Kahwin Muda, Boleh Ke Bahagia?

December 22, 2014

Assalamualaikum.


okay okay, sebelum bash. apa kata baca dulu sampai habis ye. 
tajuk ni bukan saja-saja dibangkitkan sebab saya sendiri admin salah satu page soal nikah muda ni FB tapi dah dikaji serba sedikit, diperhatikan mana yang perlu dan diperincikan serta dirujuk melalui ceramah-ceramah online di Youtube (memandangkan saya jenis suka duduk dan mengkaji) terutamanya ceramah-ceramah Ustazah Fatimah Syarha & Dr Farhan Hadi.

kahwin muda, boleh ke bahagia?

jawapannya :
boleh! bila kedua-dua pasangan itu mempunyai ilmu yang tinggi atau erti kata lain sekufu. sekufu ni banyak orang salah erti, pada mereka ia sama maksud dengan setaraf yakni setaraf dengan kedudukan pangkat dan harta. kononnya anak Dato' selayaknya berkahwin dengan anak Dato', keturunan Sheikh perlu berkahwin dengan keturunan Sheikh juga supaya pangkat yang terletak pada pangkal nama iaitu Sheikh dan Sharifah tidak hilang begitu sahaja bila ada pewarisnya kelak.

tapi sebenarnya itu sudah lari jauh dari maksud sekufu yang dimaksudkan. sekufu ini ialah soal tinggi nilai, ilmu dan fahaman seseorang tentang Islam. itulah yang sebenar-benarnya. miskin macam mana pun kamu, tapi jika Ilmu agama seseorang itu lebih tinggi berbanding kamu yang kaya-raya dek harta dunia tapi miskin ilmu agama, itu sudah melambangkan tidak sekufu! bukan kerana harta tapi kerana Ilmu.


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, 
"kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunanya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. maka pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat"

maksud hadis di sini, jika memilih seseorang untuk dijadikan bakal suami/ isteri. baik lelaki, baik perempuan, pilihlah kerana agamanya. terutamanya perempuan, mereka perlu pilih yang mempunyai asas agama yang kukuh sebab apa? sebab hidup mereka perlu dibimbing dan di didik bukannya mereka yang membimbing dan mendidik. 

tapi tidak salah jika wanita itu mempunyai asas agama yang amat kukuh dan hebat! maka auranya In Shaa ALLAH dapat membantu suami yang rosak akidah ke arah jalan yang lebih baik atau pun suami yang sudah sedia hebat Iman didada menjadikan dia suami yang semakin khusyuk dalam Ibadah dan menguruskan hal-hal rumah tangga dengan penuh rasa kecintaan kepada Allah dan isteri yang dianugerahkan Allah kepada mereka.

nahhh! pentingnya Ilmu agama yang kukuh di hati. bila hati dipelihara, segalanya Allah pelihara. bila kita memudahkan urusan Allah, Allah akan memudahkan urusan kita sebaiknya. In Shaa Allah.

itu bagi mereka kesan bila suami dan isteri mempunyai asas agama yang kukuh. masing-masing cuba tingkatkan potensi sesama sendiri demi rumah tangga yang bahagia hingga Jannah. jika begini gayanya, nikah muda tidak menjadi masalah kerana Ilmu Agama yang kukuh, ilmu rumahtangga, ilmu mendidik anak dan isteri sangat kuat terpahat di hati dan bersedia menggalas tanggungjawab sepanjang hayat. In Shaa Allah rumah tangga itu akan sentiasa di bawah rahmat Allah SWT.

Bagaimana mereka yang nikah muda tapi Ilmunya..kelaut?
saya pinjam analogi Ustazah Fatimah Syarha.


baik, analoginya seperti ini. 
jika kita nak sertai satu pertandingan bola sepak. apa yang kita akan lakukan? mula-mula lantik siapa ketua pasukan, siapa keeper, siapa center dan seterusnya permain pertahanan. dan akhir sekali? berlatih bersungguh-sungguh bukan? berlatih dan berlatih sehingga ke hari pertandingan. berbekalkan semangat dan hasil latihan itu kita bertanding dengan penuh semangat dan confident yang Masya Allah, luar biasa! kalau menang, itu memang selayaknya. kalau kalah, itu rezeki Allah SWT kepada kita untuk tidak memenangi pertandingan itu walaupun sudah berusaha sebaik mungkin. kalau ada lagi pertandingan, akan cuba disertai dan cuba mendapatkan Johan. ye dak? 

kaitannya ialah...
tujuan nak lantik siapa ketua, keeper dan lain-lain itu semua adalah diibaratkan seperti manusia-manusia yang berilmu. bila nak nikah dan punya hasrat nak nikah, siapa yang akan kita cari?? ibu dan ayah, kan? jadi kita akan minta pendapat mereka, berbincang dan bila dapat kata sepakat maka akan bertandanglah rombongan merisik ke rumah perempuan. bagi yang perempuan, mungkin menggunakan khidmat orang tengah yang boleh dipercayai untuk meluahkan isi hati kepada si lelaki. jika si lelaki setuju, mereka akan mengkhabarkan kepada ibu dan ayahnya sehinggalah datangnya rombongan merisik ke pihak perempuan.

bila selesai semuanya, mengikat tali pertunangan. maka? masing-masing berlatih! berlatih apa? melatih diri untuk menjaga jarak, menjaga perbatasan hubungan. masing-masing perbaiki diri untuk menjadi lebih baik. mendalami ilmu-ilmu soal alam perkahwinan, ilmu mendidik isteri dan anak serta pelbagai ilmu yang berkaitan. memantapkan diri dengan Ilmu yang berguna dan memajukan diri soal agama.

dan bila mana tiba saat pernikahan. tok kadi dah goncang tangan suami dan dua orang saksi kata SAH! maka bermulalah pertandingan dalam rumah tangga. bermulalah kedua-duanya cuba mengharmonikan rumah tangga itu berbekalkan ilmu yang diseluk dari setiap bacaan dan majlis-majlis Ilmu yang dihadiri. sepanjang pernikahan itu adalah pertandingan. menang atau kalah itu urusan Allah. yang penting bagaimana kita menguruskan rumah tangga itu kelak. jika menang, maka sudah sepatutnya kerana masing-masing menjaga diri dan mentarbiyah diri sebelum berkahwin dan waktu bernikah adalah waktu yang tepat untuk bercinta. segala-galanya halal! In Shaa ALLAH kekal hingga Jannah.

tapi jika jodoh tidak panjang, maka terputuslah ikatan yang Halal antara mereka berdua. tapi berpatutan kerana masing-masing sudah berusaha sehabis baik. jika ikatan itu tidak kekal hingga Jannah, mungkin Allah mahu satukan mereka dengan orang yang lebih tepat. perkahwinan pertama dikira untuk mencari pengalaman bak kata orang kalau masuk mana-mana pertandingan pun 
"tak apa. first try, lepas ni cuba untuk jadi lebih baik..,"

begitulah ibaratnya.

ok, kalau mereka jenis pakai tangkap muat?
jumpa, suka dan minta untuk disatukan?
sedangkan diri sendiri sedar belum mampu. baik lelaki, baik perempuan.
keluarga larang pun, tetap nak juga.

seperti pertandingan bola tadi, nak masuk pertandingan tapi ketua , keeper entah ke mana. tak komited dengan kerja. berlatih? tak usah cakap. kejap berlatih kejap tak. jadi bila bertanding, boleh menang ke?

kalau rezeki Allah nak beri, ye akan menang. tapi mungkin menang tu sebab nasib je. tak ada yang perlu dibanggakan. kalau kalah? memang selayaknya.

ok, kes ni banyak berlaku di Malaysia.
adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, sahabat-sahabat. bila ibu dan ayah melarang kita nikah muda itu bukan kerana mereka tidak bagi kita kahwin. tapi bayangkan umur 15-17 tahun dah nak nikah. apa jadi masa depan? ye betul Allah atur setiap rezeki hamba-Nya. tapi cara kita mendapatkan jodoh pun sudah salah, macam mana nak berharap Allah akan redha dengan kehidupan kita seterusnya?

bercouple tak tentu arah sana sini. bergayut berjam-jam, sanggup habis kredit demi si dia yang tercinta. katanya "tak apa. aku sayang dia" 
soalannya, sayang apa begitu? sayang yang bawa ke neraka?

"definisi Cinta menurut saya ialah membawa dia yang saya sayang ke Syurga" - Hilal Asyraf


bila baca buku Hilal Asyraf - Sebelum Aku Bernikah.
diri rasa malu sungguh. selama ini bercinta-cintaan. bercouple, hurung pasangan kehulur-ke hilir dengan tidak ada apa-apa ikatan yang sah. sayangkah begitu? sayang yang membawa ke arah JAHANAM! maaf cakap tapi itu yang sebenarnya. sebuah hakikat yang ramai menolaknya.

bila rumah tangga dibina atas jalan yang salah. maka sewaktu berkahwin itu adalah sambungan cerita ber'couple' selepas nikah. maksudnya kini sudah jadi halal, dulu itu tidak halal. saya tahu ramai akan terasa dengan penulisan kali ini.

tapi saya nak salurkan sedikit kekesalan di hati. saya pernah berada di alam percintaan ini. indah? iye indah sangat. indah bergelumang dengan nafsu!! sampai ke hari ini, masih belum hilang rasa kekesalan kerana pernah menjalin hubungan cinta dengan lelaki ajnabi. ya Rabbi. pernah rasa kecewa pada diri sendiri? begitulah rasanya bila mengenangkan diri yang pernah hanyut dengan nafsu dan hati yang terlalu cintakan DUNIA!

jadi kita sambung semula. bila rumah tangga itu dibina dengan jalan-jalan zina. maka perjalanan rumah tangga itu juga masih terpalit kesan-kesan zina. contoh? suami mengupload gambar isteri yang tidak tertutup auratnya di FB. Instagram dan sebagainya. terang-terang suami itu Dayus yakni membiarkan maksiat berlaku didalam ahli keluarganya sendiri. si isteri pula, bersayang-sayang di FB, setiap saat yang dilalui bersama-sama suami dikongsikan di laman FB dari perkara yang sepatutnya sehingga perkara yang tidak sepatutnya. hingga terasa loya membaca tulisan-tulisan yang direka seperti mahu memberitahu seluruh isi dunia yang dia menikah muda. 

saya cemburu? tidak sama sekali.
demi Allah tidak cemburu tapi.. susah nak cakap.
hakikatnya kebahagiaan itu tak perlu dikongsi-kongsi jika ianya melebihi batas. biar insan diluar melihat dengan mata mereka sendiri dan biar mereka menilai dengan pemikiran mereka sendiri.
senang cerita, besederhanalah.


hanya doa yang baik-baik sahaja saya iringi kepada kesemua pembaca sunyi saya. semoga kita didalam rahmat kesyukuran oleh-Nya. saya dulu jahil, dan sekarang masih sedang perbaiki diri. waktu muda ini, isilah waktu sebaiknya. dalami ilmu-ilmu yang bermanfaat. kejar sesuatu yang boleh membuatkan ibu dan ayah kita tersenyum gembira. tak lain tak bukan ialah menjadi anak yang soleh dan solehah. tidak pandai, tak mengapa. tapi punya jiwa untuk mengejar sesuatu kejayaan. kejayaan yang indah ialah kejayaan di Akhirat di mana kita mampu menyelamatkan ibu dan ayah kita kelak.

saya juga tidak sempurna. sedikit ilham ini dari Allah SWT untuk dikongsi bersama. jika ada kekurangan atau tersilap. boleh berhubung secara personal, In Shaa Allah. sama-sama mengubah diri ke arah kebaikan.

Wallahu'alam
Assalamualaikum

Pencinta Jihad Bakal Syahid,


You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...