Doaku Hari Ini & Selamanya
March 09, 2013
Jika wanita yang solehah dicari, itu bukan aku.
Jika wanita yang menutup aurat dengan sempurna, itu bukan aku.
Jika wanita yang berpurdah dicari, itu bukan aku.
Jika wanita yang taat setia pada ajarannya, itu bukan aku.
Aku hanyalah seorang wanita yang ingin di dekati dengan cara yang halal,
di pelihara kesucian diriku, di didik oleh lelaki yang penuh dengan kasih
dan sayang di dadanya dan hanya untuk isterinya seorang.
Aku juga wanita yang dambakan belaian seorang lelaki yang halal di sisi-Nya.
yang mampu mendidik aku soal ilmu agama,
membetulkan tawjid aku ketika aku silap dalam membaca Al-Quran,
menegur sikap mazmumah aku dengan penuh kasih dan sayang.
Aku dambakan lelaki seperti ini Ya Tuhan.
namun aku sedar, aku tidak layak untuk memiliki lelaki sebaik dan sesoleh yang aku dambakan.
Oleh itu, pertemukanlah aku dengan lelaki yang benar-benar mencintai aku kerana-Mu
supaya dia akan bertanggungjawab ke atas ku juga kerana-Mu.
tidak perlu cantik paras rupanya,
cukup dia punya paras yang menenangkan setiap mata yang memandang,
punya punca rezeki yang halal dan tetap,
juga mempunyai ilmu agama yang mendalam.
serta mempunyai keturunan yang baik-baik,
supaya zuriat-zuriat yang bakal kami lahirkan akan menjadi khalifah di atas muka bumi ALLAH ini.
aku mohon padamu Ya ALLAH. perkenankanlah doa ku ini, hanya pada-Mu aku memohon dan meminta. Amin Amin Ya Rabbal Alamin..
0 comments