Pengalaman Ambil Lesen :D

February 13, 2013


Assalamualaikum dan hye :)

Alhamdulillah , hari ni (13 Feb 2013) hani dah lulus Ujian D . apa tu Ujian D ? Ujian D tu bermaksud ujian untuk lesen kereta :) hani ambil pakej tau , motor dan kereta . Alhamdulillah , dua-dua hani lulus dengan baik :) esok adalah 14 Feb 2013 , maka genaplah umur hani 18 tahun . dannn , hani anggap kelulusan untuk ujian jpj kereta ni adalah hadiah paling mahal untuk hani yang diberikan oleh mak :D sekarang ni lesen P hani sedang di proses , In Shaa ALLAH dalam masa seminggu dah boleh siap . HEHE >.<

alang-alang dah cerita pasal lesen ni , biar hani terangkan sikit macam mana proses untuk ambil lesen dan pengalaman hani masa ambil lesen tu . HEHE >.<

ambil lesen ni , mula-mula kena pergi dengar kursus KPP tu selama 6 Jam . lepas dah habis kursus KPP tu , booking-lah untuk ujian komputer (comp. test) bagi yang fresh tau ! maksudnya yang masih belum ada lesen L lagi . ujian komputer ni pulak mesti dapat 42/50 dan ke atas , kalau bawah 42 maknanya anda gagal dan perlu repeat comp. test . hani masa tu ALHAMDULILLAH , dapat 49/50 .

lepas tu pulak terus booking untuk AMALI . AMALI selama 6 jam , 3 jam dekat dalam kelas dan 3 jam lagi di litar . masa dalam litar tu , siapa yang tak pandai pandu atau menunggang motor dan kereta . jangan risauuu , mereka akan ajar ! buktinya hani yang belajar kereta dari 'zero' sampai sekarang ni dah 'hero' . doa-doalah dapat cikgu yang baik dan boleh tolerate . hani sungguh-sungguh harap dapat cikgu yang lembut dan baik . ALHAMDLILLAH dapat :)

lepas habis AMALI selama 8 jam , masa untuk booking kelas ! kelas yang diberi ialah selama 8 jam , bukan sekali harung buat 8 jam tau ! dia ikut masa kita dan masa company . take so long time-kan ? hehe . 

pengalaman Pra Test & JPJ Test

untuk motor , hani baru berlatih 3 jam je . cikgu tu dan suruh buat 'pra-test' . hani pun buatlah pra test , dan hani habiskan latihan sebanyak 2 jam sementara tunggu 'JPJ test' . kelas hani masa tu ada baki 3 jam lagi , tapi hani dah habis dulu . untuk kereta pulak , hani habiskan sampai jam ke-7 dan baru cikgu sokong untuk buat 'pra test' . dan hani habiskan jam ke-8 dan minggu depannya (hari ni) dah 'JPJ test' .
rasa macam tak percaya pun ada tahu tak ! HEHE >.< 

pengalaman yang terselit-selit :D

masa dua-dua test (motor dan kereta) , hani awal ! masa motor hani dapat nombor 5 dan masa kereta dapat nombor 3 . rasa macam "mak aii , cepat gila" tapi fikir hikmahnya , ada sebab diberi awal-awal . apa hikmahnya ? Hikmahnya , bila pagi-pagi otak JPJ tu masih fresh dan relaks je kan ? jadi mereka masih boleh berfikir dengan waras masa kita sedang di uji tu . hehe . masa JPJ motor hani tak gerun sangat , yelah . motor dah pandai bawak . dan 6 tahun hani pandai menunggang motor . mustahil tak reti-reti lagi nak bawak -,-''

tapi masa kereta adalah gerun sikit ! rasanya banyak pun ada . hehehe :D masa tunggu giliran untuk di uji , hani tak pandang pun mereka yang tengah di uji tu , hani tak nak tengok dan hani memang tak tengok pun mereka ! hani cuma tunduk dan istigfar , zikir dan mengalunkan nama-nama ALLAH sahaja . bila nombor hani di panggil , baru hani bangun dan pergi dekat kenderaan tu (motor @ kereta) 

tadi masa bawak kereta , sangat takuttt ! menggigil-gigil kaki nak tekan 'clutch' . tapi istigfar je lah banyak-banyak dan harap Dia sudi membantu . ALHAMDULILLAH , betullah apa yang orang cakap 'ALLAH akan bertindak mengikut sangkaan hamba-hambaNya' . istigfar yang hani gunakan masa memandu ialah "ASTAGFIRULLAH RABBAL BARAYA , ASTAGFIRULLAH MINAL KHOTOYA" yang bermaksud "Aku minta ampun Ya ALLAH , Tuhan Penerima Taubat . Aku meminta ampun Ya ALLAH , daripada dosa-dosaku" . sebenarnya alunan zikrullah ni ada alunan dia . tekan dekat link ni ye >> Astagfirullah Rabbal Baraya oleh Munif . cubalah dengar , memang tenang sangat ! hani tak berapa hafal tapi kalau alunan dia ingatlah , jadi zikir je lah apa yang ingat . ni sedikit tips ya ? cuba tau , In Shaa ALLAH , Dia pasti bantu !

seterusnya , lepas dah habis bawak kereta di jalanraya dan park dekat tempat yang sepatutnya . hani pun matikan enjin kereta . berdebar-debar rasanya bila nak ambil keputusan dekat Encik JPJ di sebelah . LELAKI ? a'ah , JPJ tu lelaki . harap sangat dapat JPJ perempuan tapi tak ada . semua lelaki , tapi redha jelah . ada sebab dia beri JPJ lelaki , kan ? :) Encik JPJ tu cakap 

JPJ : awak boleh datang lagi tak minggu depan ? (sambil tulis-tulis atas borang)
Hani : err , kenapa ? (suara kecut)
JPJ : kawalan stereng awak yang tak okay lagi ni .
Hani : alaaa . 
JPJ : apa ala-ala ? minggu depan datang lagi ye (menulis lagi)
Hani : saya tak nakkkk (macam nak menangis)
JPJ : (bagi borang dekat hani) okay , minggu depan datang balik . (muka dia tak ada perasaan)
Hani : okay , terima kasih encik .
JPJ : hmmm ~

cuak gila masa tu ! sekali tengok dekat result tu , LULUS ! wahhh , dia mengenakan kita pulak ! dah la rasa nak menangis . masa dia suruh datang balik minggu depan , dah terbayang dah duit yang akan melayang dan terbayang sekali muka mak . haihhh , malu sungguh nak tengok muka mak . adudu , kalau la betul-betul gagal mesti mak kecewa sangatkan ? :( ni belum ambil result SPM lagi ni . 

lepas dah siapkan semua pasal urusan lesen tu , terus telefon mak . HEHE . mak tanya "lulus ke?" jawablah "lulus!" HEHE . ALHAMDULILLAH . rasa macam tak percaya ! ngee ~ ada jugak yang tak lulus dan JPJ tu tanya dekat budak yang tak lulus ni "pagi tadi ada salam mak tak?" dia cakap ada . bila JPJ tu tanya macam tu , teringat pagi tadi sebelum pergi dok salam , peluk , cium mak . selalu salam je tapi pagi tadi berdesup je cium pipi mak . mak pun layankan aje . hehehe >.< mungkin sebab peluk cium tu ALLAH permudahkan semuanya ye tak ? :) mungkin juga , kita tak tahu . 

okaylah , rasanya cukup dah bercerita . untuk kawan-kawan hani yang ingin tahu lebih lanjut , boleh datang rumah dan tanya macam-macam . In Shaa ALLAH akan cuba di jawab bagi membantu kawan-kawan untuk ambil lesen ya ? :)

tapi apa yang hani nak tekan dekat sini , kalau dah macam gelabah sangat . buat 4 perkara ni "Diam , Sabar , Tabah dan Berdoa" lepas tu baru mulakan dari mula . sentiasa ingatkan Dia , berzikir pada Dia . Dia suka kita dok berzikir puji-puji Dia dan In Shaa ALLAH ada jalan untuk memudahkan urusan kita dekat dunia ni :) lagi satu , hormat dan dengar cakap ibu bapa (bagi yang masih ada kedua-duanya) kalau sama nasib macam hani , cuma ada mak je . jaga hati Dia baik-baik . hani taklah baik mana pun , sekadar menasihat dan mengingatkan diri sendiri juga . pegang pada perkataan TAAT bermaksud Tahu ALLAH Akan Tolong :)

cuba ya zikrullah tu . In Shaa ALLAH .
wasalam ~

You Might Also Like

5 comments

  1. Bila start daftar lesen. berapa hari bulan? Rasa-rasanya berapa minggu apa lesen ni? :D Thanks sharing :D

    ReplyDelete
  2. Berapa minggu kak ambik lesen both kereta dengan motor ni ? Bila tarikh start daftar..saya nak bajet masa..thanks :S

    ReplyDelete
  3. tgk blog ni, baru teringat kat lesen motor,
    bila tamatnyer eh??
    huhu, kang tak pepasal kena saman.
    (dengan lajunyer melangkah ke motor dan buka seat)
    ~blogspot : rawatankanser2013

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...