CLICK SAYA !

Wednesday, February 20, 2013

Recipes : Karipap Kentang

Bahan-bahannya (dapat dalam 50 biji rasanya)

Doh kulit
500 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu marjerin/buttercup/mentega
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Inti kentang
10 biji kentang (dipotong dadu kecil)
*3 biji bawang merah besar
*6 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*Segenggam ikan bilis
2 sudu besar serbuk kari (ikut suka hati la, nak rasa lebih karinya letaklah banyak)
Garam dan gula
Daun kari


Cara-cara membuatnya

Inti kentang
1. Blend semua yang bertanda bintang.


2. Masukkan kentang, kisaran, serbuk kari, daun kari dan perisakanlah dengan garam gula.


3. Masaklah sampai kering dan sejukkan.

Doh kulit
1. Panaskan minyak dan marjerin


2. Tuangkan minyak panas dalam adunan tepung dan kacau perlahan guna sudu (kalau hebat gaul la pakai tangan)


3. Letak air sampai terbentuk doh lembut.


4. Bulatkan kecil-kecil dan biarkan doh seketika supaya lebih lembut.


5. Buatlah karipap tersebut sampai jadi seperti gambar di bawah.


credit : Dapur Diva Meletop 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MY FRIENDSHIP

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

CLICK SAYA !

Copyright© All Right Reserved Hani Suhaila