CLICK SAYA !

Wednesday, February 20, 2013

Recipes : Pulut Panggang


Bahan-bahannya

- Pulut
- 3 cawan beras pulut (direndam semalaman)
- 3 cawan santan (blend la sampai dapat 3 cawan, jangan cair sangat)
- Garam
- Daun pandan disimpul

Inti kelapa
1 biji kelapa parut muda
*3 biji bawang merah besar
*5 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1 batang serai
*sejemput ikan bilis (lebih sikit pun tak apa)
*cili api (ikut pedas)
*cili kering (ikut pedas juga)
Serbuk kunyit
Asam jawa
Garam gula


Cara membuatnya (selalunya masak inti dulu)

Inti kelapa
1. Blend semua yang bertanda.
2. Masukkan kelapa, bahan kisaran, asam jawa dan serbuk kunyit (sampai kuning la, jangan banyak sangat.. nanti maung bau kunyit).
3. Perisakan la dengan garam gula
4. Masak sampai betul-betul kering.

Tips : Jangan letak air telalu banyak masa blend bahan kisaran, nanti lambat kering.. Inti kelapa ni kena masak kering-kering supaya tahan lama, boleh juga disimpan dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti sejuk.


Pulut

1. Masukkan santan dan letak garam secukup masin. simpul sekali daun pandan
2. Masak sampai mendidih, sekali sekala kacau la supaya tak bertahi minyak.
3. Dah menggelegak tu masukkan pulut dan kacau sekali sekala supaya tak melekat.
4. Biar la sampai kering, macam masak nasi la.. kalau pulut tu mentah, kukus la..



Cara Bungkus :

1. Layurkan daun pisang dan sapukan minyak
2. Leperkan sedikit pulut di atasnya
3. Letakkan inti kelapa 
4. Gulungkan macam sushi
5. Staplerkan kiri dan kanan daun pisang 
6. Panggang dan siap untuk di hidangkan


credit : Dapur Diva Meletop



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila