadakan di ibu kota, tapi hampa. namun hanya berfikiran positif! mungkin ada hikmahnya.

dan tiba-tiba terfikir, kalau dah kahwin dan ada suami yang cintakan majlis Ilmu. mungkin dia akan bawa saya bersama ke setiap majlis Ilmu, kan? mungkin *harapan*

dari sudut lain, kalau dah kahwin. tanggungjawab agak besar. mula-mula bertanggungjawab untuk suami. bila dah ada anak? bertanggungjawab ke atas anak pula. nak didik ilmu dunia dan paling penting ilmu akhirat. mampu ke anak itu berfikir soal kematian yang pasti, soal Syurga dan Neraka ataupun senang kata soal kehidupan akhirat yang hakiki?

diam. tiada jawapan.

bakal Ummi dia ini pun tak mampu pertahankan Iman ditahap yang sama, sering sahaja turun dan naik. Allah Allah Allah. macam mana nak didik anak? untuk jadi khalifah, untuk jadi Syabab-Syabab Agama dan Mawar-Mawar Agama milik Allah?

masih diam. pening.

kita akan mampu bila kita dibantu.
itu jawapan yang keluar. bila suami juga soleh, pasti dapat bantu untuk didik anak-anak menjadi soleh dan solehah. dapat bantu anak soal tajwid, ajar solat dan ceritakan kisah-kisah nabi pada anak dan sama-sama terapkan ilmu akhirat dan tiupkan semangat jihad supaya mereka membesar dengan semangat jihad yang kukuh di hati!

layakkah aku untuk ada suami sehebat itu?
lihat pada diri.
"kita sendiri mencorakkan jodoh kita nanti..,"
terkeluar ayat ini di minda.

Allah, aku tidaklah se-solehah mana. ilmu akhirat, masih banyak yang perlu diperbaiki. masih banyak yang perlu. ilmu dan ibadah fardhu, banyak yang masih perlu dibaiki, ilmu dan ibadah sunat? lubang-lubang. jadi mana nak datangnya suami soleh? kalau diri sendiri belum cukup solehah?

hati berkata..
kuatkan hati, kalau diri cuba untuk perbaiki diri. jodoh kita juga sama. kalau kita cuba tampal mana yang koyak dan betulkan mana yang rosak. In Shaa ALLAH, jodoh kita juga sedang lakukan perkara yang sama. yang penting jangan pernah lupa Allah. kejar Tahajjud, seminggu sekali itu dah dikira hebat. kalau dapat setiap hari, itu yang terbaik. In Shaa ALLAH.

tapi perlu juga ingat. semulia dan setabah Asiah, masih bersuami-kan Firaun. sehebat Iman Nabi Nuh a.s itu, beristerikan si derhaka. jika Allah beri rezeki yang baik, mungkin pasangan kita seperti Ali dan Fatimah. siapa tahu? Allah juga yang tahu dan Allah juga yang berhak. kita hanya mampu usaha dan selebihnya biarlah Allah yang uruskan. In Shaa ALLAH.

pesanan buat diri sendiri khususnya :)

Pencinta Jihad Bakal Syahid,

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...