Jom Selongkar!

December 30, 2014

Assalamualaikum.

aihhh buat pertama kalinya nak buat entry tapi tak letak tajuk lagi. selalunya akan letak tajuk dulu baru lah merepek meraban dalam ni haaa, tapi buntu sikit nak letak apa tajuknya. nanti kita fikir-fikiran ye :)

sebenarnya entry ni special untuk semua yang akan duduk final exam. hari ni mula dah kan? (29/12/2014) ni untuk pelajar-pelajar universiti lah terutamanya student degree. al maklumlah patutnya saya ni dah buat degree tapi reverse balik ambil diploma. tak apa, semua rezeki Allah dah atur, just follow the flow.

tadi adalah scroll Twitter, scroll FB, scroll Instagram. mak aihhh, banyak scroll? hehe. semua kawan-kawan masa matrik dulu post nak final bagai dan ada yang dah exam pun tadi. katanya paper agak killer, agak tough lepas tu risau tak boleh jawab dan mereka sangat risau kot kot fail dan kena repeat paper. okay bab repeat paper tu memang agak gerun sikit mendengarnya.

jadi, nak share sikitlah pengalaman ni ye.
masa semester 2 dekat matrik dulu, masa tu exam Mathematics Paper 1. untuk pengetahuan Mathematics ni memang subjek kesukaan yang melampau dan memang suka sangat subject ni jadi bila kita suka. kita akan buat apa? study dan study, habis semua jenis soalan PYQ dibuatnya siap mengajar orang lagi. kiranya dan pro lah (bukan nak berlagak) dan masa masuk je dewan exam, hati ni cukup yakin soalan tak lari jauh daripada latihan-latihan yang dibuat sebelum ni.

sekali bila masuk je dewan, bukak kertas soalan. hati menangis. Ya ALLAH, soalan apa ni? kalau tak silap exam 2 jam. baca soalan macam baca kertas kosong. buat je mana yang mampu, memang jawab semua soalan tapi hati rasa semua jawapan tu salah! soalan dia sangat susah, sampai budak yang pro maths masa tu pun kata susah.


masa tamat. keluar dewan.
kepala tunduk. balik bilik sambil menangis.
esok ada exam Maths Paper 2.
balik terus study paper 2 tapi jiwa tak tenteram. ended up tutup buku dan menangis. telefon mak, menangis. makan, menangis. bagi tahu roommates, menangis. masa tu dah terfikir dah "habis pointer aku. hancur pointer aku!!! macam mana kalau aku fail? pointer aku!!!!"
menangis.

memang lama betul menangis.
habis paper pukul 12pm dan dari balik tu menangis sampai pukul 6petang.
masa tu tahu tak apa yang mampu dibuat?
sujud, mintak tolong Allah. Dia je yang mampu tolong kita masa tu. rasa tak mampu nak berdiri dan lepas Isyak tu baru okay sikit dan boleh study sikit-sikit untuk paper 2. Alhamdulillah esok tu paper 2 dapat jawab semua soalan dengan baik! Allah bantu. rasa sedikit lapang.

result? sekejap lagi bagitahu hehe.

ni pulak pengalaman dekat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah. 

Anatomy's subject.
dekat sini subject paling hard core untuk Nursing ialah Anatomy & Physiology. memang susah kalau orang tak ada basic. serious talk. dengar diorang yang tak ada basic punya merungut, kesian tengok. hanya mampu membantu je lah kalau diorang mahukan bantuan.

masa final hari tu, anatomy paper paling awal sekali. bukak je paper, hati kata "alhamdulillah apa aku baca semua keluar.." sengih. bila dah jawab semua, masa tamat. hantar kertas jawapan dengan tenang.

bila keluar dewan, terdengar diorang bincang-bincang jawapan. tahu tak? jawapan mereka dengan jawapan saya sangat berbeza ya Rabbi! bila tengok balik kertas soalan, yep saya salah jawab. 5 markah lebur macam tu. dan apa lagi? dari ATM sampai ke Kafe dan sampai ke bilik menangis. masa tu rasa mcm ada batu berat duduk atas belakang badan ni. beban dia beratttttt sangat!

telefon mak. menangis. mak tak tahu nak cakap apa.
menangissss tak ingat dunia dan masa tu hati kata
"kenapa aku cuai sangat? aku tak kuat!"

"tinggg!"
telefon bunyi, ada whatsapp masuk.
roommate hantar video. download dan tengok.
lagu Don't Forget Allah - Farid Sanullah berputar bila video tu mula play.

You down and out,
you just can't come,
you wanna shout,
you lost all hopes,
on your knees and begging please,
you turn and pray to find your way.

hey, you make doa Allah's there.

lirik dia sangat menyentuh hati dan keluar lah kata-kata semangat.

di sini saya nak pesan dan beritahu sesuatu perkara ye.

Allah SAYANG Kita.
kita sedar tak, Allah beri apa yang kita perlu. semuanya ALLAH bagi. tak ada yang tertinggal. lihatlah diri kita sekarang, cukup sempurnakan? tak ada cela kan? sihat dan sejahtera, Alhamdulillah. Dia bagi kita kenikmatan dan dimudahkan segala urusan.

tapi bila kita diuji sedikit, kita mengaduh. kita memberontak dan jatuh. 
sahabat-sahabat..
sesungguhnya Allah hadirkan ujian melalui Malaikat Jibril kepada hamba-hambaNya kerana Allah rindu akan rayuan hamba-Nya. Rindunya Allah pada rayuan hamba-Nya yang amat dicintai itu.

Dalam hadith qudsi Allah berfirman :
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.."

(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

macam saya, dia tak uji banyak. dia uji sikit je. Dia buat saya cuai waktu exam Anatomy hari tu. Dia buat saya rasa susah memahami apa kehendak soalan sewaktu exam Maths paper 1 waktu itu. semuanya kerana apa? kerana Dia nak saya sedar, sekuat mana pun usaha yang saya buat jika tidak ada redha dari Dia, jika Dia tak restui apa yang saya buat, maka Dia akan buat sesuatu untuk menyedarkan saya dan hamba-hambaNya yang lain tentang pentingnya sikap merendah diri dan buruknya akibat jika terlalu yakin akan sesuatu yang belum pasti!

hasilnya, saya terduduk, tersungkur waktu itu.
hati rasa pedih, sakit sangat. saya marah diri saya sebab cuai, saya marah diri saya sebab tak hati-hati.
tiba-tiba hati saya kata "Allah Allah Allah.." nama itu hadir dengan sendiri.
ye saya sedar, Allah ada. Allah tempat pergantungan kita semua.

air mata mengalir, video habis ditonton dan hati istigfar banyak-banyak. nampak? Allah cuit kita sedikit dengan ujian sudah mampu mengembalikan kita kepada Dia. hebat bukan? 
kadang-kadang kita ni jika tak di ingatkan tentang sesuatu perkara, kita akan lupa. begitu juga hubungan kita dengan Allah. jika Allah tak hadirkan ujian, kita tak akan lupa hubungan cinta kita dengan Allah itu wujud, kan?

dan akhirnya saya tertidur menghadap tingkap, tingkap dan langsir dibuka luas-luas. angin lembut terasa tenang sangat waktu. saya tidur dengan nyenyak sangat, lepas penat menangis, bibir basah dengan zikir, saya tidur dalam keadaan yang cukup tenang! terasa angin itu adalah balasan cinta Allah buat saya, seolah-olah angin itu sedang memeluk saya dengan penuh rasa kecintaan. ini sungguh ye tak tipu.

lepas dari hari tu, saya study elok-elok. mintak petunjuk Allah supaya hati terbuka untuk fokus lebih pada topik yang akan keluar exam. Alhamdulillah dibantu.

solat sunat taubat, dan solat sunat 2 rakaat. jangan tinggal. kalau boleh sehari sekali. ataupun dua hari sekali atau paling lama pun seminggu sekali. ianya membantu. In Shaa ALLAH. Al-Quran jangan lupa dibaca. ianya ayat-ayat cinta dari Allah yang penuh dengan maksud yang tersendiri.

itu sahaja yang mampu saya lakukan waktu itu dan sehingga ke hari ini, In Shaa ALLAH sama-sama lazimi ibadah sunat ini.


dan dan dannnn

hasilnya, jeng jeng jeng.
untuk Maths saya dapat B+ Alhamdulillah. rasa tak sangka.
dan untuk Anatomy saya dapat B+ juga.

sedih ke tak dapat A? jawapannya tidak!
sebab Allah memberi apa yang saya perlu, bukan apa yang saya mahu.
mungkin kalau saya dapat A untuk subjek ini, saya akan riak? sombong?
jadi saya yakin result ini adalah yang terbaik. ianya akan buat saya makin dekat dengan Allah swt.
In Shaa ALLAH

HE's the greates ONE. tak ada sesiapa dapat menandingi Dia.

jadi pesan saya, study elok-elok.
Tawakkal? yep itu perlu! tapi perlu didahului dengan usaha. lepas usaha, baru kita Tawakkal. ye?
yang penting hubungan dengan Allah perlu sentiasa dijaga. 

"Bila kita ingat Allah sewaktu kita senang, Allah akan ingat kita sewaktu kita susah"

jadikan cerita benar ini pengajaran untuk anda semua
selamat menduduki peperiksaan! jaga diri, jaga iman dan jaga hati. hindari diri dari melakukan perkara yang dilarang Allah, jaga Iman supaya tidak jatuh merundum dan didik hati untuk tidak meniatkan perkara yang bukan-bukan.

semoga bermanfaat,
wallahu'alam

*kenapa entry ni macam blurrrrrr je? tak apa, cari input ye!*

Pencinta Jihad Bakal Syahid,


You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...