CLICK SAYA !

Sunday, March 17, 2013

Permohonan PLKN Di Beri Perhatian!

Assalamualaikum :)

alhamdulillah! 01 Mac 2013 hari tu hani dah check penempatan PLKN dan dapat kumpulan ke dua. kalau ikut alamat lama, hani perlu ke Mersing, Johor.


tengok ni, tempat menunggu pun dekat Johor, sedangkan hani duduk dekat Melaka sekarang. mak pun bersusah-payah telefon JLKN minta pertukaran penempatan dan tempat menunggu. ALLAHURABBI, tersentuh sebenarnya bila tengok kesungguhan mak bagi memastikan anak bongsu dia ni tak jauh daripada pandangan mata kasarnya. hampir 3 minggu urusan barulah selesai. macam-macam JLKN minta, mula-mula suruh pos kan alamat baru. 

lepas tu suruh faks kan pula, memang berhabis duit untuk uruskan urusan ini. mak pun tanpa segan silu telefon JLKN banyak kali untuk pastikan permohonan itu diberi perhatian. mak cakap "kalau tak dapat pindah penempatan pun tak apa, asalkan tempat menunggunya di Melaka" SUBHANALLAH, sayu hati bila dengar.

tiba-tiba hari Sabtu, bertarikh 16 Mac 2013, ada pos laju hon-hon depan rumah. bila ambil surat tu tengok dari JLKN. masuk rumah dan buka surat tu depan mak! berdebar-debar. hehe.


haaaa, hasilnya setelah hampir 3 minggu menguruskan hal ini. hehe. memang syukur tak terkata! terasa kesungguhan mak selama ni berbaloi-baloi :') 

hani pula rasa bersyukur tak terkata, berkat pertolongan Dia yang maha berkuasa dan kesungguhan mak hani tanpa rasa putus asa. ALLAHURABBI. membuatkan kasih sayang ini melimpah-limpah buat Dia dan bonda tercinta. ALLAHUAKBAR :')

tapi nak cerita sikit, jodoh dengan JOHOR tu kuat sangat! :D hari tu dapat Mersing, Johor. sekarang ni, dapat dekat Pagoh, Muar dan masih di Johor. anak kelahiran Johor memang berjodoh dengan Johor :'D

ALLAHURABBI, sesungguhnya ALLAH yang maha mengetahui segala-galanya. minta doa dari semua untuk mendoakan kejayaan hani untuk keputusan SPM 2012 yang bakal di keluarkan pada 21 Mac 2013. semoga kecemerlangan dan kejayaan milik hani dan rakan-rakan seperjuangan. In Shaa ALLAH. 

Coretan :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila