Medical Check-Up
March 19, 2013
Assalamualaikum :)
ehh ehh. hani dah buat Medical Check-Up untuk PLKN :) semuanya berjalan dengan lancar cuma hani je macam kelam-kabut sikit. heee. tepat pukul 11:00pagi tadi dah sampai dekat Klinik Kesihatan Sungai Udang, Melaka. naik motor je sebab mak pakai kereta. Lepas 'park' motor tu dekat tempat yang sepatutnya, hani pun turun dari motor bawak fail dan hangbag segala bagai. Tapi helmet ditinggalkan, leceh nak bawak. heee :D
masuk je terus tanya dekat nurse-nurse dalam KK tu kat mana nak buat Medical Check-Up untuk PLKN. dah siap pendaftaran semua, MA (Medical Assistant) dia panggil nama hani. Dia tanya berat, tinggi, ada kencing manis dengan darah tinggi ke tak? Bila kita jawab tak ada, dia tanya "tak tipu eh?," ALLAHURABBI, tengok badanlah -,-
Lepas tu MA tu suruh pergi buat Urine Test, hihi. Time ni malu sangat, masa nak pergi makmal Urine Test tu. Hani salah pergi tempat daaa! Boleh pulak pergi tempat nak periksa kandungan. (HAHA) malu yang amat! tapi nurse tu cakap dekat bahagian belakang, berdesup pergi! MALU! MALU! (>.<") Bila jumpa je makmal dia, terus bagi borang yang MA tu bagi, dan nurse yang lain suruh pergi ambil cawan dan pergi kumpulkan Urine (>.<")
Dah siap semua, pergi balik jumpa MA tadi. MA tu pulak suruh pergi dekat bilik Doctor. Siap bagi tahu step, mula-mula kena ketuk pintu lepas tu sangkutkan borang tadi dekat dalam kotak yang disediakan dan tunggu. Terus pergi buat dan duduk. haiyaa, ingatkan doctor tu tak dengar. heee, rupanya ada patient dalam tu (-_-")
MA yang sama keluar dari bilik dia dan masuk bilik doctor tu, terus ambil borang hani sekali dan bagi dekat doctor tu. ngee, bila nombor hani dah keluar. Hani pun masuk, soalan pertama yang dia tanya " you datang sorang ke?," doctor tu Chinese. hehe. Hani pun cakap, a'ah.
Sekali, dia bagi balik borang tu dan cakap macam ni "you ambil borang ni, pergi dekat luar ajak mana-mana nurse masuk..," pulakkk -,-" hani pun keluar dan pergi dekat Farmasi, nasib baik kenal makcik kat Farmasi tu. Cakap dengan dia doctor suruh nurse ajak masuk bilik. (-_-") makcik tu panggilkan nurse dan ikut hani masuk.
So, check-checklah semua, check telinga, nadi, perut. dia tekan-tekan perut. haihhh, senak! heee :D lepas tu doctor tu tanya. "ada sakit kronik? tak ada kan? pendengaran ok? ok kan? ada sakit hidung ke tekak ke? tak ada kan?," dia tanya, dia jawab. Nurse tu sampai senyum-senyum :D hani tak jawab apa pun, cuma geleng je. hihi :3
doctor tu siap cop apa semua, dia terus bagi dekat nurse. Nurse tu pulak ambil kad rawatan, borang Medical Check-Up tu dia bagi dekat hani dan cakap "dah, pergi balik," hehe. amboiii, menghalau :D
itulah kisahnya, lama jugak ow! tapi semuanya dah selesai. tunggu masa untuk packing barang. Nanti-nantilah, lepas dapat result kutt. 21 Mac 2013 bersamaan dengan hari Khamis. Keputusan SPM 2012 akan dikeluarkan, doakan hani dapat 9A++ ye, In Shaa ALLAH. Minta-mintalah cemerlang. aameenn :)
show-off sikit. saya dulu PKBM(D). hee :)
0 comments