Poligami Menjadi Ketakutan Para Isteri

September 03, 2014


Assalamualaikum wbt.

hari ni tengok TV semua cerita berkaitan poligami. suami berkahwin lain atau pasang cawangan lain tanpa pengetahuan isteri pertama. jadi? terpaksa berpura-pura jadi sibuk, ada tuntutan kerja di luar kononnya tapi sebenarnya ada tanggungjawab di luar iaitu isteri kedua. jadi Hani nak cerita soal Poligami mengikut kefahaman dan pandangan Hani.

kenapa lelaki cenderung berpoligami berbanding monogami? 

jawapannya :

jawapan cliche yang biasa kita dengar dari mulut-mulut lelaki ialah "Poligami itu Sunnah,". ye, poligami itu sunnah. tapi mereka hanya rujuk pada sunnah semata-mata, tidak pula cuba mencari ilmu soal poligami dari ayat-ayat Al-Quran dan membaca sebanyak mungkin fakta-fakta ataupun artikel dari penulis-penulis hebat seperti Dr Farhan Hadi, Ustazah Fatimah Syarha dan paling hebat sekali Imam Yusuf Al Qadarawi (hasil rujukan novelet Islami Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu).


dalam surah An-Nisa' ayat 3 bermaksud :
"Dan jika kamu khuatir tidak mampu berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (ketika kamu menikahinya), maka nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah seorang saja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. YANG DEMIKIAN ITU LEBIH BERKAT AGAR KAMU TIDAK BERBUAT ZALIM..,"

berdasarkan tulisan cinta ALLAH ini, kita dapat huraikan dua perkara. pertama, nikahlah dengan insan yang kita sayang yang kita cintai. tapi tak bermakna sebelum bernikah sudah boleh ke sana sini tanpa tujuan yang khusus bersama insan tersayang. itu salah dari segi Syarak! penjagaan ikhtilat amat dititik beratkan untuk insan-insan sebegini. 
kedua, jika insan yang kita nikahi itu tak menyenangkan hati sebagai contoh isteri itu pilihan keluarga. maka nikahi perempuan lain. TAPI!!! jika dengan pernikahan yang baru akan mengakibatkan diri seorang suami jadi tak tentu hala, membuat isteri pertama sengsara, ini membawa maksud suami menzalimi isteri tersebut. maka terimalah isteri sehabis baik seperti mana isteri itu menerima diri suami.


kisah Rasulullah :
Poligami Sunnah Rasulullah. Monogami juga Sunnah Rasulullah. Rasulullah menjalani perkahwinan monogami bersama Khadijah ra. selama 25 tahun sedangkan Rasulullah berpoligami hanya selama 10 tahun. Baginda bermonogami lebih lama berbanding berpoligami. sayang dan cintanya pada Khadijah ra sangat tulus dan suci. sehingga Baginda bernikah dengan Aisyah ra. sekali pun, baginda sering memuji-muji peribadi mulia seorang isteri solehah yang dimiliki oleh Khadijah ra. di hadapan Aisyah ra. hingga Aisyah ra. cemburu dan merajuk dengan baginda.

baginda juga meletakkan syarat atas anak-anak gadisnya yang ingin disunting. salah satu syaratnya baginda sehabis boleh tak mahu anak-anak gadisnya hidup berpoligami sebagai contoh Fatimah ra. bersama Saidina Ali. bila mana Saidina Ali mahu berpoligami, Fatimah ra. memberikan pencerahan tentang kelebihan dan kekurangan Saidina Ali dan akhirnya Saidina Ali tetap setia bersama Fatimah ra. 
(hasil rujukan novelet Islami Cinta High Class)

"Maka yang mana satu antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu dustakan?,"
Surah Ar-Rahman, ayat 57


untuk pengetahuan kaum Adam, ALLAH tuliskan di dalam Al-Quran soal poligami bukan sebagai galakkan tapi sebagai ugutan. ALLAH nak beritahu secara tersirat apa sebenarnya poligami. apa tanggungjawab yang bakal saudara-saudara hadapi bila berpoligami dan beratnya hidup berpoligami jika tidak benar-benar cukup ilmu di dada.

secara jujur, ana tak mahu hidup berpoligami. kerana itu Talak Khuluk diadakan dalam Islam. sebagai contoh isteri membuat syarat Khuluk, jika suami terlafaz untuk bernikah dan memiliki isteri kedua, maka jatuhlah Talak 1. tidak lain tidak bukan demi menjaga akhlak dan agama yang tersemat di dada. tidak semua wanita sanggup dimadukan. bagi ana, bila dimadukan ana pasti akan cemburu. maka muncullah sifat iri hati, dengki dan ada sahaja perkara negatif yang ana akan lakukan. secara tidak langsung, itu bakal merosakkan Iman ana pada ALLAH. tapi bagi yang kuat dan tabah, ana hormati. tujuan Talak Khuluk seperti itu diharuskan bagi menjaga kedamaian sebuah rumah tangga. si isteri tak perlu rasa bimbang untuk membina rumah tangga kerana hati tenang mengatakan suami bakal setia. In Shaa ALLAH. 

positif kan yang negatif. 
suami masa kini sering mengatakan 
"positiflah pada poligami..,"
dan jawapan ana pula 
"positiflah dengan penceraian..,"

kerana apa? 
kerana tidak lain tidak bukan demi menjaga kesucian sebuah agama. ana takut payung emas yang dikejar di akhirat atas kerelaan hati bermadu itu terlepas dek kerana cemburu yang berleluasa dalam diri sepanjang hayat. ana akan rugi. itu satu kepastian. jadi ana rela melepaskan payung emas itu demi menjaga dan memastikan taman-taman Iman di hati ana tidak hancur di tetas cemburu dan iri hati tak berkesudahan.


cara-cara menghindarkan diri dari poligami :
ye, ramai wanita-wanita yang tak mahu hidup bermadu. jadi sebagai langkah awal, persiapkan diri dengan ilmu-ilmu bermanfaat di dalam dada. ilmu-ilmu dunia, ilmu-ilmu akhirat, ilmu perkahwinan, ilmu keibubapaan dan segala macam ilmu yang perlu. di samping menjaga kehormatan diri sebaiknya agar tidak ternoda. bagi gadis-gadis yang pernah bercinta (berpacaran) sebelum ini dan mulai insaf. ana nasihatkan agar sentiasa istigfar jika wajah kekasih lama menghantui diri. jaga hati antum sebaiknya. merindui itu perkara biasa. rindu, cinta itu fitrah tapi jangan sampai fitra menjadi fitnah pada hati dan mengakibatkan hati rosak dan penuh dengan noda-noda hitam. nauzubillahminzalik! maka perbaiki hati dengar istigfar, jauhi perkara-perkara yang mendekatkan diri pada zina. sentiasa basahi bibir dan lidah dengan zikrullah. In Shaa ALLAH, ALLAH pasti bantu kita untuk mendapatkan jodoh yang setia, yang rela bermonogami sepanjang hayat dan baik budi dan akhlak serta agama. In Shaa ALLAH, ameennnn

buat masa ini, ana fokuskan 100% pada belajar dan mengejar redha ALLAH. bila hati sudah benar-benar kuat bersama ALLAH dan bersulamkan cinta buat Rasulullah SAW. baru ana fikirkan soal ini.

"Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Tidak boleh ada dua cinta dalam satu jiwa. Dalam hati yang satu itulah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Kegelisahan pun menghampir..," 
- Hasil rujukan SOLUSI isu 71 (Bersama ALLAH Tidak Gelisah)


maka pada waktu ini, tanamkan, semaikan, bajakan dan suburkan cinta buat ALLAH SWT yang utama. jika cinta pada ALLAH sudah cukup kekuatannya dan bila kita benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri/suami. ALLAH akan bukakan pintu yang bakal melengkapkan separuh agama kita itu dengan mudah dan In Shaa ALLAH dipermudahkan! teruskan berdoa demi sebuah rumah tangga yang kekal hingga Jannah. jaga batasanmu, hindari berpacaran sebelum nikah. 

jika sudah bertunang, berhubunglah sebatas urusan.
khususnya nasihat ini demi mengingatkan ana dan antum sekalian. syukron kerana membaca. ana tidak sehebat mana, tidak tinggi ilmunya. hanya berkongsi sebatas yang ana mampu. moga bermanfaat.
syukron sudi membaca nasihat ana ye. ana hargai.

Mari Menjadi Hamba!

Dari Pencinta Jihad Bakal Syahid!

You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...