Demam Teruk Di PLKN
May 01, 2013
Assalamualaikum! :)
hampir sebulan tak update apa-apa dekat blog ni. Hari ni hani akan teruskan meng'update sebanyak yang mungkin di sini sebab hari Sabtu (04 Mei 2013) hani akan pulang semula ke PLKN. Balik ni pun sebab kami semua cuti semester. Bersyukur sangat sebab ada cuti sem.
Kesakitan yang nak dikongsikan ialah, demam. Mesti ada yang cakap "alaaa, demam je pun" tapi kalau demam dekat rumah memang tak terasa sangat kesakitan dia. Bila demam dekat kem memang sangat terseksa. Dahlah demam, lepas tu aktiviti tak boleh tinggal. Walaupun diberi pengecualian untuk duduk di medik sahaja, masa untuk makan mesti pergi ke dewan makan, surau, dorm dan siap-siap untuk ke medik semula. Semua tempat itu jauh-jauh. Suhu badan pula sangat tinggi!
Minggu lepas dah demam, tapi kuatkan diri dan alhamdulillah dalam masa 1 hari jer demam dah kebah cuma suara, batuk dan selesema jer tak OK lagi. minggu seterusnya (minggu nak balik cuti) demam lagi sekali. Ini merupakan demam yang paling teruk yang pernah di alami. 39.5 celcius. Badan rasa macam tak betul dah, kepala rasa tak bermaya, tak boleh berfikir dengan baik. batuk dengan selesema semakin teruk. Esok pagi, pergi medik semula dan periksa suhu, 39.4 celcius.
Terus doktor suruh baring atas katil. Dia bawa botol air nak masukkan air dalam badan. Dalam hati dah cakap, dugaan Ya ALLAH, betul-betul dugaan.
selama 18 tahun hidup, tak pernah kena masuk air. Tiba-tiba pecah rekod kena masuk air. Takut gila masa tu! 2 botol pula tu kena masuk air. nak cerita sikit dekat sini. Ada kawan hani demam juga tapi tak seteruk hani. Hani cakap nak pergi tandas, dia kata bawa botol air tu sekali. Hani bawalah pergi tandas. Masa nak keluar tu, baru perasan penutup warna biru tu terbuka.
biarkan je lah, lepas tu tengok balik, darah dah terkeluar dari situ. Dah macam orang nak derma darah pun ada. Terus tutup semula penutup warna biru tu dan gantungkan botol air dekat tempat dia. Kawan Hani ni dah takut tengok darah keluar, tapi kami gelak-gelak tengok darah tu masuk semua dalam badan. Incident pula masa tu. hehe :P
Sepatutnya hani balik hari Selasa (30 Apr 2013), tapi badan tak sihat. Terpaksa balik hari Isnin (29 Apr 2013). Hari selasa terus mak bawa pergi klinik. Macam-macam ubat doktor bagi. Mak pun guna ubat tradisional. Hari ni dah OK sikitlah. Suhu badan dah kurang, batuk, selesema, tonsil, dan suara semua kembali seperti biasa. In Shaa ALLAH :3
Minta doa dari semua ya supaya kesihatan Hani Suhaila kembali seperti sediakala dan dapat meneruskan aktiviti di PLKN selepas naik cuti sem ini dengan semangat! aammeenn :')
0 comments