Kelebihan Membaca Surah At-Takaatsur

March 12, 2013

AMALAN MUSTAJAB DAN KEUTAMAAN MEMBACA 10 SURAH AL QURAN (BAHAGIAN 4 : SURAH AT-TAKAATSUR)


Fadhilat Dan Kelebihan Surah
----------------------------------

• Sesiapa yang mengamalkan membaca surah At Takaatsur sebanyak 1,000 kali, maka Allah SWT akan memenuhi hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.

• Sesiapa yang membaca At Takaatsur 100 kali, selepas solat Isyak hingga dia tertidur, InsyaAllah dia bakal dapat melihat Rasulullah SAW dalam tidurnya.

• Ibnu Umar ra. meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak mampukah seseorang dari kamu sanggup membaca seribu ayat setiap hari?” Sahabat bertanya kembali:“Siapa yang boleh melakukan itu wahai Rasulullah?” Sabda Nabi SAW: “Tidakkah seseorang diantara kamu boleh membaca ‘Alhaakumuttakatsur’?” (HR. Hakim dan Baihaqi)

• Surah ini dibaca sebanyak 7 kali ketika hujan turun, Allah akan limpahkan kepada si pembacanya dengan pahala yang amat besar.
• Sebagai ubat sakit kepala, bacalah surah ini selepas solat asar (sebelum maghrib). Pada waktu ini perbanyakkanlah membacanya. InsyaAllah segera sembuh.

• Sesiapa melazimi membacanya, InsyaAllah dijadikan seorang yang kaya.

• Jika dibaca pada air hujan, kemudian dicampurkan dengan air minuman, InsyaAllah boleh menjadi penawar yang mujarab. Sebaik-baiknya dibacakan sebanyak 100 kali atau lebih.


Pengajaran Dari Surah At-Takaatsur
-------------------------------------------

Surah At Takaatsur telah mengingatkan manusia supaya berwaspada dengan dunia dan bersedia untuk pemergian ke alam akhirat yang pasti tiba. Ringkasnya Surah At Takaatsur ini mengandungi:

Pertama: Manusia dilalaikan oleh berlumba-lumba kerana mengejar harta kekayaan yang tidak pernah menjemukan, kedudukan yang selesa dan darjah kebesaran yang melekakan.

Kedua: Mengingatkan manusia dengan persoalan-persoalan yang bakal dihadapi di Akhirat tatkala di hisab semua amalan yang pernah dilakukan di dunia. Mereka akan ditanya dari mana sumber kekayaan diperolehi, bagaimana harta diuruskan dan ke mana ia dihabiskan. Manusia akan menghadapi saat-saat sukar jika gagal menjawab soalan-soalan ini dengan betul.

Ketiga: Mengingatkan manusia dengan huru hara Qiamat, iaitu hari yang tidak berguna padanya harta dan kekayaan, kecuali yang diuruskan mengikut kehendak Allah dan Rasul-Nya.



You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...