Program Pertukaran Budaya PBB Malaysia - Indonesia 24/11 - 29/11/2011

December 07, 2011

Assalamualaikum w.b.t. Salam Sejahtera . Salam 1Malaysia . Salam Ukhuwah . (:

Pada 24/11 - 29/11/2011. Jabatan Pelajaran Malaysia dari Unit Kokurikulum telah menganjurkan satu program iaitu Program pertukaran Budaya antara Pasukan Badan Beruniform Malaysia dengan PRAMUKA Indonesia. Satu negeri perlu mengantar wakil sekurang-kurangnya 4 orang dan paling maximum ialah 6 orang sahaja. Semua dikumpulkan di Asrama 1Malaysia, Jalan Kuantan, Kuala Lumpur pada 24/11 - 26/11/2011


 
Ini dia bendera Malaysia. Bendera kebangaan kita sebagai rakyat Malaysia. Kami membawa nama Malaysia ke Palembang, Indonesia



Nama Program Kami.. (:


Cikgu Zamir. Guru pengiring dari Melaka. (:



Kontinjen Melaka, Malaysia. Dari kanan, Qawiem, Hani, Alyah, Amri. Kami berkumpul di Jabatan Pelajaran Bukit Baru, Melaka dan bertolak pada pukul 1.00 petang. Mula-mula jumpa semua malu-malu. Senyum dari jauh je. Kecuali Amri dengan Qawiem sebab mereka kenal dari sekolah rendah lagi. Untung lah kan (:


Ini dia wajah-wajah insan terpilih. 76 orang pelajar dan 14 orang guru yang mengiringi kami. kami bergambar di Ampera Bridge ni. Maksud Ampera ialah, amanah penderitaan rakyat (:


Sebelum pergi lebih jauh. Ini dia Asrama 1Malaysia di mana tempat kami berkumpul. Di sini kami mengenali antara satu sama lain. Mengenali hati budi masing-masing yang berlainan sekolah dan negeri. (: Banyak aktiviti yang kami lakukan di sini. Kami berada di sini selama 3 hari 2 malam bermula pada 24/11-26/11/2011 bersamaan hari Khamis hingga Sabtu.


Di bawah ini pula tazkirah pagi selepas solat subuh pada 25/11/2011 di surau Asrama 1Malaysia. Semua peserta yang beragama Islam perlu ke sini untuk mendengar takzirah ringkas oleh Ustaz Anuar merangkap guru pengiring kami ke Palembang, Indonesia nanti. (:




Petangnya pula kami perlu mengikuti aktiviti dalam kumpulan. 3 kumpulan telah dibahagikan pada 24/11/2011 dan saya kumpulan ke-2. Ketua kumpulan 1 ialah Amri Laily, Kumpulan 2 pula Ahmad Azzim dan kumpulan 3 ialah Izzat Basar. Aktiviti di bawah ni, kami memerlukan kerjasama semua ahli kumpulan untuk melepasi sarang labah-labah ni. Kononya la kan. Kumpulan 2 siap dengan cepat! tahniah (:


Kumpulan 1

Kumpulan 2

Kumpulan 3





Selepas aktiviti dalam kumpulan. Lagi sekali kami perlu berganding bahu antara ahli kumpulan untuk menjayakan aktiviti kebudayaan iaitu boria yang telah dipilih oleh cikgu Sharifah Atikah. Setiap kumpulan memerlukan 10 orang penari dan seorang tukang karang. Selebihnya adalah backup singer. (:




Malamnya pula hanya aktiviti biasa bagi memenuhi masa peserta. Sedikit taklimat bagi memberi bayangan kepada peserta tentang aktiviti-aktiviti yang akan di jalankan di sana serta pembahagian baju, topi dan beg dari Jabatan Pelajaran Malaysia supaya semua seragam untuk berangkat ke sana. (:




26/11/2011 bersamaan hari Sabtu. Sekitar pukul 5.30pagi ramai yang sudah bangun untuk menyiapkan diri. Tepat pukul 6pagi semua peserta beragama Islam ke surau untuk mendengar takzirah pagi. Tepat jam 7 pagi, semua peserta sudah ke kantin untuk bersarapan pagi dan menunggu di dewan terbuka. Sewaktu pergi kami di bahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama mempunyai 20 orang dan semuanya lelaki sahaja. Mereka perlu menaiki kapal terbang lebih awal dan perlu ke Jakarta dahulu sebelum ke Palembang. kumpulan dua pula seramai 70 orang dan menaiki kapal terbang sedikit lewat dan penerbangannya terus ke Palembang.




Di LCCT. Bagi kumpulan satu, mereka sedang menunggu masa untuk memasuki kapal terbang tapi bagi kumpulan dua, kami baru sampai dan perlu makan tengah hari di LCCT sementara menunggu masa untuk 'check-in' bagasi.





Sampai sahaja di Palembang, kami semua di bawa ke kedai makan yang menyediakan makanan Sunda. Rasanya boleh tahan sedap. Lepas tu baru kami di hantar ke hotel. Hotel yang menjadi tempat kami menginap ialah Hotel Grand Duta. Keistimewaanya hotel ini ialah berhadapan dengan pasaraya besar Ramayana dan bersebelahan dengan pasaraya besar Palembang Square Mall.




27/11/2011 bersamaan hari Ahad. Aktiviti kami di Palembang ialah menyeberangi Sungai Musi dan Jambatan Ampera (Ampera Bridge) dan kami ke Pulau Kemarau atau orang orang di Palembang memanggilnya sebagai Pulau Kemaro. Selepas berjalan-jalan di situ, kami ke kedai makan untuk makan tengah hari. Makan tengah hari kami ialah makanan Padang. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Stadium Gelora Sriwijaya untuk membeli belah sedikit sebagai kenangan di Palembang.


Di Pulau Kemaro


Di kedai makan Sederhana menyediakan makanan padang.



Stadium Gelora Sriwijaya


Masjid Agung.


Tibanya masa yang di nanti-nantikan. 28/11/2011 bersamaan hari Isnin. Program rasmi kami iaitu pertukaran budaya badan beruniform. 3 Sekolah telah terpilih iaitu SMA Plus Negeri 17 Palembang, SMA Negeri 1 Palembang dan SMP Negeri 1 Palambang. Kumpulan satu perlu ke SMA Plus Negeri 17 Palembang, Kumpulan dua perlu ke SMA Negeri 1 Palembang dan kumpulan 3 perlu ke SMP Negeri 1 Palembang.






Selepas aktiviti di sekolah-sekolah yang terpilih. Kami semua ke Pasar 16 untuk membeli belah seperti baju, telekung dan sebagainya sebagai cenderamata dan kenangan yang ingin di bawa pulang ke Malaysia.



Selepas bersiar-siar di Pasar 16, kami di bawa ke rumah makan untuk makan malam sebelum di hantar pulang ke Hotel Grand Duta Untuk mengemas-ngemas barang-barang memandangkan keesokan harinya kami akan pulang ke Malaysia.




29/11/2011 bersamaan hari Selasa. Kumpulan pertama sudah bertolak dari hotel seawal 6.00 pagi kerana mereka menaiki kapal terbang awal dan akan ke Jakarta dahulu sebelum pulang ke tanah air. Kumpulan kedua pula 'check out' pada pukul 10.00 pagi dan sebelum ke lapangan terbang. Kami sekali lagi di bawa ke Palembang Square Mall untuk membeli belah di Palembang buat kali terakhir sebelum pulang ke tanah air. Flight kami pada pukul 5.55pm (waktu Indonesia) bermaksud 6.55pm (waktu Malaysia) . Selepas itu kami di bawa makan tengah hari sebelum ke lapangan terbang.




Menunggu masa untuk menaiki kapal terbang untuk pulang ke tanah air. 




Situasi di dalam kapal terbang setelah sampai di tanah air iaitu Malaysia. Kami mendarat di LCCT lagi dan pulang ke Asrama 1Malaysia untuk berkumpul di situ. Kumpulan pertama telah sampai di Asrama 1Malaysia lebih awal berbanding kumpulan dua . Kumpulan dua tiba di Asrama 1Malaysia sekitar jam 11.00 malam. Ada beberapa kontinjen yang pulang ke negeri masing-masing pada keesokan harinya iaitu 30/11/2011 kerana hari sudah lewat malam dan bermalam lagi di asrama 1Malaysia. Bagi kontinjen Melaka, kami pulang pada malam itu juga dan ada beberapa lagi kontinjen yang pulang pada malam itu.




Di sini saya ada sediakan sebuah video sebagai ringkasan kepada laporan saya di atas. Harap ianya amat berguna kepada semua ye. Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada cikgu-cikgu pengiring yang telah menjaga saya dan kawan-kawan selama kita bersama. Maafkan saya jika ada tersalah atau terlanjur kata dan perbuatan. Doakan kejayaan hidup saya ye. Terima Kasih. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.






Laporan disediakan oleh,

Hani Suhaila Binti Abdul Aziz
(950214-01-5064)
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang, Melaka

You Might Also Like

2 comments

  1. waaa... bnyk dah laporan ko siap ek.. aku nk wat video jelah.. mlas nk tulis2.. kah3,.

    ReplyDelete
  2. haha . x ade masalah kot . asalkan ade isi . keh3 ~ :DD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...