Recipes : Apam Polkadot Cara Mudah

February 19, 2013



Bahan-bahan :

- 3 biji terlur dari peti sejuk
- 1 cawan gula halus
- 1 sudu kecil Ovelet (boleh didapatkan di supermarket)
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 3/4 Fresh Milk (dalam kotak @ botol yang penting mesti Fresh Milk bukan Full Cream etc.)
- 3 besar sudu Baking Powder
- 1 sudu kecil Esen Vanila
- Apa-apa inti dan pewarna mengikut citarasa (kebiasaannya digunakan inti perisa kaya)

Cara-cara :

1) masukkan telur, gula ovelet. Menggunakan mixer, mixer bahan-bahan tadi sampai kembang dan putih.

2) Masukkan pula Fresh Milk, tepung, Baking Powder serta Esen Vanila. Mixer lagi sampai sebati.

3) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak warna ikut pilihan anda.

4) Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam setiap piping beg (boleh search dekat google)

5) Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (suku sahaja!)

6) Letak inti, kemudian picitkan adunan lagi sampai penuh.

7) Letakkan warna dot dot mengikut kesukaan anda (dot dot boleh menggunakan lidi atau pencungkil gigi yang bersih)

8) Kukus dalam 10-15 minit.

9) Siap untuk di hidangkan.


Tips :
- Tak pakai Fresh Milik pun tak apa, guna susu sejat pun boleh.

- Pukul telur dan gula sampai kembang baru masukkan ovelet.

- Ayak barang yang kering

- Kalau nak telur dan gula cepat kembang, blend gula dan telur tu sampai hancur gula dan blend lama sikit sampai agak kembang.

-Kemudian keluarkan dan putar guna mixer. (confirm lebih cantik)

Credit : Chef Azim Rosli


Kalau tak faham boleh komen, In Shaa ALLAH akan dibantu.

Selamat mencuba :)


You Might Also Like

0 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...